You are on page 1of 8

Taksonomi Bloom

2012

Arahan: 1. Baca artikel Taksonomi Bloom: Perubahan Yang Diperlukan? ini dan jawab lima (5) soalan Uji Minda di bahagian akhir artikel. 2. Anda dinasihatkan membaca artikel ini sebanyak tiga kali sebelum menjawab soalan Uji Minda. 3. Masa yang diperuntukkan untuk anda melakukan aktiviti ini adalah selama satu (1) jam.

Taksonomi Bloom: Perubahan Yang Diperlukan? Kamaruzaman Moidunny, PhD Institut Aminuddin Baki Sri Layang, Genting Highlands Pengenalan Bermula pada tahun 1948, di Boston, Amerika Syarikat, sekumpulan ahli psikologi telah berbincang tentang kesulitan melaksanakan penilaian dalam pendidikan. Hal ini disebabkan oleh tiadanya rangka rujukan yang dipersetujui bersama semasa menilai aspek-aspek yang terdapat dalam bidang tersebut. Dalam hal yang berkaitan, proses pembentukan ujian dilihat sebagai satu pelan induk yang akan menjelaskan kandungan, pengalaman manusia atau aspek kendiri orang yang dinilai. Tambahan pula, objektif pendidikan seringkali dinyatakan sebagai ungkapan yang menjemukan dan klise yang tidak bermakna. Ungkapan seperti berfikir atau menyelesaikan masalah seringkali mempunyai definisi yang pelbagai serta kabur menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam menyediakan pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian kepada murid yang terlibat. Mereka juga berpendapat bahawa objektif pendidikan perlu diubah agar lebih jelas dan bermakna. Objektif pendidikan boleh didefinisikan sebagai istilah yang memperihalkan matlamat terhadap proses pendidikan iaitu hasil pembelajaran yang disebabkan oleh aktiviti instruksional (pengajaran). Objektif-objektif ini pula seringkali dipanggil standard oleh pakar-pakar pendidikan dalam menetapkan hala tuju sesebuah organisasi pendidikan. Sehubungan dengan perbahasan ahli-ahli psikologi pendidikan di Amerika Syarikat tersebut, maka muncullah tiga domain pembahagian objektif pendidikan iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Objektif domain kognitif merupakan objektif yang berubah-ubah daripada mengingati semula bahan yang telah dipelajari sehinggalah mensintesis bahan baru dengan cara yang kreatif dan asli. Objektif domain afektif pula memfokuskan perasaan atau emosi. Minat, sikap, apresiasi, nilai dan emosi merupakan contoh elemen yang terdapat dalam domain afektif ini. Objektif domain psikomotor pula menekankan kemahiran otot dalam mengendalikan objek atau tindakan yang memerlukan koordinasi otot. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa tidak ada satu objektif pendidikanpun yang mempunyai hanya satu jenis domain khusus. Sebagai contohnya, jika kita menguji objektif kognitif, di dalamnya juga terdapat elemen afektif dan elemen psikomotor. Jika kita Muka surat | 1

Taksonomi Bloom

2012

menguji domain psikomotor, elemen kognitif dan afektif juga akan wujud bersama penilaian tersebut. Pengwujudan ketiga-tiga domain ini hanya untuk memudahkan ahli psikologi memberikan penekanan terhadap domain yang paling dominan dalam sesuatu penilaian. Kebanyakan objektif pendidikan di peringkat sekolah, institusi perguruan dan universiti menekankan kepada konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian terhadap murid atau pelajarnya. Dalam hal ini, kebiasaannya peperiksaan digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mereka selepas belajar sesuatu kandungan mata pelajaran yang khusus. Dengan itu, objektif bagi domain kognitif menjadi suatu keutamaan kepada organisasi pendidikan dalam mengukur kemahiran yang diperoleh oleh murid atau pelajarnya. Objektif ini didefiniskan, disertakan dengan tingkah laku yang perlu dikuasai oleh murid dan juga mengandungi instrumen penilaian. Taksonomi Bloom Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasan objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat yang mungkin serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan daripada objektif pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka bagi kategori matlamat pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap penguasaan murid mereka. Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara teoritikal dan empirikal. Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah perlu dalam usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalan-soalan seperti: Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benarbenar faham? Adakah mereka mampu menghitung jumlah sesuatu masalah matematik?; seringkali kita anggap mempunyai pengelasan yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan antara murid yang benar-benar tahu, benar-benar faham dan yang boleh menghitung jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu sistem pengelasan standard (taksonomi) akan memudahkan guru dan pensyarah mendefinisikan istilah objektif pendidikan agar dapat difahami oleh mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuan terhadap perkembangan kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai penekanan kepada tingkah laku murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan menghitung) akibat daripada penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru. Oleh itu guru akan dapat mengelompokkan matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori yang spesifik. Dengan itu, pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubal dengan lebih mudah kerana matlamat pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru. Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul Taxonomy of Educational Objectives Book 1 Cognitive Domain yang mencadangkan pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom. Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus dan universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan yang dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai Muka surat | 2

Taksonomi Bloom

2012

apabila murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajari oleh mereka. Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telah dipelajari dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit. Sementara komponen analisis pula melibatkan pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Manakala komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahan supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. Komponen terakhir adalah penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan/atau kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan.

