P. 1
cerita jenaka

cerita jenaka

|Views: 28|Likes:
Published by May Yoong
cerita yang mempunyai unsur kecindan
cerita yang mempunyai unsur kecindan

More info:

Published by: May Yoong on Aug 17, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/28/2013

pdf

text

original

http://mimbarkata.blogspot.com/2013/04/cerita-jenaka.

html

Definisi : Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyat. Cerita yang mengandungi unsur humor atau lucu. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan. Terdapat unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur. Hampir keseluruhan cerita jenaka menggambarkan kebodohan watak utama. Sifat bodoh akibat daripada membuat sesuatu tafsiran yang salah menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksi-aksi yang menimbulkan kelucuan. Selain watak bodoh, terdapat juga watak pintar dan watak yang selalu mengalami nasib malang. Terdapat lima watak jenaka Melayu yang terkenal iaitu Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Lebai Malang. Watak asli jenaka Melayu ialah Pak Pandir, Pak Kaduk, dan Lebai Malang. Selainnya adalah pinjaman dari luar sama ada dari India mahupun Arab-Parsi seperti Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Abu Nawas, dan Awang Kenit.

Jenis-Jenis Cerita Jenaka Umumnya cerita jenaka terbahagi kepada dua jenis: i. Cerita Jenaka Tempatan Iaitu cerita jenaka yang lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan isu tempatan dari segi watak, latar, persoalan dan sebagainya.

Cerita Jenaka Pengaruh Asing / Luar: Iaitu cerita yang mendapat pengaruh terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi) kerana masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut. kronologi dan tidak berbelit-belit. Cerita Abu Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam ) Ciri-ciri Cerita Jenaka Dari segi watak dan perwatakan. . Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni. mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. lurus. Cerita Lebai Malang. Dari segi plot cerita. Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan. ii. Contohnya cerita Lebai Malang. Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada tiga golongan iaitu : (i) Watak bodoh-sial ( Cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk) (ii) Watak pintar-bodoh (Cerita Pak Pandir) (iii) Watak pintar (Cerita Pak Belalang dan Si Luncai) Dari aspek latar. suasana masyarakat tani atau nelayan dan tidak bercampur dengan alam fantasi. Cerita atau peristiwa lebih tertumpu kepada watak utama sahaja. Latar dalam Cerita Jenaka berlaku di alam nyata. Pak Kaduk. Dalam satu-satu cerita jenaka terdapat episodepisod kecil dan berasingan tetapi dapat berdiri sendiri sebagai sebuah cerita. Si Luncai dan Pak Belalang. Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri. Lebai Malang. Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak berkenaan. mudah. Plot cerita jenaka bersifat sederhana.Contoh: Cerita Pak Pandir. dalam kalangan masyarakat manusia biasa. contohnya : watak Pak Pandir. Cerita Pak Kaduk. Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Cerita Jenaka berkisar pada watak dalam kalangan rakyat bawahan yang lucu. Contoh: Cerita Mat Jenin ( Hindu ).

dia memasang layar perahu. Setibanya dirumah. tetapi angina berhenti meniup. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Dari segi fungsi. segala segi kebodohannya diringkaskan dalam gurindam:— “Adohai Malang Pak Kadok Ayamnya menang. Pak Kaduk pulang bertelangang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu. Cerita Jenaka berfungsi sebagai hiburan dan sebagai alat kritikan sosial Contoh Cerita Jenaka Melayu : Bodoh-Sial (Pak Kadok) Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja. Dalam cerita Pak Kadok. dipukulnya sampai mati. kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran. Dalam pelayaran ke rumah kawan. Pak Kaduk membiarkan perahu hanyut sahaja. isterinya menyindir. Hasilnya. klimaks serta penyelesaian cerita berakhir dengan „happy-ending‟ atau „tragic-ending‟. tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus.Jalinan plotnya dimasukkan unsur-unsur ketegangan / konflik. Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk terlalu tamak. Mudek menungkah surut Hilir menungkah pasang. Ada isteri dibunuh .

