P. 1
Arahan Kolej Kediaman 2012

Arahan Kolej Kediaman 2012

|Views: 14|Likes:
Published by Nora Ezzati
UKM
UKM

More info:

Published by: Nora Ezzati on Aug 19, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/11/2014

pdf

text

original

ARAHAN-ARAHAN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BIL. 1. 2. 3. Pengenalan Penempatan Pengesahan Tempat Tinggal Di Kolej Kediaman - Garis Panduan Pengesahan Tempat Tinggal Di Kolej Kediaman Pendaftaran Penginapan 4A. Garis Panduan Pendaftaran Penginapan Di Kolej Kediaman Bagi Pelajar Baru 4B. Garis Panduan Pendaftaran Penginapan Di Kolej Kediaman Bagi Pelajar Tahun Dua Keatas Tamat Tempoh Penginapan Penginapan Luar Semester Perkara-Perkara Yang Dilarang Kuasa Memeriksa Bilik Waktu Pejabat Peraturan Waktu Senyap Inventori Kemudahan Asas Bilik Penginapan Aduan Kerosakan Kebersihan Premis Keselamatan Pemakaian Kad Kolej Kediaman Pemilikan dan Pelekat Kenderaan Panduan Pakaian Kecemasan 18A. 18B. 19. 20. 21. 22. 23. Garis Panduan Mencegah Kecurian Garis Panduan Jika Berlaku Kebakaran 11 12 – 13 14 15 – 16 17 – 18 9 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 1-2 2

4.

2-4

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

4-5 5 5-6 6 7 7 7 7 7-8 8 8 8 9 – 11

Kesalahan Boleh Denda Jadual 1 – Kadar Yuran Penginapan Bagi Kolej kediaman Jadual 2 – Kadar Gantirugi Kerosakan Jadual 3 – Kesalahan Boleh Denda Lampiran – Panduan Pakaian

20 Mac 2012

Muka Surat | 0

Pelajar tahun satu prasiswazah bagi setiap sesi adalah WAJIB mendaftar dan menginap di kolej kediaman pada semester satu dan semester dua. 1.6 Pelajar yang ingin berpindah kolej (dalam semester) perlu mendapat kebenaran daripada kedua-dua pengetua kolej kediaman yang terlibat. kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti.4 Pelajar tahun dua dan ke atas hendaklah membuat pengesahan penerimaan untuk menginap di kolej kediaman.5 2. Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada pengetua untuk keluar dari kolej kediaman. atau dikenakan hukuman tatatertib terus di bawah Kaedah-Kaedah UKM (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. 2.7 Sebarang kesalahan yang berkaitan dengan salahguna penempatan atau kemudahan asas bilik yang disediakan boleh menyebabkan pelajar berkenaan dikenakan tindakan tatatertib. seseorang pelajar yang diberikan kemudahan tempat tinggal di kolej kediaman hendaklah mematuhi Arahan-Arahan Kolej kediaman ini.2 Pelajar tidak akan ditawarkan penempatan di kolej kediaman jika didapati melanggar peruntukan Arahan-Arahan Kolej kediaman. Kemudahan asas bilik penginapan yang disediakan adalah seperti katil. penyangkut tuala dan rak buku. 2. meja belajar. PENGENALAN 1.2 2.1 Penempatan pelajar di kolej kediaman adalah SATU KEMUDAHAN yang disediakan kepada pelajar mengikut kekosongan bilik penginapan dan bukanlah satu HAK seseorang pelajar.3 2. 2. 2. 2. kerusi belajar. statut-statut. PENEMPATAN 2. Perlembagaan UKM.ARAHAN-ARAHAN -KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1. papan kenyataan.2 Pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan Arahan-Arahan Kolej kediaman ini boleh diambil tindakan tatatertib. almari.1 Tanpa menjejaskan peruntukan lain di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. 20 Mac 2012 Muka Surat | 1 . tilam.

