Professional Documents
Culture Documents
Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan. Cara menulis isi karangan. Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana. Cara penulisan penutup. Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
[Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. [Ayat Arahan : Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk menjaga alam sekitar. [Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [Ayat Huraian/contoh] Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula demi membendung pencemaran alam. [ Isi penting 2 ] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan. [Ayat Huraian/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah. [ Isi penting 3 ] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [Ayat huraian/contoh] Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah ditutup agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan. [ Isi penting 4 ] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran. Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus melestarikan kesegaran udara. [Ayat penutup] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita. [Ayat Penegasan] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan.