P. 1
jawi macam-macam

jawi macam-macam

|Views: 34|Likes:
Published by manrimau
JAWI
JAWI

More info:

Published by: manrimau on Aug 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/08/2014

pdf

text

original

Pemilihan permainan ini jelas menunjukkan keberkesanannya dan dapat membantu murid untuk mengingat dan juga penguasaan

3 kemahiran asas jawi yang diterapkan pada setiap permainan berjaya membantu murid menguasai huruf jawi tunggal. 5.2 Melalui permainan ini, wujud persaingan yang sihat kerana kaedah pengiraan markah yang diperkenalkan menyebabkan murid-murid berusaha untuk mendapatkan markah yang tinggi. Sikap kepimpinan juga dapat dibentuk dalam aktiviti ini semasa murid membantu rakan dalam melakukan aktiviti ini. 5.3 Didapati melalui kajian ini juga didapati murid-murid telah menunjukkan perubahan sikap dimana mereka lebih berminat terhadap matapelajaran jawi.

ANALISA PENCAPAIAN PROGRAM 1. Mengenal huruf tunggal Pada langkah pertama sebelum permainan boling dijalankan, murid-murid diminta menyebut dan membaca terlebih dahulu semua huruf jawi dan pada langkah ini penekanan diberi kepada huruf-huruf jawi yang sukar, pada langkah kedua ini murid-murid dilihat semakin kurang melakukan kesalahan.Hasil daripada langkah ketiga, peningkatan jumlah kutipan ini menunjukkan perkembangan positif dan murid-murid kurang membuat kesalahan. Pada langkah pertama semasa permainan boling dijalankan, terdapat murid yang mampu menguasai huruf jawi tunggal namun pada tahap yang memuaskan sahaja. Pada langkah kedua, murid telah menunjukkan peningkatan dan dapat mengingat lebih banyak huruf. Pada langkah ketiga, murid-murid masih tidak mampu mengingat kesemua huruf dengan tepat kecuali 3 orang murid yang berada pada peringkat memuaskan.

2. Mengenal suku kata Pada pusingan pertama permainan pancing dijalankan, hanya 5 orang murid sahaja yang berjaya mencari dan mencantumkan suku kata.Antara suku kata yang diarahkan oleh guru ialah duri,satu,roti,paku,lori.Pusingan kedua menampakkan lebih pemahaman di mana 10 orang murid telah berjaya mencari dan mencantumkan suku kata mengikut arahan guru.Manakala pada pusingan ketiga, seramai 13 orang berjaya mencantumkan suku kata.

Kesimpulannya,ingatan murid-murid terhadap pelajaran ini terutamanya huruf jawi tunggal dan mengenal suku kata semakin baik berbanding sebelum ini. Keputusan yang dicatat amat memuaskan walaupun terdapat kelemahan menulis huruf dengan cara yang betul. TINDAKAN SUSULAN

. Selain itu. Tulis huruf dalam kertas atau pada tapak tangan mereka dan suruh mereka baca setiap masa walaupun dah habis waktu jawi. Pelajaran Jawi KBSR ialah suatu program yang memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis Jawi. 1995). emosi dan jasmani. ini bermakna melalui KBSR murid-murid akan menguasai kemahiran-kemahiran asas membaca. Ulang huruf yang sukar diingat setiap waktu samada dalam bentuk perkataan ataupun tunggal. 3.panggillah seorang-seorang jumpa mereka atau kita terserempak dengan mereka dimana-mana sahaja. sebuah Buku Panduan Khas Tahun Tiga dan Empat (Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi memenuhi kehendak itu.( Unit Pendidikan Islam. 4.Peningkatan yang dicapai oleh murid agak memuaskan dan kaedah ini berjaya menarik minat mereka dan membolehkan mereka menguasai huruf dengan cepat berbanding kaedah pengajaran kelas biasa. menulis dan mengira. Hari isnin: tulis dengan mewarna huruf ii. 6. 5.Antara tindakan susulan yang akan saya jalankan selepas ini ialah: 1.Masa itu akan saya gunakan dengan mengajak murid-murid pemulihan jawi itu melakukan aktiviti seperti: i.Tampalkan dalam kelas atau buat carta atau mural dalam bilik pemulihan. memperolihi ilmu pengetahuan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka mempunyai akhlak yang baik.Cerita huruf iv.Susun huruf atau eja perkataan iii. KBSR juga memberi peluang untuk memupuk dan mengembangkan minat dan bakat murid-murid.saya cuba untuk buat perbandingan antara konsonan rumi dengan konsonan jawi dan vokal rumi dengan vokal jawi dengan menggunakan warna pada sukukata 7. Saya akan cuba mereka lagu untuk mengenal huruf tersebut. tanya kembali huruf tu berulang kali dan lakukannya setiap hari. Buku ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis Jawi.bagilah sesuatu kalau mereka dapat mengingatinya sebagai perangsang untuk mereka terus berusaha. Kementerian Pendidkan Malaysia. Bila ada masa.`Cha` dengan `Cawan` dan `Cangkul`.1995) di adakan. mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara tubuh badan yang sihat. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2.Nasyid huruf Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) adalah bercorak pendidikan asas untuk memastikan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang yang meliputi aspek. Identitikan setiap huruf dengan sesuatu yang murid suka. rohani.Contohnya.Sekurang-kurangnya dua benda yang boleh yang boleh digambarkan secara maujud. Saya akan meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk menggunakan masa perhimpunan 15 minit selepas rehat sebelum murid masuk ke kelas.

