P. 1
e dagang

e dagang

|Views: 124|Likes:

More info:

Published by: Khairil Hakimin Hamidun on Aug 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/02/2013

pdf

text

original

1.

0 DEFINISI E-DAGANG Definasi E-Dagang dari EMPAT perspektif : Dari prespektif komunikasi, E-Dagang adalah penghantaran informasi, produk/perkhidmatan, atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer, atau sebarang perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat.

Dari prespektif proses perniagaan, E-Dagang adalah aplikasi teknologi ke arah automasi transaksi perniagaan dan aliran kerja.

Dari prespektif servis (perkhidmatan), EC adalah peralatan (tool) untuk menyatakan keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk memotong perbelanjaan servis dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan kepantasan penghantaran servis.

Dari prespektif atas talian (Online), EC menyediakan kebolehan untuk membeli dan menjual produk dan informasi di dalam Internet dan servis atas talian (online) yang lain.

(Kalakota and Whinston 1997, 3)

1

2.0 KONSEP E-DAGANG

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihakpihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih
2

jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap. bunga. 3 . beras.tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan. jenis-jenis e-dagang E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan. baju. Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang. Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang. menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap. kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah masyarakat itu.

8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan Edagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin. Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan edagang menerusi Internet.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian melalui Internet. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4. ini diikuti oleh 4 . Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak RM50. Hasil kajian yang sama juga menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999. Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan. Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat.2 juta. jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.000 dan berusia lebih daripada 30 tahun. Pada tahun 1998.saiz e-dagang Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan E-dagang.

3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. peruncitan dan pelancongan. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.produk pengguna (AS$186 juta). bidang professional. majalah dan buku (AS$38.1 bilion pada tahun 2002. pendidikan. 5 .7 juta pengguna.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta). Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun. skop e-dagang Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan. kewangan. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999.1 juta kepada 11. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1. penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Keenamenam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat kepada AS$3.

jangkaan yang dibuat pada tahun 2000 dianggarkan akan meningkat kepada RM1. Menurut Wong Fan Nay Pengarah Eksekutif PDX Infoworld Scln Bhd's : “E-commerce is still in its infancy in Malaysia. This has to do with the state of regulatory framework.14juta. pakaian. (Berita Harian.0 PENGARUH E. muzik. Diantara perkhidmatan dan barangan yang mempengaruhi peniagaan secara e-dagang ialah ubatan.26 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia . Gaya hidup perbelanjaan menggunakan kad kredit telah lama mendapat tempat di Malaysia. Sungguhpun begitu masih ramai lagi penduduk belum memiliki komputer dianggarkan cuma 10% daripada jumlah penduduk.000 pengguna kepada 600. Government incentives.000 pengguna pada awal tahun 1999. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah seramai 23. Sementara mengikut laporan penggunaan internet sebagaimana berikut: 6 . tempah tiket. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran.3. Perkembangan Penggunaan Internet juga meningkat di Malaysia daripada tahun 1995 yang hanya berjumlah 42. buku termasuk dan juga gambar lucah.” Di Malaysia. hadiah harijadi.2000). 2000 ). 21 Julai. consumer education and awarenessin Mal aysia. laman web.DAGANG DAN PERKEMBANGAN MASA KINI DI MALAYSIA Pengaruh e-dagang itu sendiri mula berkembang kepada perniagaaan atau perkhidmatan dengan pesatnya. mengikut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam urusniaga melalui e-dagang di mana terdapat peningkatan yang mendadak dari tahun 1998 yang hanya berjumlah RM 76 juta kepada RM 361 juta pada tahun 1999.

72 2002 3.Jumlah Hasil Perdagangan Internet (1997-2004) Tahun Jumlah Hasil 1997 6.31 1998 18.27 2000 1.91 Sumber: International data Corporation 1999 Nota: Perdagang internet merujuk kepada urusniaga di lama web yang telah terikat dengan pembelian. Perlindungan juga diberi oleh Akta Teknologi Maklumat (1999) kepada syarikat-syarikat yang menjalani perniagaan melalui elektronik dan juga pengguna.68 2003 2066. Perkembangan mengenai dengan infrastuktur telah diberi perhatian oleh kerajaan melalui projek Koridor Raya Multimedia.63 2004 3.72 2002 993.89 2001 2.15 2001 426.85 Pengguna Internet di Malaysia 1997-2004 Tahun Jumlah Pengguna (million) 1997 .58 1999 1. 7 .44 1998 .89 2000 164.4 2004 3469. Pembayaran mungkin dilakukan melalui internet atau pembayaran biasa. Keadaan ini dapat menyokong perkembangan teknologi maklumat termasuk e-dagang.23 2003 3.01 1999 58.

