You are on page 1of 27

KANDUNGAN PENULISAN AKADEMIK (TUGASAN: A) PENDAHULUAN

FAKTOR-FAKTOR PEMBOLEHUBAH YANG MENDORONG AMALAN BUDAYA SEMAKIN BERBEZA DARI DAHULU 1) Pengaruh Budaya Asing Yang Lebih Popular dan Dominan 2). Pengaruh Budaya Massa 3) Kehidupan Manusia Semakin Moden 4) Pembangunan Teknologi Dan Ilmu Pengetahuan 5) Budaya Mula Diperdagangkan 6) Budaya Tradisional Dianggap Ketinggalan Zaman 7). Tidak Menghormati Budaya Bangsa Lain 8). Kurang Kesedaran Masyarakat 9). Kurang Penerapan Nilai Amalan Budaya di Sekolah 10). Pengaruh Agama Islam 11). Amalan Diskriminasi 12). Prasangka Terhadap Budaya Kaum Lain 13). Tiada Intergrasi dan Pluralisme kebudayaan BUDAYA PERLU DIKEKALKAN DAN RASIONALNYA 1). Masyarakat Akan Menghargai Warisan Budaya 2). Budaya Melambangkan Identiti Sesebuah Negara. 3). Budaya Tradisional Dapat Memupuk Perpaduan Negara 10 10 11 5 5 6 6 6 7 8 8 8 8 9 9 9

4). Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Generasi Muda 5). Budaya Sebagai Sumber ekonomi 6). Budaya Perlu Dikekalkan Demi Kesinambungan Tamadun

11 11 12

7). Memastikan Kestabilan Sosial Dan Politik Di Malaysia Terus Terpelihara12 8). Budaya Memperkukuhkan Ekonomi Mayarakat 9). Budaya Mewujudkan Peluang Pekerjaan 10). Mengatur Kehidupan Masyarakat PENUTUP 12 13 13 14

PENULISAN AKADEMIK (TUGASAN: B) PENDAHULUAN 15

PERANCANGAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA DAN MAMPU MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN 1. DARI ASPEK FIZIKAL a) Menyusun Atur Tempat Duduk Murid-Murid b) Mengadakan Aktiviti Luar Bilik Darjah c) Menyediakan Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan 2. DARI ASPEK INSAN GURU a) Keperibadian Guru b) Menyemai Nilai-Nilai Murni c). Merangsang Minda Murid 3. DARI ASPEK PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a). Memberi Layanan Yang Sama Rata 20 19 19 16 18 18

b). Beri Perhatian Terhadap Murid c). Memilih Bahan Yang Sesuai d). Pemilihan Kaedah Dan Teknik Pengajaran Yang Menarik e). Pedagogi Relevan Budaya 4. DARI ASPEK KENEGARAAN a). Penggunaan Bahasa Kebangsaan b). Memahami Perbezaan dan Kepelbagaian Etnik, Adat Resam dan Budaya 5. DARI ASPEK PEMUPUKAN NILAI DAN BUDAYA MALAYSIA PENUTUP RUJUKAN

20 21 21 22

22

23 23 25 26

PENULISAN AKADEMIK (TUGASAN: A) PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia sehingga tahun 2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).1 Dari segi anutan agama masyarakat di Malaysia pula, Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti dengan kadar 61.3%, diikuti dengan agama Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Justeru, kita patut bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Konsep masyarakat majmuk merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknya merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagal wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia: Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada 15 Mac 2013 daripada http://www.statistics.gov.my