Mereka diberi markah bagi setiap aspek kemahiran iaitu sangat baik.Murid-murid telah dinilai kebolehan diri mereka dalam tiga bidang kemahiran . Masalah ini bukan sahaja menimbulkan masalah dalam pembelajaran tetapi juga menimbulkan kesukaran kepada guru-guru pendidikan islam yang mengajar matapelajaran jawi. Walau bagaimanapun rancangan ini tidak dilaksanakan dan sebaliknya Pelajaran Jawi dirangkumi dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. membaca dan menulis dengan huruf Jawi. sederhana dan lemah. Pelajaran Jawi diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mulai Tahun 3. Murid diajar mengeja. Jadual 1: Kebolehan dalam kemahiran Jawi Bidang S. .( Surat Pekeliling. Pemulihan jawi ini dilaksanakan untuk membantu murid yang tercicir dalam matapelajaran jawi. tidak ada ruang untuk para guru memasukkan apa-apa pembaharuan atau perubahan dan tidak menunjukkan peningkatan murid yang tinggi. Seramai 47% daripada murid yang diuji kemahiran membaca tulisan Jawi di dapati 16% sahaja mendapat pencapaian sangat baik dan 6 % sahaja yang lemah.Arfah A.Baik Agak Baik Sederhana lemah (%) (%) (%) (%) Bacaan 16 52 26 6 Penulisan 2 36 43 18 Kefahaman 9 47 34 10 Dari segi kemahiran penulisan didapati 43% murid-murid adalah sederhana pencapaiannya dan dua peratus sangat baik dalam bidang kemahiran ini. menyarankan bahawa Pelajaran Jawi adalah sebahagian daripada Pelajaran Bahasa Malaysia dan mula diajar pada Tahap II. 11/41 bertarikh 14 Disember 1984) Dr. Kepentingan mempelajari jawi Antara masalah yang begitu ketara yang dihadapi oleh murid-murid sekolah adalah kelemahan dalam membaca dan menulis jawi. Setakat ini. Dari segi kefahaman pula 47% pencapaian agak baik dan 9% pula adalah sangat baik. Pada umumnya tulisan jawi dieja mengikut kebiasaan penulis namun dalam hal ini wujud ketidakseragaman dalam penulisan jawi. Dalam pelaksanaan kemahiran jawi dalam KBSR ini.Perancangan awal KBSR. 1992 menegaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran jawi telah dicapkan sebagai proses yang membosankan murid. Namun penerimaan masyarakat dalam hal ini adalah tidak sekata kerana ejaan jawi bukan sesuatu yang boleh dieja secara qiyas seperti ejaan rumi. agak baik. iaitu bacaan . Tambahan masa 30 minit mulai Tahun 3 adalah untuk Pelajaran Jawi. ia akan disusuli dengan satu program yang dikendalikan oleh guru-guru j-QAF iaitu pemulihan jawi. KP. Ini kerana ejaan jawi mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan yang tersendiri serta unik.penulisan jawi perlu kepada satu sistem dan kaedah yang sistematik serta selaras dalam semua penggunaannya.Aziz. proses penyelarasan sistem ejaan jawi masih dijalankan. Keadaan ini membawa implikasi yang negatif terhadap usaha Kementerian Pendidikan untuk memajukan penggunaan skrip jawi sebagai sebahagian daripada bidang Pengajian Melayu di semua peringkat persekolahan. Ia merupakan warisan melayu yang dibina berasaskan kepada huruf-huruf al quran dan sebahagian ejaan juga di ambil dari kaedah ejaan dalam al quran. Mata pelajaran Pendidkan Agama Islam mendapat tambahan masa 30 minit dalam seminggu. kefahaman dan penulisan. TKPP II. Kebolehan dalam penulisan dan Bacaan Jawi Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh ustaz zali bin muda dari jabatan pendidikan islam dan moral. Untuk itu.