Taksonomi Yang DiUbah Suai Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom. Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini sesuai dengan peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar psikologi kognitif, pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan pentaksiran. Usaha ini telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan (Forehand, 2004). Rajah 1(a) dan 1(b) di bawah ini menunjukkan perbezaan tersebut.
Penilaian
i

Mencipta
i

HOTS

Sintesis
Analisis Aplikasi Kefahaman Pengetahuan

Menilai Menganalisis Mengaplikasi Memahami Mengingat

LOTS

Rajah 1(a): Versi Lama Perubahan Istilah

Rajah 1(b): Versi Disemak Semula

Rajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan taksonomi bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadap istilah yang digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan Muka surat | 3

Taksonomi Bloom

2012

pendapat bahawa taksonomi ini merupakan satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang menjelaskan tentang tindakan yang dibuat. Daripada segi istilah juga, perkataan pengetahuan telah diubah kepada mengingat. Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah mengingat adalah lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah kefahaman pula diubah kepada memahami. Sementara itu, sintesis diubah kepada mencipta. Dalam hal ini, versi yang lama meletakkan sintesis di bawah penilaian dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak semula, mencipta merupakan puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir secara kreatif (mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai). Seseorang murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, menilai seharusnya berada pada hirarki yang lebih bawah daripada mencipta. Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini. Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula Istilah Mengingat Definisi Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang. Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ... Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat? Memahami Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan. Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat parafrasa, ... Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep? Mengaplikasi Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu. Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ... Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam situasi biasa yang lain? Menganalisis Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan attributing. Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ... Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian kecil? Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan. Muka surat | 4

Menilai

Taksonomi Bloom

2012

Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ... Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil? Mencipta Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan. Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ... Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau pandangan yang baru? Perubahan Struktur Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang disemak semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif. Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif. Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini. Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula Dimensi Pengetahuan Pengetahuan fakta Pengetahuan konsep Pengetahuan proses Pengetahuan meta-kognitif Dimensi Proses Kognitif
Mengingat Senarai List Terangkan Describe Bentangkan Tabulate Kegunaan sesuai Appropriate use Memahami Ringkaskan Summarise Interpret Interpret Ramalkan Predict Laksanakan Execute Mengaplikasi Klasifikasi Classify Eksperimen Experiment Hitungkan Calculate Binakan Construct Menganalisis Aturan Order Hurai Explain Bezakan Differentiate Rumuskan Achieve Menilai Susunan Rank Taksir Assess Simpulkan Conclude Tindakan Action Mencipta Gabungkan Combine Rancangkan Plan Gubah Compose Wujudkan Actualise

Perubahan Penekanan Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan secara tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini sesuai digunakan bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi yang disemak semula menekankan sasaran penggunaanya kepada pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini termasuklah murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di universiti atau kolej. Penekanan ini berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak Muka surat | 5

Taksonomi Bloom

2012

semula adalah alat yang lebih tulen (authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan pentaksiran (oz-TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004). Contoh Ayat dan Aktiviti Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula
Kategori Mengingat Contoh Permulaan Ayat Apakah yang berlaku selepas ...? Berapakah bilangan ...? Apakah yang dimaksudkan...? Siapakah orang ...? Namakan ...? Ceritakan apakah yang berlaku... Siapakah yang bercakap ...? Manakah yang benar atau palsu...? Kenal pasti siapa...? Namakan semua bahan ...? Tuliskan dalam ayat anda sendiri. Terangkan... Apakah yang anda rasa akan berlaku selepas ini? Siapakah yang anda fikir ...? Apakah idea utama ...? Lakarkan jalan cerita ...? Terangkan mengapa watak tersebut ...? Aktiviti dan hasil Menyenaraikan kejadian utama. Membuat jadual waktu peristiwa. Membuat carta drpd fakta. Menulis senarai drpd maklumat yang boleh diingat. Membaca sajak/puisi.

