You are on page 1of 7

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, cadangan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Pada akhir bab ini, akan diberikan beberapa cadangan bagi kajian selanjutnya yang boleh dikaji oleh pengkaji-pengkaji pada masa hadapan.

27

5.2

Perbincangan Dapatan 5.2.1 Data Kajian Jadual 5.1: Kekerapan kesilapan ejaan perkataan mengikut kategori penulisan karangan bahasa Melayu

Bil Sampel

E1

E2

E3

E4

Jumlah

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

3 4 3 2 3 5 3 3 3 4 2 3 3 3 3 4 2 3 5 3 3 2 3 3 3 5 3 4

2 3 1 3 1 2 2 2 3 2 1 1 3 1 2 2 3 1 3 1 1 3 2 3 1 3 1 4

2 3 4 2 2 2 4 3 2 2 5 3 2 2 4 2 4 5 2 2 4 2 3 2 2 2 2 5

2 2 3 3 2 2 3 3 4 3 3 3 4 2 3 5 3 2 2 4 2 3 4 2 4 4 2 3

9 12 11 10 8 11 12 11 12 11 11 10 12 8 12 13 12 11 12 10 10 10 12 10 10 14 8 16
28

29 30 Jumlah

3 5 98

1 3 61

2 5 86

3 4 89

9 17 334

Jadual 5.1 menunjukkan daripada 334 kesilapan yang dicatat, kategori kesilapan perkataan melibatkan sistem keselarasan vokal (E1) = 98 paling tinggi berbanding dengan skor min kekerapan kesalahan kategori penggunaan kata pinjaman (E2) = 61;

penggunaan kata terbitan (E3) = 86; dan kategori penggunakan kata depan di dan ke (E4) = 89. Hal ini menunjukkan murid-murid menghadapi masalah untuk mengeja perkataan yang berkaitan dengan sistem keselarasan vokal, penggunaan kata pinjaman, penggunaan kata terbitan, dan kategori penggunakan kata depan di dan ke. Masalah ini dijangka akan menghalang usaha murid-murid menghasilkan penulisan karangan bahasa Melayu yang baik sebagaimana diharapkan. 5.2.2 Soalan Kajian Soalan Kajian 1 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan jenis kesalahan ejaan dalam penulisan karangan bahasa Melayu; Jadual 5.2: Skor kekerapan min dan sisihan piawai jenis kesalahan ejaan penulsian bahasa Melayu Kekerapan dan jenis kesilapan Min (x) Sisihan Piawai E1 3.27 .87 E2 2.03 .93 E3 2.87 1.14 E4 2.97 .85
29

Jadual 4.1 menunjukkan skor kekerapan min dan sisihan piawai jenis kesalahan ejaan penulisan karangan bahasa Melayu mengikut kategori. Di dapati skor min kategori kesilapan perkataan melibatkan sistem keselarasan vokal ( E1), x = 3.27 paling tinggi berbanding dengan skor min kekerapan kesalahan kategori penggunaan kata pinjaman (E2), x = 2.03, penggunaan kata terbitan (E3), x = 2.87dan kategori penggunakan kata depan di dan ke(E4), x = 2.97. Pun demikian sisihan piawai kategori kesilapan perkataan melibatkan penggunaan kata depan di dan ke( E4), sd = .27 menunjukkan taburan kekerapan cenderung untuk menghampiri skor min kesilapan kategori penggunakan kata depan di dan ke(E4), x = 2.97. Dengan demikian, tidak terdapat bukti yang mencukupi untuk menyatakan wujud kecenderungan dalam kalangan muridmurid untuk melakukan kesilapan ejaan melibatkan ejaan perkataan mengikut kategori sistem keselarasan vokal.

30

5.2.2 Ujian hipotesis Jadual 5.3: Analisis ujian hipotesis kekerapan kesilapan ejaan dalam penulisan bahasa Melayu Terima/Tolak ( p < 0.05)

Hipotesis H01

: Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan ditolak mengikut sistem ejaan keselarasan vokal (E1) dalam penulisan karangan bahasa Melayu; : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan ditolak mengikut sistem ejaan kata pinjaman (E2) dalam penulisan karangan bahasa Melayu; : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan ditolak mengikut sistem ejaan kata terbitan (E3) dalam penulisan karangan bahasa Melayu; : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ditolak penggunaan kata depan di dan ke (E4) dalam penulisan karangan bahasa Melayu; : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima kategori sistem keselarasan vokal (E1) mengikut klasifikasi jantina; : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima kategori penggunaan kata pinjaman (E2) mengikut klasifikasi jantina; : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima kategori penggunaan kata pinjaman (E3) mengikut klasifikasi jantina; : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima kategori penggunaan kata depan di dan ke (E4) mengikut klasifikasi jantina;

H02

H03

H04

H05

H06

H07

H08

31

Dari

Jadual 5.1, didapati sebanyak lapan hipotesis diuji bagi tujuan menganalisis

kesilapan ejaan kategori sistem keselarasan vokal (E1), penggunaan kat apinjaman (E2), penggunaan kata terbitan (E3) dan penggunaan kata depan di dan ke (E4). Didapati hipotesis kajian, H01 - H042 analisis khi kuasa dua kekerapan kesilapan ejaan mengikut kategori kategori sistem keselarasan vokal (E1), penggunaan kata pinjaman (E2), penggunaan kata terbitan (E3) dan penggunaan kata depan di dan ke (E4), ditolak. Ini bermakna, terdapat bukti yang mencukupi untuk menyatakan bahawa terdapat kecenderungan yang berbeza-beza jenis kesilapan ejaan perkataan yang dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Sebaliknya bagi hipotesis kajian, H05 - H048 analisis khi kuasa dua kekerapan kesilapan ejaan mengikut kategori kategori sistem keselarasan vokal (E1), penggunaan kat apinjaman (E2), penggunaan kata terbitan (E3) dan penggunaan kata depan di dan ke (E4) dalam kalangan murid-murid mengikut klasifikasi jantina, gagal ditolak. Ini bermakna, tidak terdapat bukti yang mencukupi untuk menyatakan bahawa terdapat kecenderungan sama jenis kesilapan ejaan perkataan yang dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

5.3

Kajian Lanjutan

Berdasarkan kepada kajian ini, pengkaji merasakan perlunya dibuat kajian lanjutan untuk memperkukuhkan kajian dan mengenalpasti kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh murid. Untuk penyelidikan yang akan, dicadangkan agar populasi kajian diperluaskan, melibatkan

32

sampel kajian yang lebih besar. Ini kerana saiz sampel kajian akan memberi gambaran yang lebih tepat dan jelas. Tempoh kajian juga harus dipanjangkan agar kajian ini boleh dilaksanakan sebaik-baiknya. Hal ini penting untuk memperoleh dapatan yang lebih tepat sebagimana yang diharapkan. Seterusnya, dicadangkan agar kelemahan ejaan dialami akan dibetulkan melalui usaha yang berterusan. Pengajaran ejaan juga perlu didedahkan untuk penguasaan kemahiran ejaan. Pendedahan kepada modul pengajaran tatabahasa yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Huraikan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi teras sukatan perlu dimurnikan dari masa ke semasa.

5.4

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, keputusan kajian ini memberikan kesan kepada penulisan karangan yang terbaik. Kesilapan ejaan yang dilakukan dapat diperbaiki dengan usaha yang berterusan. Tidak semua kesalahan ejaan yang disenaraikan kerap dilakukan oleh murid.

33

You might also like