You are on page 1of 45

TOPIK 2 Pengenalan

PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

Tajuk kedua dalam modul ini menerangkan tentang konsep pecahan, jenis - jenis pecahan dan operasi asas melibatkan pecahan. Selain dari itu, modul ini akan membincangkan tentang nombor perpuluhan khususnya perkaitan dan pertukaran antara pecahan asas dan nombor perpuluhan. Juga bagaimana menentukan nilai tempat dan kedudukan bagi nombor perpuluhan dan membundarkan nombor perpuluhan. Belajar tentang pecahan dan perpuluhan selalu dikaitkan dengan peratusan seperti dalam modul ini.

Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran topik ini, pelajar- pelajar dapat: 1. Menerangkan tentang konsep pecahan, perpuluhan dan peratusan dan perkaitannya. 2. 3. Melakukan operasi asas terhadap pecahan, perpuluhan dan peratusan. Merancang aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Nombor Bulat. Membincangkan isu- isu yang berkaitan dalam tajuk ini.

4.

2.1

PECAHAN

Kemahiran dalam topik pecahan dan operasi mengikut sukatan KBSR: Menamakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 Menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 Membandingkan nilai dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama hingga 10 Membandingkan nilai sebarang dua pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara Menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah Membanding nilai sebarang dua pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 Menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur Menyatakan pecahan daripada satu kumpulan benda yang peneyebutnya

hingga 10 Menambah pecahan wajar yang penyebutnya satu digit dan senilai, hasilnya tidak lebih daripada 1 Menambah pecahan yang penyebutnya satu digit Menambah nombor bercampur yang penyebut bahagian pecahannya hingga 10 Menolak pecahan yang penyebutnya senilai dan tidak lebih daripada 1 Menolak pecahan yang penyebutnya satu digit Menolak nombor bercampur yang penyebut bahagian pecahannya hingga 10 Mendarab pecahan dengan nombor bulat, penyebutnya hingga 10 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dan nombor bercampur

Pecahan merupakan satu tajuk yang agak sukar dikuasai oleh murid.Ianya melibatkan pengusaan dalam operasi nombor dan sifir. Oleh yang demikian anda perlu menitikberatkan strategi yang berkesan terutamanya penggunaan bahan manipulatif secara hands on. Bagaimana anda memulakan pelajaran bagi tajuk pecahan pada kali pertama pengajaran? Anda boleh memilih antara aktiviti-aktiviti berikut: Membincangkan apa akan berlaku apabila sebuah pinggan kaca jatuh ke lantai simen dari atas meja yang tinggi. Membincangkan bahagian-bahagian sekeping pizza yang dibahagikan kepada 8 bahagian sama rata Membincangkan bagaiana memotong buah epal kepada dua bahagian yang sama rata

2.1.1 Konsep pecahan a) Pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan

Setelah menbincangkan aktiviti-aktiviti dalam tajuk pengenalan di atas, anda boleh memulakan pengajaran dengan merujuk kepada sekeping pizza yang dibahagikan kepada 2, 4 , 6 dan 8 bahagian sama rata secara hands-on dan lakaran rajah. Contoh pecahan perempat

Satu per empat

hands on lakaran rajah

Merujuk kepada gambarajah di atas, satu bahagian dikeluarkan daripada sekeping pizza yang pada asalnya dibahagikan kepada 4 bahagian sama rata.Maka bahagian pizza yang dikeluarkan boleh diwakili oleh nombor pecahan iaitu satu perempat. Konsep pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan boleh dijelaskan dengan contoh di atas iaitu : Satu Per Empat : : : satu bahagian daripada keseluruhan yang terdiri daripada 4 bahagiansama rata

Aktiviti 1 Bincangkan contoh-contoh seharian yang lain bagi meneguhkan lagi konsep pecahan bagi pecahan perdua, perlapan dan sebagainya. Konsep suku, setengah, tiga suku dan keseluruhan perlu

dimasukkan dalam penerangan anda.

b)

Pecahan sebagai sebahagian daripada sekumpulan benda

Seorang guru meminta 10 orang murid ke hadapan dan berdiri dalam satu kelompok. Seterusnya guru tersebut meminta murid memberitahu jenis kenderaan mereka ke sekolah. Didapati seramai 3 orang menaiki bas, 6 ornag menaiki kereta dan seorang berjalan kaki. Dalam situasi di atas, anda boleh memperkenalkan konsep pecahan sebagai sebahagian daripada sekumpulan benda seperti berikut:

3 orang daripada 10 orang menaiki bas 6 orang menaiki kereta 1 orang berjalan kaki

tiga persepuluh enam persepuluh satu persepuluh

Lakarkan gambarajah yang sesuai untuk menjelaskan situasi di atas dalam ruangan di bawah:

Seterusnya anda boleh meneguhkan kefahaman murid dengan membincangkan beberapa situasi melibatkan objek maujud yang berlainan ciri, bentuk atau warna.Bincangkan bersama rakan kuliah anda.

Aktiviti 2 Bagaimana anda menjelaskan kepada murid perbezaan antara kedua-dua konsep pecahan di atas.

c)

Tatacara menulis nombor pecahan

Setelah murid jelas dengan konsep pecahan, guru boleh menerangkan bahawa pecahan boleh ditulis dalam bentuk nombor pecahan dalam bentuk a/b : . dimana a dan b adalah nombor bulat lebih daripada 0 dan a < b; a dipanggil sebagai pengangka manakala b sebagai penyebut. Dalam konteks ini, a mewakili bahagian yang diambilkira manakala b adalah bilangan bahagian keseluruhan.Pada tahap ini kita bincangkan jenis pecahan wajar dahulu. Merujuk kepada contoh pecahan pizza dalam bahagian 2.1 di atas, pecahan satu perempat boleh ditulis sebagai .Bagi contoh dalam bahagian 2.2 pecahan yang terlibat boleh ditulis sebagai 3/10, 6/10 dan 1/10 masing-masing.

Aktiviti 3 Jelaskan bagaimana pelbagai bentuk gambarajah selain daripada bentuk bulatan boleh digunakan sebagai latihan murid menyatakan nilai pecahan dalam lembaran kerja. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang berkaitan yang perlu dikuasai oleh murid dalam menyiapkan tugasan lembaran kerja tersebut.

2.1.2 Nilai sesuatu pecahan wajar Selain daripada objek maujud seperti pizza dan lakaran gambarajah seperti yang dibincangkan di atas, sesuatu nilai pecahan boleh ditunjukkan melalui aktiviti lipatan kertas. Bentuk-bentuk kertas seperti segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan jalur kertas mudah digunakan untuk menunjukkan nilai pecahan secara hands on.Murid boleh melorek atau mewarnakan nilai pecahan yang dikehendaki dan sekalus boleh membandingkan nilai sesuatu pecahan dengan membandingkan luas kawasan yang diwakili. Contohnya 3/4 lebih besar daripada 1/4 3/6 kurang daripada 5/6 dan sebagainya. Perlu diingat bahawa perbandingan antara dua pecahan hanya boleh dibuat berasaskan rajah yang sama.

