You are on page 1of 6

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh

dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad Presiden Staroba Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG, STAR Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan

setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa sebentar tadi. Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia.

Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guruguru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan

Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di

hadapan duta Perancis baru-baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR. Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

You might also like