(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

)

Tajuk 1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Konsep • Objektif • Proses dan Bentuk

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: • • • konsep objektif proses dan bentuk

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) 2.mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; 3.menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 4.menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan 5.mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apaapapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain; (c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan; (d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu; (e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak; (f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat; (g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid

mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan (i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan. Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

sebutan dan maknanya. boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya. (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata. dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi. terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak. kesihatan. intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. rangkai kata atau ayat. kecerdasan otak. Misalnya ungkapan. murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi. perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan.’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan . Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan. (d) Aspek fizikal. (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’).(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. suku kata. frasa kata dan ayat. ‘jangan tembak. struktur. Dalam ayat. tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. perkataan. persekitaran. Dalam hal ini. jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. Aspek ini penting.

(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do.’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik. nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina. Fa. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas. sebaliknya jika jeda digunakan. teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) tembakkan. Misalnya. manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. ‘jangan/tembak. menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. lancar dan berkesan. Intonasi dalam ayat sama ada menaik. So. Re. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. betul dan betul. Pun demikian dalam bahasa Melayu. . sintaksis dan semantik. kewujudannya lebih jelas. formula. La. kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi. Mi. ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik.

bertutur secara bertatasusila. dan bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. membina soalan untuk mencari maklumat. Berbual melalui telefon. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi. Memberi arahan kepada rakan. antara lain membolehkan seseorang murid: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) menyebut dengan jelas. Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri. keadaan dan disiplin ilmu berlainan. bertemu ramah. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur. menunjuk arah. . Menjawab soalan-soalan rakan dan guru. menyampai atau melahirkan pendapat peribadi. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Mengaitkan aksi dengan pertuturan. Membina soalan berdasarkan bahan. Permainan komunikatif. Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan. bertukar-tukar pendapat dan maklumat. melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat. memberi penerangan dan alasan. Menerangkan gambar dan bahan grafik.

Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap. mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) Mengadakan perbahasan. Teater bercerita. ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Perbincangan forum. Sebenarnya. alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna. Simulasi. dan Drama Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya. kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya. sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. mempelajari. Justeru. Memberi taklimat dan ceramah. mengajuk. cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. kanakkanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik. Mereka meniru. murid-murid . Main peranan. Di sekolah. mengusai bahasa – memperoleh.

untuk mendapat hiburan (radio. Kemudian . komunikasi lisan melibatkan dua proses. dialog dan kesusasteraan). iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. dan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa. Dalam erti kata lain ketika mendengar. mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Proses Mendengar Umumnya. televisyen. Empat peringkat proses mendengar: (a) (b) (c) (d) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. dialog. seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan. perbincangan. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. perbincangan dan mesyuarat). Manakala dalam kehidupan harian pula. lakonan. berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama. memperoleh maklumat (pengajaran guru. filem).

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: . seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. iaitu seperti memberi yang baik sahaja. dan mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. mencari isi-isi penting.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Justeru. mengenal pasti isi-isi yang tersirat. mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan. mentafsir makna-makna yang tersirat. seseorang itu boleh: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) memperoleh idea. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar. dan keadaan/ konteks. huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. suasana. melakukan arahan/ tindak balas. menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar. anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. memahami. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar. Akhirnya. mengenal pasti ‘mood’ penutur.

dan berpusatkan idea utama. psikologi. Sehubungan dengannya. boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. secara bertelau-telau. antara lain: (a) (b) (c) (d) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. tanpa tindak balas. antara lain proses mendengar: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) secara pasif. bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. hujah. aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara. untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar. secara berhati-hati dengan pengamatan. berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini. proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal. secara menebuk-nebuk. difahami dan diingat. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar . bukti dan estetika. kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar. dan neurologi. kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Justeru sebenarnya. dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud. dengan beremosi. dan secara kritikal.

pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan. didengar dan dingati.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat. 2. pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa. Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan muridmurid. mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal beserta dengan contohnya. . memahami mesej yang dibawa oleh bunyibunyi bahasa tersebut. aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika. dan mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. aspek fizikal. psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang. proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama. dan keduanya. Latihan 1. mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik. bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya. supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat. hujah dan bukti tertentu.

antara kemahiran berkenaan. aspek . Membaca dan Menulis.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Peringkat Penguasaan • Unsur dan Faktor Keberkesanan • Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: • • • Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur. Telah ditegaskan.

