You are on page 1of 9

PENDAHULUAN

Air merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan setelah udara. Sekitar tiga per empat bahagian dari tubuh kita sendiri adalah air dan tidak seorang pun dapat bertahan untuk hidup lebih dari lima hari tanpa meminum air. Selain itu, air juga digunakan untuk melakukan aktiviti lain seperti memasak, mencuci, mandi dan sebagainya. Air juga digunakan untuk keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran dan lainlain. Penyakit - penyakit yang menyerang manusia dapat juga ditularkan dan disebarkan melalui air. Keadaan tersebut tentunya dapat menimbulkan wabak penyakit. Sekiranya dikaji dari sudut ilmu kesihatan masyarakat, penyediaan sumber air bersih harus dapat memenuhi keperluan masyarakat kerana penyediaan air bersih yang terbatas akan memudahkan timbulnya penyakit dalam kalangan masyarakat. Kira kira 150 hingga 200 liter air diperlukan bagi setiap individu pada setiap hari. Keperluan air tersebut bervariasi dan bergantung pada keadaan iklim, kebiasaan masyarakt dan taraf hidup.

a) Pencemaran air (i) Definisi pencemaran air

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap oleh manusia sebagai tempat pembuangan sampah terutamanya daripada aktiviti perindustrian.

Pencemaran air adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang tidak diingini dan berbahaya yang dimasukkan ke dalam air, menjadikan air tidak sesuai untuk digunakan oleh benda hidup. Air yang mengandungi bahan bahan yang berbahaya dipanggil pencemaran air. Kebanyakan pencemaran air mempunyai kesan buruk terhadap benda hidup.

(ii) (iii)

Jenis bahan cemar air dan sumber masing masing Kesan pencemaran air terhadap benda hidup

Bahan pencemar air

Contoh

Kesan ke atas benda hidup Menyebabkan banjir kilat.

Sampah sarap

Burung dan hidupan laut mati tercekik akibat termakan bahan buangan plastik. Mikroorganisma berbahaya daripada najis menyebabkan penyakit seperti taun dan disentri. Detergen berfostat dan najis menyebabkan ledakan alga (blum alga). Kekurangan oksigen terlarut di dalam air membunuh hidupan akuatik.

Bahan buangan domestik

Bahan kumbahan (air buangan dari tandas, sinki dan longkang)

Asid dan alkali

Mengubah pH air lalu membunuh sesetengah hidupan akuatik.

Bahan buangan perindustrian

Sisa radioaktif

Bersifat karsinogenik, iaitu boleh menyebabkan kanser.

Bahan kimia toksik

Boleh membunuh hidupan akuatik pada dos yang tinggi. Bahan kimia terkumpul dalam rantai makanan.

Baja kimia

Menyebabkan ledakan alga. Kekurangan oksigen terlarut di dalam air membunuh hidupan akuatik. Merupakan toksik pada dos yang cukup tinggi. Racun terkumpul dalam rantai makanan. Menyekat penembusan cahaya matahari. Tumbuhan di dasar sungai mati akibta tidak dapat menjalani fotosintesis. Sungai menjadi cetek dan menyebabkan banjir kilat. Merosakkan habitat di persisiran pantai.

Bahan kimia dalam pertanian Racun perosak

Aktiviti pembinaan dan penebangan hutan

Kelodak

Aktiviti perkapalan

Tumpahan minyak Membunuh hidupan akuatik dan burung laut.

(iv)

Cara cara untuk mengawal pencemaran air

Langkah langkah yang diambil oleh kerajaan

Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan, kerajaan perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan merawat air menggunakan kaedah bioteknologi selaras dengan usaha negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air. Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makan perlu membina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan dalam kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Mengetatkan undang undang Undang undang perlu diketatkan supaya rakyat patuh kepada arahan pihak berkuasa. Contohnya apabila kerajaan mengenakan kompaun kepada pihak yang membuang sampah ataupun bahan bahan toksik ke dalam sungai. Pihak tersebut akan patuh dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Pemasangan perangkap sampah Pihak kerajaan juga perlu memastikan perangkap sampah dipasang di tempat tempat yang strategik iaitu di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap dan juga untuk memudahkan pengurusan penyelenggaraan. Penyelenggaraan sistem perparitan berkala Untuk memastikan supaya longkang tidak tersumbat, maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu sebanyak satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekaligus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai. Mengadakan kempen kesedaran melalui iklan di televisyen Kerajaan perlu mengatasi masalah sikap kebanyakan rakyat yang tidak mengambil berat terhadap persekitaran, perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui iklan dalam televisyen mengenai kesan sikap individu yang mebuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu bagi setiap individu berubah. Kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri.

Langkah langkah yang diambil oleh individu

Menghargai alam sekitar Sebagai individu yang berwawasan, kita perlulah memupuk nilai menghargai alam sekitar. Kita perlu menghargai sungai kerana sungai merupakan sumber air yang sangat penting kepada kita. Tidak membuang sampah merata rata Kita hendaklah membuang sampah di dalam tong sampah dan bukannya membuang sampah di merata rata terutamanya sungai bagi mengelakkan masalah pencemaran air.

(b) Pembersihan air (i) Kaedah kaedah pembersihan air

Penyulingan Pengklorinan Klorin dalam kuantitiyang kecil dilarutkan di dalam air minuman dan air kolam renang untuk membunuh mikroorganisma Air dipanaskan sehingga mendidih, kemudian stim disejukkan untuk memperoleh air yang bebas daripada bendasing, dipanggil air suling

Penyinaran ultraungu Lampu ultraungu diguna untuk mensteril air minuman. Kaedah Pembersihan Air

Penurasan Memisahkan bendasing terampai daripada cecair menggunakan penuras.

Pengozonan Ozon diguna untuk mensteril air kolam renang dan di sesetengah loji pembersihan air.

Pendidihan Air dipanaskan sehingga mendidih , boleh membunuh mikroorganisma

(ii) Sebab sebab pembersihan air

Antara sebab sebab pembersihan air ialah untuk : Membuang bahan bahan tidak diingini Pembersihan air adalah proses membuang bahan kimia yang tidak diingini, bahan cemar biologi, pepejal terampai dan gas dari air yang tercemar supaya tidak berlaku pencemara air. Mengurangkan pencemaran air Air yang telah tercemar akan dirawat dan dibersihkan. Hal ini akan mengurangkan pencemaran air yang berlaku.

(c)

Cara untuk menjimatkan air (i) Mengapakah kita perlu menjimatkan air ?

You might also like