maklumat terperinci.4. membeli. Contoh kelebihan Pasaran Perdagangan Elektronik kepada individu: 1. Automobil Membolehkan pengguna mencari. Kelebihan kepada pelanggan/Individu Mana-mana pengguna biasa yang ada komputer peribadinya tersendiri. Produk yang dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia.Dengan itu membolehkan pelanggan membeli belah 24 jam dari mana-mana lokasi. lelong. perniagaan menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. membuat pesanan dan membuat pembayaran melalui web dengan menggunakan cek atau kad kredit.com Pengguna boleh mencari.2. Antara kelebihan lain ialah menyediakan pelanggan dengan lebih pilihan. ada telefon dan modem.0 KEBAIKAN E-DAGANG a. interaksi dengan pelanggan lain dan sebagainya. menyediakan barangan produk yang lebih murah dengan membuat perbandingan. . Buku – Amazon. ada akaun dengan mana-mana pemberi khidmat Internet (Internet Service Provider atau ISP). boleh berurusan dengan mana-mana ''pedagang'' yang telah mengiklankan barangannya atau perkhidmatannya menerusi Internet. penghantaran lebih cepat. Diskaun sehingga 30%. 8 . menginsurankan. membuat penghantaran tanpa perlu pergi ke pengedar (dealer) & boleh lakukan carian di Yahoo! Untuk senarai pembekal kereta.

Pembelian & penjualan saham dilakukan tanpa melalui broker. Stok & Keselamatan Internet boleh mengantikan fungsi seorang broker saham. Contoh di Malaysia: Kenanga Broker 5.com Menawarkan tiket yang lebih murah kerana tiada orang tengah (ejen) 4. Kelebihan kepada Organisasi E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.com b. lelong. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borangborang kertas dan birokrasi. Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang 9 . Online flea Market Penjual dan pembeli dipertemukan di dalam format lelongan untuk menjual produk peribadi dengan membenarkan penjual untuk menyenaraikan barangan dan pembeli pula boleh membida barangan secara atas talian (online) Contoh: e-bay. Penempahan Tiket Kapalterbang – Airasia. penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan.3. Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli.

10 . Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi. Apa yang menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator. tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan. Internet Explorer dan lain-lain lagi. bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Electronic Funds Transfer . E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI). Internet. pensijilan digital. tandatangan digital. mereka telah menempatkan diri secara global. Kod Bar dan lain-lain lagi. Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen. Ini kerana teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun.terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa. Electronic Catalogs. wang digital. maka dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud lagi. Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi edagang. Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Intranets.

dan penyingkiran orang tengah. terdapat kemudahan membuat pesanan on-line. matlamat mutakhir ialah harga barangan (atau perkhidmatan) itu akan menjadi lebih murah dan kompetitif. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan maya mereka. dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. harga barangan lebih murah dan seterusnya menyebabkan kos hidup lebih murah. peningkatan usaha pemasaran massa.Contohnya untuk menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau Fortunecity. mengurangkan pencemaran udara. 11 . kurang perjalanan untuk membeli belah. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. mengurangkan kesesakan trafik. Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. apa yang diharapkan ialah kecepatan penghantaran dan penerimaan barangan (atau perkhidmatan). Kelebihan kepada Masyarakat Bagi E-dagang Internet. Andainya semua ini wujud atau dapat diwujudkan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya. Dengan itu. terdapat maklumat produk yang lebih terkini dan rapi. lebih ramai individu bekerja di rumah. c.

0 KELEMAHAN E-DAGANG Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga menggunakan e-dagang. Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna. a. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan. 2. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Saperti juga kebaikan. Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Kelemahan Dari Sudut Peniaga. Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. kelemahan boleh dilihat daripada sudut peniaga dan juga pelanggan. Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Pesanan Tidak Diterima Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau syarikat yang beroperasi 12 . b.5. 1. Kelemahan Dari Sudut Pembeli a.

