You are on page 1of 6

Seorang isteri apabila ia mendurhakai suaminya bererti ia telah melakukan dosa besar.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang isteri itu di kira durhaka kepada.
suaminya.
1. Enggan menyahut dan menunaikan panggilan atau ajakan suaminya, samada untuk apa
jua urusan,lebih-lebih lagi apabila suaminya mengajak ke tempat tidur.
2. Tidak mematuhi perintah suami atau tidak mahu berkhidmat kepada suaminya, sama
ada ia diminta atau sebaliknya.
3. Bermasam muka kepada suami. Samada ketika dimarahi suami atau pada masa-masa
tertentu atau sepanjang masa.
4. Menyakiti suami dengan lidahnya.
5. Membeban suami dengan tuntutan-tuntutan yang di luar kemampuan suami
menyediakannya.
6. Keluar rumah tanpa izin suami, sama ada menutup aurat atau mendedah aurat. Kecuali
kepada hal-hal yang dibolehkan oleh syariat, dgn. syarat dlm. Keadaan menjaga marwah.
7. Berhias ketika suami tidak ada dirumah(disampingnya). Lebih-lebih lagi untuk
diperlihatkan
kepada orang lain, maka dosanya lebih besar lagi.
8. Menghina pergorbanan suami. Iaitu tidak berterima kasih dengan apa yang diberikan
oleh suami dan selalu sahaja menyatakan perasaan tidak puas hati, bahkan ia menuntut
lebih daripada itu.
9. Membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami ke dalam rumah.
10. Tidak mahu menerima nasihat dan pimpinan suami.

Dalam tafsir Ibnu Katsir di tafsirkan begini ;

Dalam Sunan dan Musnad diriwayatkan dari Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi bahwa
dia berkata (709)," Wahai, Rasululloh,apa hak istri atas suami?." Beliau bersabda,''
Memberinya makan,jika kamu makan;memberinya pakaian jika kamu berpakaian;tidak
memukul wajahnya;tidak boleh mencelanya,dan tidak boleh memboikotnya kecuali di
rumah.'' Firman ALLAH Ta'la " Dan pukullah mereka" Yakni,jika istri tidak
meninggalkan perbuatan yg buruknya setelah dinasihati dan di boikot,maka kamu boleh
memukulnya dengan pukulan yang tidak melukai,sebagaimana itu ditetapkan dalam
shahihain, dari Jabir,dari Nabi SAW.Beliau bersabda dalam haji wada'
(710),''Bertaqwalah kepada ALLAH dalam urusan wanita,karena keberadaan mereka di
sisimu merupakan suatu ujian yang sulit. Yang menjadikan hakmu dan kewajiban mereka
ialah bahwa mereka tidak boleh berhubungan denga seseorang pun di tempat tidurmu.
Jika mereka melakukannya, maka pukullah mereka dengan tidak melukainya. Sedangkan
mereka berhak mendapatkan rezeki dan pakaian secara máruf.''.

Para ahli fiqih mengatakan:" pikulan yang tidak melukai ialah yang tidak sampai
memecahkan tulang dan meninggalkan bekas".

Firman ALLAH Táala," Jika mereka menaati kamu,maka kamu jangan


mencari-cari jalan utk menyudutkannya".Yakni,jika istri menaati suaminya dlm segala hal

1
di inginkan suami agar di lakukan istrinya; segala hal yang dibolehkan ALLAH,maka
stelah itu tidak ada jalan bagi suami utk menyudutkannya,memukul,menjauhinya di
tempat tidur". Firman ALLAH Taála," Sesungguhnya ALLAH Taála adalah Maha tinggi
lagi Agung" Yakni sesungguhnya ALLAH Taála adalah pelindung mereka.Jika kaum
suami mendzalimi kaum istri tanpa alasan,maka ALLAH akan menghukum orang yg
mendzalimi dan menganiayanya itu.

"......wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya (meninggalkan


kewajiban bersuami isteri. Nusyuz dari pihak isteri seperti
meninggalkan rumah tanpa izin suaminya), maka nasehatilah mereka dan
pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.
Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar."

NUSYUZ: BUKAN ISTERI SAHAJA

Nusyuz dari segi bahasa membawa makna derhaka. Dalam konteks perhubungan di
antara suami isteri, nusyuz memberi erti kebencian salah seorang isteri atau suami
terhadap yang lain, samada isteri bencikan suami atau suami bencikan isteri atau boleh
jadi kedua-duanya sekali benci membenci antara satu sama lain.

Berdasarkan penggunaan bahasa, digunakan perkataan nasyaza yang bererti meninggikan


atau melebihi. Perkataan ini dipadankan pula dalam perhubungan suami isteri yang mana
isteri selalu meninggi melebihi suami. Maka keadaan perempuan yang begini dikatakan
nusyuz iaitu telah menderhakai suaminya. Lazimnya apabila nusyuz berlaku,
rumahtangga juga akan bergolak dan bergelora.

Perkara nusyuz juga boleh berlaku kepada seorang suami. Seorang isteri yang nusyuz,
disyaratkan untuk memperbaiki keadaannya yang nusyuz itu. Bagaimanakah pula dengan
nusyuz seorang suami, bila dan bagaimanakah penyelesaiannya?

Nusyuz boleh terjadi pada suami disebabkan oleh dirinya sendiri. Ini terjadi kerana sifat
dan perangainya yang memang semulajadinya buruk, zalim dan tidak
berperikemanusiaan serta tidak memahami langsung konsep kekeluargaan atau kurang
faham dengan hakikat kefahaman yang sebenarnya iaitu tanggungjawab nafkah
lahir dan batin sepertimana huraian saya dalam siri-siri artikel yang lepas.

