You are on page 1of 10

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN 1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa. 1.2 Pertandingan Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah. 1.3 Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. 1.4 Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1.5 Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.

2.0

SUMBER Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5.

3.0

TEMA Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

4.0

PENYERTAAN 4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan. 4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew. 133

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum dikemukakan untuk pertandingan. 4.4 Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru. 4.5 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga ( 03 ) orang guru berdasarkan kapasiti berikut : 4.5.1 Pegawai Penyelaras Negeri 4.5.2 Guru Pembimbing/ Jurulatih ... ... 1 orang 2 orang

4.6 Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan amat digalakkan. 5.0 SKRIP 5.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera Melayu ( KOMSAS ) Tingkatan 1 hingga 5 drama semasa. 5.2 Skrip boleh diimprovisasi dan diadaptasi tetapi tidak terpesong daripada skrip asal. 5.3 Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran. 6.0 DISIPLIN PENTAS. 6.1 Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan. 6.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja. 6.3 Penggunaan bahan DIBENARKAN. letupan, gas, ledakan dan api TIDAK

6.4 Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan, projektor LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN. 6.5 Kumpulan drama TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

133

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

6.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan. 6.7 Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan. 7.0 MASA PERSEMBAHAN 7.1 Persembahan tidak melebihi 30 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan. 7.2 Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit. 7.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog. 8.0 PEMARKAHAN 8.1 Bahasa ( 40 markah ) 8.1.1 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak 8.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak 8.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak 8.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai dengan watak 8.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak dan budaya setempat 8.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis 133
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

8.2 Persembahan (20 markah) 8.2.1 8.2.2 8.2.3 8.2.4 8.2.5 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan. Memperlihatkan persembahan yang menarik. Memperlihatkan persembahan yang kreatif. Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik. Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

8.3 Lakonan ( 20 markah ) 8.3.1 8.3.2 8.3.3 8.3.4 8.3.5 8.3.6 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik. Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan ( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik. Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik . Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik. Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik. Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

8.4 Sinematografi ( 10 markah ) 8.4.1 8.4.2 8.4.3 8.4.4 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan. Rekaan/pilihan dimanfaatkan. prop yang menarik, berfungsi dan

Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna. Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan. 133

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

8.4.5 8.4.6

Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan. Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

8.5 Pengarahan ( 10 markah ) 8.5.1 8.5.2 8.5.3 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip. Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama. Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.

9.0

PENGHAKIMAN / PENILAIAN. 9.1 Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 9.2 Peringkat Negeri dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 9.3 Peringkat Kebangsaan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 9.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 9.5 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri. 9.6 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep Kementerian Pelajaran Malaysia. 9.7 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.

10.0

DISIPLIN PESERTA 10.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah. 133

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

10.2

Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju t tanpa kolar serta pakaian yang mencolok mata adalah DILARANG sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah. Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.

10.3

11.0

TINDAKAN 11.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep .

12.0

AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

133
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

BORANG PEMARKAHAN DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Giliran No. Sekolah Tajuk Drama : : :

Perkara Struktur tatabahasa yang betul, sebutan jelas dan lancar Pengolahan bahasa yang baik, indah & gramatis Meyakinkan/ menarik Kreativiti/Dramatik Pemikiran Penghayatan watak Gesture/gerak isyarat Kesatuan lakonan Pentafsiran watak Rekaan Set Prop, kesan bunyi, cahaya Tatarias Tafsir skrip Bentuk watak Kawalan keseluruhan JUMLAH

Kriteria Penskoran Lemah: 1 10 Baik: 11 29 Cemerlang: 30 - 40

Markah

Catatan

Bahasa (40 markah)

Persembahan ( 20 markah )

Lemah: 1 - 6 Baik: 7 - 14 Cemerlang:15 - 20

Lakonan ( 20 markah )

Lemah: 1 - 6 Baik: 7 - 14 Cemerlang: 15 - 20

Sinematografi ( 10 markah )

Lemah: 1 - 3 Baik: 4 - 7 Cemerlang: 8 - 10

Pengarahan ( 10 markah )

Lemah: 1 - 3 Baik: 4 - 7 Cemerlang: 8 - 10 100

Tandatangan Hakim : ..........................................

133
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDU PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS PERINGKAT KEBANGSAAN Nama : ................................................................ Tarikh : ................................ GILIRAN PESERTA MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM 1/2/3/4//5

Tandatangan Hakim..

133
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS PERINGKAT KEBANGSAAN GILIRAN HAKIM PESERTA 1 HAKIM 2 HAKIM 3 HAKIM 4 HAKIM 5 JUMLAH KEDUDUKAN

Pengesahan oleh Ketua Hakim, ( )

133
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

BORANG KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS PERINGKAT KEBANGSAAN A. KEPUTUSAN KESELURUHAN GILIRAN PESERTA JUDUL DRAMA

KEDUDUKAN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA B.

KEPUTUSAN INDIVIDU WATAK JUDUL DRAMA GILIRAN

ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK PELAKON PEREMPUAN TERBAIK PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN TERBAIK SINEMATOGRAFI TERBAIK PENGARAH TERBAIK

HAKIM 1 2 3 4 5

PENGESAHAN HAKIM NAMA TANDATANGAN

TARIKH

133
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

You might also like