Sebagaimana kebiasaan. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis.Mendengar dan bertutur . selain menyedari terdapat unsurunsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran Menghuraikan tentang kemahiran bahasa. kaedah. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan . pendekatan. dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu.

Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur. Peringkat awal (a) (b) (c) Melafazkan pengucapan bertatasusila.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur. latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. aspek sebutan. tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Menyoal untuk mendapatkan maklumat. kelancaran. pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal. pertengahan dan maju. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini. yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. tatabahasa. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. kefasihan. Pada peringkat ini latihan diberi kepada muridmurid. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. . seperti intonasi frasa dan ayat. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat. mereka perlu diberi kefahaman mendengar. iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Dengan demikian. Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar. gaya dan isi penyampaian.

ibu dan bapa. Memberi ceramah. Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. Peringkat maju (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Mendeskripsi sesuatu peristiwa. Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. proses dan sebagainya. Mengambil bahagian dalam perbincangan. pengalaman. Memberi arahan. kejadian. masa bersekolah. Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. perbualan atau dialog. berhubung dengan peribadi seseorang. . Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. Memberi komen secara mudah. rakan. Bertanya untuk mendapatkan maklumat. prosedur dan peraturan. kejadian. objek. Menerangkan proses. Membaca iklan. Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. Membuat ayat tentang diri. dan Membuat ulasan. dan Membuat ayat-ayat daripada gambar. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. permainan. peraturan-peraturan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. Memberi ucapan pendek dan mudah. syarahan (yang disediakan). persekitaran dan di rumah. Peringkat pertengahan (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.

Menyampaikan komen. dan Mengkritik cerpen. diskusi. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (h) (i) (j) (k) (l) Mengambil bahagian dalam perbahasan. pendapat. puisi. Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan. (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. laporan atau ulasan. novel dan sebagainya. faktor. forum.peringkat. . Antara lain. (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh.aspek penting dalam pertumbuhan dan . menyampai dan memproses maklumat perkembangan bahasa. bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan. perbincangan. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat . seminar dan lain-lain. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa. Mendeklamsi puisi.

Ini kerana. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran. terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah. jiran tetangga.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) Fizikal: Hal ini. bapa dan ahli keluarga keseluruhannya. tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanakkanak. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanakkanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. gigi. (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu. lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar. tahap pendidikan. dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan. dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Umumnya. benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar. terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan. gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa. dalam .

aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu. (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkatperingkat. (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak. kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan. . (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur. (b) Kemahiran mendengar. daripada yang dekat kepada yang lebih jauh. Justeru. memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan. daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. membaca dan menulis. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif. didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) proses pertuturan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (g) Paling penting. kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Kaedah • Teknik Pengajaran Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi . yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri.

Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan. Demikian juga. perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur).(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kaedah. kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai . Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. berurutan dan menyaling. perlu dilakukan serentak. teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun. Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan. guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pendekatan. kaedah.

nada dan intonasi tertentu. terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain. antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola. bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. . menguasai kemahiran membuat tanggapan. pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi. membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur). mengingat.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemahiran mendengar atau bertutur. Tegasnya. tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. jenis pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja. Dengan demikian. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar. Ini kerana kedua-dua kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran (a) Pendekatan Situasi situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang Pendekatan diperkenalkan oleh Mackey (1965).

Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua. (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua. Walau bagaimanapun Walkins (1975). Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi muridmurid dalam latihan bertutur. (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. . (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dengan betul. guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah. keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan. iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan. Oleh itu. Sebaliknya. Tujuannya. kelaziman-kelaziman bahasa dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru.

(b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa. pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Justeru. misalnya oleh guru. tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi. kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur. pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: • Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Maka. penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Melalui pendekatan ini. Dengan demikian. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran. komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur . Ini bermakna. mengingati. maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. • Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka.

bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan. bertutur Dengan tersebut. terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. yakin dan berkesan. Dengan ini. lawatan. dan • Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Contohnya. keratan akhbar. Wanita : Pak cik. • Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi situasi Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa. bil air boleh bayar di kaunter ini ke? “Pak cik”? Kakitangan pos : . Dengan itu. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar. menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut. • Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran komunikasi kemahiran yang sesuai mendengar dengan dan bertutur. demikian.

iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa). Saya berkahwin belum. Dia pak cik saya. kenapa panggil pak Kakitangan pos : Sebenarnya. : (terdiam) Cik adik. murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur..(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Wanita cik? Wanita : Maafkan saya. manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif. Tanpa latihan daripada guru. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan . Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.umur saya ni baru 35 tahun. guru perlu memberi latihan kepada muridmurid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Kakitangan pos : pun Lain kali panggil saya abang atau encik. iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan.. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan.

