P. 1
Jelaskan Isu Dan Cabaran Utama Profesion Perguruan Mengikut Pandangan Anda

Jelaskan Isu Dan Cabaran Utama Profesion Perguruan Mengikut Pandangan Anda

|Views: 5|Likes:
Published by evilfairy90
isu
isu

More info:

Published by: evilfairy90 on Aug 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/27/2015

pdf

text

original

Jelaskan isu dan cabaran utama profesion perguruan mengikut pandangan anda.

Tugas seorang guru kini bukan sekadar pengajar, sebaliknya mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dan pelajar. Tugas seorang guru pada hari ini semakin berat dan ramai dalam kalangan guru meluahkan rasa keluhan dan rungutan mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.Tugas dan tanggungjawab guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu. Sebaliknya, pada hari ini semakin banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi di sekolah. Tidak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak ‘songeh’ serta pelbagai kritikan lagi dilemparkan kepada para guru termasuklah sindiran seperti ‘sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut’. Mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu ini mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya guru di sekolah ketika ini yang bukan sekadar bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tidak selesai di sekolah dan terpaksa dibawa sehingga ke rumah pada hujung minggu. Di sekolah pada hari ini, banyak kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang kerani atau pegawai data kini menjadi tugas seorang guru. Tugas-tugas guru yang rutin seperti merekod maklumat murid, data profil murid, analisis keputusan ujian dan peperiksaan secara manual dan berkomputer. Begitu juga dengan kerja-kerja pembayaran buku rujukan, pembahagian susu dan pakaian sekolah, rekod skim pinjaman buku teks, inventori aset sekolah dilaksanakan oleh seorang guru. Tugas-tugas tambahan ini kemudian diteruskan lagi dengan tugas arahan pentadbiran dan sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pelajaran daerah serta jabatan pelajaran negeri. Justeru itu, adalah tidak wajar seorang guru dahulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini. Jika pada hari ini semua kerja perlu direkod dalam sistem berkomputer walaupun rekod bertulis telah dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer dan tidak semua guru tahu dan celik menggunakan komputer. Bagi ketua panitia mata

penyimpanan dan pelaporan serta analisis peperiksaan dan ujian yang telah dilaksanakan sepanjang tahun. . bebanan itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan.pelajaran pula.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->