You are on page 1of 30

tugasan edu 3105

PENGENALAN MENGENAI TUGASAN Bagi semester ini kami telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pemelajaran. Melalui subjek ini, kami memahami bahawa teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan buka juga alat, sebaliknya proses, kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan. Selain itu, kami turut diberi pendedahan mengenai keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu memproses maklmat dan memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan

mengaplikasikanya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru. Sehubungan itu, kami telah diberi tugasan yang berkaitan dengan konsep teknologi yang telah kami pelajari. Tugasan tersebut mengkehendaki kami untuk membuat perancangan pengajaran pembelajaran berdasarkan Model ASSURE kerana melalui model tersebut, kami dapat mempelajari cara yang baik untuk merancang pengajaran yang mengaplikasikan penggunaan median. Sebelum itu, kami perlu memahami enam ciri yang terkandung dalam Model ASSURE. Berdasarkan Model ASSURE tersebut, kami dikehendaki pula

merancang satu rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah rendah. Kami diberi kebebasan untuk memilih mana-mana huraian sukatan pelajaran untuk sekolah rendah. Apa yang penting, kami perlu memahami tajuk yang dipilih dan objektif yang menjadi matlamat dalam pengajaran tersebut.

Selain itu, kami perlu mengaplikasikan teknologi dalam penyediaan rancangan pengajaran pembelajaran tersebut, bersesuaianlah dengan subjek

ini sendiri. Kami harus memastikan sekurang-kurangnya tiga bahan media digunakan dalam rancangan pengajaran tersebut. Sebagai kesimpulannya, tugasan kali ini memberi banyak pendedahan kepada guru pelatih untuk memahami konsep teknologi dan menggunakan teknologi yang ada pada masa kini dengan sebaik-baiknya supaya gaya pengajaran kita dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.

MODEL ASSURE

Tajuk Pengajaran Nama Guru

: Nombor Bulat : Zulsubha Abdullah : Wan Azmi

Kelas

: 3 Kenanga : Hasil Tambah Nombor Bulat.

Kandungan Pengajaran Masa BIL. 1 ASSURE A Analyze Learner (Analisis Pelajar)

: 7.20 8.20 (1 jam) MODEL Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid, di mana 12 orang daripadanya ialah murid lelaki dan 18 orang lagi murid perempuan. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya iaitu 25 orang murid Melayu, 3 orang murid Cina dan 2 orang murid India.

Mereka merupakan murid-murid yang sederhana cerdas daripada segi mental dan sosial serta tiada kecacatan fizikal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang berpotensi untuk menonjol sekiranya diberi galakan berterusan.

Mereka juga berasal daripada keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang sederhana dan berada. Secara umumnya, murid-murid kelas ini tidak menghadapi masalah dalam menyediakan kelengkapan untuk belajar.

Bagi mempelajari tajuk ini, murid-murid berpengetahuan untuk mengira dan mencongak hasil tambah dua nombor sehingga 1000.

Kebanyakan murid lebih suka belajar melalui aktiviti yang menarik, bersesuaian dengan minat mereka berbanding belajar secara formal. Mereka juga lebih suka belajar dengan berpusatkan murid (studentcentered).

Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran, iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran audtori dan gaya pembelajaran kinestetik. Secara keseluruhannya, 30% murid-murid dalam kelas 3 Kenanga ini belajar dengan gaya pembelajaran kinestetik, 30% daripadanya belajar secara audio dan 40% lagi belajar dengan gaya pembelajaran visual. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka lebih tertarik untuk menonton sesuatu yang dipaparkan berbanding mendengar sahaja ataupun melakukan pergerakan aktif.

1. Bilangan murid: 30 orang 12 Lelaki 18 Perempuan

2. Purata umur: 9 tahun 3. Etnik Melayu: 25 Cina: 3 India: 2

4. Gaya Pembelajaran Kinestatik: 30% Audio: 30%

Visual: 40%

S State Pada akhir sesi pengajaran, murid-murid dapat Objective menambah tiga nombor sehingga 10 000 dengan (Tentukan menggunakan bentuk lazim. Objektif)

S Select Methods, Media and Materials Tujuan bahan ini digunakan:

1.

