You are on page 1of 2

KETERANGAN: Antonim ialah perkataan yang bermaksud berlawanan dengan perkataan yang diberikan.

Contoh antonim ialah dekat lawannya jauh sakit lawannya sembuh malam lawannya siang

LATIHAN : ANTONIM Pilih antonim yang betul bagi perkataan yang bergaris. 1. Kapal yang karam itu mulai tenggelam ke dasar lautan. A mendap C timbul B tohor D luntur 2. Masa depan pelajar itu menjadi cerah apabila lulus dalam SPM. A samar C pudar B gelap D kelabu 3. Lukisan kanak kanak itu dipuji kerana amat cantik. A diumpati C diherdik B dibanggakan D dicaci 4. Para petani menggali keledek setelah berumur 4 bulan. A menanam C mengorek B mengcungkil D mengambus 5. Dia mendongak ke atas untuk melihat bulan mengambang. A menunduk C menggeleng B memaling D mengangguk 6. Azmi mengajak Cikgu Zubaidah ke rumahnya pada hari raya. A menyindir C menghalau B memanggil D menjemput 7. Orang itu mendapat keuntungan yang banyak kerana kerana berniaga di pasar malam. A muflis C hasil B pendapatan D rugi 8. Jentera terpaksa menggali lubang untuk membina longkang. A menimbus C menimbun B mengorek D menampal 9. Air sungai itu mengalir dengan deras selepas hujan. A laju C perlahan B cepat D pantas 10. Ibu menyuruh kakak supaya merebus ubi kayu sehingga empuk. A kukuh C keras B gagah D kebal

You might also like