O. Tempayan itu tenggelam dibawa arus. khatam Quran dan kenduri Maulud. Winstedt dan A. Dia terlewat sampai untuk dua kenduri. Sturrock) Bodoh-sial (Lebai Malang) Lebai Malang tidak dapat membuat keputusan yang betul bila beliau dijemput menghadiri kenduri orang mati. II. Kejenakaan mengenai Lebai Malang digambarkan dalam gurindam:— “Ayohai nasib fakir miskin Dapat sedekah sebungkus lempeng Habis hilang baju dan kain Penganan habis dibaham anjing Penat bekerja tidak terkira Ke sana ke mari tersera-sera Punah golok bersama nira Pulang ke rumah mendapat mara.s.) Pintar-bodoh (Pak Pandir) Kecerdikan Pak Pandir : Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan.O. Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandung duduk. Lempeng dibawa lari oleh anjing. Dalam perjalanan pulang dia teringatkan nira kabungnya.” (Lihat m. Dalam kisah Lebai Malang.Nyaris mati oleh tak makan. Winstedt dan A. Sturrock. Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar. 58 Cerita jenaka oleh R.s. dia . Ditinggalkan bungkus lempeng di bawah pokok dan terus memanjat sigai. Kebodohan Pak Pandir Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa.J. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak pander menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja. perkara-perkara malang yang berlaku pun menimbulkan unsur kelucuannya.J.” (Lihat m. bajunya habis hilang dan dia pulang berbogel ke rumah. Pada kenduri ketiga dia diberi lempeng untuk bekalan pulang. Cerita jenaka oleh R. Semasa kejar mengejar dengan anjing.

matinya Pak Belalang. Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. oleh orang-orang yang bukan Melayu dicari-carikannya persamaan-persamaan yang terdapat antara ceritacerita ini dengan cerita-cerita dari bangsa-bangsa yang telah mempengaruhi alam Melayu saperti India. Watak Pintar (Pak Belalang) Pak Belalang dijadikan ahli nujum Negara. Bila raja mangkat. Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekor itik setelah mengetahui rahsia daripada nahkoda kapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betina. Hitopa Desa dan Pancatantra. Si Luncai berjaya menipu raja setelah memakai pakaian saudagar Keling. Raja terpedaya dan masuk ke dalam sebuah peti kaca yang dihulur ke dalam lubang. masakan mendapat ikan. bahawa ada persamaan antara cara. Winstedt berpendapat. Sedang mereka asyik menyanyi ia terjun ke dalam sungai dan berenang melepaskan dirinya. Raja amat hairan. Arab dan Parsi. Pak Pandir dan Si Luncai dengan bahagian-bahagian cerita dalam kitab-kitab tua Hindu saperti Kasa Sarit Sagara. Si Luncai berkahwin dengan tuan puteri dan menduduki takhta kerajaan. Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku.menggunakan rusa yang sebenar. Pak Belalang boleh meneka belalang di dalam genggaman raja secara kebetulan sahaja. Watak Pintar (Si Luncai) Si Luncai berjaya melekakan pesuruh-pesuruh raja yang diberi tugas untuk membunuhnya. Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur pengaruh asing Sebahagian besar dari cerita-cerita jenaka yang bersifat Melayu asli. Si Luncai mengatakan dia baharu sahaja pulang dari akhiraty dan datuk nenek raja memberi pesan menyuruh raja datang ke sana. . Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.

Kononnya Abu Nawas benar-benar hidup di kota Baghdad dalam zaman gemilang kerajaan Parsi. tetapi ialah juga perbuatan dan tingkahlakunya. Cerita Jenaka berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. adalah sesuai dengan alam Melayu dan diterima oleh masyarakat Melayu. timbullah kiasan dan tamparan hebat kapada kaum atasan dan pembesar-pembesar negeri supaya jangan melakukan sesuatu sewenangwenangnya. Corak cerita Mat Jenin serupa dengan cerita dalam Pancatantra dan juga hikayat 1001 malam. lebih-lebih pula yang telah menjadi sebati dengan jiwa Melayu. Yang menjadi unsur hiburan dan gelak ketawa bukanlah hanya kepintaran Abu Nawas sahaja. Mat Jenin mengesahkan orang yang berangan-angan di atas pohon kelapa hendak membanyakkan hasil upahannya hingga hendak berkahwin dengan puteri raja dan akhirnya terjerumus jatuh dari pohon itu. hingga akhirnya takar itu jatuh dan tepungnya terbuang. Unsur hiburan yang terdapat dalam cerita jenaka jelas dilihat pada sifat lucu yang dimiliki oleh watakwatak dan daripada peristiwa lucu yang terjadi pada watak utama. Pak Pandir membawa balik seekor kambing jantan kerana disuruh memanggil lebai . Tetapi cerita Mat Jenin dengan pokok kelapa. Jika diteliti ceritanya. Fungsi utama cerita jenaka ialah memberi hiburan. Hal ini bermakna perkataan jenaka membawa maksud/makna lucu dan turut membawa kesan menghiburkan kepada pembaca/pendengar. Cerita Musang Berjanggut berasal dari Parsi. Dalam Hikayat Kalilah dan Daminah (terjemahan Abdullah Munsyi 1835) terdapat cerita tentang angan-angan seorang Brahman dengan takar tepungnya. Cerita ini juga mengagungkan kaum wanita yang dengan kepintarannya dapat menewaskan beberapa orang lain.Adanya pengaruh bangsa-bangsa lain di alam Melayu tidak dapat dinafikan. kebodohan dan tipu helah untuk melepaskan diri. Contohnya. Cerita ini mencampur-adukkan unsur-unsur kepintaran. Dengan adanya suasana dan gambaran masyarakat Melayu. Abu Nawas Mengangkat Masjid dan Menunjuk Pusat Bumi. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira. Abu Nawas Mencari Lembu Pandai Berkata-kata. Cerita Abu Nawas berasal dari Parsi dan amat dikenal di kalangan masyarakat Melayu. Antara cerita-cerita mengenai dia yang termasyhur. cerita-cerita ini telah menjadi milik kita. dianggap sebagai cerita Jenaka yang tinggi mutunya dan lebih menggelikan hati. Musang Berjanggut dan Abu Nawas. yang akhirnya dapat membodohkan sesiapa sahaja yang mengemukakan masaalah atau menguji kepintarannya. ialah Abu Nawas Membilang Bintang Di Langit. Fungsi Cerita Jenaka i. Cerita-cerita jenaka yang lain yang tidak kurang digemari oleh masyarakat Melayu lama ialah cerita Mat Jenin. Gambaran sifat-sifat watak yang melucukan. punggungnya tonggek dan apabila berjalan menjemur dada”. tetapi kemungkinannya besar bahawa persamaan ini ialah secara kebetulan saja. Contoh : Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai “ Perutnya besar.

