You are on page 1of 16

NAMA : LIYANA IZZATI BINTI RAMLI TAJUK : MAKANAN DAN AMALAN PERMAKANAN NAMA GURU : PUAN NOOR AZAH

BINTI ABU BAKAR TARIKH : 8 APRIL 2013 B6D2E2

OBJEKTIF
1.Badan akan mempunyai daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit 2. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak 3.Mengahasilkan personaliti yang cergas dan meyakinkan 4.Menjimatkan kos perubatan sekiranya amalan pemakanan seimbang dipraktikkan

1.

MAKSUD GIZI SEIMBANG


Gizi seimbang adalah keseimbangan antara zat-zat penting yang terkandung di dalam makanan mahupun minuman yang di konsumsi oleh seseorang dalam kehidupan sehari-hari. Setiap orang harus makan makanan dan minum minuman yang mengandung tiga zat gizi utama yang cukup jumlahnya, baik zat tenaga, zat pembangun mahupun zat pengatur

KELAS MAKANAN DAN KEPENTINGANNYA


Karbohidrat
Mengekalkan tenaga untuk tubuh badan Sumber tenaga untuk fisiologi untuk pertumbuhan dan pembiakan Membantu mengekalkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasi

Protein Lemak Membekalkan tenaga pada tubuh badan Lapisan lemak bawah kulit berfungsi sebagai penebat haba Boleh melarutkan vitamin A, D,E Dan K Dapat melindungi organ badan seperti jantung dan ginjal Membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan. Penghasilan badan kimia seperti enzim dan hormon Membekalkan tenaga apabila diperlukan Pembentukan tulang serta otot

VITAMIN A B C D E F Membolehkan penglihatan baik pada waktu malam Memelihara kesihatan kulit Mengawal pembebasan tenaga daripada karbohidrat Memelihara fungsi sistem saraf Memelihara kesihatan gigi, gusi dan kulit Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat Memelihara fungsi sistem pembiakan Diperlukan untuk pembekuan darah

GARAM MINERAL Diperlukan dalam jumlah yang sedikit untuk proses pembesaran. Membantu membina tisu badan 2.

Kalsium

- Pembentukan tulang dan gigi yang kuat - Pembekuan darah Besi - Pembinaan hemoglobin dalam sel darah merah untuk pengangkutan oksigen Iodin - Penghasilan hormon untuk mengelakkan penyakit goiter Natrium - Memelihara keseimbangan bendalir Fosforus - Pembentukan tulang dan gigi yang kuat Florin - Pembentukan tulang dan gigi yang kuat Kalium - Memelihara fungsi sistem saraf

PELAWAS Bahan bergantian ( selulosa ) yang tidak dapat dicernakan dalam sistem pencernaan

AIR Sejenis air yang tiada bau, rasa dan warna diperlukan dalam tubuh badan manusia sebanyak 70% air Seseorang memerlukan kira- kira 2 liter atau 6 gelas air sehari Air boleh didapati daripada air

3.

KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN BERKHASIAT


Memastikan pertumbuhan normal Memelihara kesihatan Menghindari penyakit akibat kekurangan nutrien Memelihara perkembangan mental Membekalkan tenaga

4.

MEMPERAKTIKKAN AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL


Faktor Yang Mempengaruhi Pengambilan Kalori Seseorang
FAKTOR KETURUNAN Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenalpasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja. JANTINA Lelaki dikurniakan dengan kadar metabislme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan. UMUR Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun. JENIS BENTUK BADAN Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk badan epal: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser. Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan. JISIM OTOT Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari. JISIM LEMAK Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan. TABIAT BERSENAM Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot. TABIAT MAKAN Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif. TEORI SET POINT - Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori SET POINT. Teori ini menyatakan 6ekanisme dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru.

5.

Piramid Makanan

Makan untuk kesihatan berpandukan Piramid Makanan

Apakah Piramid Makanan? Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat dan fungsinya. ARAS 1 Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

6.

ARAS 2 Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

ARAS 3 Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4 Lemak, Minyak dan Gula Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan

7.

MERANCANG SATU GIZI SEIMBANG


Menu Harian Bagi Seorang Pelajar
1. Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengahari di sekolah atau tidak sempat bersarapan)

o o

Sandwich adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan. Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat, makanan lebih sihat dan tidak mudah kembang. Dengan menyapukan sedikit majerin atau dialas dengan daun salad akan mengurangkan kelembapan roti.

o o o o o

Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayonis. Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak. Selain daripada sandwich, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi atau mee/meehoon/pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak. Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mee goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis. Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar dan bagi membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

Sandwich Sihat Nasi atau mee goreng 2. Buah dan sayur Bekalkan juga buah segar seperi pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang. 3. Susu Minuman susu dalam kotak samada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan. 4. Snek berkhasiat untuk masa rehat Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwich atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.

8.

5.

Air kosong

o o

Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah. Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap.

Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan utama seperti sandwic atau nasi/mee goreng, buah, susu, snek ringan untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.

9.