Garis lipatan

Lipatan kertas secara hands on Untuk membandingkan nilai pecahan, anda juga boleh menggunakan plastik lutsinar dengan menggunakan teknik tindan tindih.Bagaimana caranya? Secara praktikal guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar dengan menggunakan dua keping kad manila berlainan warna yang dipotong dalam bentuk bulatan. Lukiskan bilangan bahagian pecahan yang dikehendaki, contohnya 6 bahagian bagi kedua-dua kad. Guntingkan mengikut satu jejari kad dan selitkan antara satu sama lain seperti berikut:

Gunting

Selitkan antara satu sama lain

Pusingkan salah satu kad untuk menunjukkan pecahan yang dikehendaki.Dalam rajah di atas, warna kuning mewakili 1/4 manakala warna hijau mewakili 3/4. Anda boleh pelbagaikan penggunaan bahan bantu tersebut dalam pengajaran.

Dalam membandingkan sebarang dua pecahan wajar, guru boleh membimbing murid membina carta pecahan.Carta pecahan boleh dibina dengan menggunakan potongan kad kepada 2, 3, 4, sehingga 10 bahagian atau jalur kertas berwarna melalui teknik lipatan.Potongan kad atau jalur ketas kemudian susun dan tampal mengikut urutan.Nilai sesuatu pecahan boleh dibandingkan dengan mengambilkira luas atau panjang jalur yang terlibat.

1 1/3 1/5 1/6 1/7 1/8 1/9 1/10 Carta pecahan

Aktiviti 4 Beberapa kemahiran dalam subtopik pecahan boleh diajar dengan menggunakan carta pecahan dalam bentuk hands on atau tayangan menggunakan skrin layar lcd. Bincangkan bagaimana kemahiran-kemahiran berikut boleh diajar menggunakan carta pecahan: i) membandingkan pengangka 1 ii) membandingkan sebarang nilai pecahan dengan sebarang nilai pecahan dengan

penyebut yang sama iii) membandingkan sebarang nilai pecahan wajar yang pengangka dan penyebutnya tidak lebih daripada 10.

Aktivitii penambahan dan penolakan antara dua pecahan wajar dengan menggunakan carta pecahan akan dibincangkan dalam bahagian operasi pecahan kemudian.

a)

Pecahan setara

Dua nombor pecahan yang berlainan penyebut atau pengangka adalah setara jika nilainya adalahsama. Contohnya 1/3 adalah setara dengan 2/6 dan 3/9 manakala 1/4 adalah setara dengan 2/8, 3/12 dan seterusnya.Anda boleh membimbing murid anda mengenalpasti pasangan atau kumpulan pecahan setara dengan menggunakan carta pecahan.Mulakan aktiviti tersebut dengan mencari pecahan setara bagi 1/2, 1/3 dan seterusnya dengan menggunakan carta pecahan.Gunakan jadual seperti di bawah bagi memudahkan murid melakukan penyiasatan.

1 1/3 1/5 1/6 1/7 1/8 1/9 1/10 1/10 1/10 1/10 1/10 1/8 1/8 1/8 1/6 1/6 1/4

Pecahan setara bagi

Daripada pemerhatian, murid akan dapati pola pecahan seperti berikut

Pengangka 1 Penyebut 2

2 4

3 6

4 8

5 10

Pengangka 1 Penyebut 3

2 6

3 9

4 12

Didapati bahawa:

1/2 = 2/4 = 3/6 = 4/8 dan seterusnya 1/3 = 2/6 = 3/9 = 4/12 dan seterusnya

Bimbing murid untuk mendapatkan pola untuk mengira pecahan setara bagi sebarang nilai pecahan.Apakah pola tersebut?Seterusnya bimbing murid untuk mengenalpasti formula untuk memudahkan kita mencari pecahan setara.Bolehkah anda jelaskan formula tersebut?

Pada tahap ini, bolehkah anda menerangkan kepada murid pentingnya mencari pecahan setara?Bincangkan bagaimana pengetahuan tentang pecahan setara boleh membantu kita mencari nombor pecahan dalam bentuk paling ringkas.

b)

Membandingkan nilai pecahan wajar

Sesuatu pecahan boleh dibandingkan nilainya dengan meneliti nilai pengangka atau penyebutnya. Didapati > > > > dan > > > > .

Bolehkah anda membuat dua generalisasi berdasarkan pernyataan di atas? Panduan (lengkapkan): i) Bagi pecahan yang penyebutnya sama, ii) Bagi pecahan yang pengangkanya sama tetapi berbeza penyebut, ..

2.1.3 Operasi penambahan dan penolakan pecahan wajar a) Operasi penambahan dua pecahan yang penyebutnya sama

Dua pecahan wajar boleh ditambahkan antara satu sama lain. Kita ambil contoh dua pecahan yang sama penyebutnya dahulu. Tunjukkan proses penambahan dengan menggunakan jalur pecahan.dan potongan kad pecahan seperti berikut:

=?

Anda boleh tunjukkan operasi seumpamanya dengan menggunakan gambarajah bulatan seperti berikut: = ?

Warnakan nilai pecahan yang berkenaan rajah di atas bagi menujukkan proses penambahan tersebut. Teknik tindan tindih menggunakan plastik lutsinar dan teknik menggunakan rajah dalam power point juga sesuai digunakan.

b)

Operasi penolakan dua pecahan yang penyebutnya sama

Anda boleh melaksanakan teknik yang serupa dalam operasi penambahan bagi menujukkan operasi penolakan. =? keluarkan

Tunjukkan operasi

selengkapnya dengan menggunakan gambarajah di bawah:

Sebagai nasihat dan panduan kepada murid-murid anda, apakah langkah-langkah yang perlu diberi perhatian semasa menambah atau menolak dua pecahan?

c)

Operasi penambahan dan penolakan dua pecahan yang berlainan penyebut

Contoh 1 Langkah-langkah yang diperlukan: Jika penyebutnya tidak sama, cari GSTK bagi kedua-dua penyebut.

GSTK bagi 4 dan 8 ialah 8. Maka, tukarkan 1/4 kepada pecahan setaranya dengan penyebut 8. Secara gambarajah boleh digambarkan seperti berikut: Jalur 8 bahagian mewakili nilai GSTK.

1/4 = 2/8 Maka,

3/8

Contoh 2 Langkah-langkah yang diperlukan: Jika penyebutnya tidak sama, cari GSTK bagi kedua-dua penyebut. GSTK bagi 2 dan 3 ialah 6. Maka, tukarkan dan kepada pecahan setaranya dengan penyebut 6. Lengkapkan gambarajah berikut bagi menggambarkan operasi penambahan pecahan tersebut.

Contoh 3 = Contoh di atas boleh digunakan bagi menerangkan konsep keseluruhan atau 1 dalam bentuk pecahan.

Aktiviti 5 Tunjukkan operasi penolakan pecahan berikut dengan gambarajah yang sesuai:
i) ii)

Pada tahap ini, guru boleh meminita murid menggunakan panduan atau formula bagi memudahkan cara untuk mendaptkan pecahan setara dengan lebih mudah. (Nota: bawah). ;darab dengan nombor bulat yang sama atas dan

2.1.4 Pecahan tak wajar dan nombor bercampur Semua nombor pecahan yang dibincangkan sebelum ini merupakan jenis nombor pecahan yang pertama iaitu pecahan wajar.Pecahan wajar adalah pecahan dalam bentuk a/b dimana a, b adalah nombor bulat dan a < b.

a)

Pecahan tak wajar

Bagaimana anda boleh merancang satu aktiviti bercorak inkuiri-penemuan bagi memperkenalkan jenis pecahan tak wajar? Fikirkan!

Contoh aktiviti inkuiri-penemuan Lakukan operasi penambahan : + Secara gambarajah, murid akan dapati bahawa hasiltambah pecahan adalah melebihi 1. Bagimana kita hendak menyatakan nombor pecahan tersebut? Guru juga boleh membuat perbandingan di mana seorang murid makan : pizza jenis A dan B yang saiznya adalah sama. pizza jenis

Lengkapkan gambarajah di atas bagi menerangkan operasi penambahan dimana hasiltambahnya melebihi 1. Didapati, + = + = =

Jelaskan kepada murid bahawa nombor lebih daripada 1 boleh ditulis dalam bentuk pecahan, a/b di mana a, b adalah nombor bulat dan a > b.

b)

Nombor bercampur

Nombor bercampur adalah kombinasi nombor bulat dan nombor pecahan yang mempunyai nilai lebih daripada 1.Bagaimana anda boleh menunjukkan kepada murid bahawa pecahan tak wajar 11/8 boleh ditulis sebagai 1 3/8?

Bagaimana anda boleh menunjukkan kepada murid bahawa pecahan tak wajar 11/8 boleh ditulis sebagai 1 3/8?

Aktiviti 6 Buat lakaran secara teknik bergambarajah dan teknik pengiraan bagi menyelesaikan operasi yang melibatkan nombor bercampur berikut: + -

2.1.5 Pendaraban nombor pecahan a) Pendaraban nombor bulat dengan pecahan

Dalam gambarajah di atas, bahagian berwarna menunjukkan setiap satunya mewakili bahagian 1/4.Didapati terdapat 3 kumpulan terdiri daripada setiap satunya mewakili pecahan 1/4. Dalam konsep penambahan berulang, maka: + + =

Atau, dengan menggunakan konsep pendaraban maka boleh dituliskan bahawa : 3 x Adakah = x = =

x 3 = 3 x

?Mungkin anda akan mendapat jawapan yang sama, tetapi

konsepnya adalah berbeza.

b)

Pendaraban pecahan dengan nombor bulat

Cuba teliti peristiwa berikut: Ibu Azam membeli 12 biji epal hijau. Azam makan satu per tiga bahagian epal-epal tersebut. Berapa bijikah epal yang dimakan oleh Azam? Dalam situasi di atas, ia boleh digambarkan seperti dalam gambarajah berikut:

Maka

daripada 12 biji epal boleh dinyatakan dalam bentuk kiradarab sebagai x 12. x12 = x = = 4

Konsep darab dalam situasi ini menunjukkan daripada, bermaksud 1/3 daripada 12. Cuba tunjukkan secara bergambarajah bagaimana anda menerangkan oiperasi ?Berikan contoh situasi yang sesuai. Aktiviti 7 Pada tahap ini, anda seharusnya boleh membezakan antara pendaraban pecahan dengan nombor bulat dan pendaraban nombor bulat dengan pecahan (ch. 5 x anda. ) Bincangkan dengan rakan kuliah x3

c)

Pendaraban pecahan dengan pecahan x ?Dengan mengambilkirapenyelesaian dalam bahagian 6.2 di

Apakah jawapan

atas, ianya dapat diselesaikan dengan mendarabkan pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut seperti berikut: x Namun = ianya = merupakan satu pendaraban semata-mata tanpa difahami

maksudnya.Sebagai guru anda perlu melaksanakan aktiviti yang bermakna agar muridmurid dapat mempelajarinya secara lebih konkrit dan bermakna dalam kehidupan harian. Contoh 1 Sekeping kek dipotong sama rata kepada 12 bahagian. Zul mengambil bahagian

daripada kek tersebut.Kemudian dia memberikan bahagian yang diambilnya kepada Samat. Berapakah pecahan bahagian yang diperolehi oleh Samat daripada kek tersebut? Penyelesaian: x 12 = 3 ( 3 daripada 12 bahagian kek)

1 daripada 3 bahagian kek adalah 1 bahagian x = (1 bahagian kek)

2.1.6 Penyelesaian masalah melibatkan pecahan dan nombor bercampur Merujuk kepada sukatan pelajaran KBSR, operasi pecahan yang terlibat adalah setakat pendaraban antara pecahan dengan nombor bulat dan nombor bercampur sahaja. Operasi pembahagian melibatkan pecahan akan hanya dipelajari di sekolah menengah.

Berikut adalah contoh-contoh soalan penyelesaian masalah yang melibatkan operasi pecahan secara keseluruhannya dalam KBSR. Soalan penyelesaian masalah 1 Dalam sebuah sekolah, seramai 240 orang murid menduduki peperiksaan SPM.3/5 daripadanya adalah pelajar lelaki dan 1/3 daripada pelajar lelaki adalah pelajar aliran sains.Berapakah bilangan pelajar lelaki aliran sains yang menduduki peperiksaan?

Penyelesaian 1 (teknik lipatan) Ambil sekeping kertas A4 Lipat secara melintang kepada 5 bahagian dan lorekkan 3 bahagian. Lipat pula secara menegak kepada 3 bahagian dan lorekkan 1 bahagian. Kawasan pertindihan mewakili bilangan pelajar lelaki aliran sains.

1/3

3/5 Kawasan pertindihan = x = =

Penyelesaian 2 (gambarajah) x

3/5 Soalan penyelesaian masalah 2 Sebiji kek harijadi memerlukan 1 kg tepung Jika Pn Saleha membeli 6 berapakah baki tepung yang ada selepas Pn Saleha menyiapkan 3 biji kek? kg tepung,

Penyelesaian 1 (secara gambarajah/ power point/ plastik lutsinar) 1 1

5 Maka, 6 5 = kg. = 1

Baki tepung yang ada ialah 1

Penyelesaian 2 (secara pengiraan) Berat tepung yang digunakan = 3 x 1 Baki tepung yang ada = 6 3x = = = 1 kg.

