You are on page 1of 2

Tempat Bekerja dalam Adobe Photoshop

Saya namakan tempat bekerja (workspace) untuk skrin dibawah. Selepas ini anda akan tahu semua jenis icon-icon serta kegunaannya.

Keterangan berkenaan Menu & Icon A. Menu Bar Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan. B. Options Bar Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan brushes akan keluar di bahagian ini. C. Tool Bar Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada disini. Contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Crop dan lain-lain. D. Document Window Apa yang sedang anda Photoshop-kan tu berada di-sini. E. Active Image Area Disinilah segala keajaiban bermula pada awal-awalnya.

F. Navigator Kalau nak zoom in atau zoom out dokumen-dokumen yang sedang aktif, boleh scroll samada ke kiri atau ke kanan. G. Color Palette Boleh pilih kaler daripada sini untuk Background dan Foreground. H. History Segala apa-apa perubahan yang anda lakukan terhadap lukisan anda di dalam Photoshop ini, semuanya direkod di bahagian ini. I. Layers Katakanlah anda sedang melukis satu lukisan di kertas, untuk meletakkan satu lapisan lain di lukisan anda dan menutup sebahagian daripada lukisan anda itu, maka Layer ini digunakan. Ini hanyalah penerangan secara ringkas mengenai setiap menu di dalam Adobe Photoshop CS5

You might also like