P. 1
Bahan 3 Dimensi (3D)-Model

Bahan 3 Dimensi (3D)-Model

|Views: 1|Likes:
Published by Syahidah Suhaime

More info:

Published by: Syahidah Suhaime on Aug 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

Disediakan Oleh: Fatin Nabila Binti Mohamad Nur Syahidah Binti Suhaime

Merupakan perwakilan 3D bahan-bahan sebenar.
Model boleh dalam bentuk yang sama saiz dengan objek yang sebenar atau lebih kecil.

Model yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah dalam pelbagai bentuk, saiz, dan gaya.
Perkara penting yang perlu ditekankan ialah model bukan sebenar, tetapi hanya satu konstruk untuk membantu pelajar memahami sistem dunia sebenar.

Ia sememangnya menyediakan pengalamanpengalaman pembelajaran yang tidak dapat dilakukan oleh bahan sebenar (Smaldino et al., 2005).

Ada antara model dapat dileraikan untuk melihat bahagian dalam sesuatu benda/objek yang tidak dapat dibuat sedemikian pada objek sebenar.

Secara umumnya, semua model mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output keputusan yang diharapkan.
Dalam aktiviti P&P menggunakan model, perkara-perkara yang perlu diambil kira termasuklah:-

i.

Membiarkan aktiviti dalam bentuk interaktif.

ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan eksperimen dengan model. iii. Memberi peluang kepada pelajar untuk menganalisis model agar meningkatkan pemahaman hubungan antara input dengan kadar yang berbeza.

Terdapat jenis model yang dibesarkan untuk penglihatan semua kerana objek terlalu kecil. Sebagai contoh, spora, nyamuk, gigi, organorgan dan sebagainya.

Sebagai contoh, pelajar juga boleh mereka cipta model rumah untuk mengkaji bahagian rumah serta meningkatkan pemahaman tentang jenis kelengkapan sesebuah rumah.
Model-model lain yang boleh dihasilkan termasuklah bahagian-bahagian kereta.

Tambahan pula, terdapat pelbagai kit model yang boleh digunakan untuk membolehkan pelajar memasang sesuatu.
Suatu P&P yang bercorak pemasangan mampu menarik minat perhatian pelajar daripada pelbagai tahap umur.

Ia boleh merangsang kaedah inkuiri dan penemuan serta memberikan peluang kepada pelajar meneroka pelbagai bahagian sesuatu model.
Selain itu, aktiviti pemasangan boleh membantu dalam menajamkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar.

Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model trek kereta api mengenai pemasangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ini bertujuan untuk melatih kemahiran psikomotor dan kreativiti dalam pemasangan asas-asas kejuruteraan.

Model Olokolok
Model Berskala Model Keratan Rentas

JENIS MODEL

(a) Model Berskala
Model yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.

Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b) Model Olok-olok
Model yang diubahsuai daripada bentuk yang sebenarnya untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.

Biasanya ia dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.

Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

(c) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan selalunya digunakan dengan lebih meluas dalam mata pelajaran Sains.

Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

SEKIAN.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->