You are on page 1of 26

Bahagian A ( 20 markah ) Jawab semua soalan dalam bahagian ini 1.

Salah satu hasil pembelajaran asas yang perlu dicapai oleh kanak-kanak sebelum mereka dapat menentukan nilai nombor ialah membanding kuantiti dua kumpulan objek konkrit seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan menyatakan bahawa pen dalam kumpulan A lebih banyak daripada pen dalam kumpulan B. Apakah kemahiran matematik yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak supaya dapat membanding kuantiti dua kumpulan objek konkrit dengan baik? (A) (B) (C) (D) Menulis angka satu hingga sembilan. Membilang nombor satu hingga sembilan. Mengelas objek-objek mengikut ciri fizikal. Memadan satu objek dengan satu objek yang lain.

Mempelajari pelbagai perwakilan yang berbeza untuk nombor dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan number sense. Yang manakah di antara cara-cara berikut sesuai digunakan untuk mewakili nombor pada peringkat pembelajaran awal nombor? II. III. IV. V. (A) (B) (C) (D) Pembilang (counters) Sukatan air (water capacity) Gambar (pictures) Perkataan (words)

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja


Kanak-kanak perlu memahami beberapa prinsip membilang ( counting principles) supaya dapat membilang nombor secara bermakna. Apabila diminta membilang pen seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2, Johnny membilang pen tersebut secara satu, dua, empat, tiga. Apakah prinsip membilang yang telah dikuasai Johnny? (E) (F) (G) (H) Prinsip Kardinal (The Cardinal Principle) Prinsip Tertib Stabil (The Stable-Order Principle) Prinsip Pengabstrakan (The Abstraction Principle) Prinsip Satu dengan Satu (The One-to-One Principle)

27
Bahan manipulatif yang sesuai boleh digunakan untuk membantu kanakkanak memahami nilai nombor yang diwakili oleh simbol yang abstrak. Untuk membantu murid-murid Tahun 1 beliau memahami nilai nombor, Cikgu Sunil menggunakan penyedut minuman untuk mewakili nombor 27 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Apakah punca kesukaran yang mungkin menyusahkan pemahaman muridmurid Cikgu Sunil terhadap nilai setiap digit dalam angka 27? (I) (J) (K) (L) Penyedut minuman adalah terlalu halus untuk dipegang oleh muridmurid Tahun 1. Ikatan penyedut minuman yang mewakili nilai puluh sukar dipastikan oleh murid-murid. Penyedut minuman yang mewakili nilai digit 7 adalah terlalu banyak untuk dikira oleh murid-murid. Kedudukan ikatan penyedut minuman yang mewakili nilai puluh tidak sepadan dengan kedudukan digit 2 dan digit 7.

Masalah bercerita merupakan satu cara yang baik untuk membantu kanak-kanak memahami makna operasi tambah. Oleh yang demikian, Cikgu Lai telah menggunakan masalah bercerita berikut untuk membantu murid-murid Tahun 1 beliau memahami makna operasi tambah. Suhu air dalam sebuah bekas ialah 24oC. Setelah dipanaskan, suhu air telah naik sebanyak 18 oC. Apakah suhu air selepas dipanaskan?

Apakah makna operasi tambah yang digambarkan oleh masalah bercerita ini? (M) (N) (O) (P) Tokokan (Increment) Susutan (Decrement) Yang Ditambah Hilang (Missing Addend) Gabungan Dua Set (Combining Two Sets)

Operasi bahagi boleh dihuraikan dengan pelbagai makna yang berbeza. Salah satu daripada maknanya ialah penolakan berulang ( repeated subtraction). Yang manakah antara masalah bercerita berikut menghuraikan makna operasi bahagi sebagai penolakan berulang? (Q) (R) (S) (T) Ali ada 8 biji oren. Dia berikan 2 biji oren kepada adiknya. Berapa biji oren yang masih ada lagi pada Ali? Ali ada 8 biji oren. Dia agihkan semua oren itu kepada 2 orang adiknya. Setiap orang adik Ali telah mendapat berapa biji oren? Ali ada 8 biji oren. Dia berikan 2 biji oren kepada adiknya dan 2 biji oren lagi kepada kakaknya. Berapa biji oren yang masih ada pada Ali? Ali ada 8 biji oren. Dia berikan 2 biji oren kepada setiap orang adiknya sehingga habis semua oren itu. Berapa orang adik Ali yang telah mendapat oren?

Kalkulator boleh memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik dalam kalangan murid-murid sekolah rendah sekiranya digunakan dengan baik.

Yang manakah antara berikut merupakan cara yang paling baik untuk menggunakan kalkulator dalam pengajaran matematik sekolah rendah? (U) (V) (W) (X) Menggunakan kalkulator sebagai alat bantuan mengajar yang berteknologi canggih. Menggunakan kalkulator sebagai alat untuk membantu proses penyelesaian masalah matematik. Menggunakan kalkulator sebagai alat mengira yang cepat untuk menjimat masa latihan matematik di dalam kelas. Menggunakan kalkulator sebagai alat membantu murid-murid lemah mendapatkan jawapan yang betul kepada soalan pengiraan.

Cecelia mendapatkan jawapan untuk (49 + 35) secara kiraan mental. Apabila diminta menjelaskan cara dia mendapat jawapannya, Cecelia menjawab, Saya fikirkan 50 tambah 35 ialah 85, kemudian 85 tolak 1 ialah 84. Jadi 49 tambah 35 ialah 84. Strategi kiraan mental yang digunakan oleh Cecelia ialah (Y) (Z) (AA) (BB) menghubungkan (Bridging) mengasingkan (Partitioning) membundar dan memampas (Rounding and compensating) gunakan fakta yang diketahui untuk menerbit ( derive) fakta yang baru

Penganggaran kiraan boleh digunakan untuk menyemak sesuatu hasil kiraan dengan cepat. Badrul diminta oleh cikgunya untuk menyemak hasil kerja rakan sekelasnya yang dibuat di papan hitam seperti berikut:
2

3 4 X 6

3 0 4
Dengan serta merta, Badrul menjawab bahawa Saya rasa jawapan ini salah kerana 30 x 6 ialah 180 dan 40 x 6 ialah 240. Jadi jawapan untuk 34 x 6 mestilah di antara 180 dan 240. Tak mungkin 304 ialah jawapannya. Apakah kaedah penganggaran yang telah digunakan oleh Badrul untuk menyemak jawapan rakannya? (CC) Adjusting selaraskan pengiraan untuk membaiki penganggaran. (DD) Front-End Estimation menyemak nilai tempat bagi digit-digit di depan. (EE) (FF) Flexible rounding membundar kepada nombor-nombor yang dekat dan serasi (close and compatible). Clustering menganggar purata bagi suatu kumpulan nombor kemudian mendarabnya dengan bilangan nombor dalam kumpulan tersebut.

Apabila diminta menulis angka untuk nombor dua puluh lapan, Aleng telah menulis angka berikut:

208
Apakah punca yang mungkin menyebabkan kesilapan Aleng ini? (GG) Aleng masih lemah memahami bahasa Malaysia yang digunakan oleh gurunya. (HH) Aleng masih kurang mahir menulis angka untuk mewakili nombor yang lebih daripada dua puluh. (II) (JJ) Aleng tidak faham peranan sifar sebagai pemegang nilai tempat dalam system penulisan angka Hindu Arab. Aleng masih lemah dalam kemahiran psikomotor untuk memagang pen dengan cara yang betul semasa menulis angka.

Fakta asas pengiraan merupakan kemahiran asas yang penting dalam pembelajaran matematik murid sekolah rendah. Kebolehan untuk mengingat kembali secara 6

automatik (automatic recall) fakta-fakta asas dapat mendorong seseorang murid mencapai tahap pembelajaran yang lebih tinggi dalam matematik kerana ingat kembali secara automatik boleh (KK) (LL) diperkembangkan dengan senang melalui latih tubi. menjimatkan masa dan masa yang dijimatkan dapat diguna oleh murid untuk menjawab lebih banyak soalan matematik.

(MM) memperkuatkan daya ingatan murid dan daya ingatan yang kuat membolehkan murid mengingati konsep matematik yang lebih sukar. (NN) menjimatkan tenaga mental dan tenaga mental yang dijimatkan dapat diguna oleh murid untuk mempelajari konsep matematik yang lebih sukar.

Pecahan setara boleh dicari dengan pelbagai rumus. Yang manakah di antara rumus-rumus berikut adalah benar untuk mencari pecahan setara bagi pecahan ? VI. Menambah pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama, iaitu VII.
4 4 +m = 12 12 + m 4 12

Menolak pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama, iaitu


4 4 m = 12 12 m

VIII.