Penggunaan bahan 2-Dimensi (2D)

(Pilih Kaedah, Bahan 2D ini merupakan kad imbasan yang digunakan Media Dan Bahan) semasa set induksi. Sebagai bahan yang digunakan untuk merangsang murid, guru membuat kad imbasan ini di atas kertas yang berwarna-warni serta menggunakan dua bentuk yang berbeza bagi setiap warna tersebut, iaitu bentuk segi empat tepat dan bulatan. Manakala warna kertas pula terdiri daripada kuning, merah, merah jambu, biru, jingga, hijau, ungu dan hijau muda. Oleh itu guru menyediakan 16 kad imbasan, di mana guru akan menampal nombor-nombor yang mudah di atas setiap kad imbasan tersebut. Guru menggunakan pelbagai warna dan bentuk bagi menarik minat murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti ini. Tambahahan pula, penggunaan kad

imbasan adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan cara guru menulis secara langsung pada papan hitam. Cara Menggunakan Bahan:

Guru akan menampal kad imbasan tersebut di papan hitam dan meminta murid mengira nombor, dengan menyebut warna dan bentuk kertas. Murid perlulah melakukan pengiraan secara congak. Jika murid yang dipilih tidak dapat menjawab dengan betul, guru boleh meminta murid lain membantu. Objektif pembelajaran:

Murid dapat melakukan pengiraan secara congak.

Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh murid tidak semestinya tepat. Memadailah jika jawapan mereka menghampiri jawapan yang betul. Adakah ia akan menarik minat murid-murid? bahan 2-Dimensi ini dapat menarik

Penggunaan

perhatian murid-murid kerana penggunaan kertas yang berwarna-warni, di samping guru dapat mewujudkan unsur suspen dalam kalangan murid kerana mereka perlu peka dengan warna dan bentuk kertas yang disebutkan oleh guru. Cara Media Diperoleh:

Bahan 2D ini diperoleh dengan membuatnya sendiri. Pada mulanya nombor-nombor dibuat dan tersebut dan dicetak di atas kertas putih sebelum ditampal di atas kertas-kertas berwarna. Tujuannya adalah untuk memastikan nombor-nombor tersebut dapat

dipaparkan dengan lebih jelas.

2.
-

Penggunaan video

Tujuan bahan ini digunakan: penyediaan paparan video adalah untuk

Tujuan

merangsang murid-murid supaya

berminat untuk

menumpukan perhatian terhadap pembelajaran hari tersebut. Di samping itu, paparan video yang penuh warna-warni dan disulami dengan lagu juga dapat memberikan pengalaman belajar dalam situasi yang menyeronokkan kepada murid-murid. Melalui cara ini, guru juga dapat menguji sejauh manakah tumpuan murid-murid terhadap video yang dipaparkan. Hal ini

kerana, murid-murid akan diberikan satu borang tontonan video terlebih dahulu sebelum mereka diberi peluang untuk menonton video yang hanya akan dimainkan sekali sahaja. Cara menggunakan bahan:

Bahan ini digunakan dengan sokongan komputer atau komputer riba dan projector (LCD). Daripada

komputer, video akan dipancarkan ke layar dan alat pembesar suara juga diperlukan bagi membolehkan murid-murid mendengar bunyi daripada video dengan jelas. Objektif pembelajaran:

Melalui paparan video ini, murid-murid diharapkan dapat mencatat nombor-nombor bulat yang kurang daripada 1000 pada borang tontonan video yang diberikan. Setelah itu, barulah murid-murid diberi peluang untuk menonton video tersebut. Selepas tamat menonton video, murid-murid dikehendaki pula mengisi ataupun menjawab soalan yang terdapat dalam borang tontonan video tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Adakah ia menarik minat murid-murid:

Media ini sememangnya dapat menarik minat muridmurid kerana paparan video ini adalah mengenai cerita ringkas mengenai seorang petani. Selain itu, video yang diselang-selikan dengan lagu ini juga dapat menarik perhatian murid kerana murid akan tertarik dengan irama lagu Lemon Tree yang segar dan ceria. Di samping itu, gambar-gambar yang dipaparkan juga jelas dan menarik. Murid-murid turut diarahkan

untuk menjawab soalan yang terkandung dalam borang tontonan video, berdasarkan video yang mereka tonton Bagaimana ia dihasilkan:

Video ini dihasilkan melalui gabungan gambar-gambar yang telah dimuat turun daripada internet. Video ini telah dibuat dengan menggnakan perisian Ulead 11 yang juga diperolehi perisiannya daripada internet. Penggunaan Ulead 11 adalah lebih mudah dan cepat berbanding penggunaan Movie Maker. Selain itu, perisian Audacity turut digunakan untuk merakam suara serta perisian MP3 Cutter untuk menyunting lagu.