institusi tertentu seperti institusi keagamaan (lebai) dan pemerintah (raja. memakai kasut besar dan memakai serban besar di kepala. Contoh : Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan raja Jangan terlalu percaya kepada nujum kerana sebahagian merekahanya tipu helah sahaja. Contohnya dalam cerita Pak Kaduk. Cerita jenaka biasanya mempunyai pengajaran tertentu kerana sifat/peristiwa yang diberikan pada watak utama. Cara pemakaiannya ini turut menimbulkan kelucuan dalam cerita jenaka tersebut. Contohnya Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menghadiri kenduri. Pak Belalang menunjukkan kerbau yang hilang kepada orang kampung Jangan terlalu mengikut hati yang marah kerana akhirnya kita juga yang menyesal. gemuk. iii. Cerita Jenaka berfungsi sebagai pengajaran. Sifat negatif seperti bodoh. Pak Kaduk yang marah isterinya menyindir. dan penghulu) turut menjadi sasaran kritikan atas penyelewengan yang dilakukan. Dalam cerita ini. Seorang yang bodoh dan lurus selalu ditipu oleh orang lain. cerita-cerita ini berfungsi sebagai alat kritik sosial kepada masyarakat. ii. hakim. tamak. Contohnya. mementingkan diri sendiri. perut buncit. menipu untuk melepaskan diri dan sebagainya dikritik menerusi cerita-cerita ini. Contoh. . Dalam cerita tersebut pengajarannya dapat dilihat pada watak Pak Kaduk iaitu jangan berjudi kerana berjudi akan menyebabkan kita menjadi papa kedana. Selain mengkritik tingkah laku yang buruk. Unsur pengajaran yang terdapat dalam cerita jenaka merupakan pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia. Sebagai sindiran/kritikan. Pak Kaduk bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi turut mendapat malu kerana semasa dia melompat keseronakkan kerana menyangka ayamnya telah menang dalam pertandingan menyabung ayam sehinggakan baju kertas yang dipakainya telah koyak. terdapat banyak sifat lucu dan peristiwa yang menghiburkan dan mengembirakan hati para pendengar. Sifat suka berjudi ini menyebabkan Pak Kaduk telah kehilangan harta bendanya. Sifat lucu ini jelas pada watak Si Luncai yang digambarkan mempunyai sifat yang melucukan iaitu seorang yang mempunyai paras fizikal yang pendek. pembesar. Pada umumnya.untuk majlis kenduri Kelucuan yang ditunjukkan dalam cerita Si Luncai. memukul isterinya hingga mati Jangan terlalu tamak .

