You are on page 1of 7

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 DALAM TAJUK KITARAN AIR DENGAN MENGGUNAKAN PAKEJ PEMBELAJARAN SYU POWER WATER

WHEEL

Oleh : Nur Syuhada Binti Sobri & Wan Mazlan Bin Wan Muda Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah kesukaran murid menguasai Tajuk Kitaran Air Tahun 5. Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, didapati murid tidak dapat menguasai dan kurang pemahaman dalam tajuk ini. Penglibatan dan minat murid juga kurang memuaskan. Alat kajian yang dipilih untuk membuktikan masalah ini secara sainstifik adalah ujian pra, keputusan ujian OTI, borang pemerhatian, borang soal selidik, serta temu bual. Kajian yang dijalankan adalah kajian tindakan berbentuk Mix-method iaitu gabungan antara kajian kualitatif dan kuantitatif serta menggunakan responden persempelan bertujuan. Kumpulan sasaran terdiri daripada 5 orang murid Tahun 5 Intan iaitu 4 orang perempuan serta seorang lelaki. Tindakan yang dijalankans adalah menggunakan Pakej Pembelajaran Syu Power Water Wheel yang menggabungkan tiga item iaitu Roda Kitaran Air, Token Cemerlang dan Smart Interactive Quiz (SIQ) menggunakan perisian Power Point. Instrumen yang diguna bagi mengumpul data adalah ujian pra dan pasca, pemerhatian, soal selidik serta temubual. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah murid dalam ujian pra dan pos sebanyak 56%. Hasil pemerhatian membuktikan peningkatan penglibatan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan soal selidik dan temubual positif apabila responden semakin meminati subjek sains. Pelbagai cadangan dikemukakan bagi kajian lanjutan. (Kata kunci: Pakej Pembelajaran, , penglibatan, minat, Syu Power Water Wheel) PENGENALAN Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting. Sesuatu proses pengajaran itu akan lebih bermakna kepada murid jika guru menggunakan BBM. Rashidi Azizan (1995) berpendapat bahawa penggunaan alat bantu mengajar juga memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan (contoh ABM: carta, foto, OHP), deria sentuh (contoh ABM: model, spesimen biologi), dan deria pendengaran serta penglihatan (contoh ABM: radio, televisyen, pita rakaman, video, filem, komputer). Fungsi utama ABM adalah untuk memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Semasa pengkaji berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Kepong, pengkaji telah membuat satu refleksi selepas sesi pengajaran bagi Topik Kitaran Air Tahun 5. Pengkaji mendapati terdapat segelintir murid tidak dapat menguasai topik ini. Pengkaji telah membuat tinjauan masalah bagi mengenal pasti punca murid gagal dalam menjawab solan yang telah pengkaji berikan. Sewaktu proses penerangan diberikan kepada para pelajar, pengkaji mendapati ada segelintir pelajar yang kurang memberi tumpuan serta melakukan kerja lain. Penglibatan para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini amat