3.
-

Penggunaan MS PowerPoint

Tujan bahan ini digunakan:

Tujuan bahan ini digunakan adalah untuk menyediakan latihan pengukuhan kepada murid-murid dengan cara yang lebih menarik. Guru cuba ICT berusaha berbanding

menggunakan

pendekatan

penggunaan cara lama yang hanya menggunakan papan hitam atau papan putih. Cara menggunakan bahan:

Media ini digunakan secara menyeluruh di dalam kelas semaa langkah ketiga. Guru akan memaparkan soalansoalan Matematik berkaitan dengan objektif

pengajaran dengan mengunakan perisian Microsoft PowerPoint. Kemudian, guru akan meminta murid untuk menjawab soalan tersebut di hadapan dengan

klik pada jawapan yang mereka dapat. Objektif pembelajaran:

Melalui media ini, guru mengharapkan agar muridmurid berupaya melakukan operasi penambahan

empat digit nombor dengan tepat. Sekiranya muridmurid tidak dapat menjawab dengan betul, guru boleh menunjukkan cara yang betul untuk mengira dalam bentuk lazim ataupun guru boleh meminta murid lain untuk menulis jalan pengiraan di hadapan kelas dalam bentuk lazim. Adakah ia menarik minat murid-murid:

Paparan soalan dengan menggunakan ICT ini akan lebih menarik perhatian murid-murid selain sesi pengajaran juga akan menjadi lebih efektif. Bagaimana ia dihasilkan:

Video ini telah dihasilkan dengan membuat sendiri soalan Matematik dengan berpandukan buku teks Matematik Tahun 3. Gambar-gambar yang menarik telah dimasukkan sebagai latar belakang dan animasianimasi yang dirasakan sesuai turut dimasukkan sebagai cara untuk menarik minat murid-murid untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam slide PowerPoint ini.

U Utilize Media and Materials (PenggunaanBahan 2D

1.

Semak media sebelum digunakan

Media Dan Idea untuk membuat bahan 2D ini telah dikemukakan Material) kepada pensyarah pembimbing dan beliau telah mempersetujuinya kerana melalui cara tersebut, guru dapat menerapkan cara pembelajaran secara visual (mengenali warna dan bentuk kertas). Selain itu, bahan 2D ini turut ditunjukkan kepada rakan guru pelatih dan mereka dapati bahan ini menarik kerana murid harus peka dengan arahan diberikan oleh guru. yang

Bahan video

Bahan video ini telah ditunjukkan kepada pensyarah pembimbing dan beliau menyatakan bahawa video ini agak menarik kerana ia berunsurkan cerita yang ringkas dan pemilihan lagu juga sesuai dengan mood cerita tersebut. Video ini turut ditayangkan kepada beberapa orang murid sekolah dan mereka kelihatan teruja untuk menontonnya kerana selain menonton, mereka perlu melengkapkan disediakan. Selain itu, video ini juga ditunjukkan kepada rakan guru pelatih. Sesetengah mereka berpendapat bahawa video ini agak membosankan kerana cerita yang dipaparkan berpendapat terlalu ringkas. adalah Selain lebih itu, mereka jika borang tontonan video yang

bahawa

menarik

dimasukkan rakaman video yang sebenar .

Bahan slide persembahan PowerPoint juga telah ditunjukkan kepada

Slide

pensyarah pembimbing dan beliau memberi pendapat supaya peka dengan gambar latar belakang slide. Hal ini bagi memastikan gambar tersebut tidak

menenggelamkan tulisan yang sepatutnya menjadi fokus dalam slide yang dipaparkan. Rakan guru pelatih pula berpendapat beberapa kesan suara perlu dimasukkan terutamanya apabila murid dapat menjawab dengan betul atau ketika murid memberi jawapan yang salah.

2.

Sediakan

bahan/persekitaran

untuk

pengunaan media

Bahan 2D penggunaan bahan 2D ini, guru perlu

Bagi

menggunakan papan hitam. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid-murid duduk secara bedua-dua dan menghadap ke hadapan untuk memudahkan guru melihat mereka. Selain itu, guru akan meminta mereka untuk berdiri terlebih dahulu dan murid yang dapat menjawab dengan betul akan dibenarkan duduk.

