You are on page 1of 11

Sentuhan Kasih FELDA

Pengenalan Sempena Himpunan Generasi Baharu FELDA yang diadakan di Uitm Shah Alam pada 10 November 2012 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembangunan projek Sentuhan Kasih FELDA yang meliputi 3 komponen utama iaitu Pembangunan Rumah berkualiti tinggi, Projek Pertanian Bersepadu dan Pembangunan Infrastruktur Moden. Sentuhan Kasih FELDA dilihat mampu memperkasa generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar dengan menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk mereka. Projek Sentuhan Kasih FELDA ini disasarkan kepada golongan Generasi baharu FELDA yang tinggal di tanah rancangan dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri. Oleh yang demikian, program ini akan dapat mengurangkan masalah perpindahan dalam kalangan Generasi muda FELDA ke bandar. Selain itu ia juga salah satu cara untuk mencapai hasrat menjadikan FELDA sebagai penjana ekonomi utama masyarakat luar bandar menjelang tahun 2020.

Konsep Projek Sentuhan Kasih FELDA akan melibatkan pembinaan 100 unit rumah bagi satu kawasan. Setiap rumah mempunyai keluasan lantai 1000 kaki persegi dan dianggarkan berharga RM76,000. Untuk permulaan, sejumlah 300 unit rumah akan dibina di FELDA Tenggaroh 3, FELDA Chini Timur 2 dan FELDA Tenang Besut. Berkonsepkan Mini FELDA, projek ini adalah mirip seperti kemasukan peneroka FELDA pada 50 tahun yang lalu namun pemohon yang layak akan dikenali sebagai Peserta Sentuhan Kasih FELDA.

Turut menerapkan konsep pertanian bersepadu dan moden, komponen pertanian akan menggunakan input seperti air, baja dan keluasan yang minima tetapi penghasilan yang maksima dan optima. Melalui sistem ini, kuantiti dapat dihasilkan secara konsisten dan kualiti bertaraf premium.

Objektif Pengambilan peserta yang berkonsepkan Mini FELDA ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi rumah malah turut menjalankan projek pertanian bersepadu yang melibatkan objektif tersebut: 1. Menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk Generasi baharu FELDA. 2. Memberi pekerjaan dan jaminan pendapatan tetap serta pembangunan usahawan melalui aktiviti pertanian dan industri asas tani. 3. Membentuk satu komuniti yang harmoni dan berinovasi dengan kemudahan asas yang moden dan sempurna. 4. Memperkasa Generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar. 5. Sebagai pemangkin kepada hasrat FELDA untuk menjadi Gedung Makanan Negara.

Komponen dalam Sentuhan Kasih 1. Perumahan 2. Pertanian 3. Pembangunan Infrasturktur

Komponen Perumahan Ciri-Ciri Rumah Rumah untuk generasi baharu FELDA ini dibina menggunakan sistem IBS (Industrial Building System) IRIS KOTO. Menerusi kaedah pembinaan tersebut, sesebuah rumah boleh disiapkan dalam tempoh seminggu. Terdapat 2 reka bentuk rumah sentuhan kasih dimana ianya mempunyai ciri ciri seperti berikut: 1. Unit banglo satu tingkat 2. 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, ruang makan, dapur dan 2 bilik air 3. Keluasan tanah : 3000 kaki persegi / unit 4. Keluasan binaan : 1000 kaki persegi / unit 5. Lantai seramik 6. Kalis api 7. Lebih sejuk dan selesa 8. Berdaya tahan 9. Pembinaan yang cepat dan mudah (pasang siap) 10. Mudah untuk diubah suai 11. Berkonsepkan moden kontemporari

Rekabentuk 1

Rekabentuk 2

Pelan Lantai Rumah Rekabentuk 1

Syarat-Syarat Sentuhan Kasih Felda mensasarkan peserta terdiri daripada golongan Generasi Baharu FELDA yang tinggal di tanah rancangan namun tidak mampu memiliki rumah sendiri. Salah seorang dari setiap keluarga yang terpilih diwajibkan bekerja di ladang pertanian. Antara syarat utama menjadi peserta sentuhan kasih FELDA ialah: 1. 2. 3. 4. Pemohon merupakan Generasi Baharu FELDA Sudah berkahwin Berumur diantara 21 - 40 tahun Hendaklah menetap dan bekerja di dalam rancangan FELDA
* tertakluk kepada pindaan.

