You are on page 1of 6

Perbezaan Pendapat Ulama Tentang Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran. 1.

0 Pendahuluan

Menurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidak sama panjang dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yang pendek . Antara surah yang terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat. Manakala surah yang terpendek ialah surah al-Kauthar yang mengandungi 3 ayat.

Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu ;

a) Assabuthiwaal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu ; al-Baqarah, Ali Imran, al-Nisaa, al-Araf, al-Anam al-Maidah dan Junus b) Al-Miuun iaitu surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti ; Surah hud, Surah Yusuf dan Surah al-Mukmin. c) Al-Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti ; Surah al-Anfal, al-Hijr dan sebagainya. d) Al-Mufasal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha , Surah al-Ikhlas dan sebagainya.

Jumlah bilangan ayat al-Quran pula , mengikut Ulama al-Adad di dalam Kitab Ilmu alFawasil, di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitab suci, kita terpaksa berpandukan kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu ada sebanyak tujuh ulama al-Adad. Menurut ulama ahli madinah al-Awwal sebanyak 6 217 ayat. Menurut ulama ahli madinah Assani iaitu sebanyak 6 214 manakala pendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. Menurut ulama ahli Basrah pula, sebanyak 6 204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula sebanyak 6 227 ayat. Ulama ahli Himsi menyatakan sebanyak 6 232 dan akhirnya, menurut pendapat ahli Kufah iaitu sebanyak 6 236 ayat.

2.0

Pengertian surah

Menurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal ( yang mengesahkan sesuatu ) dari al-Quran. Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlah atau sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran.

3.0

Tertib surah

Berkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat. Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga pendapat.

3.1

Pendapat pertama

Pendapat ini didokong oleh Abu Jafar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari. Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah sama seperti tertib ayat. Di mana baginda pula diberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah-surahnya sampai kini.

Bukti-bukti pendapat mereka ada empat . 3.1.1 Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman nabi dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslah ia adalah merupakan suatu ijma. 3.1.2 Rasululullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang baginda. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaibah yang bermaksud : Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal ( surah pendek) dalam satu rakaat. 3.1.3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn masud yang berkata maksudnya : Surah Bani Israil , al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan al-Anbiya:Surah-surah itu termasuk kategori surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mula aku pelajari. Selepas itu Ibn Masud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimana tertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang. 3.1.4 Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah tersusun al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmani kerana penyusunan dan penulisannya telah ijma.

3.2

Pendapat kedua

Pendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihad para sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar.

3.2.1

Hujah pendapat kedua

Para sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat. 3.2.1.1 Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelu khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat. Bukti pernyataan tersebut ialah seperti berikut :-

a) Mashaf milik Saiddina Ali mengikut tertib nuzul al-Quran atau masa turun. Iaitu dimulai dengan surah al-Alaq, al-Muddathir, al-Muzammil, al-Masad, al-Takwir seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani. b) Mashaf milik Ibn Masud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al-Nisa kemudian Ali Imran. c) Dalam Mashaf Ubai Ibn Kaab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al-Baqarah, alNisa dan kemudian Ali Imran.

3.2.1.2 Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliau berkata : Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun atau mentertib surah-surah yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al-Anfal dan surah alTaubah di dalam kumpulan Tujuh dan surah yang ke tujuh. Dan ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal dengan surah al-Taubah dengan Basmalah.

3.3

Pendapat ketiga

Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara taufiqi atau penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad para sahabat. Pendapat ini sebagaiana yang dinyatakan oleh Ibn hajar : Tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi. Sebagaimana hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi , terjemahannya : Rasulullah berkata kepada kami :Telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagian ( hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah :Bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran?. Mereka menjawab Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian alMufassal dari Qaf hingga tamat. Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertib surah seperti yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjak zaman nabi, namun begitu berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surah pada masa itu hanya bahagian mufassal sahaja.