Bahan video penggunaan video pula, guru memerlukan

Bagi

projektor, skrin layar putih dan pembesar suara supaya semua murid dapat melihat video dan

mendengar suara video dengan jelas. Hal ini penting kerana mereka akan melengkapkan borang tontonan video. Ketika video ditayangkan, adalah lebih baik sekiranya murid-murid duduk secara berpasangan dan bekerjasama dengan pasangan masing-masing.

Bahan slide persembahan

Untuk tujuan penggunaan slide PowerPoint, guru turut memerlukan projektor, skrin layar putih dan pembesar suara serta papan hitam. Papan hitam di sini akan digunakan apabila murid tidak dapat menjawab soalan dngan betul. Guru atau murid lain akan menunjukan jalan perngiraan yang betul serta menerangkan

operasi penambahan dengan menggunakan bentuk lazim. Di sini, guru seharusnya turut mementingkan murid-murid duduk secara berpasangan. Namun, rombakan mungkin akan dibuat sekiranya guru dapati terdapat murid yang tinggi fizikalnya duduk di bahagian hadapan kerana mereka akan menghalang penglihatan murid lain.

3.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi

pelajar

Bahan 2D menggunakan bahan 2D ini, murid-murid

Bagi

seharusnya sudah mempunyai pengetahuan untuk mencongak dua nombor mudah sehingga angka 1000. Selain itu, murid-murid perlulah mengenali pelbagai warna yang ada serta bentuk-bentuk asas yang telah

mereka pelajari seperti bentuk segi empat dan bulat.

Bahan Video cara untuk memastikan murid-murid

Sebagai

berkeupayaan untuk mengisi borang tontonan video, mereka perlulah mengetahui cara yang betul untuk menyebut nombor bulat sehingga 1000 serta boleh menjawab soalan penyelesaian yang ringkas.

Slide PowerPoint

Memandangkan slide PowerPoint ini digunakan pada langkah ketiga, guru perlulah memastikan murid-murid mampu menguasai penambahan 2 atau tiga nombor sehingga 10 0000 semasa proses Pengajaran & Pembelajaran dalam langkah 2.

R Require Learner

1. Bagaimana pelajar dilibatkan media (apa pelajar buat?)

dalam

penggunaan

- Bahan 2D (Penglibatan Kad imbasan nombor ini akan ditampal di hadapan kelas. Pada mulanya, guru akan meminta semua murid Pelajar) berdiri. Kemudian guru memanggil nama seorang murid dan memintanya mencari hasil tambah 2 nombor yang ditampal di hadapan secara congak. Guru akan menyebut warna dan bentuk kertas, bukan nombor kertas. Jika murid tersebut dapat menjawab dengan betul, dia dibenarkan duduk. Namun, jika jawapan yang diberikan salah, guru akan meminta murid lain menjawab dengan mengangkat tangan mereka terlebih dahulu. - Bahan video Pada mulanya guru akan mengedarkan borang penilaian video dan meminta murid membaca soalansoalan yang ada pada borang penilaian selama 2 minit. Setelah itu, video akan ditayangkan sebanyak sekali sahaja dan mereka diberi masa selama 2 minit untuk melengkapkan borang penilaian tersebut. Dalam tempoh 2 minit itu, mereka dibenarkan berbincang dengan pasangan masing-masing. Kemudian, murid akan menyemak jawapan mereka bersama-sama guru dan jika soalan memerlukan pengiraan, guru akan menunjukkan langkah pengiraan di hadapan ataupun, guru boleh meminta murid menunjukkan langkah pengiraan. - Slide Persembahan Slide dipaparkan di hadapan kelas. Pada mulanya guru menunjukkan contoh bagaimana slide tersebut akan digunakan. Kemudian, seorang murid akan dipanggil untuk menjawab soalan. Sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru perlulah menunjukkan langkah pengiraan yang betul. Guru juga boleh meminta murid lain menunjukkan langkah pengiraan yang betul. Slide persembahan ini mempunyai dua bahagian. Oleh itu, guru perlu menetapkan 5 minit untuk setiap bahagian.

E Evaluate and Revise (Penilaian dan Revise)

1.

Pada akhir pembelajaran, murid-murid

seharusnya mampu untuk menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberikan dengan melakukan operasi penambahan tiga nombor sehingga 4-digit dalam bentuk lazim.