(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu. iaitu dengan cara mendengar. . (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif. guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka. (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara. (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. lakonan. antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. lukisan. gerak laku dan lain-lain. lakaran.

guru terlebih dahulu. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumusrumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Justeru.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kelebihan kaedah terus. murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik . Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Sehubungan dengannya. ketika memilih perkataan. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Kaedah ini dianggap berjaya. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. perlu memastikan penggunaan latih tubi unsurunsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampirhampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee school radio bicycle biscuit kopi sekolah radio basikal biskut .

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. (d) (e) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif. dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) (b) (c) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. to school. Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa. Subjek Saya I Dia He Kata kerja pergi go minum drinks Objek ke sekolah. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) (b) (c) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan. dan Bahasa berbeza antara satu sama lain. Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa. Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa. milk. . khasnya latihan bertutur secara intensif. susu.

Murid meniru dan menghafal dialog tersebut. kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa. justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. iaitu melalui kemahiran bertutur. Di samping itu. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan. Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur Dengan merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Berdasarkan prinsip tersebut. Setelah menguasai sebutan. dan Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat. kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: . Pun demikian. kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa. Walau bagaimanapun. guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing. murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. demikian. murid dilatih tubi untuk berdialog.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur. Dengan kata lain. wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. perbincangan. dialog. pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. . (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. untuk berkomunikasi dengan berkesan. pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. pencilan tetapi dalam suatu wacana. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. ayat-ayat tidak dihasilkan secara komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa). sumbang saran. murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu. dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran bertutur. kaedah Ini bermakna. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan.

Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran. Drama atau lakonan. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Penyelesaian masalah. Main peranan dan simulasi. cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai. bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Antara lain ialah teknik: (a) (c) (e) (g) (i) (k) (m) Latih tubi.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. lancar dan tepat. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. (b) (d) (f) (h) (j) (l) (n) Bercerita. terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih. seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. cara pengendalian. Walau . dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep. kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Perbualan / dialog/ wawancara Berbahas/ debat Sumbang saran Melapor berita Pengajaran puisi Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas. Sebagaimana teknik. Perbincangan. Bersoal jawab. Permainan bahasa. Sebenarnya. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu.

Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan. sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. daki laki tari lari malu balu Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Misalnya. dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa. menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang. Bola. Murid-murid. ikut cikgu sebut. modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. kelemahan Nyanyian .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bagaimanapun. Ali menendang bola. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Ali menendang bola di padang. Bola. Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. Ali menendang bola. Ali ….

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh muridmurid. Sudilah minum. Sila masuk ke dalam. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. carta bergambar. Di samping itu. mengikut rentak dan nada yang tertentu. kad imbasan bergambar. Mari kita duduk. Minum air kopi. bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Makan kuih di pinggan. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Apa khabar sekarang. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul. . Selamat datang. Janganlah segan-segan.

iii. Pak Abu seorang petani.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) i. Dia bekerja di sawah. Bahan tersebut menjadi bahan . Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah. ii. Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan.

muridmurid mempunyai jurang maklumat. Latihan Penghasilan Dalam latihan penghasilan pula.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Senarai barang yang diberi oleh guru. . Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. • • • • • • • • • • • • • • • • Khemah Lampu picit Makanan kering Makanan basah Alat memasak Pakaian Baldi Alat menjahit Pisau Kapak Bantal Selimut Air Susu tin Cangkul Surat khabar Contoh: Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Dalam latihan ini. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Umumnya. Latihan bersoal jawab Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Kemudian. murid-murid diberi petikan untuk dikaji.

simulasi dan lakonan. .(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang. Tanyakan harga bilik itu. kosong atau tidak. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi ( Kamaruddin Hussin : 2001) pelanggannya. ada bilik malam anda akan bermalam di situ. aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. anda tiba di sebuah hotel. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Anda berjumpa Beritahu berapa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada.00 dan RM 15. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan. Hotel mempunyai dua bilik kosong. Sebaik-baiknya. satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. perbincangan. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.