2 Seseorang pelajar yang telah menerima tawaran kemudian membuat pembatalan adalah tertakluk kepada kadar denda seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual 3. 4. 3. 4. Membuat pengesahan secara dalam talian www. ii. adalah dianggap menolak tawaran tersebut.3 Pelajar yang menolak tawaran tetapi membuat permohonan semula (kolej yang sama) akan dikenakan bayaran denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3. 3.1 Semua pelajar perlu membuat pengesahan tempat tinggal bagi sesi seterusnya pada setiap akhir semester kedua seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti seperti perenggan 3.4 Pelajar yang gagal mendapat penginapan boleh membuat rayuan di kolej kediaman. PENDAFTARAN PENGINAPAN 4. Mencetak dan menghantar salinan pengesahan tawaran beserta 2 keping gambar berukuran pasport ke kolej kediaman kolej kediaman.2 Pelajar yang telah mendaftar di kolej kediaman dikenakan kadar bayaran seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.2.8 Pelajar yang melanggar arahan-arahan kolej kediaman boleh dikenakan tindakan seperti yang dinyatakan dalam arahan kolej kediaman termasuklah tidak dibenarkan tinggal dikolej berkenaan.1 Pelajar yang telah mengesahkan tawaran hendaklah mendaftar di kaunter kolej kediaman dalam tempoh yang ditetapkan pada waktu pejabat seperti di perenggan 9. 3.5 Garis panduan pengesahan tempat tinggal di kolej kediaman adalah seperti berikut. 20 Mac 2012 Muka Surat | 2 . PENGESAHAN TEMPAT TINGGAL DI KOLEJ KEDIAMAN 3.5. Pemberitahuan bilik penginapan akan dibuat melalui cara yang ditetapkan oleh kolej kediaman. 3. iii.ukm.my/upp dalam masa yang telah ditetapkan Universiti. 3. Pelajar yang gagal berbuat demikian selepas tempoh yang ditetapkan. i.

4.4.4.4.4 Pelajar yang gagal atau tidak menjelaskan bayaran tempat tinggal adalah dianggap berhutang kepada Universiti dan boleh dikenakan sekatan yang dikuatkuasakan oleh Universiti termasuklah: 4.4. 4A. Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.3 Semua bayaran penginapan adalah untuk tempoh satu semester melalui potongan penaja oleh Bendahari. 4.5 Tidak dibenarkan mendaftar pengajian bagi semester berikutnya. dan Tidak boleh menghadiri majlis konvokesyen. Tidak boleh mendapat transkrip.3 4. Tidak boleh mendapat skrol. 4.4 4. bayaran sewa akan dikenakan mengikut kadar sewa harian dan bilangan hari pelajar menginap. 4.6 Pelajar yang mendaftar keluar sebelum minggu keempat dari tarikh pendaftaran masuk di kolej kediaman. Garis Panduan Pendaftaran Penginapan Di Kolej kediaman Bagi Pelajar Baru: i.7 Pelajar yang menginap di kolej kediaman semasa cuti semester hendaklah menjelaskan bayaran penginapan semasa memulangkan kunci atau selewatlewatnya satu minggu selepas memulangkan kunci.4.2 4. manakala lain-lain bayaran tidak akan dikembalikan. bayaran sewa dan lain-lain bayaran tidak akan dikembalikan kecuali dengan kelulusan bertulis Timbalan Pengetua Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) atau orang yang diberi kuasa kepadanya.5 Pelajar yang mendaftar keluar dari kolej kediaman selepas minggu keempat pendaftaran penginapan di kolej kediaman.1 4. 20 Mac 2012 Muka Surat | 3 . Tidak boleh mendapat keputusan peperiksaan.4.4. Pelajar yang tidak ada penaja perlu mengurus sendiri bayaran penginapan mereka. Apa-apa bayaran yang tidak dijelaskan adalah dianggap hutang kepada Universiti dan boleh dikenakan tindakan seperti di perenggan 4.