2.

Bagi penilaian bahan-bahan media, murid-

murid perlu mengisi borang penilaian yang disediakan dan guru akan membuat kesimpulan daripada penilaian murid.

Nama : Nur Afifah bt Mohamad Salleh : Siti Khirnie binti Kasbolah Kelas : 3 Kenanga Masa : 7.30 pagi 8.30 pagi Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat menambah tiga nombor sehingga 10 000 dalam bentuk lazim. Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid sudah mengetahui: Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 1000. Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 1000 dalam bentuk lazim. Set Induksi: Murid akan mencongak hasil tambah dua nombor sehingga 1000. Caracaranya:Lapan nombor di atas kertas yang berlainan warna. Guru menampal kad-kad imbasan tersebut pada papan hitam. Murid dipilih secara rawak dan diminta membaca nombor yang ditunjukkan. Apakah nombor yang yang terdapat pada kertas berwarna merah? Guru menyuruh murid mencongak hasil tambah dua nombor dengan menyebut warna kertas. Dalam masa yang sama guru menggalakkan proses persaingan antara murid. Sekarang, cikgu akan menyebut dua warna kertas dan kamu dikehendaki mencongak hasil tambah dua nombor tersebut. Siapa yang cepat akan diberi ganjaran Contoh: Merah (531) dan kuning (320) Biru (420) dan oren (67) Hijau (91) dan ungu (301)

i) ii)

i) ii) iii) iv)

LANGKAH KANDUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA

I (10 minit)

Mengira hasil I. Murid-murid telah tambah dua nombor sehingga 1000. diberikan borang tontonan video yang mengandungi beberapa soalan. Murid-murid, sila baca soalan-soalan di atas kertas penilaian video yang telah cikgu berikan, kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan semasa menonton video ini II. Kemudian murid-murid dikehendaki menonton videoCerita seorang petani III. Selepas menonton, murid diberikan masa tambahan selama 2 minit untuk menjawab soalan-soalan. Murid-murid, kamu diberikan masa 2 minit untuk menjawab soalanSoalan bertumpu: Pengetahuan (Bloom Taksonomi)

soalan IV. Kemudian, guru bersama murid-murid membincang soalan-soalan penilaian video. V. Guru memilih murid-murid secara rawak untuk menjawab.

II (10 minit)

Mengira i) hasil tambah tiga nombor dalam ii) bentuk lazim.

Guru membuat 5 soalan di papan hitam dan menyuruh murid mengira hasil tambah dua nombor dalam bentuk lazim. Beberapa murid dipanggil untuk menjawab soalansoalan tersebut. Contoh: Perbendaharaan kata: Bentuk lazim Hasil tambah Soalan bertumpu: Pengetahuan (Bloom Taksonomi)

1) 2) 3) 4) 5)

673 + 146 280 +561 473 + 507 307 + 197 178 +372

iii)

Guru mengajarkan murid cara penambahan 3 nombor dalam bentuk lazim sehingga 10 000 di papan hitam Soalan bertumpu: Pengetahuan (Bloom Taksonomi)

iv)

Kemudian guru

menyuruh murid membuat soalan berdasarkan soalan yang telah diberikan. Contoh: 2351 1017 + 2031 5399

III (10 minit)

Mengira hasili) Guru memaparkanslide tambah sehingga 000 PowePoint yang 10 mengandungi soalan objektif dan soalan penyelesaian masalah. ii) Guru menyuruh muridmurid menjawab soalan berdasarkan soalan yang terdapat dalam slide persembahan. iii) Soalan yang dijawab dibincangkan di dalam kelas bersama guru. iv) Guru memanggil beberapa orang murid untuk menjawab soalan di hadapan.

Soalan bertumpu: Pengetahuan

Soalan bercapah: Kefahaman (Bloom Taksonomi)

Pengukuhan Lembaran i) Murid berkeupayaan (10 minit) kerja: Mencari hasil tambah tiga nombor sehingga empat nilai digit dalam bentuk lazim. Penutup (5 minit) i) Meminta murid membuat penilaian dengan mengedarkanBorang Penilaian Bahan Media. untuk mencari hasil tambah tiga nombor bulat sehingga empat nilai digit dalam bentuk lazim dalamLembaran Kerja yang diberikan.

