You are on page 1of 1

SKRIP CERITA SI TANGGANG ANAK DERHAKA Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah

keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah. Dia mahu merantau dan mencari pekerjaan di negeri orang. Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Pada suatu hari Si Tanggang telah berlayar ke kampungnya. Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anak kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi, Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang. Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak... Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu dengan isterinya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu. Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu,dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan; Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tunjukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka! Tiba-tiba,kilat dan guruh memecah. Guruh berdentum di langit. Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu.... Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu..... Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu..... Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin hilang. Akhirnya,Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya.

You might also like