mengecewakan. Pengkaji sedar bahawa kaedah pengajaran kali ini kurang menarik serta tidak berjaya mencuri tumpuan semua pelajar untuk turut terlibat secara aktif. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) menunjukkan guru kerap kali terikat dengan kaedah pengajaran yang lama iaitu berpusatkan guru tanpa memberi peluang kepada murid menggunakan penglibatan domain pengetahuan, afektif dan psikomor. Pengkaji telah melaksanakan satu intervensi untuk merawat masalah ini iaitu dengan mengaplikasikan Pakej Pembelajaran Syu Power Water Wheel. Pakej ini telah menggabungkan 3 item iaitu Roda Kitaran Air, Token Cemerlang; dan Smart Interactive Quiz (SIQ) menggunakan perisian Microsoft Power Point. Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya Tahun 5 dalam menguasai tajuk Kitaran Air. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat peningkatan penglibatan murid dalam sesi pengajarn dan pembelajaran serta bagi memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains. METODOLOGI Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan secara kualitatif dan kauntitatif berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Model ini dipilih kerana ianya mudah difahami dan diikuti serta memberikan pengkaji idea yang jelas tentang bagaimana untuk menjalankan kajian ini. Model ini telah menyarankan empat langkah bagi menjalankan kajian tindakan iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini dimulakan dengan pengkaji mengenal pasti masalah yang dihadapi serta menganalisisnya secara kualitatif dan kuantitatif dengan merefleks. Pengkaji telah mencari punca yang menyebabkan murid tidak memberi perhatian sewaktu P&P. Langkah kedua adalah merancang. Setelah pengkaji menganalisis data serta mengenal pasti masalah murid, pengkaji telah merancang satu intervensi bagi mengatasi masalah tersebut. Pengkaji telah merancang untuk menggunakan pakej pembelajaran bagi membantu responden menguasai tajuk Kitaran Air. Bagi gelungan bertindak, pengkaji telah mengaplikasikan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Pakej pembelajaran ini menggabungkan tiga item iaitu Roda Kitaran Air, Token Cemerlang dan Smart Interactive Quiz. Setelah itu, pemerhatian dijalankan bagi menilai keberkesanan intervensi ini. Seramai lima orang responden tahun 5 Intan dari Sekolah Kebangsaan Kepong telah dipilih dalam kajian ini. Responden ini terdiri daripada 4 pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki dari kelas 5 Intan. Kelas 5 Intan merupakan kelas ke-2 dari 4 kelasTahun 5 di sekolah ini. Sekolah ini telah mengamalkan sistem streaming class iaitu menempatkan para pelajar berdasarkan pencapaian masing-masing. Secara umumnya, kelima-lima responden ini menunjukkan tingkah laku bermasalah serta kurang terlibat sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden juga dipilh berdasarkan keputusan ujian pra serta ujian OTI yang rendah. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis menggunakan empat instrumen iaitu ujia pra dan pasca, pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Ujian pra dan pasca digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian responden sebelum dan selepas intervensi diaplikasikan. Pemerhatian pula dilaksanakan secara berstruktur bagi melihat peningkatan penglibatan responden sewaktu sesi p&p. Instrumen ketiga dan keempat iaitu soal selidik serta temu bual pula digunakan untuk mengukur minat murid

mempelajari subjek sains sebelum dan selepas menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. DAPATAN KAJIAN Objektif 1 : Keberkesanan penggunaan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel dalam peningkatan pembelajaran murid. Analisis data Ujian Pra dan Pasca menunjukkan bahawa pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel terbukti berkesan dalam peningkatan pembelajaran murid. Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) 40 90 40 100 40 100 40 80 30 100 38 94

Responden A B C D E MIN

Objektif 2 : Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Analisis borang pemerhatian menunjukkan bahawa penggunaan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel terbukti berkesan dalam peningkatan penglibatan murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2: Analisis Kekerapan Tingkah Laku Penglibatan Murid Tingkah Laku Murid Pengajaran Kaedah Pengajaran Pakej Semasa Guru Tradisional Pembelajaran Syu Mengajar Power Water Wheel i) Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap 16% 96% proses pengajaran dan pembelajaran. ii) Tidak mengganggu rakan ketika guru 32% 100% sedang mengajar. iii) Mengangkat tangan untuk menjawab soalan 20% 96% yang diberi secara sukarela. 1v) Tampil ke hadapan secara sukarela untuk 4% 96% melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.

v) Tidak bercakap dengan rakan lain hal yang tiada kaitan dengan tugasan. vi) Tidak membuat kerja lain.

20%

92%

16%

100%

Objektif 3 : Membantu memupuk minat murid dalam mempelajari sains dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Analisis data soal selidik membuktikan bahawa penggunaan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel terbukti berkesan bagi memupuk minat murid dalam mempelajari sains. Jadual 3: Analisis Soal Selidik Minat Murid Pengajaran Kaedah Tradisional Pengajaran Pakej Pembelajaran Syu Power Water Wheel YA TIDAK 5 (100%) 0 (0%) 5 (100%) 0 (0%) 5 (100%) 5 (100%) 5 (100%) 5 (100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

Bil.