Hal ini menunjukkan sifat raja yang zalim dan tamak serta sanggup melakukan kekejaman untuk menjaga status dan kedudukannya yang tinggi. Golongan raja yang menindas rakyat jelata dengan mengenakan kekerasan digambarkan sebagai kritikan kepada golongan atasan. Raja yang sememangnya mengetahui ayam Pak Kaduk lebih handal daripada ayamnya telah mengajak Pak Kaduk supaya menukarkan ayamnya. cerita Lebai Malang. Mengkritik golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak tetap pendiriannya akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri. kenduri khatam Quran dan kenduri maulud.Jelas membawa masej kritikan yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti golongan raja yang mempunyai kedudukan dan status yang tinggi dalam masyarakat Melayu. dia terpaksa membakar rumahnya sendiri. yang menerima jemputan di tiga tempat. sebagai alas an kepada raja yang alat-alat tilikan dan nujumnya telah musnah. Mengkritik golongan manusia yang suka melakukan kerja-kerja membuang masa. Contohnya. Kritikan ini ditujukan kepada golongan yang tidak adil dengan golongan miskin dan lebih mementingkan diri sendiri. Dalam cerita Pak Belalang. Dalam cerita ini kritikan ditujukan kepada golongan atasan yang menindas golongan bawahan dengan menggunakan kekuasaan yang dimilikinya. kenduri kematian. Akhirnya ketiga-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya. tidak dapat mengekalkan kemewahan hidup. Raja juga telah merampas tanah Pak Kaduk setelah Pak Kaduk kalah dalam pertandingan menyabung ayam tersebut. Mengkritik golongan manusia yang hidup hanya bergantung kepada kemujuran nasib secara kebetulan semata-mata yang tanpa kebijaksanaan akal fikiran dan ilmu pengetahuan. Contohnya jelas dalam cerita Pak Kaduk. melalaikan dengan kegembiraan yang merugikan itu akan membawa .

Cerita jenaka memaparkan gambaran kehidupan masyarakat zaman dahulu. Dalam cerita Pak Kaduk. Pak Kaduk hidup berjudi. Mengkritik golongan raja yang tertipu oleh golongan bawahan seperti dalam kisah Si Luncai sehinga raja terpedayaan dan akhirnya Si Luncai berjaya berkahwin dengan puteri raja. Jadi. Masyarakat yang digambarkan adalah masyarakat yang mempunyai sifat bodoh-sial.keruntuhan moral. iv. Jadi. kalau begitu dia hendak mencari kerbau. Kejenakaan Pak Pandir CERITA ini ialah cerita dua orang suami isteri iaitu Pak Pandir dan Mak Andih. Cerita Jenaka Sebagai Gambaran masyarakat. Mak Andeh telah menyediakan kuih untuk Pak Pandir sebagai bekalan. Hal ini kerana. Contohnya jelas dalam cerita Pak Pandir yang dapat dikategorikan sebagai sebuah cerita pintar-bodoh. kepintaran Pandir terserlah apabila berjaya menipu Mak Andih apabila dia terlalu ingin makan penganan dengan menyatakan bahawa dia hendak pergi berlayar. mereka hendak bekerjalah hendak membuat ladang bertanam padi. menyabung ayam. kebodohan Pak Pandir pula terserlah apabila dia menyorok di atas para bagi mengelakkan diri dari penipuannya diketahui oleh isterinya. Hendak membeli kerbau. akhirnya menang sorak. Mengkritik golongan raja/ pemerintahan yang sanggup mengambil kesempatan untuk menipu orang bawahannya. Namun. suatu hari itu. kampungnya tergadai. disuruhnya Pak Pandir membeli kerbau untuk mem-bajak . Mak Andeh. raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam Pak Kaduk yang lebih kuat. pintarbodoh dan pintar.