3 Memastikan bilik dalam keadaan bersih. Menyerahkan 2 keping gambar berukuran passport bersama borang atau kad daftar pelajar di kaunter kolej kediaman.2. 5. Daftar masuk dan daftar keluar penginapan hendaklah dilaksanakan dalam waktu pejabat atau waktu lain yang ditetapkan oleh kolej kediaman.2. c. Pelajar hendaklah menyerahkan kunci bilik kepada kakitangan di kaunter kolej kediaman pada waktu pejabat seperti di perenggan 9. Mematuhi peraturan mengosongkan bilik pada setiap akhir sesi akademik. Semasa mengosongkan bilik.5 5. Mengambil barang-barang milik pelajar sendiri. Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :a. isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.2.1 5.6 Sebelum meninggalkan bilik. Daftar menggunakan kad daftar pelajar dan serah 2 keping gambar berukuran passport di kaunter kolej kediaman. Pelajar yang gagal memulangkan kunci bilik hendaklah membayar denda mengikut kadar harian seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1. Buat pemeriksaan.4 5. Buat pemeriksaan.2. Garis Panduan Pendaftaran Penginapan Di Kolej kediaman Bagi Pelajar Tahun Dua Keatas: i. iv.2 Pelajar hendaklah mengosongkan bilik pada tarikh akhir sesi akademik yang telah ditetapkan oleh Universiti. pelajar hendaklah: 5. Kunci bilik.2. semua suis elektrik hendaklah ditutup. TAMAT TEMPOH PENGINAPAN 5. Borang inventori kemudahan asas bilik. iv. Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman. 4B.ii. b. v. 20 Mac 2012 Muka Surat | 4 . Ambil kunci bilik dan borang inventori kemudahan asas bilik penginapan. Mengisi borang atau kad daftar pelajar dengan lengkap.1 5. v.2. Barang yang ditinggalkan dianggap tidak diperlukan dan akan dilupuskan oleh kakitangan kolej kediaman. ii. iii.2 5. 5. isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman. iii.

2 7.16 Berpindah bilik atau kolej kediaman tanpa kebenaran Pengetua.5 Memasak di dalam bilik atau mana-mana ruang yang bukan diperuntukan bagi tujuan tersebut. 7.10 7.7 Pelajar yang kehilangan kunci hendaklah membayar denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.8 7.4 7. Berlaku tidak jujur dengan petugas kolej kediaman. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa alasan munasabah di kawasan kolej kediaman termasuk membawa suami/ isteri di dalam bilik penginapan. Menyimpan.5. melihat atau mendengar bahan-bahan lucah. 7. 20 Mac 2012 Muka Surat | 5 .15 7.9 Berkelakuan tidak sopan atau biadap.14 7. 7. Bermain judi dan yang seumpama dengannya dalam kawasan kolej kediaman. 7. 7. Membawa minuman dan makanan yang haram di sisi agama islam ke dalam persekitaran kolej kediaman.2. PERKARA-PERKARA YANG DILARANG 7.1 Sekiranya pelajar memerlukan penginapan di kolej kediaman selepas tarikh tamat menginap. PENGINAPAN LUAR SEMESTER 6. Membuat sambungan pendawaian elektrik dan telefon. Kebenaran untuk tidak mengosongkan bilik pada tarikh yang telah ditetapkan adalah dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua.6 Memiliki.12 7. pelajar dikehendaki membuat permohonan untuk menginap di kolej kediaman bagi tempoh yang diperlukan.13 7. 7. Menyidai pakaian di tempat atau ruang selain daripada yang telah disediakan.3 Tidak dibenarkan bermain mercun dan bunga api di dalam kawasan kolej kediaman. Tidak mengemas pakaian dan peralatan di dalam bilik. menghisap dan menjual rokok di kawasan dan dalam persekitaran kolej kediaman.11 7. Tidak memasang dan menggunakan cadar dan sarung bantal. Mengadakan hubungan sumbang sesama jenis. 6.7 7. menampal.1 Pelajar yang berdaftar di kolej kediaman dilarang membenarkan orang lain menginap atau bermalam dibiliknya.