FAKTOR-FAKTOR

PEMBOLEHUBAH

YANG

MENDORONG

AMALAN

BUDAYA

SEMAKIN BERBEZA DARI DAHULU 1) Pengaruh Budaya Asing Yang Lebih Popular dan Dominan Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan dan pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global. Kesannya itu amat dirasai di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Fenomenon budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Peranan fenomenen itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat dinafikan. Oleh itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting, tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi perancangan pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. 2). Pengaruh Budaya Massa Budaya massa itu selalu dirujuk sebagai unsur-unsur budaya yang disalurkan melalui media massa, seperti media cetak dan media elektronik. Tetapi budaya massa itu, yang tersebar meluas melalui media popular turut diminati ramai dan menjadi sebahagian daripada budaya popular. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi, peranan media massa itu amat penting dalam membina fenomenon budaya popular. Malahan, teknologi media massa itu mendorongkan kepesatan perkembangan budaya popular. Kebanjiran maklumat melalui media massa dianggap sebagai fenomenon budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan dinamiknya budaya itu, dan seterusnya mempengaruhi kedudukan peradaban sesuatu masyarakat itu. Terdapat anggapan sesetengah pihak yang memandang rendah dan mengaitkan penyebaran bahan-bahan budaya popular itu dengan peningkatan masalah sosial terutama di kalangan remaja. Selain 5

itu, terdapat pula anggapan yang mengaitkan budaya popular dengan rendahnya penghayatan nilai-nilai seni dalam masyarakat. 3) Kehidupan Manusia Semakin Moden Kehidupan masyarakat moden, yang mempengaruhi semua golongan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. Corak kehidupan sebegini tersebar luas, merintasi kelas atau kelompok. Ia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa oleh pemerintah kolonial. Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculan fenomenon budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu juga sebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomenon budaya popular. Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkan kemunculan budaya popular Melayu. Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hidup penduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarik ramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsurunsur budaya bagi mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbeza daripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsur budaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu. 4) Pembangunan Teknologi Dan Ilmu Pengetahuan Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatan perkembangan terhakisnya amalan budaya di kalangan masyarakat ini. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan dengan itu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan, dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahan-bahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan. 5) Budaya Mula Diperdagangkan Unsur-unsur budaya mulai ditawarkan secara komersial, misalnya sebagai bahan hiburan, mainan, pengisian masa lapang atau keperluan mengisi gaya hidup moden. Oleh itu unsur6

unsur budaya menjadi komoditi budaya atau bahan budaya yang dikomersialkan untuk mengisi keperluan orang ramai Perkembangan ini berasaskan kegiatan komersial itu, maka pihak pengusaha menguruskan dagangan itu sebagai suatu industri sebagaimana pengurusan industri yang lain juga. Dalam perjalanan pengurusan industri budaya itu, bahan-bahan yang ditawarkan adalah selaras dengan cita rasa budaya orang ramai.Sebagai gaya hidup bandar, yang melalui proses modenisasi dan urbanisasi maka bahan-bahan budaya itu perlu selalu dilakukan perubahan untuk menyesuaikan dengan perubahan selera orang ramai. Oleh itu bahan budaya popular sebagai komoditi budaya sentiasa berubah dan diperbarui selaras dengan perubahan nilai-nilai sosial. 6) Budaya Tradisional Dianggap Ketinggalan Zaman Perkembangan budaya moden telah dapat melahirkan golongan profesional dan peluang pekerjaan kepada ramai orang, terutama dalam industri budaya. Mereka yang berkebolehan dan berbakat dapat bergantung hidup dalam bidang berkaitan. Seterusnya mereka boleh meningkatkan mutu kerana perlibatan sepenuh masa mereka dalam bidang mereka Itu. Misalnya, pakaian sebagai keperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan lagi tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsur fesyen dan jenama selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebih menekankan kepada keperluan sosial. Dalam memahami keperluan atau kepentingan yang lebih mengutamakan kepada keindahan dan kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan sosial sebagaimana yang diberikan nilai oleh anggota-anggota masyarakat. Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. 2 Dalam keadaan ini, budaya baru yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu. Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu sebagai anggota masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat.

Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1987). Dalam Jurnal Budaya Jld 2: Kajian Budaya dan Masyarakat Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7). Tidak Menghormati Budaya Bangsa Lain Setiap individu harus menghormati budaya individu lain kerana ia merupakan cara hidup yang telah sekian lama diamalkan dan ada sesetengah budaya yang berkaitan dengan kepercayaan dan adat resam menyentuh sentimen peribadi sesuatu kaum. Sifat budaya adalah universal tetapi dalam masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. Tidak menghormati budaya bangsa alin akan mengakibatkan ketidakcaknaan terhadap budaya bangsa selain bangsa sendiri. 8). Kurang Kesedaran Masyarakat Kebanyakkan individu Masyarakat menganggap budaya, kepercayaan dan adat resam yang diamalkan ini sebagai suatu kebiasaan yang pada pandangan mereka tidak akan menjejaskan kehidupan seandainya tidak diikuti dan diamalkan. Masyarakat perlu diberi penjelasan dari masa ke semas bahawa budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. 9). Kurang Penerapan Nilai Amalan Budaya di Sekolah Tugas guru yang seterusnya ialah menyemai nilai-nilai murni kepada masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh menerapkan nilainilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dansemangat kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan berguna, menghormati orangorang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 10). Pengaruh Agama Islam Pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.

Sebagai contoh pengaruh Islam di dalam adat Melayu ialah adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masamasanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.3 11). Amalan Diskriminasi Diskriminasi merupakan sikap pilih kasih sesuatu budayaok terhadap satu budaya yang lain yang dirasakan tidak setaraf dengannya. Diskriminasi merupakan perbuatan yang dizahirkan melalui perasaaan yang telah dicipta iaitu memandang rendah terhadap standard kebudayaan kelompok lain. Sebagai contoh, bangsa Cina hanya layak tinggal dengan kaum mereka sahaja dan bukan dengan kaum lain. 12). Prasangka Terhadap Budaya Kaum Lain Prasangka merupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan perasaan dalaman individu terhadap individu lain atau antara kelompok dengan kelompok lain yang tidak berdasarkan sebarang bukti atau maklumat yang lengkap dan betul. Prasangka lazimnya timbul apabila wujudnya khabar angin yang bersifat negatif dalam sesebuah masyarakat terhadap kelompok lain. Prasangka akan menyumbang kepada kesan yang negatif yang mengancam hubungan dan keharmonian sesebuah kelompok masyarakat. Kewujudan prasangka adalah disebabkan kurangnya interaksi serta keengganan menerima dan memahami budaya orang lain. 13). Tiada Intergrasi dan Pluralisme kebudayaan Intergrasi merupakan satu proses yang lebih tinggi daripada perpaduan, ia satu proses bagi mewujudkan satu identiti national di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, dan lokasi dalam sesebuah negara. Manakala pluralisme kebudayaan adalah satu bentuk perpaduan yang mudah diterima kerana ia tidak menjejaskan kepentingan mama-mana kelompok etnik. Tiada kelompok perlu meninggalkan ciri-ciri kelompok mereka.

Fauzi bin Yusoh (2004). Hubungan Kemasyarakatan Di antara Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam Menurut Pandangan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

BUDAYA PERLU DIKEKALKAN DAN RASIONALNYA Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Antara lain faktor utama kenapa perlunya mengekalkan budaya dalam masyarakat ialah: 1). Masyarakat Akan Menghargai Warisan Budaya Kesedaran terhadap budaya dan kebudayaan sesebuah kaum, membolehkan anggotaanggota masyarakat mengenali sejarah dan membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara. Sebagai contoh, kesedaran tentang pentingnya budaya kebangsaan itu adalah sebahagian daripada kekuatan semangat kebangsaan Melayu yang dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Pemerintah kolonial tidak memberikan perhatian tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial didapati semakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi. Perjuangan orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan adalah tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan persoalan bahasa dan budaya. 4 2). Budaya Melambangkan Identiti Sesebuah Negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Asma Abdullah, 2006, Ke Arah Glokal, Dimensi budaya Dalam Pengurusan Malaysia. Kuala

Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Berhad,

10

3). Budaya Tradisional Dapat Memupuk Perpaduan Negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjungmengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan Selamat Hari Raya, Gong Xi Fa Cai dan Selamat Deepavali keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan. 4). Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Generasi Muda Generasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi budaya itu, yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami unsur-unsur budaya tradisi. Apabila mereka tidak mengenalinya maka mereka tidak mencintainya. Sedangkan tradisi sangat penting untuk memberikan peluang generasi muda mengenali sejarah, tradisi dan budaya sendiri. Dengan itu akan dapat memupuk nilai-nilai sosial cintakan bangsa dan tanahair. Seterusnya dapat membina ikatan emosi yang mendalam untuk mempertahankan warisan tradisi, dan jatidiri bangsa dan negara.5 Generasi muda patut dipupuk dengan nilai-nilai positif, iaitu memandang tinggi dan berbangga dengan warisan tradisi. Kedudukan warisan tradisi tidak boleh disamakan dengan bahan-bahan budaya mutakhir. Bahan-bahan budaya moden sebagaimana bahanbahan pengguna yang lain untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Apabila nilai-nilai sosial yang berbeza diberikan kepada kedua-dua fenomenon itu, maka budaya baru itu tidak dapat dianggap sebagai persaingan kepada warisan tradisi atau budaya rakyat itu. 5). Budaya Sebagai Sumber ekonomi Perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian tradisional atau budaya rakyat memberikan pendapatan sewajarnya. Ganjaran ekonomi dipercayai boleh menarik dan mendorong generasi muda untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan budaya. Pelancongan diharapkan dapat memberikan suntikan ekonomi kepada kegiatan budaya itu.

Abdul Rahman Ahmad Hanafian (2004), Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim Ke Alam Barzakh . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

11

Budaya pelancongan kini merupakan sebahagian fenomena baru dari aspek budaya dan kebudayaan. Penawaran bahan-bahan budaya kepada para pelancong itu dipercayai dapat menghidupkan kegiatan atau industri budaya yang berkaitan dengan budaya tradisi atau budaya rakyat terutama dalam bidang kesenian. Usaha meningkatkan industri pelancongan itu, berasaskan pengalaman negara-negara lain didapati mampu

meningkatkan kegiatan yang berkaitan dengan tradisi budaya atau warisan budaya rakyat tempatan. 6). Budaya Perlu Dikekalkan Demi Kesinambungan Tamadun. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri. 7). Memastikan Kestabilan Sosial Dan Politik Di Malaysia Terus Terpelihara Harus kita fahami apabila kita bercakap berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang Melayu. Kerana orang Melayu ialah majoriti di dalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain yang lebih kecil populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi di Malaysia. 8). Budaya Memperkukuhkan Ekonomi Mayarakat Perkembangan ekonomi global atau proses globalisasi dalam ekonomi membawa kesan yang ketara dalam perubahan dan pembangunan budaya. Dalam perkembangan ekonomi global itu sebenarnya memperkukukan kedudukan ekonomi negara maju. Penyebaran pasaran yang tidak mempunyai batasan memberikan kekuatan kedudukan dan kuasa ekonomi negara-negara maju, khususnya barat. Sebelum runtuhnya sekatan atau blok ekonomi yang berasaskan kepentingan politik, negara-negara maju itu telah pun menguasai ekonomi di peringkat internasional. Kekuasaan ekonomi itu boleh dikesan sebagai persambungan pembangunan ekonomi kolonial dahulu lagi. 12

Perkembangan ekonomi global itu turut memperluaskan penyebaran pasaran bahanbahan budaya, terutama atas kepentingan komersial. Elemen budaya yang digemari yang dibawa dari negara-negara maju itu, terutama barat sentiasa dianggap mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi, iaitu dianggap moden dan maju. Malahan bahan-bahan bernilai komersial yang dibawa dari barat sentiasa menarik perhatian golongan muda mudi di negara ini. Anggapan seperti itu bukanlah suatu nilai-nilai sosial yang baru, nilai-nilai demikian telah dipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial dahulu lagi. Kemodenan dan kemajuan itu selalu dirujuk kepada pencapaian peradaban barat. 9). Budaya Mewujudkan Peluang Pekerjaan Perkembangan industri budaya memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Di samping itu industri itu juga dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka yang berkebolehan dan berminat. Malahan, industri budaya ini turut memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, misalnya dalam membawa perubahan nilai-nilai sosial dan world-view. Pesatnya pembangunan yang dilalui penduduk luar bandar, turut memberikan peluang meningkatnya penyebaran budaya popular sehingga ke kawasan-kawasan pendalaman, dan melaluinya dapat menyalurkan proses urbanisasi dan modenisasi dengan lebih berkesan. Misalnya, dengan pendedahan yang disalurkan melalui TV dapat membuka minda dan mencabar pemikiran anggota-anggota masyarakat untuk memperbaiki kehidupan mereka. Nilai-nilai yang dipupuk itu dapat mendorongkan mereka untuk mengubah sikap, misalnya dengan bekerja lebih kuat, yang dapat meningkatkan produktiviti. 10). Mengatur Kehidupan Masyarakat Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan matlamat. idea, adat resam, dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan

13

PENUTUP Perkembangan semasa norma pemikiran manusia di zaman ini kerap menimbulkan pertikaian yang mengganggu logika pemikiran yang biasa. Idea-idea baru yang lahir daripada pemikir moden cuba menghasilkan revolusi yang mendatangkan faedah untuk umat manusia. Hakikat yang perlu kita yakini ialah kelahiran skop pemikiran baru ini sebenarnya berasaskan motif yang positif yakni ingin memudahkan kehidupan manusia yang semakin dirumitkan oleh keadaan. Namun kesan yang berlaku adalah begitu kontra sehingga mampu menyebabkan berubahnya suasana semula jadi pemikiran manusia. Peradaban bangsa kita seakan-akan sedang berhadapan dengan situasi kepupusan yang amat menyedihkan. Budaya timur yang menjadi kebanggaan kita sudah diremukkan oleh peradaban lain yang sememangnya kelihatan ampuh tetapi hanya membawa kepada permasalahan yang lebih besar. Adalah tidak menghairankan jika konflikasi nilai ini berlaku di Negara-negara maju yang sedang berhadapan dengan krisis ketamadunan yang parah. Namun amat menyedihkan jika Negara kita yang memiliki intipati budaya yang agung turut sama dibelengu dengan krisis ini. Tambahan pula rakyat negara ini sentiasa diharmonikan dengan didikan agama yang amat menekankan konsep akhlak, budaya dan kepercayaan. Maka apakah rasionalnya kita menerima budaya asing ini untuk dijadikan tambahan kepada budaya kita. Budaya kesopanan yang sedia ada sudah cukup untuk kita jadikan adat pegangan disamping melakukan perubahan yang sejajar dengan rasional ilmu. Perlu diingatkan bahawa budaya turun temurun inilah yang menjadi pegangan generasi yang lalu dalam merintis kemajuan dan kebahagiaan yang kita rasakan pada hari ini. Kita perlu menyedari bahawa norma ketuanan dan kedaulatan Negara kita sedang dirobek oleh teori asing yang masih gigih untuk menjajah kembali tanah pusaka kita ini. Adalah tidak molek untuk kita membiarkan hilangnya adab kesopanan dan tatasusila yang menjadi tugu kebangsaan kita pada suatu masa dahulu. Jadikanlah perjuangan menegakkan budaya ini sebagai hadiah kemerdekaan kepada keringat nenek moyang kita yang telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mungkin sukar untuk mengubah persepsi dan amalan yang telah dibiasakan. Namun biarpun pahit dan pedih, kita perlu tegar untuk melakukan perubahan demi generasi yang akan datang. Kita telah mewarisi kesejahteraan hasil daripada budaya kesopanan generasi yang lalu. Namun apakah nasib generasi yang akan datang jika kita membiarkan revolusi songsang terus meracuni budaya kita pada hari ini. 14

