You are on page 1of 6

LAPORAN BINA INSAN GURU

Tarikh : 22 Februari 2010 Tempat : Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri Bil. Pelatih : 20 orang Pensyarah Pengiring : Pn. Chin Soo Fong Aktiviti : Bengkel Taklimat Pengurusan Pusat Sumber

Bagi program Bina Insan Guru kali ini, kami diminta untuk melakukan aktiviti bengkel selama dan kemasyarakatan selama . Kami memilih sekolah kebangsaan

Syed Jan Al-Jaffri bagi melakukan kedua-dua aktiviti tersebut. Dalam aktiviti bengkel, pihak sekolah. Taklimat dijalankan di dewan terbuka sekolah kebangsaan Syed Jan AlJaffri dengan kehadiran guru besar, penolong kanan hal-ehwal pelajar serta guru-guru pelatih yang menjalani praktikum di sekolah kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pensyarah penasihat kita, Puan Chin Soo Fong. Beliau memberikan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi meluangkan masa bagi kita menjalankan aktiviti Bina Insan Guru ini.

Seterusnya, ucapan alu-aluan disampaikan oleh guru besar sekolah kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri. Beliau menerangkan tentang sekolah ini merupakan sekolah luar bandar yang mempunyai seribu lebih orang murid dan 76 orang guru. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang visi, misi sekolah dan beliau amat berharap sekolah tersebut dapat menjadi sebuah sekolah yang cemerlang pada tahun 2010. Seterusnya, beliau memperkenalkan fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekolah ini seperti pusat sumber, bilik tayangan dan sebagainya. Senario yang dihadapi oleh sekolha ini adalah kejurangan status ekonomi latar belakang pelajar di sekolah ini.

Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri

Bangunan Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri

Sedang bersiap sedia memulakan taklimat.

Seterusnya, kami dibenarkan memasuki pusat sumber untuk taklimat tentnag pengurusan pusat sumber yang selanjutnya. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Rosidi bt Che Ros. Beliau memberi penenerangan tentang kepentingan dan pelaksanaan misi dan visi sesebuah pusat sumber yang perlu ada demi kebaikkan pelajar di sekolah tersebut. Misi pusat sumber sekolah kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri ialah membina, mempertingkatkan dan mengekaljan keberkesanan amalan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

Selain itu, Puan Rosidi juga memberitahu kami bahawa program nilam adalah amat penting dan seharusnya dilaksanakan dengan tegas supaya semua pelajar dapat menyukai amalan membaca. Demi memberkesankan program ini, pihak sekolha telah mengamalkan satu peraturan di mana sesiapa pelajar yang tidak membuat laporan buku nilam akan dipanggil naik ke pentas untuk membaca buku cerita.

Sudut PPDA

Sudut Antik

Sudut Kejayaan

Sudut Bacaan & Anti-Dadah

Setiap kelas mempunyai peluang untuk mengunjungi pusat sumber mengikut giliran kelas masing-masing. Dalam pusat sumber, terdapat beberapa sudut-sudut yang berfaedah untuk pelajar seperti sudut anti-dadah. Sudut ini dapat mengingatkan pelajar bahawa sentiasa elakkan diri daripada dadah.

Selepas taklimat tamat, kami menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, iaitu menghasilkan mural sekolah mengikuti kumpulan masing-masing.

You might also like