kipas angin dan lain-lain suis alatan elektrik ketika pelajar tidak di bilik. 7. almari. lambang. 8. lantai dan lain-lain dalam keadaan kotor.3 Semasa melakukan pemeriksaan bilik pelajar di kolej kediaman.22 7. mengubah atau memindah kedudukan peralatan kemudahan umum kepunyaan kolej kediaman tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.18 Tidak menutup suis lampu. 20 Mac 2012 Muka Surat | 6 .20 7. KUASA MEMERIKSA BILIK 8. 7.21 Membiarkan peralatan kemudahan asas bilik seperti lampu.3. 7. Membuat bising atau mengganggu ketenteraman pelajar lain. kewajipan atau tangungjawabnya di dalam bilik itu. 8.2 Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Pengurus/ Penolong Pengurus boleh memasuki dan memeriksa bilik pelajar pada bila-bila masa. Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Pengurus/ Penolong Pengurus atau Felo Penghuni penghuni yang mendapat kebenaran daripada Pengetua : 8. mempamerkan. mengotorkan atau merosakkan mana-mana bahagian bangunan juga harta benda kolej kediaman. Menconteng.24 Tidak dibenarkan memaparkan.3.17 7.2 Boleh melakukan pemeriksaan bilik pelajar yang bertentangan jantina dengannya hendaklah membawa bersamanya orang lain yang sama jantina dengan pelajar bilik yang diperiksa. kipas siling. Felo Penghuni yang mendapat kebenaran Pengetua boleh memasuki dan memeriksa bilik pelajar pada bila-bila masa. Memiliki senjata berbahaya atau alatan lain yang boleh mengancam keselamatan atau nyawa.1 Boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain untuk membantunya melakukan pemeriksa bilik tersebut.4 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang atau melarang seseorang orang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu dan menjalankan tugas. tingkap.7. 8.1 8. menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan sebarang bahan.23 Meletak atau ‘parking’ kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan oleh kolej kediaman. Mengambil. benda.19 7. 8. yang berunsur keagamaan yang boleh menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada pelajar lain.

13. 12.5.45 petang Tutup 10.2 Pelajar yang gagal mengembalikan borang inventori dianggap telah memperaku inventori harta benda di dalam bilik tersebut lengkap dan berada dalam keadaan baik. Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis kolej kediaman dengan cermat. 10.30 petang 12. 11. menandatangani dan mengembalikan borang inventori kepada kolej kediaman dalam jangka waktu yang telah ditetapkan oleh kolej kediaman. ADUAN KEROSAKAN 12.9.5. WAKTU PEJABAT Isnin – Khamis Waktu rehat Jumaat Waktu rehat Sabtu.30 petang 1.2 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik masing-masing.1 Pelajar hendaklah menyemak. KEBERSIHAN PREMIS 13.15 tengahari .00 petang . 12.1 Pelajar hendaklah mematuhi waktu senyap di kolej kediaman dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.2 Pelajar yang didapati membuat bising semasa waktu senyap akan dikenakan denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.1 Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan kemudahan asas bilik penginapan kepada kolej kediaman. Sekiranya didapati melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan. 11.30 pagi .30 pagi .2 Jika seorang pelajar didapati merosakkan kemudahan asas bilik dengan sengaja dikehendaki membayar gantirugi mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Universiti. PERATURAN WAKTU SENYAP 10. INVENTORI KEMUDAHAN ASAS BILIK PENGINAPAN 11.2.2.1 13. mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau pada apa-apa benda atau 20 Mac 2012 Muka Surat | 7 .3 Pelajar bertanggungjawab menjaga kemudahan asas bilik penginapan yang disediakan oleh Universiti.00 petang 7. 12. Ahad & Cuti Umum : : : : : 7.

Pelajar yang melanggar perenggan 14. 16.3 Kedua-dua pelekat kenderaan hendaklah dipamerkan pada kenderaan masing-masing setiap masa. KESELAMATAN 14.2 Pelajar hendaklah melaporkan semua kejadian pencerobohan atau kecurian kepada pihak kolej kediaman dan Bahagian Keselamatan UKM. 14. PEMILIKAN DAN PELEKAT KENDERAAN 16.3 14.1 Pelajar yang memiliki kenderaan bermotor hendaklah mendaftar dan mendapatkan pelekat kenderaan UKM dari Bahagian Keselamatan UKM.1 hingga 16.3 Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad kolej kediaman kepada kolej kediaman dengan serta merta.1 Pelajar hendaklah sentiasa mengunci bilik masing-masing dan sebarang pencerobohan atau kecurian kerana kecuaian tidak mengunci bilik adalah di atas tanggungjawab pelajar sendiri. 16.3 Pelajar tidak dibenarkan menampal poster. notis atau apa-apa pengumuman di mana-mana bahagian kolej kediaman kecuali di papan kenyataan kolej kediaman dengan kebenaran Pengetua.3 boleh dikenakan denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3. 15. salah guna kad kolej kediaman atau gagal mempamerkan kad kolej kediaman ketika berurusan dengan pihak pengurusan kolej kediaman boleh didenda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.1 boleh didenda seperti ditetapkan dalam Jadual 3. 14.2 Pelajar yang kehilangan kad kolej kediaman. 15.4 Pelajar boleh membuat laporan polis jika berlaku pencerobohan atau kecurian.2 Pelajar yang memiliki kenderaan bermotor hendaklah mendaftar dan mendapatkan pelekat kenderaan kolej kediaman di kolej kediaman kolej kediaman masing-masing. PEMAKAIAN KAD KOLEJ KEDIAMAN 15. 16.4 Mana-mana pelajar yang melanggar perenggan 16. 16.kelengkapan di dalamnya akan didenda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3. 14.1 Pelajar hendaklah memakai kad kolej kediaman semasa berada di kolej kediaman. 15. 20 Mac 2012 Muka Surat | 8 . 13.