Mendarab pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama, iaitu


4 4 m = 12 12 m 4 4 m = 12 12 m

IX.

Membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama, iaitu

(A) (B) (C) (D)

I sahaja III sahaja I dan II sahaja III dan IV sahaja

Pelbagai operasi aritmetik boleh dilakukan ke atas pecahan. Yang manakah antara operasi-operasi ke atas pecahan X. XI. XII. XIII. (A) (B) (C) (D)
a m a m = b n b m a m a+m + = b n b+m a m a m = b n b m a m dan berikut adalah benar? n b

I dan II sahaja III dan IV sahaja I dan III sahaja II dan IV sahaja

Penggunaan terminologi dan model yang sesuai adalah sangat penting bagi memastikan murid menguasai nombor perpuluhan. Antara model berikut, yang manakah paling sesuai digunakan bagi memperkenalkan nombor perpuluhan? (E) (F) (G) (H) Carta poket (Pocket chart) Garis nombor (Number line) Pembaris meter (Metre Rule) Set Blok asas-sepuluh (Base-10 block set)

Sebelum mempelajari konsep perpuluhan, murid perlu menguasai perkaitan perpuluhan dengan pecahan dan nilai tempat. Yang manakah antara faktor-faktor berikut perlu dilakukan mengikut urutan bagi memperkenalkan tatatanda (notation) persepuluh? XIV. XV. XVI. Membuat perkaitan 10 persepuluh adalah 1 Memperkenalkan 0.3 adalah simbol baru bagi
3 10

Membahagikan 1 unit kepada 10 bahagian yang sama besar

XVII. Membuat perkaitan antara model, nama (oral name), dan pecahan (A) (B) (C) (D) I, IV, III, II III, I, IV, II III, IV, I, II IV, III, I, II

1 + 2 2
(a)

4 7 1 +

0 . 1 2 3
(b)

4 0 . 7 4 . 7

0 2

Rajah 4(a) menunjukkan jawapan murid menggunakan bentuk lazim bagi operasi tambah. Walau bagaimanapun, apabila menggunakan bentuk bagi operasi tambah yang melibatkan nombor perpuluhan, hasil pengiraan murid berkenaan adalah salah seperti dalam Rajah 4(b). Cikgu Saleha ingin memperbaiki kesilapan murid berkenaan. Antara langkahlangkah berikut, yang manakah paling sesuai digunakan? (E) (F) (G) (H) Menggunakan dua set garis nombor. Memberikan peraturan baru menggantikan bentuk lazim. Tidak membenarkan pelajar menyusun dalam bentuk lazim. Menggunakan model untuk menunjukkan unit yang sama disusun bersama.

10

Khairul menerima RM60.00 sebagai elaun setiap bulan daripada bapanya. Dia mendapat kenaikan sebanyak 10% bagi bulan hadapan. Berapakah kenaikan yang diterima? Masalah bercerita di atas dapat diselesaikan melalui kaedah nisbah, menggunakan persamaan, strategi mental dan menggunakan model. Manakah antara berikut merupakan strategi mental?
10% R = , Jadi R = RM6.00 100% 60

(I) (J) (K) (L)

R = 10% daripada RM60.00 , Jadi R = RM6.00 10% daripada 100 ialah 10. Jadi 10% daripada 60 ialah 6. RM60.00

10% ialah daripada RM60.00 ialah RM6.00

11

18.

Terdapat tiga jenis masalah yang melibatkan peratusan. o Mencari peratusan (percentage) o Mencari kadar (rate) o Mencari nilai asas (base) Antara masalah bercerita berikut, yang manakah menunjukkan situasi mencari nilai asas? (A) (B) Harga motosikal baru ialah RM15 000.00. Azman telah mendapat diskaun sebanyak 10%. Berapa banyak diskaun yang diperolehi? Azman mendapat potongan harga sebanyak RM1 500.00 daripada harga motosikal baru iaitu RM 15 000.00. Berapa peratus potongan harga yang dia dapat? Azman mendapat 10% diskaun daripada harga asal motosikal baru. Diskaun yang diperolehi ialah sebanyak RM1 500.00. Berapakah harga motosikal tersebut sebelum diskaun? Harga motosikal baru bulan Januari ialah RM15 000.00. Pada bulan Mei, Azman mendapati harganya telah meningkat sebanyak 20%. Berapakah harga baru motosikal tersebut?

(C)

(D)

12

19.