PENULISAN AKADEMIK (TUGASAN: B) PENDAHULUAN Di dalam bidang pendidikan demi menjamin kepelbagaian budaya tidak menjadi halangan di dalam system pendidikan negara, pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman murid pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Sekolah perlu perihatin dengan keperluan masyarakat pelbagai budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu, pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikandan sebahagian daripada falsafah pendidikan, meliputi daya usaha pendidikan. Guru perlu menekan perkara di atas sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud dalam kalangan mereka pada masa akan datang. Secara langsung atau tidak langsung guru perlu kreatif di dalam mewujudkan persekitaran mesra budaya. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan budaya Persekitaran bilik darjah adalah satu perkara yang penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalangi pembelajaran. Persekitaran dan suasana bilik darjah yang teratur merupakan kesan yang baik kepada pembelajaran. Persekitaran dan suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Persekitaran ini boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid juga di antara murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama. Persekitaran dan susunan bilik darjah mutakhir adalah lebih menekankan pada pendekatan pengajaran berpusat kepada murid. Oleh itu, penyertaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah digalakkan. Penggunaan alat bantuan mengajar di kalangan guru sudah mula digunakan dan dipertingkatkan. Program pendidikan pemulihan dan penggayaan telah diperkenalkan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-murid. Susunan fizikal bilik darjah mutakhir berbeza dengan bilik darjah tradisional. Kerusi dan meja telah disusun mengikut kumpulan. Cara penyusunan ini menggalakkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid.Suasana emosi dan sosial murid juga

bertambah baik.Penyusunan meja dan kerusi secara kumpulan membenarkan kaedah 15

pengajaran secara kumpulan dan individu digunakan. Aktiviti pemulihan dan penggayaan lebih mudah dilaksanakan.

PERANCANGAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA DAN MAMPU MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tugas guru bukan sahaja memberi input semata-mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmanidan emosi. Sekiranya nilai-nilai telah tertanam dalam kalangan murid, maka gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. Selain itu, dengan penerapan nilai ini, budaya hormat-menghormati, sayang menyayangi, bertolak ansur dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan. Bagi memberi kepuasan kepada murid supaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung serta dapat mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk. 6 Sebahagian besar masa persekolahan murid-murid dihabiskan dalam bilik darjah. Oleh itu, bilik darjah mestilah merupakan tempat yang menarik serta selesa. Keadaan

seperti ini akan memudaahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Bilik darjah yang berlainan membawa kesan serta impilikasi yang berlainan ke atas pengajaran dan pembelajaran. Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru ialah: 1. DARI ASPEK FIZIKAL

a) Menyusun Atur Tempat Duduk Murid-Murid 1. Menyusun atur tempat duduk murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.

Salhah Abdullah, 2009. Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala

Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

16

2. Kelebihannya apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahliahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.7

Ruang pembelajaran

Papan hitam

Ruang pembelajaran

Meja guru

Ruang pembelajaran

Ruang bacaan

Rajah 1.1: Susunan bilik darjah mesra budaya

Rosini Abu dan Ramlan Hamzah (1998). Pedagogi 1: Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah.

Petaling Jaya: Longman

17

b) Mengadakan Aktiviti Luar Bilik Darjah 1. Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. 2. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama.

c) Menyediakan Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan 1. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. 2. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. 3. Dalam persekitaran bilik darjah ruang pembelajaran dan ruang bacaan telah diwujudkan. Aktiviti-aktiviti seperti bercerita, perbincangan, membaca dan lakonan boleh dijalankan di ruang bacaan manakala ruang pembelajaran digunakan untuk mempamerkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan sesuatu pembelajaran. Penyusunan kerusi dan meja secara kumpulan membawa beberapa implikasi berikut: 1. Pengajaran dilaksanakan. 2. Murid menjadi peserta yang aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Pembelajaran menjadi satu proses yang lebih bermakna dan seronok bagi murid-murid. 4. Program pemulihan dan penggayaan lebih mudah dijalankan. Murid-murid lemah dapat dibantu sebelum keadaan bertambah merosot. dan pendekatan berpusat kepada murid-murid dapat