18. 18. diserang sawan atau apa-apa penyakit yang serius.1 Setiap pelajar hendaklah memahami Pelan Tindakan Kecemasan yang disediakan oleh Universiti. 20 Mac 2012 Muka Surat | 9 . 18. 18. 18.A Garis Panduan Mencegah Kecurian i. Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Pengurus/ Penolong Pengurus/ Felo Penghuni hendaklah membawanya ke Pusat Kesihatan UKM atau ke hospital terdekat. Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Pengurus/ Penolong Pengurus/ Felo Penghuni hendaklah memanggil ambulans atau membawanya sendiri ke Pusat Kesihatan UKM atau hospital terdekat untuk rawatan. Tidak boleh meminjamkan kunci bilik kepada rakan-rakan.7 Pelajar yang mendapati seorang pelajar lain pengsan diserang sawan atau penyakit yang serius hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Pengurus/ Penolong Pengurus/ Felo Penghuni dengan segera. Simpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan berkunci. KECEMASAN 18. iii. terjatuh semasa menjalankan aktiviti di kolej kediaman atau apaapa kemalangan yang memerlukan rawatan lanjut. PANDUAN PAKAIAN Pelajar hendaklah berpakaian kemas.5 Jika pelajar pengsan.2 Setiap pelajar hendaklah mematuhi semua arahan kecemasan yang ditetapkan oleh Universiti.17. 18.4 Pelajar yang mengidap penyakit kronik hendaklah memaklumkan kepada kolej kediaman dengan segera. Pastikan pintu bilik sentiasa berkunci. 18.3 Mana-mana pelajar yang menyedari berlaku kebakaran di premis kolej kediaman hendaklah dengan serta-merta memberitahu kolej kediaman dan Bahagian Keselamatan Universiti. ii.6 Jika seorang pelajar ditemui cedera sama ada kerana terjatuh semasa bersukan. bersih dan tidak menjolok mata semasa berada di kawasan kolej kediaman dan mengikut panduan pakaian seperti di lampiran. 18.

B Hubungi kolej kediaman dengan segera jika mendapati seseorang yang mencurigakan hadir di blok atau persekitaran Kolej kediaman. Patuhi segala arahan dan papan tunjuk arah yang terdapat di setiap paras. f. Beritahu Pengawal Keselamatan/ Pegawai-pegawai Insiden yang bertugas di kawasan tersebut atau hubungi Pusat Keselamatan atau Pengetua/ Timbalan Pengetua/ Pengurus/ Penolong Pengurus/ Felo Penghuni kolej kediaman dengan segera. g.7. Tutup semua tingkap dan pintu. Felo Penghuni/ JAKSA/ Ketua Blok hendaklah melaksanakan Panggilan Baris (Roll Call) apabila mendengar isyarat kebakaran. Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah terbakar dari terdedah. Hubungi Talian Kecemasan seperti di Perenggan 18. e. V. Berhentikan semua mesin. Keluar menyelamatkan diri dan berkumpul di tempat yang telah ditentukan. Jangan berlari. 20 Mac 2012 Muka Surat | 10 . n. b. semua pelajar hendaklah: a. vi. j. i. k. Jangan sengaja buat bising. m. 18. Patuhi peraturan menerima kunjungan tetamu. Matikan semua kuasa elektrik. IV. iii. Jangan tolak menolak antara satu sama lain. d. c. l. Jangan buat tidak tentu arah dan kelam kabut (panik). ii. Garis Panduan Jika Berlaku Kebakaran i. Jangan berpatah balik kebelakang untuk mengambil barangbarang yang tertinggal Jangan duduk di dalam tandas atau stor. Keluar melalui laluan yang mudah dan jangan menggunakan lif. h.iv. Bunyikan sistem penggera kebakaran (alarm) dengan memecahkan “break glass” yang sedia ada di setiap paras bangunan. Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran. Berhenti melakukan aktiviti. v. Bekerjasama dan ikut arahan.