Pembayaran yang telah dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.secara menyamar. 13 . Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan. Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Saperti Diiklankan Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. b. akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.

Antaranya ialah: 1) Kerajaan meningkatkan penggunaan PC dan internet di Malaysia Selaras dengan matlamat Malaysia yang ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Tujuannya bagi menggalakkan warga Malaysia celik IT dan bijak menggunakan teknologi seperti e-dagang seterusnya menjadikan Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. Kempen ini telah dilaksanakan oleh konsortium komputer dan Kementerian Tenaga. Ini menunjukkan kerajaan bertindak secara serius untuk pembangunan IT.0 POTENSI DAN PENINGKATAN E-DAGANG DI MALAYSIA Urusniaga digital merupakan format yang sangat berbeza daripada bentuk urusniaga tradisional. pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. pernah diadakan sebelum ini kempen dimana para penjual dikehendaki menyediakan promosi dan harga berpatutan kepada pelanggan untuk memiliki PC dan internet. Komunikasi dan Multimedia. syarikat kad kredit. syarikat-syarikat kewangan. 14 .6. Tujuan kewujudan pihak ketiga ini membolehkan pembeli membeli dengan selesa serta meningkatkan keyakinan pembeli di dalam proses jual beli secara e-dagang. pembeli dan pihakpihak ketiga seperti bank. Proses jual beli ini secara keseluruhannya melibatkan pihak penjual. Seperti yang diketahui umum. pelbagai cara dan kaedah kerajaan lakukan untuk menarik minat pengguna menggunakan internet seterusnya meningkatkan potensi edagang untuk kemudahan seharian. 2) Memberikan pinjaman Kerajaan turut memberikan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli komputer serta memberikan potongan cukai dan kemudahan untuk pengeluaran wang daripada KWSP. Perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang merupakan sistem perniagaan jual beli yang dilakukan di internet.

Kerajaan Malaysia menganggarkan jumlah e-dagang akan meningkat setiap tahun. perpustakaan. 6) Menyeluruh Kebaikan dan kelebihan pada usahawan kecil mahupun usahawan mikro diluar bandar ialah boleh meluaskan dan melebarkan pemasaran di peringkat global melalui edagang.3) Tempat awam Bagi menggalakkan penggunaan PC dan internet. capaian Internet adalah salah satu aspek yang penting untuk meningkatkan dagangan. Realitinya kini lebih banyak laman web e-dagang tempatan muncul dan ini merupakan satu petanda yang amat baik. 5) Kajian terperinci Oleh kerana Asia Pasifik merupakan sebuah benua dengan ekonomi yang sedang membangun dengan pesatnya. kerajaan dengan pertolongan pihak swasta akan terus menjalinkan kerjasama bagi membantu rakyat Malaysia agar celik ilmu dalam bidang digital. dewan pengguna dan sebagainya disediakan kemudahan komputer dan internet. tempat-tempat awam seperti siber cafe. Mereka berpeluang melangkah dengan lebih jauh dengan meneroka di pasaran antarabangsa seiring dengan perkembangan teknologi terkini 15 . Ini merupakan usaha sama untuk mencapai wawasan negara maju 2020. 4) Kerjasama kerajaan dan swasta Untuk meningkatkan penggunaan ICT seterusnya memperkenalkan kewujudan edagang. Hal ini membolehkan mereka yang tidak berkemampuan dapat merasai dan mempelajari penggunaan internet di mana sahaja.

pengguna e-dagang di Malaysia dijangka meningkat sehingga 30 peratus pada setiap tahun dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang. tidak hairanlah e-dagang turut menjadi penjana ekonomi yang penting di Malaysia.7. Hal ini kerana pembayaran dalam bentuk baru ini ternyata lebih murah dan mudah jika ingin dibandingkan dengan pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus akan mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai dan secara tidak langsung mengurangkan fungsi yang dimainkan oleh Bank Pusat. Perkembangan ekonomi yang pesat memberi kesan yang mendalam terutamanya bagi negara yang sedang membangun. Ini menunjukkan masyarakat kita semakin boleh menerima perubahan teknologi semasa dan berani mencuba untuk menggunakan teknologi. Hal ini berpunca setelah wujudnya sistem cara pembayaran baru seperti menggunakan kad kredit dan kad debit di dalam e-dagang. Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat. Maka. Kewujudan sistem ekonomi e-dagang ini sedikit sebanyak memberi impak secara serius kepada penggunaan wang kertas serta cek pada masa-masa yang akan datang. Seperti yang diketahui. Maka. Contohnya: 16 . Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan yang terbesar di dunia. perdagangan dapat mengurangkan kos operasi.0 IMPAK E-DAGANG KEPADA EKONOMI SERANTAU Ekonomi merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara. menjimatkan masa urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jaringan strategik antara pedagang. dengan adanya kemudahan e-dagang. Manakala. penggunaan e-dagang di seluruh dunia yang dijangka meningkat 32 peratus membabitkan transaksi RM92. Dari sudut ekonomi pula. mata wang tunai mengalami penurunan yang mendadak dari segi penggunaannya.4 bilion tahun 2010 berbanding RM67 bilion pada 2009.