Memahami

Menggunting atau melukis gambar untuk menunjukkan peristiwa. Melukis kartun untuk menunjukkan turutan peristiwa. Menulis dan membuat persembahan berdasarkan satu cerita. Menceritakan peristiwa dgn ayat sendiri. Menulis laporan ringkas. Menyediakan carta alir. Membuat buku mewarna. Bina satu model untuk menunjukkan ... Buat satu diorama untuk menunjukkan ... Buat buku skrap berkaitan ... Buat model tanah liat ... Ambil koleksi gambar foto untuk menunjukkan ... Bina sebuah puzzle game. Tuliskan buku teks berkaitan topik ... Mereka bentuk soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Menulis iklan untuk menjual produk. Membuat carta alir untuk menunjukkan peringkat kritikal. Membina graf untuk menunjukkan maklumat khusus. Membuat family-tree untuk menunjukkan pertalian. Membuat drama ttg apa yang dipelajari. Menulis biografi orang yang dikaji. Menyediakan laporan. Melaksanakan debat. Menulis buku peraturan dan yakinkan pembaca. Menubuhkan panel untuk membincangkan pandangan. Menulis surat nasihat terhadap keperluan perubahan. Menulis Laporan Tahunan. Menyediakan kertas kes untuk

Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Adakah anda tahu maklumat lain tentang ...? Bolehkah anda kumpulkan mengikut ciri seperti ...? Apakah faktor yang anda akan ubah jika ...? Apakah soalan yang anda akan tanya ...? Daripada maklumat tersebut, bolehkah anda membina set arahan ...? Peristiwa yang manakah tidak seharusnya berlaku? Jika ... berlaku, apakah kemungkinan penamatnya? Bagaimana ... sama seperti ...? Apakah kemungkinan lain ...? Mengapakah ... perubahan berlaku? Terangkan apa yang sepatutnya berlaku ...? Bolehkan anda bezakan ...? Apakah punca di sebalik ...? Apakah masalah dihadapi ...? Adakah lebih baik ...? Berikan hujah anda ... Pertahankan pernyataan ... Adakah baik atau buruk ...? Bagaimanakah anda akan mengatasi masalah ....? Apakah perubahan yang ...? Adakah anda percaya ...? Apakah yang anda rasa, sekiranya ...?

Muka surat | 6

Taksonomi Bloom

2012

Setakat manakah keberkesanan ...? Sejauh manakah anda yakin ...? Mencipta Hasilkan satu binaan ... Cadangkan satu penyelesaian munasabah ... Apakah akan berlaku sekiranya .? Kemukakan kertas cadangan ... Berapa banyak carakah ...?

menjelaskan pandangan. Mencipta mesin. Mereka bentuk bangunan. Mereka produk baru. Menulis tentang perasaan... Menulis cereka, lagu, sajak... Mereka bentuk kulit album

Kepentingan Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka. Aras yang tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah. Contohnya, jika seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti menganalisis; maka mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami dan mengaplikasi. Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang baru memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait dengan penyelarasan antara piawaian dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah yang besar bagi guru-guru di Malaysia. Kesimpulan Perubahan terhadap Taksonomi Bloom merupakan satu usaha murni untuk menjelaskan kekaburan yang terdapat dalam mendefinisikan objektif pendidikan. Perubahan ini merupakan satu input yang amat baik untuk kita renungkan agar proses penilaian yang kita laksanakan terhadap murid atau pelajar kita lebih tepat. Perubahan terhadap istilah, struktur dan penekanan memberikan satu perspektif yang berbeza kerana kita telah terbiasa dengan taksonomi yang lama. Justeru itu, kefahaman mendalam tentang taksonomi yang baru akan memudahkan kita menggunakannya dalam menguji, mengukur, menilai dan mentaksir murid atau pelajar. Dalam hal ini, taksonomi yang baru, boleh digunakan untuk murid atau pelajar di peringkat awal persekolahan hinggalah ke universiti. Selama ini, warga pendidik di Malaysia telah menggunakan taksonomi yang lama secara meluas sama ada di sekolah, pusat latihan atau universiti. Dan mungkin timbul persoalan dalam minda kita, adakah perubahan ini kita perlukan. Atau kita ingin lihat perkara ini berlalu begitu sahaja. Kita akan tentukan perkara ini secara bersama.

Muka surat | 7

Taksonomi Bloom

2012

Rujukan Bloom, B. S. 1956. Taxonomy of educational objectives - book 1 cognitive domain. London: Longman Group Limited. Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. 1964. Taxonomy of educational objectives book 2 affective domain. London: Longman Group Limited. Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. 1964. Taxonomy of educational objectives book 2 affective domain. London: Longman Group Limited. Forehand, M. 2004. Blooms taxonomy: from emerging perspectives on learning, teaching and technology. http://projects.coe.uga.edu [1 september 2010]. Krathwohl, D. R. 2002. A revision of Blooms taxonomy. Theory into Practice. 41(4): 212218.

Muka surat | 8

You might also like