2.1.7 Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kemahiran 1 : Membandingkan sebarang nilai pecahan dengan penyebut yang sama

Prosedur pengajaran: Minta murid menunjukkan lakaran 4 kepada 4 bahagian sama rata. Murid dikehendaki mewarnakan 1 bahagian, 2, 3 dan 4 bahagian dan jalur yang setiap satunya dibahagikan

melabelkan dengan nama pecahan masing-masing. Seterusnya minta murid membandingkan nilai setiap pecahan berdasarkan saiz kawasan berwarna mengikut urutan dari nilai yang kecil ke nilai yang lebih besar Ulang aktiviti bagi pecahan dengan penyebut 8 dan 10. Bimbing murid membuat kesimpulan

Kemahiran 2 : Menolak pecahan yang penyebutnya satu digit Prosedur pengajaran Mulakan pengajaran dengan memilih pecahan wajar dengan penyebut satru digit yang sama, contohnya 6, Minta murid menampalkan 4 bahagian daripada 6 bahagian bagi satu jalur bagi mewakili pecahan 4/6 (gunakan bahan yang sesuai supaya tampalan boleh ditanggalkan bila perlu). Bimbing murid melaksanakan operasi 4/6 1/6 dengan menggunakan jalur tadi. Murid dikehendaki mengeluarkan 1/6 bahagian dan bimbing murid untuk menunjukkan bahawa nilai pecahan yang tinggal ialah 3/6 (iaitu 4/6 1/6 = 3/6). Ulang dengan nilai pecahan yang berlainan penyebut tetapi mempunyai GSTK yang sama. Bimbing murid mencari nilai pecahan setara dengan menggunakan carta pecahan.

2.2

PERPULUHAN Hasil Pembelajaran : Memahami konsep perpuluhan Mengukuhkan konsep perpuluhan di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran

2.2.1 KONSEP PERPULUHAN Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas.Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan. Contoh nombor perpuluhan adalah seperti 0.5, 0.72, 1.35 dan 0.0069. Maksud nombor perpuluhan boleh digambarkan seperti berikut : (i) Nombor perpuluhan sebagai sebahagian daripada satu kawasan

Bahagian yg berwarna menunjukkan bahagian dalam bentuk perpuluhan, 0.4 . (ii) Nombor perpuluhan sebagai titik-titik atas garis nombor

0.2

(iii) Nombor perpuluhan sebagai hasil daripada operasi bahagi 5 10 = 0.5 Aktiviti 1 Berdasarkan maksud nombor perpuluhan di atas, huraikan perkaitan antara nombor perpuluhan dan pecahan. Mengapa kita perlu menulis nombor dalam bentuk perpuluhan?

Setiap digit dalam nombor perpuluhan mempunyai nilai tempat dan nilai digit yang tertentu. ra pu 1 sa 3 persepuluh perseratus 2 4 perseribu

Dalam contoh di atas, 13.24 boleh dicerakinkan mengikut nilai digitnya seperti berikut: 13.24 = 3 + 10 + 0.2 + 0.04 Cuba anda cerakinkan 149.571. Bilangan tempat perpuluhan bagi sesuatu nombor perpuluhan ditentukan dengan bilangan digit yang berada di sebelah kanan titik perpuluhan. Misalnya, 2.45 mempunyai 2 tempat perpuluhan.

Aktiviti 2 Bandingbezakan antara 2.45 dan 2.450 dari segi nilainya.

Penghampiran sesuatu nombor perpuluhan ditentukan dengan nilai digit pertama yang berada di sebelah kanannya. Jika nilai digit itu ialah 5 atau lebih, penghampirannya akan ditambah 1. Jika nilai digit itu ialah kurang daripada 5, digit asal dikekalkan. Misalnya penghampiran kepada 2 tempat perpuluhan bagi 3.178 ialah 3.18 . Aktiviti 3 Jelaskan pernyataan Dua atau lebih nombor perpuluhan yang be rbeza boleh mempunyai nilai penghampiran yang sama. Seterusnya cuba anda fikirkan kepentingan penghampiran bagi nombor perpuluhan dalam kehidupan seharian!

Dalam rajah di bawah, kawasan yang diwarnakan mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10 bahagian.

1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1 Disebabkan 1/10 = 0.1, maka 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8 Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan adalah boleh saling ditukar (interchangeable).

Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan. Disebabkan 1/10 = 0.1, 1/100 = 0.01, dan 1/1000 = 0.001, maka 81/100 = 0.81

Aktiviti 4 Anda telah jelas bahawa suatu nombor pecahan boleh dinyatakan dalam bentuk perpuluhan. Dalam kumpulan kecil, bincangkan kelebihan-kelebihan kita menyatakan suatu nombor dalam bentuk perpuluhan berbanding pecahan dalam aplikasi seharian.

2.2.2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN a.


Membaca dan Menulis Nombor Perpuluhan 5/10 = 0.5 [dibaca sebagai: sifar perpuluhan lima (zero point five)] 2/100 = 0.02 [dibaca sebagai: sifar perpuluhan sifar dua (zero point zero two)] 1769/1000 = 1.769 [dibaca sebagai: satu perpuluhan tujuh enam sembilan (one point seven six nine)] Menukar Pecahan kepada Nombor Perpuluhan

b.

Bahagikan pengangka (numerator) dengan penyebutnya (denominator). Contoh : Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan. (i) 1/8 1/8 = 1 8

Oleh itu, 1/8 = 0.125

(ii) 15/8 15/8 = 15 8

Oleh itu, 15/8 = 1.875

c.

Menukar Nombor Perpuluhan kepada Pecahan Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan. Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara, dengan penyebutnya adalah gandaan 10. Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah.

Contoh : Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan. (i) 0.07 0.07 = 7/100 0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan) 7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar) (ii) 0.095 0.095 = 95/1000 0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan) 95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar) (iii)1.568 1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000

d.

Menukar Nombor Perpuluhan kepada Peratus Darabkan nombor perpuluhan dengan 100 dan letakkan tanda "%" supaya diketahui ia adalah per 100. Cara mudah untuk mendarabkan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kanan.

e.

Penambahan dan Penolakan Nombor Perpuluhan

Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan boleh dilakukan dengan cara menyusun nombor perpuluhan dalam bentuk tegak dimana titik perpuluhan disusun dalam turus yang sama. Penambahan

proses mencari jumlah dua nombor perpuluhan atau lebih.

Penolakan

proses mencari beza antara dua nombor perpuluhan

f.

Pendaraban nombor perpuluhan mendarab nombor perpuluhan dengan 10, 100, 1000 dapat dilakukan dengan cara memindahkan titik perpuluhan ke kanan. Misalnya, 2.14 X 10 = 21.4 mendarab nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah proses mencari penambahan berulang nombor perpuluhan itu. Mendarab dua nombor perpuluhan

g.

Pembahagian nombor perpuluhan Membahagi nombor perpuluhan dengan 10, 100, 1000 dapat dilakukan dengan cara memindahkan titik perpuluhan ke kiri. Misalnya, 8.7 10 = 0.87 Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah pengongsian sama rata. Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan.

h.

Gabungan operasi gabungan tambah dan tolak atau darab dan bahagi (sentiasa kira dari kiri ke kanan mengikut tertib yang diberi)

gabungan tambah, tolak, darab ,bahagi, dan ( ) (lakukan pengiraan dalam kurungan dahulu, diiikuti dengan darab atau bahagi, kemudian tambah atau tolak, dari kiri ke kanan)

2.2.3 KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Perpuluhan digunakan dalam menyatakan ukuran panjang, ketinggian dan jarak dalam unit mm, m, km dan sebagainya. Misalnya, jarak antara sekolah ke rumah saya adalah 3.3 km. Perpuluhan digunakan dalam menyatakan isipadu cecair dalam unit mililiter dan liter. Misalnya, kuantiti minyak kereta sebanyak 1.4 liter. Perpuluhan digunakan dalam menyatakan nilai wang.

Untuk difikirkan! Sebagai seorang guru, bagaimana anda dapat menjelaskan kepada murid anda perbezaan maksud titik perpuluhan apabila menyatakan waktu, sebagai contoh 7.15 pagi.

2.3 PERATUS Peratus hanya diperkenalkan selepas murid telah faham pecahan dan perpuluhan. Murid perlu diberi pengalaman dengan konsep asas peratus dan pengalaman ini harus dikaitkan kepada pelbagai model konkrit dan manipulatif serta konteks kehidupan sebenar. 2.3.1 Maksud peratus

Istilah peratus berasal daripada perkataan Latin percentum yang membawa maksud daripada satu ratus. Ini bermakna peratus merujuk kepada bilangan bahagian yang dipertimbangkan untuk setiap seratus bahagian. Peratus juga mewakili pecahan khas dengan penyebut 100. Oleh kerana pecahan, perpuluhan dan peratus saling berkaitan dan cuma merupakan cara berlainan untuk mewakili idea yang sama maka perkaitan antara ketiga-tiga bentuk tersebut mesti ditunjukkan dengan jelas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

36%

36 100

0.36

Rajah 1. Perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus.

2.3.2 Simbol peratus Apa itu simbol peratus? 5 peratus boleh juga ditulis sebagai 5 %. Peratus diwakili oleh simbol %. 25% dibaca sebagai 25 peratus.

2.3.3 Pelbagai cara mewakili peratus (i) Petak seratus

5%

20%

(5 petak terlorek daripada 100 petak mewakili 5 peratus) (ii) Pembaris meter

(20 petak terlorek daripada 100 petak mewakili 20 peratus)

10

20 30 80%

40

50

60

70

80

90 100 cm

(iii)

Rantai seratus manik

2.3.4 Menukar pecahan dan perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya a) Menukar pecahan kepada peratus Terdapat banyak cara untuk menukar pecahan kepada peratus. Contoh:
2 2 2 2 25 75 100 % 75 % atau 3 3 3 3 25 100

b) Menukar perpuluhan kepada peratus Terdapat juga banyak cara untuk menukar perpuluhan kepada peratus. Contoh:
0.25 0.25 100 % 25 %
0.4 0.4 100 % 40 %

atau 0.25

25 25 % 100 4 40 atau 0.4 40 % 10 100

c) Menukar peratus kepada pecahan Untuk menukar peratus kepada pecahan, murid hanya perlu menulis semula dalam bentuk pecahan perseratus dan mempermudahkan pecahan tersebut. Contoh:
96 % 96 100 24 25

d) Menukar peratus kepada perpuluhan Untuk menukar peratus kepada perpuluhan, murid hanya perlu tulis semula dalam bentuk pecahan perseratus. Contoh:
36 % 36 0.36 100

2.3.5 Mengira nilai peratus bagi suatu kuantiti yang diberi a) Mencari peratus daripada satu nisbah nombor

CONTOH : Berapa peratuskah ( i ) 6 daripada 25 ? ( ii ) 7 daripada 200? ( iii) 28 daripada 1000 ?

PENYELESAIAN: 1) 2) 3) X 100 = 24% X 100= 3.5% X 100 = 2.8%

b)

Mencari nilai peratus daripada satu nombor CONTOH: Berapakah nilai (i) 15% daripada 80? (ii) 140% daripada 500? (iii) daripada 120? PENYELESAIAN: 1) 2) 3) X X 80 = 12 X 500 = 700 X 120 = 15

c)

Mencari keseluruhan (100%) apabila peratus diberi

CONTOH : 12 adalah 30% daripada satu nombor. Apakah nombor tersebut? PENYELESAIAN: 30% daripada nombor itu = 12 1% daripada nombor itu ialah = 100% daripada nombor itu ialah = 100 x ` = 40 Nombor tersebut ialah 40.

2.3.6 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1: Mengenal Peratus Hasil pembelajaran : Murid dapat menama dan menyebut peratus

Rajah 2 Prosedur: 1. Setiap murid diberi lembaran kerja seperti dalam Rajah 2. 2. Guru memimpin murid untuk menentukan bilangan bentuk yang ada. 3. Guru minta murid untuk mewarnakan semua bentuk pentagon dengan warna merah. 3. Minta murid mengira bilangan pentagon merah. 4. Minta murid menulis pecahan yang diwakili oleh pentagon merah. 4. Minta murid menyebut dan menulis peratus bagi pentagon merah. Nyatakan peratus bentuk-bentuk berikut dalam Rajah 2. = = = = % % = = = = % % = = %

Aktiviti 2 : Mari Menulis Peratus. Hasil Pembelajaran : Murid dapat (i) Melorek peratus yang diberi pada petak seratus (ii) Menulis peratus dalam simbol dan perkataan

Prosedur: 1. Lengkapkan kad aktiviti di bawah. Dalam Angka dua puluh empat peratus 24 % Lorekkan petak seratus

enam puluh empat peratus

39 %

lapan puluh peratus

satu ratus dua peratus

91 %

satu ratus dua puluh peratus

Aktiviti 3: Mengenal Peratus Hasil Pembelajaran : Murid dapat melorek petak seratus mengikut peratus yang diberi dan menulis peratus

Prosedur: Warnakan petak seratus di atas seperti berikut: Hitam 1 % = ______ petak Hijau Biru muda 5 % = ______ petak Merah Ungu Biru Tua 18 %= ______ petak 9 % = ______ petak 7 % = ______ petak Oren Kuning Perang Kelabu

4 % = ______ petak 10 % = ______ petak 12 % = ______ petak 16 % = ______ petak 14 % = ______ petak

Berapa peratus petak yang tak berwarna?

