You are on page 1of 7

AMALI dan PIK

SCE 3110
BUMI dan ANGKASA LEPAS

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPGM Kampus Raja Melewar

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS


Aktiviti melibatkan kerja amali dan Pedagogi Isi Kandungan Kandungan

Topik PIK 1. 2. 3. 4. 5. Kitar Air, Sistem Suria Gerhana Bulan Gerhana Matahari Fasa-fasa Bulan

Halaman 2

Amali 1 Amali 2 Amali 3 Amali 4

Awan dan Hujan Mengenal batu-batan Pergerakan Matahari Pergerakan Bulan

3 4 5 6

SCE3110 BUMI dan ANGKASA LEPAS Aktiviti Pedagogi Isi Kandungan 1. Cari satu miskonsepsi yang sering dihadapi oleh murid dalam satu topik dalam sukatan pelajaran sains rendah 2. Tuliskan satu laporan menerangkan miskonsepsi, konsepsi yang betul, kemungkinan mengapa miskonsepsi wujud and satu alat bantu mengajar yang akan menolong murid membentuk konsepsi yang betul tanpa memberi tahu murid secara terus. 3. Sediakan alat bantu mengajar itu. 4. Cuba alat bantu mengajar itu dengan lima orang murid. Dapatkan konsepsi mereka sebelum dan selepas pengajaran. 5. Tuliskan laporan hasil penggunaan alat bantu mengajar anda dengan menyatakan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dibuat.

Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk di bawah:


1. 2. 3. 4. 5. Kitar Air Sistem Suria Gerhana Bulan Gerhana Matahari Fasa-fasa Bulan

Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. 4. Penerangan miskonsepsi Penerangan kemungkinan mengapa miskonsepsi berlaku Penerangan konsepsi yang betul Alat bantu mengajar Penilaian penggunaan alat bantu mengajar

5.

Amali 1 Awan dan Hujan Awan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang berbeza; ia termasuklah kumulus, stratus dan sirrus. Perhati dan kenalpasti bentuk-bentuk awan (di atas kepala) untuk tempoh dua minggu secara berterusan pada masa dan tempat yang sama. Dapatkan suhu dan kelembapan pada masa itu. (Boleh diperolehi daripada laman web meteorologi ). Rekodkan pemerhatian anda. Ramalkan keadaan cuaca dalam masa 3 jam selepas pemerhatian pertama dibuat. Nyatakan asas ramalan anda. Rekodkan pemerhatian anda dalam 3 jam selepas pemerhatian pertama dilakukan untuk menentukan sama ada ramalan anda tepat. Bincangkan tentang pemerhatian dan ramalan anda. Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. 4. Pengenalan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi hujan. Maklumat tentang prosedur pemerhatian; tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan. Data pemerhatian (jadual, gambar, lakaran) jenis awan, suhu dan kelembapan. Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Amali 2 Mengenal Batu (Rock Indentification) Batu batan secara umum biasanya dikelaskan menurut proses yang membentuknya, dan dengan itu dipecahkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: batuan igneus, batuan enapan, batuan metamorfosis. Pengkelasan sesuatu batu boleh dibuat berdasarkan 1. kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. 2. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; 3. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. 4. tindakbalas batu dengan asid

Anda dikehendaki mengenalpasti batu-batan yang terdapat di sekeliling tempat kamu. Kumpulkan batu-batan yang berbeza dan lakukan proses pengecaman berdasarkan kriteria di atas. Anda boleh mendapatkan sampel batu-batan di tepi jalan, bukit yang ditarah atau di sungai. Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan dapat lihat perbezaan antara batubatan ini dari segi warna, tekstur dan struktur batu. Anda boleh gunakan berus lembut untuk membersihkan batu-batan yang dikumpul untuk memudahkan proses pengecaman. Gunakan kanta pembesar untuk membuat pemerhatian tekstur, struktur dan warna. Nyatakan jenis sampel batu yang anda kumpul berdasarkan data pemerhatian dan maklumat yang anda perolehi daripada pembacaan. Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. Pengetahuan tentang cara mengenalpasti sesuatu sampel batu. Data pemerhatian tekstur, struktur, warna dan ujian asid Pengenal pastian sampel batu

Amali 3 Pergerakan Matahari Benarkah kedudukan Matahari di langit berubah setiap hari? Ke arah manakah ia berubah? Berapa darjahkah perubahan itu? Apa hubungan arah perubahan tersebut dengan tarikh pemerhatian itu dilakukan? Apakah kaitannya dengan musim? Untuk menjawab soalansoalan di atas, anda dikehendaki memerhatikan kedudukan Matahari di langit pada waktu dan tempat yang sama selama 14 hari berterusan. Perhatikan kedudukan matahari pada waktu pagi atau sebelah petang. Elakkan melihat terus ke arah Matahari. Gunakan cermin mata gelap atau filem x-ray. Prosedur 1. Cari tempat yang sesuai untuk memerhati matahari (gunakan tempat dan masa yang sama sepanjang tempoh 14 hari pemerhatian itu).// Gunakan data dari perisian ECU. 2. Catatkan pemerhatian azimuth, altitud dan masa dalam bentuk jadual. Dapatkan sekurang-kurangnya 6 bacaan untuk setiap hari, selang 5 minit. 3. Analisis dan tafsirkan pemerhatian anda. Gunakan graf untuk membantu kefahaman anda. 4. Tuliskan satu laporan untuk amali ini dengan mengaitkan data pemerhatian dan analisis data dengan teori. Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. 4. Kefahaman tentang pergerakan Matahari relatif kepada Bumi yang menghasilkan siang dan malam dan musim Maklumat tentang prosedur pemerhatian; tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan Data pemerhatian (jadual, gambar/lakaran) pemerhatian azimuth dan altitud Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Amali 4 Pergerakan Bulan Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi dan Matahari serta berputar pada paksinya. Bulan biasanya dilihat pada waktu malam, tetapi kadangkala kita dapat melihat Bulan di waktu siang. Mengapa? Bagaimanakah kedudukan Bulan berubah salam satu hari? Bagaimana masa Bulan terbit dan Bulan terbenam dikaitkan dengan fasa-fasa Bulan? Untuk menjawab semua persoalan di atas, anda dikehendaki melakukan pemerhatian terhadap Bulan untuk tempoh 14 hari di tempat yang sama pada masa yang sama. Prosedur Cari tempat yang sesuai untuk memerhati Bulan (gunakan tempat dan masa yang sama sepanjang tempoh 14 hari pemerhatian itu). // Gunakan perisian ECU. Catatkan(azimuth, altitud, bentuk bulan, permukaan bulan, orientasi bulan dan saiz bulan) dalam bentuk jadual. Dapatkan sekurang-kurangnya 6 bacaan untuk setiap hari, selang 20 atau 30 minit) Analisis dan tafsirkan pemerhatian anda. Gunakan graf untuk membantu kefahaman anda. Tuliskan satu laporan untuk amali ini dengan mengaitkan data pemerhatian dan analisis data dengan teori. Keperluan Pentaksiran 1. 2. 3. 4. Kefahaman pergerakan Bulan relatif kepada bumi dengan fasa bulan dan masa terbit dan tenggelam bulan. Maklumat tentang prosedur pemerhatian; tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan Data pemerhatian (gambar/lakaran) bacaan azimuth, altitud, bentuk, orientasi, dan saiz bulan Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

You might also like