Komponen Pertanian 1. Tanaman Melon dan Sayuran Penghasilan pertanian dengan menggunakan kaedah IRIS Autopot Hydroponics Ciri- ciri sistem a) b) c) d) e) Penggunaan metadologi pertanian berteknologi tinggi Tiada pembaziran air dan baja Pengunaan kawasan tanah yang optima Tiada penggantungan terhadap jenis tanah Pemakanan & penyiraman ditentukan oleh pokok & mengikut keperluan pokok (plant driven watering & feeding) f) Boleh dilaksanakan dalam pelbagai cuaca g) Boleh beroperasi tanpa bekalan elektrik h) Hasil dan kualiti secara konsisten

2. Penternakan Ikan

Dilaksanakan dengan kaedah IRIS Aquaponics: Ikan akan di ternak didalam tangki mengikut kategori ikan dengan pengaliran eluen ikan dari satu tangki ke tangki yang akhirnya akan menjadi nutrien kepada penanaman didalam Autopot. Kaedah ini juga akan menyediakan sistem tapisan air yang bersih

untuk penghidupan ikan-ikan tersebut. Tangki-tangki tersebut boleh dipindahkan secara mudah sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Ciri ciri kaedah IRIS Aquaponics ialah: a) b) c) d) Sistem tangki yang memudahkan pemeliharaan dan penangkapan ikan Sistem tapisan air yang bersih yang mengurangkan toksid Pelbagaian penggunaan air dan tiada pembaziran Mudah dikendali, " easily scalable " dan berdaya tahan

3. Penternakan Ayam Kampong & Penanaman Pokok Buah-Buahan Projek ini adalah kegiatan sampingan bagi menambahkan sumber pendapatan dan juga untuk memenuhi keperluan permintaan di pasaran. Ciri-ciri penternakan dan penanaman a) Air sisa dari tangki ikan diguna untuk pokok-pokok buah-buahan

b) Ayam diternak secara terbuka dan dilepas bebas mencari makanan di antara pokok-pokok buah-buahan c) Sisa agri (potongan dahan dan daun-daun) dari pokok buah dimulsa supaya menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma seperti cacing dan serangga yang menjadi sumber makanan kepada ayam d) Kumbahan najis ayam menjadi baja untuk pokok-pokok buah-buahan

Komponen Pembangunan Infrastruktur Program Sentuhan Kasih FELDA bukan sahaja menekankan kepada aktiviti ekonomi semata mata tetapi ia juga mengutamakan pembangunan komuniti dengan meningkatkan potensi dan kualiti modal insan. Sentuhan Kasih FELDA akan di lengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur moden. Komponen kemudahan asas tersebut akan terdiri daripada; a) Dewan serbaguna b) Surau c) Pusat pembelajaran dan kemahiran

d) Kompleks rumah kayu senibina Melayu sebagai clubhouse e) Gerai

Kesimpulan Secara umumnya, program Sentuhan Kasih FELDA ini adalah satu Program Pembangunan bersepadu yang bermatlamat untuk memperkasakan Generasi Baru FELDA dan mewujudkan komuniti contoh luar bandar, dalam memenuhi visi dan misi FELDA. Melalui Skim Penyediaan Rumah dan Pembangunan Ekonomi berasaskan aktiviti pertanian dan industri asas tani akan memberi peluang baru kepada Generasi Baru FELDA untuk lebih berinovasi dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompetitif.

Pembangunan Sentuhan Kasih FELDA juga akan mengurangkan penghijrahan generasi baru FELDA ke bandar. Dalam masa yang sama, dengan kemudahan infrastruktur moden yang disediakan didalam program Sentuhan Kasih FELDA, akan meningkatkan pembangunan modal insan dan integrasi komuniti tersebut.

You might also like