Variasi: Rekacipta satu corak yang kreatif dengan mewarnakan petak seratus mengikut warna dan nilai peratus yang diberi d atas. Aktiviti 4 : Perkaitan Antara Pecahan dan Peratus Hasil Pembelajaran: (i) Murid dapat mengenalpasti perkaitan antara pecahan dan peratus. (ii) Mengukuhkan kefahaman konsep pecahan (iii) Menukar peratus kepada pecahan Bahan-bahan: Bagi setiap bentuk sediakan 12 kad pecahan untuk setiap kumpulan. Prosedur: 1. Berikan set kad-kad pecahan berikut kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid melorekkan peratus yang diberikan (A,B,C,D,E,F,G dan H)pada kad-

kad pecahan. 3. Bantu murid menukar peratus kepada pecahan perseratus dahulu. Kemudian permudahkan pecahan perseratus kepada pecahan yang dikehendaki. Contoh jawapan: A. Lorekkan 20% daripada bentuk-bentuk ini.

20% =

B. Lorekkan 10% daripada bentuk-bentuk ini.

10 % =

C. Lorekkan 90% daripada bentuk-bentuk ini.

90 % =

D. Lorekkan 80% daripada bentuk-bentuk ini.

80 % =

E. Lorekkan 25% daripada bentuk-bentuk ini.

25 % = = F. Lorekkan 50% daripada bentuk-bentuk ini.

50 % = = G. Lorekkan 75% daripada bentuk-bentuk ini.

75 % = = H. Lorekkan 100% daripada bentuk-bentuk ini.

100 % =

=1

Aktiviti 5: Bulatkan Titik Hasil Pembelajaran : Mengira nilai peratus daripada suatu kuantiti yang diberi. Prosedur: 1. Bulatkan 50% dari titik-titik bagi setiap kotak di bawah.

2.

Bulatkan 25 % dari titik-titik bagi setiap kotak di bawah.

3.

Bulatkan 75 % dari titik-titik bagi setiap kotak di bawah.

Aktiviti 6: Menyelesaikan masalah melibatkan peratus Hasil Pembelajaran: Menyelesaikan masalah melibatkan peratus Prosedur: 1. Soalan di bawah dirujuk: 1) mengemukakan soalan penyelesaian masalah. Hanif Guru mendapat wang belanja daripada ibunya sebanyak RM 5.00. Dia membeli sebatang pensel berharga RM 2.40. Berapa peratuskah wang yang digunakan 2) Guru mengemukakan soalan penyelesaian masalah oleh Hanif untuk membeli sebatang pensel? 2. Guru membimbing murid menyelesaikan masalah di atas dengan cara yang berikut: Cara 1: Menukar Penyebut kepada 100 RM 2.40 daripada RM 5.00 digunakan untuk membeli sebatang pensel. Pecahan wang belanja untuk membeli sebatang pensel ialah

Pecahan perseratus ialah

Jawapan: Peratus wang belanja yang digunakan untuk membeli sebatang pensel ialah 48%. Cara 2: Mendarab dengan 100% 2.4 100% = 48% 5

Aktiviti 7: Jom Membeli Belah Hasil Pembelajaran: Murid dapat mencari nilai suatu peratus daripada suatu jumlah duit Bahan-bahan: Sebiji dadu ditanda dengan 10%, 20%,25%,30%,50%,70% pada setiap permukaan untuk setiap kumpulan Sebiji kalkulator untuk setiap kumpulan Senarai promosi (Lampiran 1)

Lembaran kerja

(Lampiran 2)

Prosedur: 1. Dalam kumpulan berempat, setiap ahli kumpulan mengambil giliran untuk membeli mana-mana barang daripada senarai promosi. 2. Lontar dadu untuk menentukan peratus diskaun. 3. Hitung jumlah diskaun dan catat dalam jadual di dalam lembaran kerja yang diberikan. 4. Setiap ahli kumpulan perlu membeli sebarang 6 item (tidak boleh diulang) 5. Lengkapkan jadual 1.Kumpulan yang jimat jumlah wang paling banyak adalah pemenang.

Lampiran 1- Promosi Jualan

Kek RM 6.00 Lobak RM 4.80

Epal RM 3.20

Sate RM 2.50 Ayam RM 12.00

Biskut RM 24.00

Susu RM 8.00

Aiskrim RM 15.00

Air minuman RM 36.00

Fabrik RM 38.00 Sabun RM 4.20

Ubat gigi RM 3.60 Berus gigi RM14.50 6.00 Syampu RM 18.00

Jam RM 72.00

TV RM 880

Kamera RM 640

Cakera padat RM 40.00

Lampiran 2: Lembaran kerja Item Harga asal

Diskaun

Harga selepas diskaun

Jumlah wang dijimat

Jumlah:

2.4

ISU-ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

Pengajaran konsep pecahan, perpuluhan dan peratusan adalah antara cabaran pengajaran matematik di sekolah. Murid telah membina pengetahuan tentang pecahan, perpuluhan dan peratusan berdasarkan pengalaman mereka di rumah, melalui permainan dan aktiviti lain di luar sekolah. Justeru menjadi tanggungjawab pendidik untuk menghubungkaitkan pengetahuan yang telah mereka bina dengan pengetahuan yang diajar di bilik darjah supaya pemahaman mereka tentang kosep pecahan,

perpuluhan dan peratusan dapat dibangunkan dengan mantap. Segala kekeliruan dan salah tanggapan perlu diperbetulkan.

2.4.1 Isu-Isu Penting Dalam Pengajaran Pecahan Pecahan adalah antara kandungan penting dalam kurikulum matematik sekolah rendah. Pengetahuan dan kemahiran dalam pecahan diperlukan dalam pembangunan pemikiran berkaitan perkadaran, seterusnya dalam pengajian lanjutan matematik yang akan melibatkan aljabar dan kebarangkalian. Walau bagaimanapun banyak guru mendapati pecahan adalah bidang yang sukar untuk diajar, dan banyak murid menghadapi masalah mempelajarinya.

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, apakah konsep dan kemahiran yang berkaitan dengan pecahan yang sukar untuk difahami oleh murid?

Isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran pecahan telah banyak diperkatakan oleh pakar pendidikan matematik. Antaranya adalah kekeliruan disebabkan oleh

beberapa tafsiran digunakan tentang konsep konstruk pecahan, perwakilan pecahan, pengekodan pecahan yang berbeza, dan menggunapakai generalisasi yang sama bagi operasi ke atas nombor dan pecahan (Clarke et al. 2008, Kilpatrick & Jeremy 2001, McLeod & Newmach 2006, Sieglar et al. 2010). Aktiviti 1 Tulis atau lukiskan

3 dalam pelbagai cara yang anda boleh fikirkan. 4

Pelbagai tafsiran berbeza yang digunakan bagi konstruk pecahan. Pecahan boleh dimaksudkan dengan sebahagian daripada keseluruhan (part-whole), sukatan, hasil bahagi (quotient), pengoperasi (operator), dan nisbah. Sebagai contoh,