18

5. Dari segi sosioemosi, murid-murid akan mengalami perkembangan yang sihat. Dalam satu-satu kumpulaan murid dapat bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain. 6. Perhubungun di antara guru dengan murid dan murid dengan murid akan bertambah baik. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 2. DARI ASPEK INSAN GURU a) Keperibadian Guru 1. Guru perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati. Guru sepatutnya menjadi suri teladan kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. 2. Apabila guru mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dan menunjukkan contoh teladan yang baik, maka para pelajar akan memandang tinggi kepada guru dan akan berusaha untuk mencontohi guru. b) Menyemai Nilai-Nilai Murni 1. Guru perlu menyemai nilai-nilai murni kepadamasyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. 2. Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dansemangat kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

c). Merangsang Minda Murid 1. Guru perlu sentiasa mencuba aktiviti yang baru agar dapat merangsang minda dan idea murid-murid bagi menggalakkan komunikasi sesama mereka dan guru (serapkan nilai kebudayaan).8

Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud 2007. Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah

Di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

19

2. Guru juga seharusnya sentiasa memberi peneguhan positif dan galakan untuk membina suasana positif, melibatkan murid secara aktif, hubungan yang baik dan komunikasi dua hala walaupun pelajar berbeza dari segi hubungan etnik.

3. DARI ASPEK PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a). Memberi Layanan Yang Sama Rata 1. Guru perlulah kepada semua murid. Seperti yang kita sedia maklum, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain. 2. Perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.9 3. Guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Guru perlu memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid, kemudian baru guru dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran.10 4. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan individu murid, guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada pelajaran dan rasa selamat di sekolah. b). Beri Perhatian Terhadap Murid 1. Perhatian perlu diberi terutama yang berbeza budaya dan persekitaran bilik darjah dengan cara: 2. Berikan respon yang sesuai kepada mereka agar mereka rasa dihargai. 3. Prihatin terhadap keperluan, pandangan dan perasaan murid yang berbeza budaya. Minta pandangan dan bantuan mereka dalam memilih aktiviti tanpa ada rasa diskriminasi kaum.

Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2006). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
10

Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti

20

4. Berfikir baik dan buruk tentang sesuatu sebelum bertindak agar tidak tersilap langkah. c). Memilih Bahan Yang Sesuai 1. Di samping itu, guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakansemasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuaidapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. 2. Guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur-unsur negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Jadi, guru perlu sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik.11 3. Sebagai contoh, guru perlulah menghormati adat resam dan kepercayaan muridmurid. Jadi, guru tidak boleh menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid.Seterusnya, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsursensitif dari aspek gender, etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawakepada salah faham antara guru dan murid. d). Pemilihan Kaedah Dan Teknik Pengajaran Yang Menarik 1. Guru perlu bijak membuat pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah seperti: Drama Main peranan/simulasi Belajar ambil bermain Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas. 2. Pada zaman kini, kaedah mengajar adalah berbeza dari dahulu. Pengajaran kini adalah memusatkan murid. Guru sentiasa melibatkan murid dalam pengajaran iaitu secara bertanya, menjawab soalan, menggalakkan murid mengemukakan pendapat dan mengambil bahagian yang aktif dalam pertandingan.

11

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2011). Siri Pendidikan Guru: Budaya dan

Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

21

Guru M:Murid

Rajah 1.3: Kaedah mengajar memusatkan murid 3. Alat bantuan belajar juga digunakan. Dengan kata lain pengajaran moden tidak disampaikan melalui kaedah bercakap dan menulis sahaja. Contoh strategi memusatkan murid ialah kaedah dapatan penyelesaian masalah, perbincangan, permainan dan lain-lain.

e). Pedagogi Relevan Budaya Antara ciri-cirinya ialah: i. ii. iii. Menghubungkan pengalaman di sekolah dengan di rumah Memanfaatkan pengetahuan sedia ada murid Kesediaan mempelajari dan menyokong budaya-budaya di sekolah dan di rumah dengan menjadikan guru sebagai penilai dan membina kemahiran sedia ada murid yang dibawa dari rumah iv. Huraian pengajaran tidak memfokuskan kepada pencapaian akademik tetapi kepada hasrat mempertahankan identiti dan warisan budaya.