Item

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Saya minat belajar sains. Saya tidak mengantuk ketika pengajaran dijalankan. Saya tidak merasa bosan ketika mempelajari subjek ini. Saya berasa gembira ketika sesi pengajaran ini dijalankan. Saya berasa sangat teruja untuk belajar pada hari ini. Saya berharap pembelajaran sains selepas ini juga turut menggunakan pendekatan yang sama.

YA 1 (20%) 1 (20%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

TIDAK 4 (80%) 4 (80%) 5 (100%) 5 (100%) 5 (100%) 5 (100%)

Selain soal selidik, pengkaji juga telah mengaplikasikan instrumen temubual. Temubual telah dilaksanakan secara dua peringkat iaitu sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan sistem koding. Transkrip jawapan responden diinterpretasikan untuk mengeluarkan tema dan jawapan yang berkaitan dengan objektif kajian, Kod-kod tema temubual bagi kajian ini adalah seperti di bawah.

Jadual 4: Kod-kod bagi Tema Temubual Kod-kod bagi tema 1) Minat murid terhadap subjek sains: Minat terhadap subjek sains MNT-Ya Tidak minat terhadap subjek sains MNT- Ti 2) Seronok sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran: Seronok sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang dijalankan SRNK P- Ya Tidak seronok sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang dijalankan SRNK P- Ti Berikut merupakan pandangan beberapa orang responden terhadap subjek sains apabila pengkaji bertanya sama ada mereka meminati subjek sains sebelum intervensi dijalankan: Tak best sangat.... MNT-Ti Tak sangat. Minat Matematik lagi. MNT-Ti

(Lampiran M, RD, B26 ) (Lampiran K, RB, B20 )

Temubual peringkat kedua dilaksanakan selepas pengajaran dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Berikut merupakan beberapa pandangan yang disuarakan oleh responden selepas mereka disoal sama ada meminati subjek sains atau tidak: Aa lagi minat.... MNT-Ya (Lampiran O, RA, B16 ) Minat. Suka sains.... MNT-Ya (Lampiran P, RB, B15 ) Lagi minat dari dulu.... MNT-Ya (Lampiran Q, RC, B15 ) Lagi minat.... MNT-Ya (Lampiran R, RD, B15 ) Lebih berminat.... MNT-Ya (Lampiran S, RA, B15 ) Dapatan di atas menunjukkan peningkatan minat responden dalam mempelajari subjek sains. Para responden berpendapat bahawa setelah belajar dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel, mereka lebih berminat untuk mempelajari subjek sains.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Objektif 1 : Keberkesanan penggunaan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel dalam peningkatan pembelajaran murid. Sebelum pengkaji mengaplikasikan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel, responden telah mempelajari tajuk Kitaran Air ini secara tradisional. Hasil dari ujian pra yang telah dijalankan amat mengecewakan pengkaji. Responden tidak dapat