2 : tafsiran 3

sebahagian daripada keseluruhan bermaksud 2 daripada 3 bahagian yang sama saiz. Konteks ini digunakan bergantung kepada situasi di mana adanya keupayaan untuk petakkan (partition) suatu kuantiti yang selanjar (seperti keluasan, jarak, isipadu) kepada bahagian-bahagian yang sama atau satu set objek yang diskret kepada set-set yang sama banyak. Apabila pecahan ditafsirkan sebagai sukatan kuantiti (misalnya setengah kek), dan ianya relatif bagi satu unit kuantiti. Tafsiran sukatan berbeza dengan konstruk pecahan yang lain kerana bilangan bahagian yang sama banyak bagi satu unit adalah bergantung kepada berapa banyak seseorang ingin bahagikan. Pecahan boleh juga ditafsirkan sebagai operasi hasil bahagi atau hasil membahagikan suatu nombor, misalnya 23 =

2 . Pecahan juga boleh dilihat dalam 3

konteksnya sebagai pengoperasi, iaitu untuk operasi ke atas satu unit atau hasil kepada operasi yang sebelumnya. Sebagai contoh,

3 1 daripada 12 = 9 dan 8 = 2. 4 4

Pecahan juga digunakan sebagai nisbah. Iaitu satu cara untuk membandingkan saiz bagi dua set atau dua ukuran. Misalnya bagi setiap empat biji rambutan merah terdapat satu biji rambutan hijau. Terdapat pelbagai tafsiran berbeza yang boleh diberikan tentang konstruk pecahan. Oleh itu pendidik perlu memberikan pemahaman dan pengalaman yang baik, matang dan fleksibel supaya murid boleh membezakan setiap satu dan berupaya membuat hubungkaitan antara pelbagai tafsiran tentang maksud pecahan mengikut situasi. Amalan pengajaran guru yang cepat kepada penggunaan perwakilan yang abstrak dan terus memberi tumpuan kepada manipulasi simbol pecahan telah menyebabkan murid tidak mempunyai kefahaman yang matang tentang konsep pecahan. Amalan begini boleh menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran

dalammewakili nombor pecahan dengan simbol yang piawai dan menggunakansimbol pecahan dengan sewajarnya (Kilpatrick & Swafford 2001). Isu seperti ini perlu ditangani dengan baik oleh pendidik. Sebelum penggunaan perwakilan pecahan secara abstrak, murid perlu didedahkan dengan model perwakilan secara konkrit dan piktorial terlebih dahulu. Pendekatan pengajaran tentang pecahan perlu memberi ruang kepada murid untuk melihatnya dari perspektif mereka (McLeod &Newmarch 2006). Nombor pecahan simbol seperti

3 misalnya, boleh diwakilkan dalam beberapa penulisan 4

6 9 , , 0.75, 75%. Pengekodan nombor pecahan yang pelbagai seperti 8 12

ini boleh mengelirukan murid jika kefahaman yang jelas tidak diberikan kepada mereka. Pengajaran dalam kelas lebih memberi tumpuan dari sudut sintaksnya, iaitu simbol ditukarkan kepada yang lain mengikut turutan hukum matematik sahaja. Sedangkan setiap perwakilan nombor pecahan tersebut mempunyai semantiknya, iaitu perwakilan yang ada maksudnya. Pengajaran kelas perlu memberi tumpuan kepada maksud setiap perwakilan dan hubungkaitan antara setiap satunya (Kilpatrick & Swafford 2001).

Kebanyakan murid percaya mendarab akan menjadikan nombor lebih besar dan membahagi akan menyebabkan nombor menjadi lebih kecil. Murid akan menghadapi masalah sekiranya menggunakan konsep ini apabila menyelesaikan nombor pecahan. Dalam contoh lain, berdasarkan pengalaman lepas, murid telah didedahkan tentang konsep pendaraban sebagai penambahan berulang. Misalnya,

, tetapi adalah sukar bagi murid untuk menggunakan strategi yang sama untuk membuat visualisasi bagi operasi pendaraban nombor pecahan yang berikut:

. Aktiviti 2 Cadangkan strategi yang sesuai kepada murid bagi untuk

menerangkan operasi pendaraban di atas. Fikirkan kesukaran yang dihadapi murid apabila melaksanakan operasi pembahagian yang melibatkan pecahan. Beberapa contoh yang dikemukakan di atas adalah situasi di mana murid membuat generalisasi yang sama bagi operasi ke atas nombor bulat dan ke atas pecahan. Sekiranya tidak diberikan penerangan yang bermakna murid boleh keliru dan akan membuat manipulasi simbol secara hafalan. Murid menghadapi kesukaran dalam membina kemahiran yang fleksibel dalam menterjemahkan pecahan daripada perwakilan yang konkrit kepada perwakilan pecahan yang simbolik. Bagi menangani isu ini pendidik perlu mengkaji cara-cara bagaimana murid memahami sesuatu konsep matematik dan pengalaman secara tidak formal tentang pecahan yang murid telah peroleh perlu diambil kira. Pengajaran perlu memberi ruang kepada murid membina kemahiran menaakul bukannya sekadar prosedur mekanikal.

2.4.2 Isu-Isu Penting Dalam Pengajaran Perpuluhan Pengajaran nombor perpuluhan juga mempunyai isu dan permasalahan. Pengajaran perpuluhan biasanya bermula dengan mengaitkan perpuluhan dengan pecahan. Walaubagaimana pun adalah mudah menyatakan nilai pecahan dalam bentuk perpuluhan bagi pecahan bagi nombor nisbah. Misalnya 1/2 dan 2/5 boleh dinyatakan sebagai 0.5 dan 0.4 masing-masing dalam bentuk perpuluhan. Namun murid agak sukar memahami pecahan yang boleh dinyatakan dalam bentuk nombor berulang. Sebagai contoh 1/3 boleh dinyatakan sebagai 0.3333... dan 5/9 boleh dinyatakan sebagai 0.55555... Bagi pecahan yang lebih kompleks seperti 3/7 (yang boleh

dinyatakan sebagai 0.428571...), ianyanya lebih rumit lagi untuk dijelaskan secara gambarajah pecahan atau garis nombor. Sebagai seorang guru, anda perlu

menjelaskan nombor perpuluhan seperti ini jika ditanya oleh murid. Penggunaan kalkulator boleh membantu guru untuk menjelaskan masalah tersebut kepada murid.

Selain daripada itu, sebahagian murid akan keliru apabila membandingkan nilai dua nombor perpuluhan yang berbeza bilangan tempat perpuluhan secara tipikal. Cuba teliti contoh berikut: 0.4 dan 0.35 ...... 3.5 dan 3.25 ...... Fenomena pertama di 0.35 lebih besar kerana 35 lebih besar daripada 4 3.5 lebih kecil kerana 5 lebih kecil daripada 25 atas dikenali sebagai longer-is-larger dimana ada

kecenderungan memilih nombor

yang mempunyai bilangan digit selepas titik

perpuluhan yang lebih banyak atau besar sebagai nombor yang lebih besar. Fenomena kedua pula dikenali sebagai shorter-is-smaller.

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan kesilapan murid tersebut? Bagimanakah anda sebagai guru boleh membantu murid yang mengalami masalah salah konsep tersebut?

