You are on page 1of 17

PEMERDAGANGAN MANUSIA

PENGENALAN
Pemerdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Dianggap sebagai satu industri univesal dan tidak tertakhluk kepada satu- satu negara untuk beroperasi. Isu pemerdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. Akti viti ini melanggar hak sesebuah negara. Menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan

DEFINISI

Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada pihak-pihak tertentu.

Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi. Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia.

DARI WIKIPEDIA BAHASA MELAYU,


ENSIKLOPEDIA BEBAS

Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.

FAKTOR - FAKTOR
Penguatkuasaan undang- undang yang lemah Lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuahan menjadi tumpuan agenagen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia. Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab menjaga sempadan bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang sebelah mata. Contohnya, pada 8 november 2010 seorang pegawai imigresen berpangkat kumpulan sokongan mampu mnyimpan RM9 juta di luar negara melalui kegiatan ini.

Pengubalan AKTA ANTIPEMERDAGANGAN MANUSIA 2007, dilihat sangat lewat jika hendak dibandingkan dengan negara- negara maju yang lain. Sikap pihak kerajaan yang lebih menumpukan kes lain seperti jenayah kolar putih menyebabkan jenayah penyeludupan manusia berleluasa.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor perbelanjaan yang murah. Rakyat asing sesetengahnya tertarik untuk datang ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan, namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai hamba,pelacur dan buruh paksa. Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pada tahun 2009 menunjukkan seramai 5453 pelacur yang ditangkap adalah warga negara Cina.

Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan manusia Warga - warga asing yang berpendidikan rendah mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia kerana mereka kurang tahu mengenai wujudnya sindiket pemerdagangan manusia ini. Rakyat tempatan kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada pada tahap yang membimbangkan.

KESAN - KESAN
Masalah sosial meningkat Peratusan dan jumlah bilangan manusia yang diperdagangkan meningkat. Mendatangkan masalah sosial seperti wujudnya rumah setinggan, peminta sedekah dan lain-lain. Jenayah-jenayah seperti rompakan, pembunuhan, rogol dan sebagainya turut meningkat.

Penyakit berjangkit Kebanyakan golongan wanita diperdagangkan terlibat dalam kegiatan pelacuran, secara tidak lansung terdedah kepada penyakit berjangkit seperti HIV,AIDS dan lain-lain. Menjejaskan ekonomi negara Bilangan pelancong asing akan berkurang dan mengalami kemerosotan akibat daripada masalah pemerdagangan manusia. Sekiranya jenayah pemerdagangan ini tidak dikawal, wabak penyakit berjangkit seperti HIV, AIDS, H1N1 dan lain-lain mudah menular. Secara tidak langsung kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menyediakan kemudahan kesihatan kepada pesakit.

CARA MENGATASI
Meningkatkan kerjasama antarabangsa
Hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat Latihan bersama Pertukaran pengalaman

Penguatkuasaan Undang-Undang
Akta Antipemerdagangan 2007 Kerjasama antara pihak berkuasa seperti Imigresen, PDRM dan sebagainya Pemantauan berterusan Laporan orang awam

Kempen
Mewujudkan kesedaran mengenai kesan buruk pemerdagangan manusia Peranan media massa, media eletronik dan Ngo dalam memberi kesedaran kepada pihak kerajaan mahupun orang ramai

KESIMPULAN
Tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia. Hal ini kerana selalunya penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan.

Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dan kewangan yang mantap. Tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal.

Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang mangsa atau penjenayah melibatkan rakyat mereka. Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini. Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.

You might also like