Simbol konsep dan proses

Perbendaharaan kata: Nombor bulat Bentuk lazim

REFLEKSI KENDIRI Disediakan oleh: Zulsubha Abdullah

Bagi subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, saya dan rakan-rakan dikehendaki melakukan satu tugasan yang mengaplikasikan teknologi dalam rancangan pengajaran. Sebagai cara untuk mengalakkan perbincangan dalam kalangan guru pelatih, kami perlu melakukan tugasan ini secara berpasangan dan saya telah memilih untuk bekerjasama

________________________. Tugasan ini telah diberikan secara rasminya pada _________ dan pensyarah pembimbing kami juga iaitu _______________ telah memberikan penerangan yang mendalam mengenai apa yang perlu kami lakukan untuk tugasan ini. Walau bagaimanapun, pada mulanya saya merasa kabur dengan apa yang perlu dilakukan terutamanya mengenai Model ASSURE. Hal ini kerana saya tidak begitu memahami konsep Model ASSURE itu sendiri dan apa yang lebih menyulitkan keadaan ialah apabila saya berbincang bersama guru pelatih lain, ada yang memberikan pandangan yang berbeza. Hal ini berterusan sehinggalah pensyarah pembimbing memberikan penerangan kedua mengenai Model ASSURE. Pada penerangan kali ini, saya dan rakan-rakan lebih memahami mengenai apa yang perlu dilakukan. Tambahan lagi, beliau turut memberikan contoh Model ASSURE yang dimuat turun daripada internet. Jadi kami lebih jelas mengenai maklumat yang perlu kami isi dalam Model ASSURE. Daripada Model ASSURE, saya dan Wan Azmi merancang rancangan pengajaran. Kami turut menghadapi sedikit masalah di sini. Hal ini kerana walaupun kami diberi kebebasan untuk memilih huraian sukatan pelajaran daripada mana-mana tahap sekolah rendah, kami mengalami kebuntuan dalam merancang media yang akan digunakan dalam pengajaran nanti. Kemudian,

saya telah meminta pendapat daripada beberapa orang rakan guru pelatih yang lain dan saya dapati ramai yang menggunakan bahan media video serta slide PowePoint. Ini kerana kedua-dua media ini agak mudah digunakan walaupun ianya agak rumit dari segi penyediaannya. Setelah berbincang dengan Wan Azmi, kami bersepakat untuk menggunakan bahan media video, slide PowePoint dan bahan 2-Dimensi. Kami kemudiannya menghadapi kesukaran untuk berbincang kerana masing-masing tinggal berjauhan dan berlainan negeri dan sibuk dengan aktiviti di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun, kami telah

membahagikan kerja dan berusaha untuk membuat yang terbaik. Di sini, saya menyedari nilai percaya akan keupayaan rakan amat penting kerana Wan Azmi perlu percaya dan yakin dengan keupayaan saya dalam menyediakan video, begitu juga saya yang perlu percaya dan yakin dengan kemampuan Wan Azmi untuk menyediakan slide persembahan PowerPoint. Setelah itu, kami bersama-sama melihat media yang telah kami hasilkan dan saya memberikan serba sedikit pandangan untuk menambahbaik slide PowePoint tersebut. Kami merasa sangat bersyukur apabila pensyarah pembimbing menerima media yang kami hasilkan ini walaupun terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan dalam rancangan pengajaran harian, untuk meletakkan media mengikut kesesuaian penggunaannya. Kemudian, mengemaskini perkara ini terakhir dan yang perlu kami slide lakukan adalah untuk

tugasan

menyediakan

PowerPoint

mempersembahkan rancangan pengajaran harian serta bahan-bahan media yang telah kami buat. Sebagai kesimpulannya, saya merasa sangat bersyukur kerana tugasan ini berjaya juga disiapkan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kekangan dalam proses menyempurnakannya. Selain itu, saya turut

mempelajari banyak perkara baru, terutamanya dalam menyediakan rancangan

pengajaran harian dengan mengaplikasikan teknologi sebagai usaha untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang melaksanakan tugasan ini akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya apabila menjalani latihan praktikum pada masa akan datang.

SUMBER RUJUKAN

Boon Pong Ying, Noriati A Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan (2009), Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan

http://www.scribd.com/doc/10911166/HURAIAN-SUKATAN-PELAJARANMATEMATIK-TAHUN-3 Diakses pada 23 Ogos 2009

You might also like