Engkau kata yang makan rum-put. "Ini hendak jual ke apa ini. Jadi. "Hai. Jadi. kata dia. Pak Pandir pun balik lalu masuk ke rumah. kerbau ini!" katanya." katanya. itu kerbaulah. Jadi. Sambil itu. Sampai di rumah dia pergi berjumpa Mak Andih." Jadi. "Ini keri buat memotong rumput. sudah di-ikatnya keri itu tadi lalu diseretnyalah." katanya. "Ah! Ini keri!" kata Mak Andih. Suatu hari. Dia pergi." Kemudian keri itu ditukarkan semula dengan kerbau oleh Pak Pandir. dibawanya balik 'kerbau' itu balik ke rumah. bawa balik sampailah dekat pokok mempelam ditambatnyalah keri itu tadi. Pak Pandir teringat pesan Mak Andih tadi." "Mana dia?" "Aku tambat dekat pokok mempelam. Jadi. dibelinyalah. Pak Pandir . "Kaki aku pulak ditanduknya. "Celaka. "Mana yang makan rumput itu nanti. Selain seorang yang bodoh.tanah. Tengok. "Bila kerbau itu hendak dibawa balik ikat dengan tali. Jadi. Jadi. petani itu bersetuju untuk menjual keri tersebut. Alat itu gunanya untuk memotong rumpudah. Ia memantul pada tanah dan kadangkala terkena kakinya. "Ini bukannya kerbau!" katanya. kerbau ini?" "Ah?" kata petani itu. Mak Andih bercadang hendak pergi ke ladang. Tidak kiralah apa-apa. "Ini bukannya kerbau!" "Bukan kerbau?" kata Pak Pandir. Bawa balik. bila diseretnya keri ini memantul-mantullah. merumput di sawah padi itulah. Bijaknya bijak bodohlah. Jadi. tali yang dibawanya itu diikatnyalah keri itu tadi. "Mana dia kerbau? Sudah dapat?" "Dapat sudah. "Ah! Aku tidak tahulah. dibelinya keri tersebut. Pak Pandir ini orang yang bodoh-bodoh tetapi ada kalanya bijak juga. Dia tidak suka pergi ke ladang." katanya. Apabila petani bersetuju hendak menjual. Umur anak mereka ini dalam dua tiga bulanlah. Jadi. Zaman dahulu tidak ada tajak." kata Pak Pandir. Jadi." katanya. Katanya. Pak Pandir ini datang kepada petani itu. pergi ditengoknya seorang petani tengah menajak. "Benda ini makan rumput juga. Pak Pandir ini juga memang seorang pemalas. saudara!" katanya. Datang kata Mak Andih ini. Kata Mak Andih. keri ini macam tajak yang kecil itulah. apabila ditengok-tengok oleh Mak Andih dia pun terperanjat lalu marah. Jadi. Jadi." kata Pak Pandir. Jadi. "Ah! Yalah! Asalkan makan rumput bolehlah. Di sawah padi itu ada satu alat namanya keri. sudah berdarah-darah ini. "Macam mana rupa kerbau itu?" Dia tidak tahu. Dalam pada berjalan itu dia pun bersungutlah. kena tumitnya menyebabkan luka. Pak Pandir pergi mencari kerbau. Jadi. Menajak rumput pada pangkalpang-kal padi itu. Pak Pandir dengan Mak Andih ini ada seorang anak kecil.

Jadi. Jadi. budak ini tersengeh. mandi air panas. Kata Mak Andih. Tidak apalah. tengah jalan di-jumpanyalah satu budak mati tengah jalan. "Sudah! Tapi tidak usahlah Mak Andih susah hati. Jadi." Jadi. Habis dipikulnya dan dengan tajak satu. Kata Mak Andih. dimandikan biar mandi air panas. ditengok Mak Andih anaknya itu terjeringai sahaja. dibungkusnya budak ini dengan tikar sahaja. Tidak ada apa yang dipakai. Sudah mati habislah ceritanya. Jadi. Ditengoknya tengah jalan itu anak dia yang dibawanya tadi oleh Pak Pandir tercicir jatuh di tengah jalan. Budak itu nanti." katanya. anak orang lain pun mati juga. Pak Pandir pergilah membawa cangkul satu. Balik. Air suam-suamlah." Pak Pandir pun balik. kalau begitu dia baliklah. Pergi. Dia pesan dengan Pak Pandir. Aku tadi jalan balik. tengah jalan itu aku jumpa anak orang ada juga yang mati. budak ini kena air panas. Jadi." Kata Pak Pandir. Jadi." katanya. kalau bangun dari tidur. pergi. Jadi. Kata Pak Pandir. Budak ini ditengoknya. Tersebutlah balik kisah Pak Pandir ini tadi. tikar itu dipikulnya juga dengan cangkul. "Pak Pandir! Pak Pandir! Aku hendak ke ladang ini. dia pun berfikir dalam hatinya. "Tetapi. "Anak orang lain pun ada juga yang mati." kata Pak Pandir. anak kita. "Bukanlah-anak aku sahaja yang mati. Mandikan dia budak ini air panas. "Anak kita sudah masuk sekali dengan tikar-tikar sekali. Pak Pandir ini teringatkan budak ini disuruh mandi dengan air panas saja. sudah dikapankanlah budak kecil ini tadi." katanya." katanya. Apabila anaknya yang sudah mati . "Bukan anak aku seorang sahaja. "Tertawa anak kita ini. "Sudah tanam?" Katanya. Air panas itu masuk campur dengan air sejuk. rupanya dalam pada dia tengok-tengok itu Mak Andih pun balik. Mak Andih ini pun pergi hendak menengok kubur anaknya. diambilnya dan ditanamnyalah semula. Dalam pada dia berjalan-jalan ini.disuruhnya menunggu rumah. mati. engkau mandi-kan. Jadi. Balikbalik. Jadi. sampai sahaja ke kubur digalinya kubur itu dimasukkannya tikar sahaja. dimasukkannya anaknya dalam besen itu. budak dalam tikar ini tidak disedarinya terjatuh. Mak Andih pergilah ke ladang. Rupa-rupanya anaknya itu sudah mati. Dia pun balik. Ertinya macam tersengeh sahajalah. balik. Pak Pandir ini tidak tahulah budak itu sudah mati. "Yalah!" Jadi. dalam dunia ini bukan anak kita sahaja yang mati. Itu satu lagi kisah Pak Pandir. Dibuat sudah dan dimasaknya air panas dan dijirusnyalah. Pak Pandir cerita dengan Mak Andih. Habis. "Kita. Bila hendak balik. "Sudah mati apa hendak buat? Pergilah tanam." katanya." katanya.