4.0

Rumusan

Sebagai rumusannya, pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat iaitu tertibnya berdasarkan taufiqi sama dengan tertib ayat-ayat. Hal ini telah disokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn al-Anbari : Allah telah menurunkan al-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula , Jibril sentiasa memberitahu nabi dimanakah sesebuah surah

dan ayat itu seharusnya diletakkan. Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adakah menurut penetapan nabi. Antara lain, pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana pendapat pertama berdasarkan ijma dan dalil bahawa ada taufiqi daripada nabi sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat pertama dengan menemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan riwayat lain. Antara lain juga , hadis yang dijadikan sandaran oleh pihak ketiga bukanlah hadis marfu kepada nabi. Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitan dengan berlaku perbezaan itu sebelum para sahabat tahu ada taufiqi daripada nabi. Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentang tertib dan susunan surah-surah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh Abu Jaafar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan taufiqi daripada nabi. Pendapat kedua didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu bakar iaitu pendapat mereka , berpandukan ijtihad para sahabat , manakala pendapat ketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu sebahagian taufiqi daripada nabi dan sebahagian lain adalah ijtihad para sahabat. Maka rumusannya ialah pendapat yang pertama adalah lebih rajih iaitu tertib dan susunan surah-surah alQuran melalui penetapan taufiqi.

Rujukan Hassan Mahmud al-Hafiz , Tajwid al-Quran , 1986 , Dinie Publishers, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 , Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran, 1996, Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rosmawati binti Ali , Pengantar Ulum al-Quran , 1997 , Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahannya , 1974 , Menteri Agama Republik Indonesia . http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=790

Sampai hari ini kita masih belum menemukan sumber asli yang mengatakan bahwa jumlah ayat Al-Quran itu benar-benar 6.666 ayat. Yang kami dapati adalah berbagai ragam pendapat yang mengatakan jumlahnya kurang dari itu. Para ulama sepakat mengatakan bahwa jumlah ayat Al-Quran lebih dari 6.200 ayat. Namun berapa ayat lebihnya, mereka masih berselisih pendapat. Menurut Nafi yang merupakan ulama Madinah, jumlah tepatnya adalah 6.217 ayat. Sedangkan Syaibah yang juga ulama Madinah, jumlah tepatnya 6214 ayat. Lain lagi dengan pendapat Abu Jafar, meski juga merupakan ulama Madinah, beliau mengatakan bahwa jumlah tepatnya6.210 ayat. Menurut Ibnu Katsir, ulama Makkah mengatakan jumlahnya 6.220 ayat. Lalu Ashim yang merupakan ulamaBashrah mengatakan bahwa jumlahnya jumlah ayat al-Quran ialah., 205 ayat. Hamzah yangmerupakan ulama Kufah sebagaimana yang diriwayatkan mengatakan bahwa jumlahnya 6.236 ayat. Dan pendapat ulama Syria sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya Ibn al-Harits mengatakan bahwajumlahnya 6.226 ayat.

Mengapa Berbeda? Sebenarnya tidak ada yang beda di dalam ayat Al-Quran. Semua pendapat di atas berangkat dari ayat-ayat Al-quran yang sama. Yang berbeda adalah ketika menghitung jumlahnya dan menetapkan apakah suatu potongan kalimat itu menjadi satu ayat atau dua ayat. Ada orang yang menghitung dua ayat menjadi satu. Dan sebaliknya juga ada yang menghitung satu ayat jadi dua. Padahal kalau dibaca semua lafadz Quran itu, semuanya sama dan itu itu juga. Tidak ada yang berbeda. Lalu mengapa menjadi beda dalam menentukan apakah satu lafadz itu satu ayat atau dua ayat? Jawabnya adalah dahulu Rasulullah SAW terkadang diriwayatkan berhenti membaca dan menarik nafas. Pada saat itu timbul asumsi pada sebagian orang bahwa ketika Nabi menarik nafas, di situlah ayat itu berhenti dan habis. Sementara yang lain berpandangan bahwa nabi SAW hanya sekedar berhenti menarik nafas dan tidak ada kaitannya dengan berhentinya suatu ayat. Lagian, nabi SAW saat itu juga tidak menjelaskan kenapa beliau menarik nafas dan berhenti. Dan tidak dijelaskan juga apakah berhentinya itu menunjukkan penggalan ayat, atau hanya semata-mata menarik nafas karena ayatnya panjang.

Perbedaan dalam menghitung jumlah ayat ini sama sekali tidak menodai Al-Quran. Kasusnya sama dengan perbedaan jumlah halaman mushaf dari berbagai versi percetakan. Ada mushfah yang tipis dan sedikit mengandung halaman, tapi juga ada mushfah yang tebal dan mengandung banyak halaman. Yang membedakanya adalah ukuran font, jenis dan tata letak (lay out) halaman mushaf. Tidak ada ketetapan dari Nabi SAW bahwa Al-Quran itu harus dicetak dengan jumlah halaman tertentu. http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/06/24/berapakah-jumlah-ayat-al-quran-yangsebenarnya/

You might also like