4. DARI ASPEK KENEGARAAN a). Penggunaan Bahasa Kebangsaan Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman antara pelbagai kaum dapat mempercepatkan lagiperpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Guru perlu memartabatkan Bahasa Melayu kerana: i. ii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan Bahasa perhubungan utama 22

iii.

Bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia

b). Memahami Perbezaan dan Kepelbagaian Etnik, Adat Resam dan Budaya Guru perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan murid daripada pelbagai kaum bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dan memahami budaya antara satu sama lain. Melalui pemahaman tentang budaya etnik lain adalah diharapkan satu situasi asimilasi dan toleransi boleh diwujudkan supaya ruang untuk perpaduan lebih terbuka luas.12 Antara program yang boleh dijalankan ialah: i. ii. acara melukis, mewarna dan mengibarkan Jalur Gemilang mengadakan kemerdekaan. iii. mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum iv. v. memperkenalkan tempat-tempat bersejarah Negara mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsipprinsip Rukun Negara. vi. menganjurkan pertandingan reka cipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum. 5. DARI ASPEK PEMUPUKAN NILAI DAN BUDAYA MALAYSIA 1. Murid perlu sentiasa diingatkan bahawa semua agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa persengketaan dan tidak boleh mempersendakan agama lain. 2. Murid diasuh dan dibimbing untuk menghormati dan mematuhi undang-undang negara, bermula dengan hubungan sosial dalam bilik darjah dengan menjaga peraturan dan undang-undang kelas. 3. Murid perlu diperjelaskan dengan budaya hidup penuh kesopanan dan kesusilaan dengan menggunakan bahasa yang sopan santun, perlakuan tertib dan beradab serta menjalinkan hubungan yang mesra. pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan

12

Ahmad Kilani bin Mohamed (2003). Jurnal Pendidikan: Pengurusan Pendidikan Di Sekolah: Huraian Menurut Perspektif Islam. Skudai Johor: Penerbit UTM.

23

4. Guru perlu menyemai nilai-nilai murni kepada masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. 5. Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan semangat kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.13

13

Mahmood Nazar Mohamed Dan Sabitha Marican (1996). Hubungan Manusia Dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

24

PENUTUP

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalamanpengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajarpelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Namun, penerapan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional hendaklah dilakukan di peringkat awal lagi, iaitu ketika di usia kanak-kanak dan remaja. Ini lebih mudah dilakukan kerana pada peringkat ini mereka mudah dididik dan diasuh untuk hidup dalam harmoni di antara satu sama lain. Pada peringkat ini juga, mereka masih lagi tidak didedahkan kepada perjalanan hidup yang kompleks yang memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi yang harmoni dan bertoleransi. Kesimpulannya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

25

RUJUKAN 1) Dari buku A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia (Edisi Baharu). K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Ahmad Hanafian (2004), Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim Ke Alam Barzakh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Asma Abdullah, 2006, Ke Arah Glokal, Dimensi budaya Dalam Pengurusan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara Berhad, Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Fauzi bin Yusoh (2004). Hubungan Kemasyarakatan Di antara Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam Menurut Pandangan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim 2006. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd

Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1987). Dalam Jurnal Budaya Jld 2: Kajian Budaya dan Masyarakat Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka..

Mahmood Nazar Mohamed dan Sabitha Marican (1996). Hubungan Manusia Dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Rosini Abu dan Ramlan Hamzah (1998). Pedagogi 1: Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah. Petaling Jaya: Longman

Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional

Aplikasi

dalam

Pengajaran

dan

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional

2) Dari Jurnal

26

Ahmad Kilani bin Mohamed (2003). Jurnal Pendidikan: Pengurusan Pendidikan Di Sekolah: Huraian Menurut Perspektif Islam. Skudai Johor: Penerbit UTM. Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1987). Dalam Jurnal Budaya Jld 2: Kajian Budaya dan Masyarakat Di Malaysia. , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

3) Dari Laman Sesawang Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia: Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada 15 Mac 2013 daripada http://www.statistics.gov.my

27

You might also like