Rumusan Perhubungan antara pendekatan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur. khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teliti gambar di bawah. Oleh itu. (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut. selaras dan menyaling. unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi. .

semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur • Objektif. langkah pengajaran sebelum. Semasa dan Selepas Aktiviti • Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif. dan . Hasil Pembelajaran 1. semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. Langkah-langkah Sebelum.

Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Maklumat Am Pengetahuan Sedia Ada Objektif Pengajaran Isi Pelajaran Penyampaian Set Induksi Perkembangan i. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. Kemahiran menerangkan Ilustrasi iii. pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran Peneguhan ii.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) 2. Kemahiran Penutup Kesimpulan Penilaian Tugasan Ulasan Kendiri .

dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. tepat dan berkesan. mengenali ) kemahiran intelek (menjelaskan. guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas. menghuraikan. sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Menyoal Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting. guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan. iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang . Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini. Maknanya. Cuma. guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai. kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Menggunakan Papan Tulis iv. menyatakan. berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis. psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). menggunakan dan menyelesaikan).

dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii). (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak. alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P. mencukupi. bahkan secara individu sekiranya perlu. (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting. guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). bahan stensilan. peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada. Paling penting sebagai tindakan susulan. (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai . boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu. iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. kad imbasan. (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan. kumpulan atau berpasangan. gambar. (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

adat resam. suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: Kesesuaian dengan perkara Objektif dan matlamat pengajran Penjelasan (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid. dan Mengambil kira latar belakang pendidikan. Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia . (b) Suasa pembelajaran (a) (b) (c) . Sesuai dengan kebudayaan. kaedah dan teknik pengajaran (a) Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu. kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. dan kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi. status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar. menggerak. kaedah dan teknik pengajaran.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan). (b) (c) Pendekatan. guru. keadaan dan keselamatan murid-murid. isi pelajaran dan bahan. mendorong. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia. pendekatan. Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid. Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

Selain menimbang aspek kesesuaiannya. dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. kebolehan. Sehubungan dengannya. Selain itu. Antara lain. bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. pemikiran dan tingkah laku. Antara lain. mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai. ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan. mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak. seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Dalam hal ini.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) merangsang. tahap pencapaian. (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum. (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang. kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran). (ii) bahan mudah kepada yang kompleks. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya. latar . perkara yang boleh diberi perhatian. bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran. (v) bahan umum kepada bahan teori. minat. iaitu aspek rangsangan. bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu.

bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas. (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan. Aktiviti peniruan dan hafazan . kualiti kulit dan cara buku itu dijilid. Sebenarnya. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: kementerian dan agensi kerajaan.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) belakang. proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja.semasa. gambar-gambar bersiri. kadkad imbasan tanpa gambar dan bergambar. (g) Bahan yang bersifat luwes . dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman. ekonomik – digunakan secara berulang kali. (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid. ilustrasi dan grafik. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid . bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya. pengalaman murid-murid. filem dan slaid. (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini . (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada ulangkaji.bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran. kandungan bab kepada bab yang lain. Hal ini demikian kerana reka letak. (e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah). saiz. carta. (f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna. kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas. seni kata lagu. mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud. Contohnya adalah seperti dialog. Selain itu.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. nada. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. dan petikan karangan. (d) (e) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti . murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan. (b) (c) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut. intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan. Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan. kepala. Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman.

aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah.00 petang. kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. pengumuman. di stesen keretapi. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. bacaan sajak. Sabah. jadual. berita mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur Contohnya. laporan cuaca. peta.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) perbincangan. wawancara. Antara lain. Pesawat akan berlepas pada pukul 3. Di samping itu. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. rajah. dan dalam upacara-upacara tertentu. Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang. forum. iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. kawasan-kawasan perindustrian. alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar. .

Kelas dibahagi kepada dua kumpulan. (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. Bahan Kartun . Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. (e) (f) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Boneka (a) (b) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. satu kumpulan membaca dialog Tutu.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) (b) (c) (d) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah. Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. takut. Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih. Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut. (b) (c) (d) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. . Video dan Bahan Sastera (a) (b) (c) Murid menonton rakaman drama. marah dan sebagainya. gembira.

keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur.(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan. . Sesungguhnya. Dengan demikian. memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik. Anda telah membaca beberapa jenis teknik.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful