You are on page 1of 21

PERGERAKAN NEGARA-

NEGARA BERKECUALI(NAM)
OLEH :
SITI NORAISHAH BTE SAID
SITI HAJAR FADZLIANA BTE YAHYA
NURSYAFUANA IKMA BE
JAMALODIN
LATAR BELAKANG

• Selepas Perang Dunia Kedua,negara-


negara di dunia dibahagikan kepada dua
blok utama,iaitu Blok Barat(diketuai
Amerika Syarikat) dan Blok Komunis
(diketuai bekas Soviet Union iaitu Rusia)
• Negara-negara yang baru merdeka di
Afrika,Asia,Amerika Latin dan Karibia ingin
mengelak daripada berpihak kepada
mana-mana blok itu
• Negara-negara tersebut mengamalkan
dasar berkecuali untuk mengekalkan
kemerdekaan dan kedaulatan politiknya
• Dasar berkecuali bermaksud
mengelakkan penyertaan dalam mana-
mana blok ketenteraan atau
politik,persekutuan atau kumpulan
PENUBUHAN NAM

• Pada tahun 1955,dua puluh lima buah


negara merdeka Afro-Asia mengadakan
persidangan di Bandung,Indonesia
• Persidangan ini membawa kepada
penubuhan Pergerakan Negara-negara
Berkecuali(NAM)
• Pergerakan ini dibentuk sebagai tindak
balas persaingan senjata oleh Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet
• NAM berkembang sejak itu dan kini
mempunyai 116 anggota dan
mengadakan sidang kemuncak setiap
tiga tahun sekali
SEPULUH PRINSIP NAM
(DASAR SILA BANDUNG)

• Menghormati hak asasi manusia dan


tujuan serta prinsip Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu(PBB)
• Menghormati kedaulatan dan keutuhan
wilayah semua negara
• Mengiktiraf persamaan semua ras dan
persamaan semua bangsa,kecil mahupun
besar
• Tidak campur tangan dalam hal ehwal
dalaman negara lain
• Menghormati hak setiap negara untuk
mempertahankan dirinya secara
bersendirian atau secara kumpulan
selaras dengan Piagam PBB
• Tidak mengenakan tekanan terhadap
negara-negara lain
• Menggalakkan kepentingan bersama dan
kerjasama
• Mengelakkan ugutan pencerobohan atau
penggunaan kekerasan terhadap
kedaulatan wilayah atau kebebasan politik
sebarang negara
• Menyelesaikan semua pertikaian
antarabangsa melalui cara-cara aman
• Menghormati keadilan dan tanggungjawab
antarabangsa
PERKEMBANGAN NAM

• Persidangan NAM pada tahun 1961,1964


dan 1970
- Menekankan isu seperti imperialisme,
penjajahan,neokolonialisme,aparteid,
perkauman dan pencerobohan asing
• Matlamat perjuangan NAM berubah :
- Setelah tamatnya Perang Dingin antara
kuasa-kuasa besar
- Setelah kejatuhan sistem pemerintahan
Aparteid di Afrika Selatan
• Sejak pertengahan tahun 1970-an,isu
ekonomi menjadi tumpuan utama negara-
negara anggota NAM kerana jurang yang
semakin besar antara negara-negara di
Utara dengan negara-negara di Selatan
• Dalam Persidangan NAM 1973,ketua-
ketua negara anggota NAM
- Mengesyorkan penyemakan regim
ekonomi global
- Memperjuangkan pembentukan Order
Baru Ekonomi atau NIEO(New
International Economic Order)
• Dalam persidangan NAM 1993 di Jakarta,
telah dibincangkan tentang :
- Mengadakan dialog dengan negara
negara maju di Utara
- Menjadi pertubuhan bagi
memperjuangkan pertumbuhan ekonomi
negara-negara Selatan secara kolektif
• Dalam persidangan NAM 1998 di Durban,
wakil-wakil daripada Kumpulan 7 buah
Negara Maju(G-7),Kesatuan Eropah(EU),
Britain dan Perancis dijemput ke
persidangan itu
- Menandakan kepentingan NAM dalam
dunia yang mengalami perubahan yang
cepat
• Dalam persidangan NAM 2003 di Kuala
Lumpur,isu-isu yang dihadapi oleh NAM :
- Gencatan senjata
- Keganasan antarabangsa
- Peningkatan kerjasama multilateral untuk
menghadapi peminggiran negara-negara
yang sedang membangun dalam proses
globalisasi
- Keadaan ekonomi yang kritikal di Afrika
- Jenayah melangkaui sempadan
- Pengedaran dadah antarabangsa
- Penyakit AIDS
• Dalam persidangan NAM 2003 di Kuala
Lumpur,diluluskan Deklarasi Kuala
Lumpur yang mengandungi matlamat
yang berikut :
(a) meningkatkan kesatuan NAM
berasaskan kepentingan bersama
(b) mendukung dan setia kepada prinsip
asas NAM dan Piagam PBB
(c) meningkatkan dan mengukuhkan
proses pelbagai hala
(d) mengukuhkan sistem demokrasi dalam
pentadbiran antarabangsa
(e) menjadi lebih proaktif,bukan reaktif
(f) mengukuhkan kemampuan kebangsaan
(g) meningkatkan kerjasama Selatan-
Selatan
(h) mengukuhkan hubungan lebih dinamik
dan kerjasama dengan negara
membangun
(i) mengukuhkan interaksi dan kerjasama
dengan pertubuhan sivil,swasta dan
Parlimen
• Deklarasi Putrajaya
- Merupakan lanjutan daripada Deklarasi
Nairobi dan Deklarasi Beijing
- Deklarasi Putrajaya diisytiharkan dalam
Mesyuarat Peringkat Menteri NAM
tentang Kemajuan Wanita dari 7 - 10 Mei
2005 di Kuala Lumpur
- Objektif deklarasi :
(a) memperkasakan wanita
(b) menggalakkan wanita melibatkan diri
dalam pelbagai sektor
(c) memperkukuhkan kedudukan kaum
wanita
- Isu yang dibincangkan :
1. Menyenaraikan 9 perkara yang
mampu memperkasakan wanita dalam
era globalisasi dan abad ke-21
2.Sembilan perkara tersebut ialah :
(a) Wanita,kemiskinan dan
pembangunan ekonomi
(b) Wanita dalam kuasa dan membuat
keputusan
(c) Wanita dan pendidikan
(d) Wanita dan kesihatan
(e) Wanita,media dan ICT
(f) Wanita dan konflik bersenjata
(berkaitan pencabulan dan keganasan
yang dilakukan oleh Israel terhadap
wanita Palestin dan Syria)
(g) Keganasan terhadap wanita
(h) Wanita dan situasi bencana
(i) Kesaksamaan jantina di arus perdana
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Credits :
Haja,wana & ucu

You might also like