Mak Andih ini teringatlah. apa semua gulai. Hendak buat kendurilah. dia pergilah hendak menjemput orang." katanya. "Ini sudah tiga hari anak aku mati ini. Kalau begitu disuruhnya Pak Pandir. Engkau panggillah nanti. "Ini bilallah ini.itu sudah sampai hari. Pipit uban ada." katanya. songkok ketayap itu. "Nasi aku tiada lembik." "Jadi. "Yang bersongkok putih ini. hendak kenduri dia pun siaplah memasak-masak." katanya. "Pit! Pit! Pit!" . kalau begitu dipanggil-pang-gilnya tetapi tidak mahu datang. apabila sampai sana. pipit uban ini kepalanya putih. Jadi. "Eh! Nanti engkau pergi jemput orang. berjalan. pergi. dibawanya baliklah. Pipit uban ini masa itu. bila ada yang berjanggut saja panjang itu. pipit tuli ada. pipit genting ada. dahulu ada yang tiga hari kenduri. Pergi. "Bek! Bek! Bek!" "Ah! Engkau jangan buat pembohonglah. dikejarnyalah kambing itu di-tangkapnya. Asalkan yang putih sahaja kepala songkok itu. Mana yang songkoknya putih itu nanti. Pipit ini ada dua tiga macam. Jadi." Jadi. Dibawanya balik. Jadi. ditengoknya burung pipit. "Pak Imam itu nanti. apa semualah. engkau panggil Pak Imam. Jadi. "Itu Pak Imamlah. pergi dia tidak tahu mana rumah Pak Imam." kata Pak Pandir. Habis pipit ini pun ber-bunyi. empat belas hari kenduri. engkau panggil Tuk Siak. "Itu Pak Bilallah. kambing ini pun dibawanyalah balik. dikatanya ini. pipit pinang ada. Pergi. tujuh hari kenduri. Dikejarnya didapatnya satu ekor burung pipit ini tadi. "Lain-lain orang pun panggillah. Jadi berjalan. engkau panggil Pak Biial. Tidak tahu mana rumah Pak Bilal.00. bulu kepala-nya itu putih. bilallah katanya. Jadi." Jadi. pergi. pipit uban. carinya. lepas sembahyang asar narrti kita kenduri. Dia ingat." Lepas itu nanti hendak mencari Pak Imam pula." katanya. yang mana satu Pak Imam ini?" kata Pak Pandir. cari. asalkan yang janggut panjang itu nanti Pak Imamlah. Jadi. Pukul 4." katanya." Jadi. Dalam pada balik berbunyilah. ternampaklah kambing jantan yang berjanggut panjang. ini berjanggut ni. dikejarnya. "Aaa! Ini Pak Imamlah. songkok putih.

