You are on page 1of 1

Pencapaian Sukan Negara Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adikadiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia. Kini, kehebatan Misbun telah disambung oleh Dato Lee Chong Wei yang telah meranggul pelbagai kejayaan seperti Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC), juara perseorangan lelaki Sukan Komanwel dan menduduki kedudukan nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008 Sukan skuasy juga telah mengharumkan nama Negara. Nicol Ann David merupakan pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau telah beberapa kali menjuarai sukan ini mahu di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Womens CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Sukan lumba basikal tidak kurang hebatnya apabila anak jati Terengganu berusia 22 tahun iaitu Azizul Hasni Awang yang terkenal dengan gelaran The PocketRocket Man mempertaruhkan kejayaan sebagai pelumba Malaysia pertama menang pingat pada Kejohanan Trek Basikal Dunia di Poland pada Mac 2009. Sepanjang 2009, Azizul Hasni turut merangkul beberapa kejayaan lain, antaranya dua pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Asia di Indonesia serta satu pingat emas pada sirkit Piala Dunia UCI di Beijing dan satu pingat perak pada sirkit Piala Dunia UCI di Melbourne.

You might also like