You are on page 1of 4

PANDUAN DALAM PENULISAN OBJEKTIF TINGKAH LAKU (A) OBJEKTIF PSIKOMOTOR

Dalam penulisan objektif psikomotor, kita perlu memberi tumpuan kepada tiga perkara, ia itu: (i) (ii) (iii) apa yang perlu dilakukan oleh murid situasi perlakuan tersebut syarat menandakan murid berjaya Mari kita lihat contoh-contoh di bawah ini:

Bil 1. 2. 3. 4.

Apa yang perlu dilakukan oleh Melakukan hantaran paras dada Lari ulang alik 4 kali Lompat skip Melambung dan menyambut gelung rotan Mengaplikasikan kemahiran hantaran lob

Situasi perlakuan tersebut Tepat kepada rakan sejauh 4 meter Sejauh 10 meter setiap kali Sejauh 15 meter Melambung dengan satu tangan setinggi 3 meter dan menyambut dengan tangan yang lain Dalam situasi permainan kecil

Syarat menandakan murid berjaya Sebanyak 8 daripada 10 percubaan Dalam masa 15 saat Sebanyak 3 kali percubaan Sebanyak 4 daripada 5 percubaan Setiap kali menghantar bola kepada rakan

5.

Sekarang, mari kita menulis objektif-objektif di atas dalam bentuk pernyataan. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: (1) (2) (3) (4) (5) melakukan hantaran paras dada tepat kepada rakan sejauh 4 meter sebanyak 8 daripada 10 percubaan lari uang alik (4 kali), sejauh 10 meter setiap kali, dalam masa 15 saat lompat skip sejau 15 meter sebanyak 3 kali percubaan melambung gelung rotan dengan satu tangan setinggi 3 meter dan menyambutnya dengan tangan yang lain, sebanyak 4 daripada 5 percubaan mengaplikasikan kemahiran hantaran lob dalam situasi permainan kecil setiap kali menghantar bola kepada rakan

Baiklah! Sekarang, cuba tulis lima contoh objektif tingkah laku psikomotor. Anda boleh berbincangan dengan rakan-rakan anda dalam kumpulan bertiga.

PANDUAN DALAM PENULISAN OBJEKTIF TINGKAH LAKU (B) OBJEKTIF KOGNITIF

Objektif kognitif berkaitan dengan ilmu yang akan disampaikan kepada murid dan bagaimana murid dapat menterjemahkan atau mentafsirkan ilmu tersebut dalam bentuk lisan atau tulisan. Oleh itu, kata kerja yang digunakan dalam pernyataan objektif tingkah laku kognitif amatlah penting. Kata kerja ini hendaklah boleh membantu guru menilai sama ada objektifnya tercapai atau tidak.

Dua kata kerja yang langsung tidak dapat mebantu guru menilai sama ada objektifnya tercapai ialah "mengetahui" dan "memahami". Oleh itu, elakkan penggunaan dua perkataan ini dalam pernyataan objektif kognitif anda.

Sekarang, marilah kita senaraikan empat kata kerja yang boleh digunakan dalam pernyataan objektif kognitif. (1) (2) (3) (4) menyenaraikan menjelaskan menyatakan mencipta Sekarang, mari kita menulis empat objektif kognitif dengan menggunakan perkataan-perkataan di atas dalam bentuk pernyataan. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: (1) (2) (3) (4) menyenaraikan tujuh warna pelangi mengikut urutan menjelaskan sekurang-kurangnya tiga langkah keselamatan yang perlu di ambil semasa menjalani perkhemahan menyatakan sekurang-kurang dua alat kebersihan diri untuk setiap anggota badan, ia itu, muka, rambut, telinga, gigi dan badan mencipta dua pantun empat kerat yang bertemakan "Keselamatan Di Jalan Raya"

Apabila perkataan "sekurang-kurangnya" digunakan, ini bermaksud, terdapat lebih jawapan daripada bilangan yang dinyatakan, dan jika murid boleh memberi lebih dari yang di minta, maka murid tersebut berada di tahap yang membanggakan. Jika tiada perkataan "sekurang-kurangnya", maka hanya itulah jawapan yang ada, atau ituah hasil yang diharapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Baiklah! Sekarang, cuba tulis lima contoh objektif tingkah laku kognitif. Anda boleh berbincang dengan rakan-rakan anda dalam kumpulan bertiga. 2

PANDUAN DALAM PENULISAN OBJEKTIF TINGKAH LAKU (C) OBJEKTIF AFEKTIF

Dalam penulisan objektif afeftif, kita perlu memberi tumpuan kepada tiga perkara, ia itu: (i) (ii) (iii) nilai atau sikap yang hendak dipupuk tingkah laku yang mencerminkan nilai atau sikap tersebut situasi di mana tingkah laku itu boleh wujud Mari kita lihat contoh-contoh di bawah ini:

Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Nilai atau sikap yang hendak dipupuk Bertanggung jawab Kerjasama Semangat kesukanan Keyakinan diri Kegembiraan

Tingkah laku yang mencerminkan nilai atau sikap tersebut Menutup semua suis lampu dan kipas Menyuarakan pendapat masingMemberi tepukan kepada kumpulan yang Mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan Memberi senyuman

Situasi di mana tingkah laku itu boleh wujud Apabila meninggalkan kelas untuk waktu rehat Semasa perbincangan Dalam permainan kecil Semasa sesi perbincangan secara kelas Apabila diberi pujian oleh guru

Sekarang, mari kita menulis objektif-objektif di atas dalam bentuk pernyataan.

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: (i) (ii) (iii) (iv) (v) menunjukkan sikap bertanggung jawab dengan menutup semua suis lampu dan kipas apabila meninggalkan kelas untuk waktu rehat menunjukkan sikap kerjasama dengan menyuarakan pendapat masing-masing semasa perbincangan kumpulan menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan yang menjuarai permainan kecil menunjukkan keyakinan diri dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi perbincangan secara kelas menunjukkan kegembiraan dengan memberi senyuman apabila dipuji oleh guru

Guru perlu wujudkan situasi agar tingkahlaku yang diingini dapat dipupuk. Baiklah! Sekarang, cuba tulis lima contoh objektif tingkah laku afektif. Anda boleh berbincang dengan rakan-rakan anda dalam kumpulan bertiga.

You might also like