Cikgu Amirah telah menulis empat nombor berikut di atas papan tulis dan menyuruh pelajar menyusun nombor-nombor ini dalam susunan yang terkecil kepada yang terbesar.

0.16, 1.3, 0.096, 2.9


Seorang murid telah menulis jawapan seperti berikut:

0.16, 0.096, 1.3, 2.9


Antara pernyataan berikut, yang manakah bukan faktor yang menyebabkan kesilapan tersebut? (A) (B) (C) (D) Murid tidak faham tentang nilai digit apabila membandingkan dua nombor perpuluhan. Murid tersebut tahu 2.9 lebih besar daripada 1.3 berdasarkan pengetahuan tentang nombor bulat. Murid tersebut tidak mendapat kefahaman yang jelas tentang sistem nilai tempat bagi nombor perpuluhan (decimal place value). Murid membaca sifar perpuluhan enam belas dan sifar perpuluhan sembilan puluh enam dan membuat kesimpulan 96 lebih besar daripada 16.

13

20.

Cikgu Zafri telah menyuruh murid melorekkan 50 petak dalam petak 100 dan mengaitkan lorekan itu dengan 50% daripada 100 petak. Kemudian beliau meminta murid melorekkan 30 petak dalam petak 100. Murid terus memberikan respon 30% daripada 100 petak. Dalam langkah berikutnya, Cikgu Zafri telah memberi satu carta petak 80 seperti dalam Rajah 5 (a). Apabila disuruh melorekkan 50% daripada carta tersebut, respon murid adalah seperti dalam Rajah 5(b).

(a)

(b)

Antara pernyataan berikut, manakah merupakan faktor utama yang menyebabkan kesilapan murid berkenaan? (A) (M) (N) (O) Murid selalu mengaitkan peratus dengan 100 objek. Murid tidak dapat mengaitkan 50% dengan setengah. Murid dapat kaitkan lorekan petak dengan makna 50%. Murid tidak dapat kaitkan perkataan antara pecahan, perpuluhan dan peratusan.

14

Bahagian B ( 40 markah ) Jawab semua soalan. (a) Di peringkat awal mengenal nombor, guru disarankan untuk mengguna aktiviti yang melibatkan bahan maujud. (i) Beri dua kebaikan kaedah ini. ___________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ [ 2 markah ] (ii) Beri satu contoh bahan maujud dan terangkan kaedah penggunaannya. (Guna gambarajah jika perlu)

[ 3 markah ]

15

(b)

Nombor bulat boleh diwakili dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang penting ialah mewakili nombor bulat dengan bahan konkrit. Rajah 6 menunjukkan nombor 124 yang diwakili dengan salah satu jenis bahan konkrit.

Rajah 6 (i) Nyatakan satu kesukaran yang mungkin dihadapi oleh muridmurid sekolah rendah semasa mempelajari nilai nombor 124 melalui bahan konkrit tersebut. Seterusnya, jelaskan satu punca yang mungkin menimbulkan kesukaran itu. ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 3 markah ] (ii) Dengan bantuan gambarajah, cadang dan huraikan satu bahan konkrit lain yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi kesukaran yang dijelaskan dalam bahagian (i).

[ 2 markah ]

16

(a) Penggunaan teknologi dalam bilik darjah dapat menarik minat murid terhadap matematik. Kalkulator merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang murah dan mudah diperolehi. (i) Beri dua sebab mengapa guru kurang menggunakan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

[ 3 markah ]

(ii)

Terangkan satu contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kalkulator.

_________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

[ 2 markah ]

17

(b)

Pengangaran memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran pengiraan di kalangan kanak-kanak. (i) Jelaskan satu sebab mengapa kemahiran menganggar hasil sesuatu pengiraan perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 2 markah ] (ii) Pelbagai cara boleh digunakan untuk menganggar hasil sesuatu pengiraan. Jelaskan cara yang akan anda gunakan untuk menganggar hasil pengiraan yang terdapat dalam Rajah 7. 389 + 216 158 Rajah 7 ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 3 markah ]

(a)

Pecahan tak wajar adalah berkait rapat dengan nombor bercampur. Oleh itu, pecahan tak wajar boleh ditukar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. (i) Nyatakan maksud pecahan tak wajar. ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 1 markah ] 18

(ii)

Lukiskan satu gambarajah yang boleh membantu murid-murid sekolah rendah memahami penukaran
11 3 = 2 . 4 4

[ 2 markah ] (iii) Cikgu Wan menggunakan cara pengiraan berikut (lihat Rajah 8) untuk menjelaskan penukaran
11 kepada nombor bercampur. 4

11 = 11 4 4 = 2 baki 3 3 =2 4

Rajah 8 Jelaskan satu cara pengiraan yang lain untuk menukar kepada nombor bercampur.
11 4

[ 2 markah ]

19

(b)

Encik Ahmad telah menggunakan bahan bantu mengajar untuk menunjukkan kemahiran menambah dua nombor bercampur ( lihat Rajah 9) kepada muridnya.