dicakapkannya dengan Pak Pandir. Jadi. itulah ceritanya. Jadi. Suatu hari. pisanglah. Ditengoknya Pak Pandir ini sudah hendak makan sangat." katanya. Ditengoknya oleh Mak Andih burung pipit dengan kambing. Pak Pandir dengan Mak Andih ini ada di rumah dan hari pula hujanlah. Jadi." katanya. Jadi. sudahlah tidak jadilah kenduri itu." Jadi. apabila duduk di atas rumah. Engkau pasanglah dekat sungai itu. makan. Jadi. "Engkau buat pembohong sahaja. Habis. hitam pada arang buntut kuali itu sahaja. Apa hendak diumpankan ini?" Datang kata Mak Andih. dalam pada dia mengupas kulit pisang semua itu Pak Pandir berkata. kata Pak Pandir. muda lagi. Maknanya belum masak lagi pisang itu. dia duduklah di atas rumah itu." kata Pak Pandir." katanya. umpan tidak ada. Jadi. hujan dia tidaklah boleh turun ke ladang apa semua. "Buat umpan!" Jadi. "Engkau ambillah taut bawah rumah itu. Ada apa-apa pun masaklah. cari beialang rusa itu. kata Mak Andih. taut ini sejenis kail yang gunanya hendak menang-kap ikan ini tadi." kata Mak Andih. bolehlah kita bawa baliklah. suatu hari itu. Jadi. Jadi. Jadi." katanya. masaklah lekas! Kalau pisang. Diambilnya pisang muda yang dikupas itu tadi dilumurkannyalah pada punggung kuali. Mana tahu dapat ikan nanti. "Ai! Picang ni."Ah! Rumah aku tiada sempit. dibawanya. "Yalah!" Jadi. "Angus ada macak idak." katanya. Semua dibawa balik. Jadi. "Dapat? Mana Pak Imam? Ini tadi semua datang? Ada Pak Bilal?" "Ada sudah ini. sudah hitam apa semua diangkat dibawanyalah pada Pak Pandir. Kemudian. Sampai di rumah. "Baiklah engkau." Jadi. pagi itu. Mak Andih ini disapukannyalah pisang itu pada buntut kuali. "Apa yang hendak dimasak. Pak Bilal. kata Pak Pandir. "Aku ini lapar sangat Mak Andih. masaklah. Habis sudah masak nasi. Mak Andih sudah masak nasilah. "Ai! Lama benar! Perut aku sudah laparlah. Lekas! Lekaslah sikit! Memasak itu kalau apa-apa pun hendak dimasak. habis dia kata lauk tidak ada. Pak Pandir ini kata. tidak sabar hen¬dak makan. . kata Mak Andih." Dibawanya balik. Pak Pandir ini makan. itulah ceritanya orang sudah gelojoh hendak makan sangat. Jadi. "Yalah! Habis." katanya. "Engkau ambillah. hitam sahajalah. Jadi. "Yalah! Nantilah! Ada pisang muda dekat dapur itu biarlah aku bakarkan. "Angus ada tapi macak idak. Dia ini pelat." katanya." katanya. "Pak Pandir! Pak Pandir!" katanya. Biar aku makan hujan-hujan ini. Lama-lama Mak Andih ini panas hatinya. Boleh kita makan sama.

dicari-nyalah beialang rusa. "Jadi." katanya. "Badan sudah letih. Lama dia berjalan. aku bertaruh ladang pun aku jadi. orang pergi dia pergi. Suatu masa orang kampung pergi menebang untuk membuat kebun. "Tidak ada di-makan ikan." kata dia. Beialang rusa itu tidak ada didapatnya. Rusa ini sahajalah kita sembelih buat lauk. Ah! Lepas itu dia pun baliklah. Jadi. Aku cangkukkan. "Umpan kita itu ada juga. Pak Pandir dibawanya sekeping kerak nasi itu." "Apa engkau umpankan?" kata Mak Andih. Petang orang balik dia balik. Sampailah masa menuai. ambillah ladang aku itu. Itu sahajalah ceritanya. rusa. Dicacakkannyalah ke sungai. Kalau begitu rusa itu tengah tidur. kalau sarang lebah." kata dia." kata Mak Andih. Pergi membawa bungkus nasi tapi orang menebang dia tidak menebang. orang yang tadi pergi menebang hutan pun lalu. Dicangkuknyalah rusa itu pada mata taut tadi." "Ah! Kalau begitu. "Ah! Yalah. Dibawa. satu hari itu." katanya. kerak nasi!" kata dia. marilah kita tengok. Bawa bekal pergi menebang. "Ada pulak kerak nasi berkilat-kilat begini?" katanya. Tapi. berjalan. "Bawa! Bawa bekallah!" kata Pak Pandir. "Eee! Eh! Lebah!" "Rak acik apa? Asal betul-betul kerak nasi. apabila petang. Balik sekejap lagi lebih kurang dalam dua tiga jam dia pun hendak pergilah hendak menengok tautnya itu balik. Pak Pandir?" "Alah! Duduk-duduklah." kata dia. Jadi. Mereka pun bertanya. "Tidak! Rak acik!" Dia mengata kerak nasi itu "rak acik" sebab dia pelat. aku bertaruh. "Macam mana Mak Andih?" katanya. "Kalau ladang. Tidak payahlah kita mencari ikan lagi. ditengoknya rusa itu sahaja yang ada. Pak Pandir pun turut sama pergi menebang. Habis." kata orang tadi. "Lebah!" Kata Pak Pandir." kata dia. "Aku hambakan . dibawanya. "Ah! Ini?" katanya." kata Mak Andih." kata orang itu. dia cakapnya sahaja. engkau aku kerjakan. pergilah Pak Pandir dengan Mak Andih ini. Aku dapat dekat hutan tadi. "Apa engkau buat.Jadi. Kata dia. "Ah! engkau Pak Pandir! Engkau ini buat pembohong sahaja." katanya. kalau betul kerak nasi ambillah. asal pagi membawa bekal nasi dibuat oleh bininya untuk pergi menebang." kata Mak Andih. "Rak acik!" Kata orang itu. orang hendak balik. "Aku umpan rusa. "Aaa! Itu apa pulak dekat atas pokok itu?" "Ah. dia pun pergi. Habis dia balik ke rumah jumpa Mak Andih. betul lebah. berjalan dijumpanya rusa. "Ah! Ini pun dia rusa. Jadi. "Rusa betul ini. Jadi. Kata orang itu. kata Mak Andih. dibawanya ke dalam hutan tadi digantungnya atas pokok. sama ada sudah mengena atau tidak. dibawanyalah taut itu." kata Pak Pandir. Jadi. "Sudah siap dah ladang?" "Sudah! Besok bolehlah kita menuai. Ah! Pak Pandir duduk di bawah pokok itu tadi. Asaikan pagi dia membawa bekal nasi. Tapi. bukan dia menebang cuma dia duduk dalam hutan itu termenung sahaja. Kerak ini tadi dibawa. kalau begitu.