Bagi para pelanggan pula.72 bilion (Utusan Malaysia. perkembangan e-dagang adalah amat memberangsangkan pada ketika ini walaupun ia masih baru dengan mencatatkan pertumbuhan kirakira 100 peratus setiap tahun (Utusan Malaysia. 25/5/01).t : 80-81)  Di Malaysia pula. e-dagang merupakan jalan penyelesaian atau cara yang mudah untuk mereka mendapatkan produk yang dingini dengan lebih cepat dan efektif. t. 17 . Transaksi e-dagang yang dijalankan ini sebenarnya membuka peluang ekonomi yang luas kepada para peniaga bagi menjalankan perniagaan mereka agar lebih berkembang dan meluas. Di Jerman.825 Billion dan dari jumlah itu hanya 4% sahaja wang tunai digunakan (Andress Furche. 25/5/01). perbelanjaan keseluruhan pada tahun 1990 adalah sebanyak DM 4. Aktiviti e-dagang di Malaysia juga dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 90 peratus sehingga 2005 dengan mencatatkan jumlah pasaran bernilai RM35. Graham Wrightson.

di mana pengguna tidak akan teragak agak untuk memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Novak dan Peralta. pengguna-pengguna diminta untuk memasukkan data peribadi seperti alamat e-mail. kita ambil Perbankan Internet sebagai contoh yang mana melaksanakan transaksi bank melalui Internet adalah merupakan satu bentuk kepercayaan. terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti oleh penyelidik berhubung dengan aplikasi e-dagang. p. Kebanyakan pengguna 18 . Namun begitu. Trust dalam E-Dagang Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurusniaga secara atas talian adalah kerana kurangnya faktor trust di antara peniaga dan pengguna (Hoffman. 1999. Mayers Davis dan Schoorman (1995) mendefinisikan trust sebagai kesediaan suatu pihak untuk dipengaruhi oleh tindakan pihak lain dengan jangkaan ianya mampu melaksanakan tindakan seperti apa yang diharapkan. 2003). isu pembelian secara atas talian dan juga faktor trust dalam e-dagang (Egger. nombor telefon dan juga maklumat mengenai kad kredit. Untuk menjelaskan lagi definisi ini. 80). keutamaan produk. Pengguna bersedia menggunakan Internet dengan jangkaan bahawa ianya akan melakukan seperti apa yang dikehendaki pengguna. Terdapat beberapa definisi trust yang diberikan oleh beberapa orang penyelidik berdasarkan kepada penafsiran mereka.8. Isu-isu yang telah dikenalpasti adalah berhubung dengan kebolehgunaan laman. dalam melakukan transaksi atas talian. Biasanya. pengguna lebih selesa untuk berurusan dengan “kedai nyata” berbanding dengan “kedai maya”. Keen (1997) berpendapat bahawa kurangnya elemen trust di kalangan pengguna merupakan penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti edagang. e-dagang dilihat sebagai salah satu hasil teknologi yang mampu memudahkan urusan-urusan harian pengguna. a. Pada hakikatnya.0 ISU ETIKA DALAM E-DAGANG Di dalam era teknologi maklumat yang kian pesat membangun.