menunjukkan prestasi yang baik. Oleh itu, pengkaji telah melaksanakan proses pengajaran dengan mengaplikasikan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel, bagi meningkatkan penguasaan pembelajaran murid. Rahim & Nasuha (2009) menjelaskan bahawa pakej pembelajaran ini adalah merupakan sebuah pakej yang menyediakan modul pembelajaran yang menarik. Ianya sesuai digunakan oleh guru sebagai salah satu cara untuk menjadikan pembelajaran agar lebih menarik dan dapat mengekalkan minat serta fokus pelajar. Pendapat ini membuktikan bahawa pakej pembelajaran adalah sesuatu yang relevan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif 2 : Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Hasil analisis data menggunakan instrumen pemerhatian telah menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan penglibatan murid selepas pengkaji mengaplikasikan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Melalui instrumen ini, pengkaji telah melihat perubahan penglibatan murid sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel ini terdiri daripada tiga item iaitu Roda Kitaran Air, Token Cemerlang dan Smart Interactive Quiz (SIQ). Dengan menggunakan Roda Kitaran Air, murid dapat berinteraksi dengan carta boleh gerak yang berwarna dan menarik ini. Secara tidak langsung, murid terlibat aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Collinson (2000) mendapati, pelajar lebih berjaya serta memberi tindak balas yang berkesan serta dapat menunjukkan bakat hebat bila menggunakan persepsi visual seperti belajar berpandukan carta, rajah, pita video dan semua alat bantu yang melibatkan deria penglihatan. Selain itu, penggunaan Token Cemerlang dalam kajian ini juga telah menjadi satu pendorong yang kuat bagi kejayaan meningkatkan penglibatan murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Hj. Abd. Rahman bin Hj. Marzuki (2006) dalam kajian beliau bertajuk Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan Khas. Beliau membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan program ekonomi token berjaya mengurus perubahan tingkah laku murid. Penggunaan Smart Interacitve Quiz (SIQ) dalam pakej pembelajaran Syu Power Water juga turut menyumbang kepada peningkatan penglibatan responden sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Shau Kui Hiung (2009) berkenaan Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran menunjukkan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkkan motivasi pelajar terhadap pelajaran merupakan peratusan yang paling tinggi 48.3% (n=29). Oleh itu, dengan adanya penggunaan ICT yang berkesan, penglibatan murid dalam proses pembelajaran akan meningkat. Objektif 3 : Membantu memupuk minat murid dalam mempelajari sains dengan menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel.

Kajian yang dijalankan menunjukkan peningkatan minat turut berlaku selepas pengajaran menggunakan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel. Dapatan ini disokong dengan dapatan Abdullah Othman (2002) setelah menjalankan kajian mengenai persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran mata pelajaran sains. Hasil dapatan ujian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara faktor minat dengan fakor strategi pengajaran guru. Ini menunjukkan bahawa minat pelajar terhadap mata pelajaran sains bergantung juga kepada aspek strategi pengajaran guru. Kajian ini jelas sekali menyatakan tentang kepentingan strategi pengajaran guru untuk memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Memandangkan kajian ini dilaksanakan dengan batasan kajian yang hanya menggunakan 5 orang responden, oleh itu cadangan pertama pengkaji adalah menambah bilangan responden murid supaya hasil dapatan kajian lebih jitu dan dapat dimanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian ini diperluaskan lagi untuk topik-topik lain dalam subjek sains selain boleh digunakan dalam subjek lain bagi melihat keberkesanan pakej pembelajaran Syu Power Water Wheel ini. Cadangan ketiga, kajian seterusnya perlu menggunakan pelbagai instrumen lain seperti analisis dokumen bagi melihat keberkesanan pendekatan yang diaplikasikanSelain itu, pengkaji mencadangkan agar mengaplikasikan Token Cemerlang dalam bentuk kumpulan murid. Ini bertujuan bagi melihat keberkesanan penggunaan token ini ke atas murid dalam kumpulan.

SENARAI RUJUKAN Abdullah Othman (2002). Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-faktor mempengaruhi pembelajaran mata pelajaran sains. Universiti Malaysia; M.Sc. (Edu.Mgmt.) yang Utara

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002). Laporan Kajian Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Conllison, E. (2000), A Survey of Elementaru Students Learning Style and Academic Success. Contemporary Education (71): 42-47 Preferences

Khaziyati Osman dan Sabariah Sharif (2009). Tinjauan Keperluan Perkembangan Profesionalisme Guru dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan; Kementerian Pelajaran Malaysia. Shahril Anuar Abdul Ghalim (2006). Media Elektronik; Keperluan Mendidik dan Menghibur. Dewan Agama. Hlm. 56-57.

You might also like