You are on page 1of 9

JENIS SUARA

Terdapat 3 jenis suara untuk wanita dan 4 jenis suara untuk lelaki iaitu: 1)Jenis suara lelaki : - Countertenor, Tenor, Baritone, Bass 2) Jenis suara wanita : - Soprano, Mezzo Soprano, Contralto Berikut adalah kriteria utama pengklasifikasian untuk menentukan jenis suara:

1. Vocal Range/Julat Suara


Penunjuk utama apakah jenis suara yang dimiliki oleh setiap penyanyi Contohnya, jika seorang penyanyi lelaki mempunyai suara yang tinggi, dia mungkin boleh diklasifikasikan sebagai Tenor atau lebih tinggi iaitu Counter Tenor. Jika penyanyi wanita yang mempunyai suara yang tinggi pula dikenali sebagai Soprano .

2. Penukaran Register
Penukaran Register Suara berlaku apabila suara kita menyanyi, akan melalui beberapa proses penukaran tona dan kualiti tona suara apabila kita bergerak dari pic rendah ke pic yang lebih tinggi. Memudahkan kita mengenali apakah jenis suara kita dan membantu kita dalam menentukan jenis latihan vocal yang lebih efisien dalam melancarkan penukaran 'gear suara.

3. Tona Vokal

Setiap penyanyi mempunyai perbezaan Tona Suara,dimana ada antara penyanyi yang mempunyai tona yang cerah dan lantang/jelas manakala ada juga penyanyi yang mempunyai tona yang agak dalam/suram serta berat Menentukan apakah jenis jenis lagu yang dikira sesuai untuk kita nyanyikan atau apakah lagu yang perlu kita elakkan apabila kita hendak membuat persembahan atau ke ujibakat nyanyian

Contohnya, kalau kita mempunyai tona suara yang heavy atau berat, kita akan lebih sesuai menyanyikan lagu lagu yang memerlukan belting atau vocal projection. Jika anda mempunyai tona suara yang agak ringan dan lembut,disarankan agar anda menyanyikan lagu2 berentak seperti Bossa Nova dan balada dimana lagu2 seperti ini memerlukan sensitiviti dan kelembutan dalam dalam tona nyanyian

4. Tessitura atau Kekuatan Suara


Tessitura merujuk kepada julat terbaik suara anda dimana ianya adalah agak selesa untuk suara anda dan ianya juga elok dan sedap didengar oleh audien. Ada sesetengah guru vokal panggil ini sebagai "Sweet Voice. Pengetahuan mengenai tessitura ini membolehkan kita mengetahui apakah jenis suara kita, contohnya ,penyanyi soprano mempunyai head voice yang mantap manakala penyanyi bass mempunyai middle voice yang mantap.

5. Suara Pengucapan

Suara yang selalu kita gunakan apabila kita bercakap dan adalah suara yang paling selesa untuk dilontarkan.

RUJUKAN
http://kelasvokal.blogspot.com/2010/09/jenis -suara.html

You might also like