You are on page 1of 4

REFLEKSI KHIDMAT KEMASYARAKATAN / REFLEKSI BENGKEL PEMBINAAN INSAN GURU YANG SEIMBANG (YUVARANI A/P SUBRAMANIAM) Bahagian A Pada

8 Julai 2013, saya telah Berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru (BIG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan bagi melaksanakan tugasan yang memerlukan kami untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat. Program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan teliti ini telah dijalankan selama sehari iaitu sesi pagi dan petang, Berjaya berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Saya telah melaksanakan program BIG ini bersama guru pelatih ambilan Januari 2013. Program ini bermula bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1 tengah hari. Program Bina Insan Guru ini telah disertai oleh 210 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) ini, kami telah mendapat pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam profesion perguruan dan juga dalam kehidupan seharian. Kelas kami telah ditugaskan untuk membersihkan stor sukan dan gelanggang bola tampar. Aktiviti khidmat masyarakat ini mempunyai beberapa kekuatan. Pertama kali, aktiviti ini melatih sikap kerjasama antara ahli-ahli kumpulan. Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks yang membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai contoh, dengan berkat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, kami telah berjaya membersihkan stor sukan dengan begitu cepat sekali. Selain itu, program khidmat masyarakat ini juga merupakan suatu aktiviti yang bermakna di samping dapat menyihatkan tubuh badan guru-guru pelatih. Maka, ianya merupakan peluang yang baik untuk semua guru pelatih bersenam dan memberikan sedikit sumbangan kepada pekerja di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Bukan itu sahaja, program ini juga berjaya membawa diri saya lebih mendekati dengan pekerja-pekerja. Dari segi kelemahan pula, saya rasa bilangan guru pelatih yang terlibat adalah agak ramai berbanding kawasan ataupun kerja yang ditetapkan. Untuk makluman, jumlah guru pelatih adalah seramai 210 orang, manakala kawasan yang diagihkan kepada setiap kelas adalah terhad. Hal ini menyebabkan ada sesetengah guru pelatih mencuri tulang. Kelemahan seterusnya adalah peralatan untuk membersihkan kawasan tempat yang diagihkan tidak mencukupi. Oleh itu, beberapa kerja yang dirancang tidak dapat dilaksanakan atas kekurangan peralatan seperti cat, cangkul, penyapu dan sebagainya. Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bahawa bilangan guru pelatih harus seimbang dengan tugas yang diagihkan supaya program ini betul-betul kelihatan seperti program khimat masyarakat. Seterusnya, AJK peralatan perlu memastikan bahawa peralatan mencukupi bagi kelancaran program khidmat masyarakat. Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap guru pelatih yang mengambil bahagian. Saya berharap di masa yang akan datang, saya berharap dapat menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu.

Bahagian B Bengkel pembinaan insan guru yang seimbang telah diadakan pada pukul 2 petang bertempat di Dewan Asrama. Ceramah bermula tepat pada pukul 2.30 petang. Antara tetamu yang hadir adalah Encik Wan Suhaimi sebagai penyelaras program Bina Insan Guru dan Encik Wan Ghazali sebagai penceramah. Bengkel yang diadakan ini bertajuk Pembinaan Insan Guru yang Seimbang. Bengkel ini mendedahkan tentang cara-cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh bakal guru untuk mendidik anak bangsa dititikberatkan dalam bengkel ini. Bengkel ini dijalankan dalam bentuk forum iaitu guru pelatih dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada pelbagai opsyen. Selain itu juga, penceramah telah mengadakan perbincangan dengan setiap ketua kumpulan. Perbincangan adalah berkaitan dengan isu-isu semasa tentang profesion keguruan di samping tugasan setiap kumpulan secara terperinci. Melalui perbincangan tersebut, ketua kumpulan mendapat penjelasan tentang aktiviti yang bakal dijalankan. Kekuatan bengkel pembinaan insan guru yang seimbang adalah guru pelatih dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan. Dalam peruntukan masa bagi membuat persiapan forum, guru-guru pelatih membuat perbincangan dalam kumpulan bagi menjayakan forum. Dalam perbincangan tersebut, hubungan antara guru-guru pelatih dapat dieratkan lagi. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan mereka sebagai panel, moderator dan memberi idea untuk forum. Sementelahan itu, bakat guru-guru pelatih yang terpendam dapat dicungkil melalui forum yang dijalankan. Guru-guru pelatih begitu hebat menghujahkan idea mereka berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Encik Wan Ghazali selaku penceramah memeberikan respon terhadap hujah guru-guru pelatih selepas tamat forum daripada setiap kumpulan. Di samping itu, guru-guru pelatih dapat menyegarkan persepsi mereka terhadap profesion keguruan serta mendapat input untuk menjadi seorang guru yang seimbang.

Antara kelemahan yang dikenal pasti dalam bengkel pembinaan insan guru yang seimbang adalah sesetengah guru pelatih tidak memberikan perhatian sewaktu forum dijalankan malah mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti

menggunakan telefon bimbit, bercakap, tidur dan sebagainya. Oleh sebab kebisingan itu, guru-guru pelatih lain tidak dapat menumpukkan perhatian terhadap forum. Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bengkel pembinaan insan guru yang seimbang yang tidak banyak memerlukan pergerakan fizikal harus dijalankan pada waktu pagi. Hal ini demikian kerana, selepas tamat khidmat masyarakat guru-guru pelatih pasti dalam keadaan penat. Pemilihan waktu untuk menjalankan bengkel harus diutamakan agar guru-guru pelatih mendapat manfaat daripadanya. Akhir kata, bengkel pembinaan insan guru yang seimbang memang memberikan manfaat kepada semua bakal guru pelatih. Melalui bengkel ini sudah pasti guru-guru pelatih mengubah sikap mereka kepada seorang bakal guru progresif serta berbudi pekerti.

You might also like