VI. VIII. KESALAHAN BOLEH DENDA Kesalahan boleh denda seperti yang dietapkan dalam Jadual 3. Dari telefon bimbit : : : : : 03 – 8921 4444/4666 03 – 8921 4555 999 991 112 VII. Talian Kecemasan Hubungi talian kecemasan mengikut kesesuaian seperti berikut. Polis dan Ambulan XIII. Ahli Bomba/ Pengawal Keselamatan/ Pegawai-pegawai Insiden dan kakitangan yang terlatih sahaja dibenarkan untuk memadamkan kebakaran supaya ianya dapat dikawal. Jabatan Pengurusan Pembangunan IX. Arahan-Arahan Kolej Kediaman ini telah diluluskan Sekretariat Majlis Pengetua berkuatkuasa pada 17 November 2011 20 Mac 2012 Muka Surat | 11 . Pusat Kesihatan XII.8 19. Bahagian Keselamatan XI. BOMBA : : 03 – 8921 3333 03 – 8925 4444 atau dial terus 994 X. Sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki bangunan apabila loceng kecemasan dibunyikan. 18. Pertahanan Awam XIV.

Ismail 5.00 9.50 4.50 10.00 9.00 7.70 5.30 5.60 7.00 15.00 7.50 4.00 4.00 5.00 5.50 6. UKM Pra Siswazah Kolej kediaman Bukan Warga Negara Seorang Sehari (RM) Warga Negara Pasca Siswazah Bukan Warga Negara Seorang Sehari (RM) Warga Negara Jenis Penginapan Dato’ Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Tun Syed Nasir Idris Al-Marbawi Tun Hussein Onn Antarabangsa Ibu Zain Keris Mas Pendeta Za’ba Tun Dr.00 Terbuka 20 Mac 2012 Muka Surat | 12 .50 Pangsasiswa Pangsasiswa Pangsasiswa Pangsasiswa 3.50 5.00 10.00 Asrama Asrama Asrama Asrama 2.20 7.00 7.00 Asrama Organisasi Luar Pelajar Dewasa 10.50 10.00 5.00 4.50 Pangsasiswa 3.00 6.00 7.00 7.Jadual 1 KADAR YURAN PENGINAPAN PELAJAR BAGI KOLEJ KEDIAMAN UNIT PERUMAHAN PELAJAR.00 7.00 3.00 10.00 9.50 5.00 5.00 9.00 9. Ismail Dato’ Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Tun Hussein Onn Idris Al-Marbawi Antarabangsa Ibu Zain Keris Mas Pendeta Za’ba Tun Dr.50 10.50 4.50 6.00 5.

00 Eksekutif Pangsapuri RM 80.00 Pangsarama 6. Ismail Tun Syed Nasir Antarabangsa Ibu Zain Pangsapuri UKM Taman Tenaga – Unit Perumahan Pelajar Rumah Tetamu UKM – Unit Perumahan Pelajar Pangsapuri UKM Blok 6 – Unit Perumahan Pelajar 4.Pra Siswazah Kolej kediaman Warga Negara Luar Negara Pasca Siswazah Warga Negara Luar Negara Jenis Penginapan Seorang Sehari (RM) Dato’ Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Tun Hussein Onn Idris Al-Marbawi Tun Dr.00 4.20 4.00 6.60 6.00 9.00 15.60 7.00 – RM 150.00 Pangsarama Pangsarama Eksekutif 7.00 seunit sehari Pangsapuri RM 60.00 9.00 3.40 9.50 Seorang Sehari (RM) 6.00 9.00 – RM 150.50 5.00 seunit sehari Pangsapuri 20 Mac 2012 Muka Surat | 13 .00 seunit sehari RM 60.50 15.