Sekuriti dan kerahsiaan ii. Tidak berinteraksi secara langsung iv. mereka mungkin perlu menanggung risiko terhadap pencerobohan dan kecurian data semasa pemindahan data atau terus dari server web b. Di samping itu. 2003) Setiap individu yang menggunakan laman web untuk transaksi e-bisnes dan edagang menitikberatkan tentang isu keselamatan. d. Sekuriti & Kerahsiaan Trust selalunya dikaitkan dengan tahap keselamatan dalam transaksi atas talian. Sebagai contohnya. 2003) iaitu: i. (Egger. Cabaran Trust Oleh kerana risiko-risiko yang terlibat dalam transaksi Perniagaan kepada Pelanggan (B2C). Tidak semua pelanggan yang arif tentang teknologi. Kebolehpercayaan terhadap maklumat c. Ketidakbiasaan terhadap servis iii. pasaran telah memperkenalkan satu paradigma baru yang dipanggil „permission marketing‟ (Godin.bimbang maklumat tersebut akan disalahgunakan seperti membenarkan pihak ketiga untuk mengambil data tanpa kebenaran mereka. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan trust di kalangan pelanggan (Egger. Faktor ini telah menyebabkan berkurangnya tahap kepercayaan pelanggan untuk menggunakan aplikasi e-dagang. Pemindahan data yang selamat adalah apabila kedua-dua pihak terlebih dahulu disahkan dan jaminan bahawasanya maklumat yang berada dalam rangkaian tidak diubahsuai. 1999). „Permission marketing‟ membenarkan 19 . faktor trust telah menjadi penghalang kepada perkembangan aplikasi e-dagang. Ketidakbiasaan terhadap Servis Perniagaan berasaskan Internet telah mewujudkan suatu bentuk perkhidmatan dan model bisnes yang baru yang mana agak berlainan dengan bisnes yang sedia ada.

(Egger. Ini akan memberi kesan terhadap transaksi seperti harga. Kebolehpercayaan Terhadap Maklumat Memandangkan kebanyakan individu mampu membina laman sendiri dan mendaftar nama domain. Di dalam Internet. (Egger. Pelanggan tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan peniaga sebenar. Kebanyakan pengguna menolak konsep pemasaran secara langsung (direct marketing). 2000). Ini kerana. mereka agak sukar untuk memahami konsep bisnes dan bagaimana mereka mendapat faedah daripadanya. Pengguna membenarkan pengiklan menghantar e-mail dan sebagai pulangannya. Jadi mereka akan menerima iklan-iklan berdasarkan kepada minat yang dipilih.pengguna menspesifikasikan profil tentang minat mereka. pengguna mendapat ganjaran dalam bentuk mata. Tiada Interaksi Secara Langsung Urusniaga menerusi skrin komputer menjadi salah satu faktor penghalang terhadap pembinaan trust. Satu cara untuk mewujudkan interaksi yang lebih berkesan di antara pelanggan dan peniaga adalah dengan mewujudkan agen yang boleh membantu pelanggan. maklumatmaklumat yang terkandung di dalam laman web boleh diubahsuai tanpa meninggalkan sebarang kesan. Kadangkala. Contohnya. diskaun atau tunai. Berdasarkan kajian mengenai sikap pengguna EuroClix. e. tugas peniaga diganti dengan kolum FAQ (Frequently Asked Question). Terdapat juga syarikat yang tidak selalu mengemaskini laman mereka. 2003) 20 . deskripsi dan status produk. 2003) f. Mereka takut untuk menerima email-email iklan kerana khuatir akan menimbulkan kesan sampingan di sebaliknya. jadi agak sukar untuk membezakan laman yang sah dan penipuan. EuroClix adalah salah satu laman yang melaksanakan program tersebut di Netherlands. maklumat yang dipaparkan boleh disalahgunakan. mungkin harga barangan lebih murah berbanding dengan harga asal. ataupun barangan tersebut sudah tiada di pasaran. (Egger & De Groot.

Dengan ini dapat membina asas kefahaman dalam merekabentuk laman yang senang untuk difahami dan dinavigasi. Miles. animasi yang sentiasa berulang dan sebagainya Walaubagaimanapun. warna pautan yang tidak selaras. Howes dan Davies (2000) berpendapat bahawa laman e-dagang merupakan sebuah sistem sokongan keputusan yang menyokong keputusan pembelian. dalam konteks e-dagang. 21 . „scrolling‟ yang terlalu panjang. Pereka laman perlu betul-betul memahami proses pembelian supaya proses pembelian nanti dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna oleh pengguna. Beliau menjelaskan bahawa beberapa kesilapan dalam rekabentuk laman yang sering wujud adalah termasuk masa muat-turun yang perlahan. adalah penting untuk memahami proses-proses pembelian yang dilakukan oleh pengguna. Pembelian secara online Nielsen (2001) menegaskan bahawa kelemahan dalam rekabentuk laman web merupakan faktor utama yang menjejaskan keuntungan pekedai-pekedai atas talian.g.

