You are on page 1of 2

Dalam mengejar arus kemodenan, negara Malaysia telah duduk sama rendah,berdiri sama tinggi setanding dengan negara-negara

maju yang lain.Rakyat Malaysia telah dapat menghirup udara kemerdekaan dan hidup dengan harmoni dan sejahtera. Namun dalam pada itu,masih ada permasalahan yang mengocak jiwa yang menjadi duri dalam daging iaitu masyarakat hari ini memandang enteng terhadap budaya nilai-nilai murni .Langkah proaktif perlu dilaksanakan dan pelbagai manhaj dan uslub yang drastik,pragmatik dan inovatif perlu dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana lantaran budaya nilai-nilai murni kian hari kian lenyap dan ini menimbulkan kebimbangan dan kerisauan di benak jiwa kita jika masalah ini berterusan. Lantaran itu,ibu bapa merupakan golongan vital untuk menangani permasalahan ini. Seperti yang sedia maklum,ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dan terhampir dengan anak-anak mereka. Jadi sudah pastinya ibu bapa merupakan wadah yang berkesan untuk melahirkan individu yang mengamalkan nilai-nilai murni.

Menurut nada yang serupa,ibu bapa berkewajipan mendidik dan membimbing anak-anak mereka.Ibu bapalah yang mencorak kain anak-anak mereka sama ada hitam ataupun putih.Jika baik, maka baiklah impak yang diterima dan di sebaliknya. Ibu bapa wajib menerapkan ilmu agama dan nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak mereka bagi membentuk peribadi dan sahsiah yang mulia. Tidak hanya mencukupi pengajaran formal yang diterima di sekolah,di rumah juga ibu bapa perlu memainkan peranannya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sebagai contohnya, bagi umat Islam,ibu bapa hendaklah mengajar cara bersolat,mengaji al-Quran,dan sebagainya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan golongan dominan untuk mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yang utuh dan ampuh untuk menjana dan menyemai nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak mereka. Tambahan lagi,ibu bapa hari ini semakin sibuk mengejar kemewahan dan material hidup sehingga sanggup mengabaikan anak-anak mereka. Sejajar dengan itu, ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga untuk menyemai nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak mereka.Tamsilnya,ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka bercuti ke pusat peranginan yang terdapat di dalam Malaysia ini.Secara tidak langsung,anak-anak akan berasa disayangi dan seterusnya nilai kasih sayang dapat disemai dalam diri anak-anak mereka.Selanjutnya, anak-anak akan terhindar daripada segala anasir yang negatif dan tidak mudah terjerumus dan terjebak ke dalam kancah negatif serta mampu mendidik anak mereka bersifat kamil dan mengamalkan nilainilai positif kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.

Dalam perkara yang sama,ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka lantaran mereka merupakan golongan rigid dalam memasakkan sifat-sifat mahmudah di dalam diri anak-anak mereka.Ibu bapa tidak sewajarnya bertengkar dan bertikam lidah di hadapan anak-anak mereka.Ibu bapa perlu menunjukkan keperibadian dan berpekerti mulia sebagai ikutan anak-anak mereka kerana anak-anak mudah terpengaruh dengan tindak-tanduk dan tingkah laku ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu menjaga tatatertib dan tatasusila yang bermoral supaya anak-anak mudah menerima cara yang seperti mana ditunjukkan oleh ibu bapa mereka dan sejajar dengan itu,penerimaan cara itu akan di praktikkan dan seterusnya diaplikasikan di dalam kehidupan harian.Lantaran itu, pertumbuhan insan yang jumud dan mundur akan dapat dihapuskan dan nilainilai murni akan terwujud dan dapat dilaksanakan. Di samping itu,nilai-nilai murni boleh disemai melalui cara ibu bapa memahami perangai dan tingkah laku anak-anak merek. Hal ini demikian kerana berdasarkan kata-kata ahli falsafah Ibnu Khaldun beliau berkata sesuatu tamadun itu dapat diwujudkan melalui pembangunan rohaniah dan lahiriah manusia.Berdasarkan perkara yang dihuraikan itu terbukti bahawa ibu bapa perlu mengetahui dan memahami tingkah laku dari sudut luaran dan dalaman dalam membentuk nilainilai murni dalam diri anak-anak mereka zaman kini adalah kerana sikap ibu bapa yang kurang mengambil berat dan memandang luwes terhadap perangai dan tingkah laku anak-anak mereka. Ibu bapa yang terlalu mengikut perasaan mengakibatkan anak-anak berasa dipinggirkan dan diabaikan tanpa diberi perhatian yang sewajarnya. Oleh itu,ibu bapa perlu lebih bersifat rasional dan proaktif. Konklusinya,nilai-nilai murni mampu dicetuskan dan disuburkan sekiranya ibu bapa mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam melahirkan anak-anak yang berperibadi mulia.Seperti yang telah diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita, DatoSeri Najib Tun Abdul Razak dalam gagasan 1 Malaysia yang menginginkan dan mengharapkan agar rakyat Malaysia senantiasa bersatu-padu dan beradu tenaga serta berlumba-lumba mencapai kerjayaan untuk Malaysia serta mengharapkan generasi muda dan pelapis-pelapis negara yang merupakan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara untuk memimpin dan mengharumkan nama negara Malaysia ke Seantero negara dengan pencpaian dan kerjayaan yang memberangsangkan.Pentetan itu,segenap lapisan masyarakat perlu diperkemas tekad,azam dan iltizam lalu seiya sekata dan sederap memajukan negara dan menghadapi segala onak duri dan ranjau dengan berani,impian untuk mencapai wawasan 2020 tidak hanya menjadi omong-omong kosong jika rakyat sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni kerana yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.

You might also like