Mewajarkan Pengagihan Makanan Kepada Yang Kurang Bernasib Baik Atau Yang Memerlukan
Kebaikan Menyumbang Makanan Kepada Negara Yang Berperang Antara kebaikan menyumbang makanan kepada negara yang berperang ialah kita dapat meringankan beban mereka. Mereka tidak lagi bersusah payah untuk mencari makanan di dalam keadaan yang berbahaya untuk diberikan kepada keluarga mereka. Selain itu, kita juga akan mendapat pahala sekiranya kita menderma. Bagi sesetengah agama seperti agama Islam, pahala akan menjadi rebutan untuk dimiliki. Kebaikan Menderma Makanan Kepada Fakir Miskin Antara kebaikan menyumbang makanan kepada fakir miskin ialah kita dapat meringankan beban mereka. Mereka tidak lagi bersusah payah meminta sedekah untuk mendapatkan makanan untuk diberikan kepada keluarga mereka. Selain itu, kita dapat memupuk sikap yang baik dengan menderma kepada fakir miskin. Kita juga dapat mendidik kanak kanak untuk menderma kepada mereka Kesan Buruk jika Kita Tidak Menderma Makanan 1. Dipandang Rendah oleh Masyarakat 2. Mempunyai sikap Sombong Dan Bongkak

10.

Adab Makan Yang Menepati Sensitiviti Dan Kepercayaan Agama


Melayu
1. Tidak menolak makanan atau minuman yang di sediakan oleh tuan rumah ketika berkunjung Walaupun masih kenyang, jamahlah sedikit bagi mengelak tuan rumah berkecil hati. ke rumahnya.

2. Setelah makanan dihidang, pastikan orang yang lebih tua duduk terlebih dahulu dan diikuti oleh orang muda. Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. 3. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan terlebih dahulu kerana tidak sopan membiarkan mereka makan sisa orang muda. Sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan terlebih dahulu. Namun, amalan ini tidak sesuai untuk tanam 12enggangg dan semangat kekeluargaan dikalangan anak-anak.

4. Ketika makan seeloknya ambil makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai atau minta bantuan orang lain yang berdekatan jika kita hendak makanan itu. 5. Ketika menghulur atau menyambut makanan sebaiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah gunakan tangan kiri. Seeloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi. 6. Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. 7. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi. 8. Jangan bercakap-cakap ketika makan, lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika perlu bercakap, pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera orang lain. 9. Jangan makan berbunyi atau kunyah makanan dengan kuat, ia akan 12engganggu keselesaan orang lain. 10. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah. 11. Kemas meja makan setelah semua orang selesai makan. Tidak sopan mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan, jika dilakukan seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan. 12. Jangan berkunjung ke rumah orang pada waktu makan atau ketika maghrib. Ia akan mengganggu tuan rumah yang mungkin masak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu solat paling singkat dan kedatangan tetamu akan menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Seeloknya datang selepas waktu Solat Isyak.

11.

CINA

Sungguhpun orang cina memakai penyepit ini sewaktu mereka hendak menjamu selera ,namun mereka tidak akan sesekali memukul/mengetuk, membuat bising, menarik perhatian atau membuat gerak isyarat kayu penyepit ini di mangkuk makanan mereka sewaktu makan. Mengapa? Ini kerana perilaku tersebut biasanya dilakukan oleh orang yang bergelar pengemis sahaja. Bagi mereka bermain-main dengan kayu penyepit merupakan salah satu tingkah yang amat biadab. Penyepit tidak digunakan untuk mengalihkan pinggan mangkuk. Selalunya, penyepit tidak digunakan untuk tikam-menikam makanan, kecuali menyiat-nyiat makanan yang lebih besar seperti sayur dan kimchi. Adakalanya, benda yang kecil dan sukar dipegang seperti bebola ikan boleh ditikam, tetapi ini tidak diterima oleh golongan tradisional. Penyepit boleh diletakkan pada atas pinggan mangkuk secara melintang agar tidak menyentuh meja. Selain itu, hashioki (alat letak penyepit) juga digunakan untuk menjauhkan hujungnya dari permukaan meja. Penyepit tidak boleh diletakkan berdiri tegak dalam mangkuk berisi nasi atau makanan lain. Mana-mana benda berbentuk batang yang ditegakkan menaik sebegini menyerupai batang colok yang digunakan sebagai sembahan kepada ahli keluarga yang mennggal dunia; sesetengah upacara pengebumian menentukan hidangan sembahan kepada si mati dengan menggunakan penyepit berdiri tegak. Elakkan dari memakan dari penyepit yang kedua-dua hujungnya tidak sama rata, kerana ini ibarat peribahasa Cina tiga panjang dua pendek yang bererti maut.

INDIA

1. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanyasayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. 2. Tidak boleh makan di dalam gelap kerana takut hantu akan makan bersama.
12.

perbincangan
Berdasarkan semua maklumat di atas, kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk kepentingan kesihatan badan kita. Kita perlu mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berdasarkan maklumat di atas. Kita juga perlu merancang satu gizi seimbang agar kita akan mengambil makanan yang seimbang pada setiap masa. Selain itu, kita perlu mengagihkan makanan kepada yang kurang bernasib baik atau yang memerlukan untuk meringankan beban mereka. Akhir sekali kita perlu mengetahui adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama kita sendiri.

13

KESIMPULAN Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan manusia yang sihat. Justeru, masyarakat perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang dan mengamalkan amalan ini untuk sepanjang hayat.

14.

ISI KANDUNGAN

Bil.
1. 2. 3. 5. 6. 7. 8. 10. 11.

Isi Kandungan
Objektif Maksud Gizi Seimbang / Kelas Makanan Kepentingan Makan Makanan Berkhasiat Mempraktikkan Amalan Pemakanan Yang Betul Merancang Satu Gizi Seimbang Mewajarkan Pengagihan Makanan Kepada Yang Kurang Bernasib Baik / Memerlukan Mengaitkan Adab Makan Yang Menepati Sensitiviti Dan Kepercayaan Agama Perbincangan Kesimpulan

M/S
1 2-3 4 5-7 8-9 10 11-12 13 14

You might also like