1 2

+1

3 4

Rajah 9 (i) Dengan bantuan gambarajah, terangkan langkah-langkah yang mungkin Encik Ahmad gunakan untuk mengajar kemahiran tersebut.

[ 3 markah ] 20

(ii)

Masalah bercerita yang jelas dapat membantu murid-murid sekolah rendah memahami makna pelbagai operasi asas termasuklah operasi bahagi ke atas pecahan. Bina dua masalah bercerita yang sesuai untuk menjelaskan
3 3 6 dan 6 . 4 4

___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 2 markah ] (a) Peratusan selalunya terlibat dengan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian. (i) Tulis satu masalah bercerita yang melibatkan peratusan dalam kehidupan seharian. ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ [ 2 markah ] (ii) Berdasarkan masalah bercerita di atas, nyatakan satu kaedah yang dapat digunakan untuk menyelesaikannya. ___________________________________________________ [1 markah ]

21

(iii)

Selesaikan masalah di atas menggunakan kaedah yang dinyatakan dalam (ii)

[ 2 markah ] (b) (i) Dengan menggunakan rajah dan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana anda menjelaskan konsep peratusan yang lebih besar daripada 100%.

[ 4 markah ]

22

(ii)

Berdasarkan contoh yang diberikan dalam (i) tunjukkan perkaitannya dengan pecahan.

[ 1 markah ]

23

Bahagian C ( 40 markah ) Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini 1. a) Cikgu Suleiman ingin menjelaskan perhubungan di antara penambahan dan penolakan ke atas nombor bulat kepada murid-murid Tahun Satu. Berpandukan contoh-contoh soalan penambahan dan penolakan yang sesuai, jelaskan maksud penolakan ialah operasi songsang kepada penambahan. Seterusnya, huraikan satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan bahan-bahan manipulatif yang boleh Cikgu Suleiman gunakan untuk mencapai hasil pembelajaran beliau. [ 10 markah ] (b) Murid-murid sekolah rendah sering menghadapi kesukaran semasa mempelajari fakta asas pendaraban. Justeru itu, membimbing mereka menguasai fakta asas pendaraban merupakan satu tugas yang mencabar bagi kebanyakan guru Matematik. Jelaskan satu punca kesukaran pembelajaran fakta asas pendaraban dalam kalangan murid sekolah rendah. Seterusnya, huraikan satu aktiviti bermain yang boleh guru gunakan untuk membimbing muridmurid menguasai fakta asas pendaraban. [ 10 markah ] 2. (a) Murid selalu menghadapi kesulitan dalam memahami penambahan pecahan yang melibatkan dua penyebut yang berbeza. Cadangkan satu masalah berayat untuk menerangkan
3 2 + . 4 3

Cadangan anda perlu melibatkan model atau bahan bantu mengajar dan prosedur pelaksanaannya. (10 markah) (b) Dengan menggunakan situasi dan model yang sesuai, jelaskan bagaimana anda menerangkan maksud (i) (ii)
1 4 2 1 1 3 2

(10 markah)

24

3.

(a)

Bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membandingkan nombor perpuluhan, murid perlu melihatnya secara visual. Dengan menggunakan model yang sesuai, huraikan bagaimana anda membimbing murid untuk membandingkan nilai dua nombor perpuluhan. Anda dikehendaki melukis gambarajah model yang digunakan berserta dengan contoh yang sesuai. [ 10 markah ]

(b)

Murid yang memahami makna nombor pecahan dan nombor perpuluhan tidak semestinya dapat membuat pengiraan bagi operasi tambah nombor perpuluhan walaupun algorithma operasi tambah perpuluhan menyerupai algorithma bagi operasi tambah nombor bulat. Dengan menggunakan resos dan gambarajah yang sesuai, terangkan langkah-langkah yang akan anda gunakan untuk membantu pelajar membina strategi dan algorithma bagi menambah nombor perpuluhan. [ 10 markah ]

25

26

You might also like