P. 1
kerja kursus bmm3109

kerja kursus bmm3109

|Views: 37|Likes:
Published by MHD AMIN OMAR
kerja kursus bmm3109 2013
kerja kursus bmm3109 2013

More info:

Published by: MHD AMIN OMAR on Aug 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/11/2013

pdf

text

original

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISAWZAHAN GURU (PPG) (KOHORT 1 SEMESTER 5) NAMA PELAJAR :

TAJUK KURSUS: MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BMM3109)

SEMESTER : 5

TARIKH MULA

INTERAKSI 2

TARIKH HANTAR

INTERAKSI 4

Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menjelaskan dan menghuraikan proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu iaitu kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. 2. membanding beza imbuhan dan bentuk perkataan bahasa Melayu, 3. Mengklasifikasikan golongan kata, golongan kata kerja, jenis kata adjektif, dan kata tugas. 4. Mencerakinkan golongan kata dalam bahasa Melayu Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4 Ojektif Kerja Kursus: Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat: 1. Membuat rumusan dalam borang pengurusan grafik tentang pembentukan kata bahasa Melayu 2. Membuat ulasan kritis tentang pembentukan kata bahasa Melayu dalam bentuk esei. 3. Menghuraikan jenis-jenis pembentukan kata dalam bahasa Melayu 4. Membuat laporan refleksi individu tentang pelaksanaan projek tersebut.

Tugasan Projek (100%) Kursus ini menjelaskan tentang proses pembentukan kata bahasa Melayu termasuk pembentukan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan pembentukan kata baharu, imbuhan dalam bahasa Melayu, bentuk perkataan bahasa Melayu , golongan kata, golongan kata kerja, jenis kata adjektif, dan kata tugas.

Secara Individu, anda dikehendaki: A. Menjelaskan maksud proses pembentukan kata (20%) Dengan merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga sebagai panduan utama, dan mana-mana buku tatabahasa Bahasa Melayu yang lain, anda dikehendaki menghurai atau menjelaskan maksud proses pembentukan kata itu. Huraian itu hendaklah disertakan contoh. B. Menghuraikan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu (30%) Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu sangat penting diketahui dan difahami. Bentukbentuk kata terhasil apabila proses pembentukan kata berlaku. Oleh yang demikian, anda dikehendaki menghuraikan proses pembentukan kata tersebut beserta contohnya. D. Penulisan Akademik (40 %) Berdasarkan satu petikan rencana pengarang dari suratkhabar keluaran tempatan, anda dikehendaki membuat satu analisis rencana tersebut secara kritis dengan mengkaji proses pembentukan kata tersebut. Di samping itu, klasifikasikan kata tersebut mengikut penggolongan kata bahasa Melayu. Nama dan tarikh suratkhabar yang anda kaji itu mesti disertakan bersamasama. Panjang petikan adalah 300 – 500 patah perkataan. Petikan umum adalah digalakkan dan tidak dibenarkan petikan hiburan dan politik. E. Penulisan Reflektif (10%)

Secara individu, anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda tentang aspek-aspek yang berikut: pengalaman anda semasa menjalankan tugasan ini (mencari bahan, memproses dan menghasilkan tugasan) ii. masalah yang anda hadapi semasa manjalankan tugasan dan cara mengatasinya, ii. aplikasikan pengalaman anda semasa menjalankan tugasan itu dengan peningkatan tahap pemahaman anda tentang proses pembentukan kata, dan kemampuan anda menangani masalah itu. i.

F. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Muka hadapan hendaklah mengikut templet terkini. 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf – 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan hendaklah mengikut format APA (American PsychologicalAssociation) 3.6 Lampiran adalah wajib

3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja 4. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual) 5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan 7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas soalan b. Perkembangan yang sesuai c. Implikasi.... d. Rumusan/cadangan dan dapat menjawab persoalan tugasan 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren 6. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kafasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah 7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

.......................................... (MUHAMMAD BIN CHE MAJID ) Penyelaras Kursus BMM3109, Program Pensiswazahan Guru, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

..................................................... ( ANUA BIN HARIS) Pakar Bidang (SME), Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Disahkan oleh:

(NORMAIZAM BT HAMID) Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->