Dalam operasi tambah atau tolak yang melibatkan nombor perpuluhan juga adakalanya mendatangkan masalah. Sebahagian murid akan membuat kesilapan apabila menambah atau menolak nombor perpuluhan dengan nombor bulat sekiranya bilangan tempat perpuluhan tidak ditekankan. Cuba teliti masalah berikut: 4.2 + 3 + 0.4 = 4.9 6.5 4 = 6.1 Jelaskan kesilapan yang dilakukan oleh murid tersebut dan cadangkan aktiviti yang sesuai bagi membantu menangani masalah seumpamanya.

Dalam operasi darab nombor perpuluhan dengan nombor bulat pula, biasanya tempat perpuluhan ditentukan selepas operasi darab dijalankan. Guru akan meminta murid mangabaikan titik perpuluhan terlebih dahulu sebelum mendarabkan nombor yang berkenaan. yang asal. Kemudian titik perpuluhan diletakkan sama seperti tempat perpuluhan

Contoh: 3.25 x 6 , darabkan dahulu 325 x 6 = 1950 Jawapan: 19.50 sebab bilangan tempat perpuluhan asal adalah 2.

Sebagai seorang guru matematik, komen cara pengajaran tersebut sama ada sesuai atau tidak untuk diamallkan dalam proses pengiraan tersebut.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran nombor perpuluhan di sekolah, anda tentunya mempunyai isu atau permasalahan lain yang boleh dikongsi antara rakan sekuliah anda. Jalankan satu sesi perbincangan dalam kumpulan 3 4 orang dikalangan rakan kuliah anda.

2.4.3 Isu-Isu Penting Dalam Pengajaran Peratus Peratus sangat lazim digunakan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun salah tanggapan dan salah gunaan konsep peratus sangat meluas di kalangan pelajar kita. Kadang kala salah tanggapan tentang peratus wujud di sekitar kita dan pelajar melihat dan mempercayai salah tanggapan ini. Berapa contoh salah tanggapan , salah konsep dan salah fahaman tentang peratus dibincangkan di bawah ini.

Contoh 1: Ramai pelajar tidak tahu bahawa asas bandingan untuk peratus ialah satu ratus. Jika di tanya soalan berikut : Jika 9 % daripada pelajar tidak menghantar kerja rumah mereka, 9 daripada berapa orangkah yang tidak menhantar kerja rumah? Ramai pelajar tidak dapat menjawab soalan ini. Disini, idea asas peratus tak kukuh. Maka guru harus memastikan bahawa semua pelajar harus memahami konsep asas peratus. Isu ini mungkin timbul daripada pedagogi pengajaran guru.

Contoh 2: Diskaun sebanyak 100%

Apakah maksud kenyataan di atas. Adakah barang tersebut percuma ? Pada kebiasaannya, pekedai cuma mengenakan diskaun 50% sahaja dan peratus diskaun dikira berdasarkan harga jualan. Perkara-perkara begini yang merupakan gimik penjual mengelirukan pelajar.

Contoh 3: Kenyataan dalam akhbar harian atau iklan television yang mengesyorkan sesuatu produk. Contohnya , 80% daripada pengguna yang disoal selidik menggunakan jenama X berbanding dengan jenama lain. Kenyataan itu seolah -olah membuktikan bahawa ramai orang suka dan menggunakan jenama X, iaitu jenama X paling popular. Tetapi apa yang tak diketahui umum ialah bilangan orang yang terlibat dalam soalselidik tersebut. Jika hanya 5 orang disoal selidik, maka 80% hanya merujuk kepada 4 orang saja. Penggunaan peratus dalam cara ini tidak menyampaikan maklumat dengan tepat malah mengelirukan dan mengubah kebenaran. Contoh 4: Keputusan UPSR untuk dua buah kelas ditunjukkan seperti berikut:

Kelas Damar Kelas Anggerik

76% lulus

90% lulus

Kelas yang mana menunjukkan pencapaian yang lebih baik? Tentunya kelas Anggerik. Tetapi jika anda mengetahui bahawa bilangan murid dalam kelas Anggerik hanya 20 orang manakala bilangan pelajar dalam kelas Damar ialah 50 orang, maka ini mengubah persepsi kita kerana bilangan yang lulus dalam kelas Damar sebenarnya ialah 38 orang berbanding dengan 18 orang di kelas Anggerik. Jadi peratus kadang kala digunakan untuk mengubah persepsi dan menyorok keadaan sebenarnya. Pengajaran peratus haruslah dikaitkan dengan kehidupan seharian dengan memberi fokus kepada aplikasi dalam kehidupan seharian. Semua salah tanggapan miskonsepsi tentang peratus perlu dibincangkan dan dijelaskan dalam

kelas. Pelajar juga harus diajar menggunakan peratus dengan penuh tanggungjawab tanpa memutar belitkan maklumat.

2.5

PENUTUP

Tahniah kerana anda telah membaca dan melaksanakan perbincangan dan latihan seperti yang dikehendaki dalam modul ini. Anda seharusnya berupaya untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna bagi kemahiran dalam tajuk pecahan, perpuluhan dan peratus. Selamat maju jaya.

Chinnapan, M. (2000). Preservice teachers' understanding andrepresentation of fractions in a javabars environment. Mathematics EducationResearch Journal 13: 234-253. Clarke, D.M., Roche, A. & Mitchell, A. Practical tips for making fractions come alive and make sense. Mathematics Teaching in Middle School 13 (March 2008): 372380. Kilpatrick, J. & Swafford, J. (2001). Adding it up: Helping children learn mathematics. Washington DC: National Academy Press. McLeod, R. &Newmarch, B. (2006). Fractions. University of London: National Researchand Development Centre. Siegler, R. et al. (2010). Developing effective fractions instruction for kindergarten through 8th grade: A practice guide. Washington, DC: National Center for Education Evaluation and Regional Assistance. Pautan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpuluhan http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-percents.html http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-fractions.html http://pgsrkpt.blogspot.com/2011/08/mengajar-nombor-pecahan-perpuluhan-dan.html http://panduanpercuma.info/petua-tips/4219/cara-mudah-fahami-pecahan-danpersamaannya-dalam-sistem-perpuluhan/ http://www.mathsisfun.com/decimals-menu.html

PENULIS MODUL MTE 3109


IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Datin Zaitun bt Othman Pn Hafizah bt Omar En Nor Hawan b Misiran Dr Roslina bt Radzali Dr Yusminah bt Mohd Yusof En Mokhtar b Ishak Pn Azizah Hj Tengah Pn Rubaidah bt Ismail Pn Wan Kamariah bt Wan Abdullah

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK 1. 2. 3. Pn Parimalarani Sivasubramaniam Y. M Tengku Noor Zima Tuan Jaafar Cik Nellie Gan Hong Suan

IPG KAMPUS ILMU KHAS 1. Pn Khalidah bt Othman

You might also like