dipanjatlah ditengok. Jadi. Dia asyik duduk di rumah. Dapatlah Pak Pandir ladang orang itu. ada satu lantai lagi. dia . Mengakalkan orang! Bukan sengaja hendak mengakalkan orang pun tidak. Ah! Balik tadi itulah bukan main sukalah Mak Andih." kata orang itu lagi. Kemudian. tidak ada pergi bela¬yar. Jadi. Pak Pandir tidak pergi belayar. Hendak kerja. Hendak makan tidur." Kata Pak Pandir kepada Mak Andih. ada para tempat simpan barang. nasi apa semua selama seminggu. Kalau begitu. Di atas rumah itu. bekal kuih-kuih ke. Jadi." kata Pak Pandir. "Baiklah aku buat satu helahlah. Jadi. Hendak belayar seminggu." katanya. main nasib-nasiblah itu. yalah!" kata Pak Pandir. Mengakalkan orang. makan tidur sahaja. "Ah. Baiklah! Aku ini hendak pergi belayar. apa yang ada. betullah kerak nasi. engkau siapkan aku bekal. Jadi. Orang zaman dulu. Pada hal. tidak lama selepas itu. biar aku pergi belayar. dia terfikir di hatinya. Turun ke bawah hendak pergi menengok-nengok kebunnya-lah. ketupat. "Kalau macam ini. ada rumah pakai para. Dia tidak ada kerja. dia main nasib-nasib. Mak Andih pun pergi turun ke bawah.engkau. Memang sengaja digantung kerak nasi. Pak Pandir ini naik atas para. Hendak cari duit. bila dimarah-marah oleh Mak Andih ini. Mak Andih ini sudahlah marahkan Pak Pandir. Jadi. Ditengok. Mak Andih ini siapkanlah nasi. lauk semua. "Engkau gaduh-kan aku tidak bekerja. kuih bekalan dalam seminggu. Mak Andih menyang-kakan dia. Ditengok. betullah Pak Pandir berladang. sudah siap bungkus apa semua.

Sumber: Disesuaikan daripada penceritaan Haji Talib Bulat dan Haji Abdul Manan Puteh. Dicabutnyalah gabus itu oleh Mak Andih." katanya. berak pun tidak. "Ada gabus pulak. Jadi. Jadi. apabila sudah sampai seminggu. . "Ini apa pulak gabus ini pada para ini?" katanya. Dia duduk di atas para itu. ken-cing pun tidak. Jadi. dalam pada seminggu ini Pak Pandir duduk atas para itu makan sahaja. Mak Andih ini pun berkata. disapunyalah lantai. Kuala Langat. hendak berak diambilnya gabus. disum batnya duburnya tadi. kenalah muka Mak Andih. Aah! Pak Pandir ini hendak balik dari belayar ini. "Baiklah aku berkemas-kemas. Selangor. 1995.naik atas para itu. Pak Pandir pun terberaklah. Ditengokkannya. Jadi." katanya. bawah para. makan. Jadi. sawang-sawang apa semua dekat para itu. Teluk Panglima Garang. "Ah! Hari ini sudah sampai seminggu." Jadi. Makan. Jadi. dia hendak membersihkan para itu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->