17.00 800.00 20. 12. 4.00 450. 8.00 400. 10.00 300. 6. Barang/ Alat Yang Dirosakkan Cermin solek Cermin bilik air Cermin tingkap Langsir Tilam Katil Almari Kerusi Meja belajar Kepala paip/ Pancur (shower) Set sofa Sarung sofa Meja Kopi (kecil) Meja Kopi (besar) Tombol pintu Pintu Papan tanda Menconteng permukaan premis: 1 kaki persegi Gantirugi (RM) 100. 13. 2.00 30. 16.00 50. 5. 7. 3. 14. 15. 11.00 150.00 450.00 500.00 – 80. 18. 9.00 200.Jadual 2 Kadar Gantirugi Kerosakan Bil 1.000.00 80.00 20 Mac 2012 Muka Surat | 14 .00 – 2.00 40.00 5.00 50.00 100.00 250.

00 25.00 10. 30.00 25.00 2.00 10.00 50.Jadual 3 Kesalahan Boleh Denda Bil 1. Memaku dan menampal poster yang boleh mencacatkan dinding di dalam bilik Memasang lampu atau kipas ketika tiada di bilik Meninggalkan kunci di dalam bilik Meletakkan basikal atau motosikal di dalam blok atau di dalam bilik Meletakkan kereta atau motosikal di tempat yang tidak dibenarkan Mengalih/ mengambil perabot yang disediakan di Pusat Kemudahan untuk kegunaan sendiri tanpa kebenaran di bilik.00 50. 24. 20. 28.00 10.00 Alat dirampas dan denda RM20. 29. Membuat salinan kunci bilik Menyalahgunakan alat pencegahan kebakaran Memakai pakaian tidak sopan Meletak kasut/ selipar di luar bilik Menghilangkan kad Kolej kediaman Tidak memakai kad Kolej kediaman semasa berurusan di kaunter Kolej kediaman Menyalahgunakan kad Kolej kediaman Memasang selak atau mangga di dalam bilik tanpa kebenaran Pengetua Memelihara binatang peliharaan Tidak memasang sarung bantal dan cadar Menyimpan/ mempamer bahan lucah Membakar atau mengasap colok/ kemenyan atau apa-apa bauan yang mengganggu ketenteraman penghuni lain Merokok di dalam bilik atau mana-mana kawasan Kolej kediaman 20 Mac 2012 Muka Surat | 15 . 9.00 10. 5.00 2. 23. 8.00 10. 27.00 30. (alat dirampas) Denda (RM) 25. 17. 7. 26.00 30. 2. 6. Kesalahan Membuat pengesahan tawaran tetapi tidak mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah. 15. Menolak tawaran tetapi membuat permohonan semula untuk mendapatkan penginapan Menerima tawaran penginapan tetapi membuat pembatalan tanpa sebab yang munasabah Menghilangkan set kunci Bertukar bilik tanpa kebenaran Pengetua Bertukar Kolej kediaman tanpa kebenaran Pengetua Membenar atau membawa setinggan ke bilik. (Penghuni dan setinggan kedua-duanya didenda) Mengotorkan Bilik Membuang sampah di persekitaran Kolej kediaman Memasak di dalam bilik penginapan Memiliki dapur.00 50.00 50. 11.00 setiap satu alat. kuali atau periuk elektrik.00 20. 18.00 50. hotplate. 16.00 30. 19. 14.00 setiap pasang 10. 13.00 10.00 – 5.00 10. 4. 20. 21.00 50.00 50.00 50. 10.00 20.00 30. 3.00 12. 22.00 10. 25.

00 50. 32. 42.00 20. 34.00 50. 33.00 20.Bil 31. 35.00 2. 39. 41.00 20 Mac 2012 Muka Surat | 16 . Kesalahan Membuat bising dan mengganggu ketenteraman penghuni lain selepas jam 12 tengah malam ke 6 pagi Tidak mengunci bilik Tinggal kunci dipintu bilik Jemur atau menyidai pakaian selain daripada tempat ampaian yang disediakan (tiap-tiap satu) Penyalahgunaan ruang tanpa kebenaran Membawa masuk tetamu yang berlainan jantina ke dalam premis kediaman tanpa kebenaran Berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan ditempat sunyi Memiliki dan mengedar risalah haram Menjaja atau berniaga tanpa kebenaran Tidak memulangkan kunci bilik pada setiap tarikh akhir sesi akademik Tidak mempamerkan pelekat kenderaan Lain-lain kesalahan atas budibicara Pengetua Denda (RM) 10.00 50. 36.00 50. 37. 38.00 Mengikut kadar harian caj bilik 50. 40.00 10.

LAMPIRAN – Panduan pakaian 20 Mac 2012 Muka Surat | 17 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->