Melaksanakan dasar tiada tarif atau cukai dikenakan bagi cukai jualan ke atas urusniaga e-dagang. mudah dan konsisten. agama. kebudayaan kerana ianya terdiri masyarakat majmuk. c. Pihak kerajaan perlu memberi sokongan berkaitan dengan aspek perundangan yang tidak membebankan. Meminda dan mengubal undang-undang e-dagang dari masa ke semasa bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa demi untuk memperkembangkan urusniaga edagang. Membanyakkan insentif kepada pihak swasta membangunkan perniagaan e-dagang. Kerajaan tidak akan membuat penghalang kepada perkembangan e-dagang dengan mengadakan sekatan-sekatan d. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang bangsa dan agama akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan strategi bagi e dagang. 1. e.0 SARANAN POLISI DAN STRATEGI E-DAGANG DI MALAYSIA Beberapa polisi dan strategi yang boleh diambil oleh Kerajaan dan peniaga bagi perniagaan e-dagang di Malaysia dengan lebih berkesan. Polis dan strategii perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak swasta dan juga kerajaan. f. b. Peraturan hendaklah telus serta melindungi hak. Mengalakan self regulated industry kepada sektor swasta 22 . Pihak Kerajaan a.9. harta dan mengawal penipuan. Namun begitu beberapa isu atau perkara perlu diberi perhatian semasa merancang dan polisi dan strategi bagi edagang di Malaysia terutama berkait dengan adat resam.

e. Mengadakan kaedah yang menjamin bagi pelanggan mendapatkan semula wang mereka jika ianya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. f. Mengadakan infrastuktur telekomunikasi secara menyeluruh untuk dipergunakan dalam urusniaga. Menjamin keselamatan dan pengguna tidak mengalami kerugian dan mempunyai kemudahan membuat aduan. Menjamin bahawa hakmilik dan data peribadi pelanggan dijamin selamat guna untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. Mengadakan sistem pembayaran eletronik yang lebih fleksibel dan menjamin keselamatan pembayaran oleh pembeli. Menerap kecekapan ilmu IT kepada masyarakat bagi memboleh dan mempercepatkan mereka berkebolehan untuk menggunakan alatan teknologi maklumat seterusnya membolehkan mereka berurusan dalam perniagaan eletronik. Menwujudkan banyak tempat perkhidmatan kepada pengguna samada ada untuk membuat pesanan atau aduan atau khidmat selepas jualan saperti kiosk. h. 2.g. Mengadakan kemudahan untuk pelanggan berintaksi dengan menggunakan konsep mesra pelanggan. b. Pihak swasta sebelum membuat perancangan polisi dan strategi dibuat perlu melihat suasana persekitaran dan polisi yang disediakan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dan bertentangan dengan dasar kerajaan. d. Pihak Swasta a. 23 . c. g.

Perdagangan e-dagang mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Oleh yang demikian peniaga harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Disamping itu juga memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Dalam kaitan ini sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan.10. 24 .0 KESIMPULAN Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian diantara swasta dan sektor awam. Kepesatan dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan penerapan e-dagang bagi sesebuah negara. pertentangan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Dengan itu dijangka urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat.

I‟m online vendor”.F. “Trust me. New York: ACM Press. “Trust in e-commerce”. “A trust model for e-commerce in South Africa”. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. N. “Developing Trust in Internet Commerce”. Egger. Toronto: IBM Press. Kalakota. A B (1997) Electronic Commerce: A Manager‟s guide. Deitel & Nieto (2001).0 RUJUKAN A. New Jersey. South Africa: South African Institute for Computer Scientists and InformationTechnologists. Barnard. “E-Business & E-Commerce: How to program”. Prentice Hall. New York: ACM Press. R and Whinston. (2000).11. F. Wesson. (2005). J. Salam et. (2004). MA: Addison Wesley Open university Malaysia (2006) CBEC1103 elements of E-Commerce. Deitel. L. Araujo & Araujo (2003). Bhd 25 . al. Reading.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->