Sebagai contoh. pro nya adalah ilmu agama dapat disebar luaskan. penerbitan buku teks. mereka agak sukar untuk memahirkan diri dalam membaca al quran. bagi muridmurid yang menghadiri sekolah agama pada sebelah petang. kurangnya ilmu pula bermula apabila masyarakat mula mengenepikan budaya membaca bulu-buku agama. ia merupakan satu pengadaptasian dari huruf-huruf al quran malah terdapat sebahagian dari sistem ejaannya juga diambil dari kaedah ejaan al quran. penggunaan tulisan jawi merupakan perkara asas samada dalam pengajaran dan pembelajaran. kurangnya penghayatan terhadap islam pula berpunca dari kurang ilmu agama. ia akan mengikis keperluan untuk mempelajari ilmu jawi dan ia bakal mengakibatkan hilangnya warisan pusaka melayu yang satu ini. dengan mempelajari jawi. Justeru itu. Kelemahan ini berpunca apabila tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan sejak tahun 1960 yang menyebabkan kemerosotan kemahiran murid dalam menulis dan membaca jawi. Antara lain kepentingan mempelajari jawi ini juga ialah ia dapat membantu para pengkaji untuk mengkaji peradaban silam. pembacaan buku-buku agama pula diketepikan kerana hilangnya minat untuk membaca. Dan langkah mengatasi masalah ini juga semakin menampakkan kesan apabila program j-QAf dilancarkan pada tahun 2005 untuk memulihkan murid-murid yang tercicir dalam matapelajaran jawi ini. ia dapat memantapkan penggunaan tulisan jawi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.dengan mempelajari jawi. Ideologi atau doktrin yang diterima oleg masyarakat sejak zaman berzaman. Ini kerana di sekolah-sekolah agama. dapatlah dikaitkan antara kepentingan mempelajari jawi dengan punca masalah sosial yang berlaku sekarang. tulisan jawi dimasukkan semula dalam silibus KBSR pada tahun 1982 sebagai sebahagian dari pendidikan islam bagi murid tahun 3 hingga tahun 6. ia juga dapat memartabatkan islam di mata masyarakat justeru menunjukkan islam itu satu agama yang indah dan unik. bagi . namun usaha untuk menterjemahnya dalam tulisan rumi juga masih pada tahap minimum.mereka menganggap jawi sebagai tulisan rasmi islam. hilangnya minat membaca bermula dari ketidakfahaman individu akan bahan yang dibacanya. jika melihat pada sejarah kewujudan tulisan jawi ini. memahami dan membaca tulisan jawi berbanding murid yang tidak menghadiri mana-mana kelas agama. Melalui pemerhatian yang dapat kita buat di sekeliling kita. Seterusnya. usaha-usaha penterjemahan ini ada pro dan kontranya pula. Namun begitu atas desakan masyarakat. mereka lebih mudah mempelajari. Jika dibentuk satu kronologi. Ini kerana manuskrip-manuskrip peradaban nusantara khususnya melayu banyak ditulis menggunakan tulisan jawi seperti batu persurat Terengganu. kita dapat melihat keruntuhan nilai-nilai islam dalam diri generasi muda khususnya adalah berpunca dari kurangnya penghayatan terhadap ajaran islama dan nilai-nilai yang dibawa. anak-anak yang tidak mempunyai asas yang kukuh tentang ilmu penulisan jawi. malah dalam pentadbiran. pembuatan soalan ujian dan penilaian. namun kontranya pula. anak-anak atau generasi muda yang masih lemah dalam penguasaan bacaan al quran. penggunaan tulisan jawi lebih mendapat perhatian. hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka. ketidak fahaman ini pula berpunca dari ketidakbolehannya membaca dan memahami tulisan jawi kerana kitab-kitab lama ditulis dalam tulisan jawi oleh para ulama. Selain itu. Generasi muda menghadapi masalah keruntuhan akhlak kerana kurangnya penghayatan terhadap islam. Begitupun. Ini kerana. dengan mempelajari jawi. ia dapat mengatasi kelemahan ini sedikit demi sedikit. melalui pembelajaran dan penggunaan tulisan jawi. kelemahan ini dapat diatasi. Seterusnya.

kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941.P. tulisan jawi disinonimkan dengan identiti islam. ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi. dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan . Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y. institusi dan badan sukarela di seluruh negara. dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu.B. serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia. Selepas itu.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 . iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. pemikiran ini juga dapat dikaitkan dengan sejarah kewujudan tulisan jawi sepertimana yang disebutkan sebelum ini. Kemudian. Berhad . dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum.Bm.mereka. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. dan Thailand. Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. . usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an. termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam. dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949). Dalam dekad 1980-an. serta beberapa penerbitan Jawi yang lain. v) Dalam tahun 1987. iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu. Singapura. Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989). dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD). Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987. Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. i) Pada tahun 1981. Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". Brunei Darussalam. pusat pengajian tinggi. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 itu. yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan.

Selepas kajian semula dibuat.vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu. Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama. sistem ejaan yang ada adalah tidak seragam Selepas tahun 1986. Sistem jawi moden yang ada pada masa kini adalah sistem yang telah diselaraskan dengan perkembangan sistem ejaan rumi menjadikan kaedah mempelajarinya juga hampir serupa dengan kaedah mempelajari bahasa melayu atau ejaan rumi seperti penggunaan suku kata terbuka tertutup dan sebagainya yang diketuai oleh pak Matlub. Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dalam cetakan kedua ini. Sistem ejaan jawi yang diperkenal sebelum ini atau lebih dikenali sebagai jawi klasik ini adalah tidak selaras dengan perkembangan ejaan rumi. maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1998). Perbezaan jawi klasik dan jawi moden Jawi klasik Jawi moden Dalam sistem ejaan jawi yang diperkenalkan sebelum tahun 1986. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar. pembaikan dalam sistem ejaan jawi sedia ada dibuat sedikit demi sedikit menjadikan ia lebih seragam Sistem ejaan klasik yang dipelopori oleh Za`ba didapati masih ada beberapa klemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989 . sistem ejaan jawi yang ada kini lebih sistematik dengan kaedah-kaedah yang lebih mudah difahami dan dipelajari. vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Ini adalah kerana murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama . Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Dengan terbitnya daftar ini kelak. viii) Kini. Apabila perkara ini disedari oleh para pengkaji dari pihak swasta. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD . Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf adalah satu alternatif yang harus diberi pujian kerana ia adalah usaha murni untuk memartabatkan jawi seterusnya dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab. mereka mendesak agar sistem yang sedia ada dikaji semula.

sebagai guru pemulihan jawi.dengan lebih mudah. . dengan wujudnya kelas ini dapat memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun pelaksanaan pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada kebaikan dan kelemahannya. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu. Ini manyebabkan guru tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah.Ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk kaedah pengajaran Jawi.Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. pada pendapat saya ia tidak mencukupi kerana mereka perlu diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan. teknik yang pelbagai perlu di aplikasikan agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sebagai tindakan . Guru juga tidak seharusnya bergantung kepada ABM yang disediakn oleh jabatan sebaliknya menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan ramai guru terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami yang menggabungkan dua kelas pada satu masa. namun masih ada kelemahan dari segi pelaksanaan kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar terdapat ramai murid pemulihan kerana kelas kami digabungkan iaitu dua dalam satu. Alat-alat permainan juga terhad. Bilangan murid yang ramai tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan. Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak dapat membantu murid yang lemah. jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian . Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang lebih kepada permainan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->