Banyak terdapat di hari ini suami yang berhidung belang walaupun sudah beranak pinak
dan beristeri, tetapi masih lagi mencari peluang dan kebebasan tidak terbatas di luar
rumah tanpa pengetahuan isterinya. Si suami mempunyai perempuan simpanan sehingga

2
melupakan tanggungjawab serta kewajipan terhadap keluarganya yang mana itu adalah
anugerah dan amanah dari Allah kepadanya.

Hatinya sedikitpun tidak merasa gembira berada di rumah malah sentiasa gelisah
walaupun si isteri telah memberi sepunuh kasih sayang dan ketaatan terhadapnya.
Isterinya dipandang buruk dan hina serta tidak berguna lagi untuk dirinya.

Suami yang begini akan selalu menghabiskan masanya di luar. Dia akan pulang jauh
malam dengan berbagai-bagai alasan yang mana semuanya itu untuk membohongi
isterinya sahaja.

Nusyuz seorang isteri terhadap suami ialah menderhakai perintah suami, engkar dalam
tanggungjawabnya, tidak melayan suaminya, bermasam muka, keluar tanpa izin
atau sebagainya. Nusyuz seorang suami pula ialah bersikap dingin terhadap isteri tanpa
sebab. Isterinya tidak menyakitkan hatinya ataupun engkar. Tetapi itu adalah kerana sikap
buruknya sendiri. Sedangkan isterinya itu merupakan seorang isteri yang solehah.

Suami yang nusyuz tidak akan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Dia
akan bersikap ganas dan zalim, tidak menghiraukan langsung nafkah
lahir dan batin isterinya.

Suami juga boleh dikatakan nusyuz andainya dia gemar menyusahkan isterinya dengan
memaksanya melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya seperti kerja-kerja berat
yang pada lumrahnya memang tidak terdaya disempurnakan oleh seorang wanita. Dia
juga bermasam muka dan tidak mahu berbicara tanpa sebab dan kesalahan dari pihak
isteri.

Ada juga sebab-sebab luaran yang mendorong suami berlaku nusyuz. Antaranya ialah
kesan dari pergaulan yang penuh dengan khayalan dengan perempuan pelacur atau
perempuan simpanan. Di samping itu juga dadah, arak dan judi adalah antara faktor
penyebab yang sama bahayanya dengan perempuan lacur dan perempuan simpanan.
Dalam surah Maidah ayat 91 Allah telah berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu


menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu
dengan sebab arak dan judi.”

Sesungguhnya atas apa sebab sekalipun, syariat Islam tidak pernah membenarkan
seorang suami itu berlaku nusyuz. Ini kerana isteri adalah amanah Allah terhadap
seorang suami itu. Suami bertanggungjawab untuk memelihara, menjaga, melindungi
isterinya. Malah seorang suami bertanggungjawab untuk mendidik isterinya ke jalan
kebenaran sekiranya isterinya itu telah berlaku nusyuz kerana seorang isteri tidak
diwajibkan untuk mengawal dan menjaga atau memperbaiki keadaan suaminya kerana
suami adalah pemimpin sedangkan isteri adalah orang yang dipimpin.

3
Justru itu di manakah logiknya di akal apabila orang yang lemah hendak memikul orang
yang kuat kecuali benar-benar terdesak. Maka itu, suami yang berlaku nusyuz ini
merupakan petanda yang kurang baik kerana ianya mengancam keharmonian
rumahtangga.

Maka Allah telah menggariskan cara-cara untuk mengatasinya iaitu kedua suami isteri
hendaklah berbincang dan berdamai. Elakkan dari berlakunya perceraiaan. Dalam hal ini
Allah telah berfirman yang maksudnya:

“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari


suaminya nusyuz atau tidak melayaninya, maka tidaklah
salah bagi mereka (suami isteri itu) untuk berdamai
kerana perdamaian itu lebih baik dari bercerai……”

Demikianlah yang telah digariskan oleh Allah. Apabila berlakunya perkara nusyuz
seorang suami ini maka seharusnya perkara pertama yang dilakukan ialah dengan
berbincang secara elok dan tenang. Semoga dengan itu akan dapat dicapai suatu kata
sepakat tentang apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah itu.
Perceraian bukanlah satu jalan yang terbaik.

Terdapat segolongan pasangan suami isteri yang mudah sekali membuat keputusan untuk
bercerai. Dalam Al Quran Allah ada berfirman bahawa talak adalah perkara
halal yang paling dibenci Allah. Seharusnya apabila berhadapan dengan masalah begitu,
carilah jalan penyelesaian yang baik.

Namun begitu, seandainya berbagai cara telah dilakukan, berbincang sudah, tetapi retah
sudahpun belah, kaca sudahpun berkecai dan penceraian pula dirasakan sebagai jalan
penyelesaian yang paling baik, pilihlah jalan itu. Namun haruslah diambil kira apakah
nasihat kadi. Dalam surah An Nisa’ ayat 130 Allah telah berfirman dengan maksudnya:

“Dan, jika keduanya bercerai maka Allah akan cukupkan


keperluan masing-masing dari limpah kurnia-Nya dan
Allah amatlah luas limpah kurnianya lagi amat
bijaksana.”

Sesungguhnya kebahagiaan Rumahtangga itu hanyalah terlahir dari kesefahaman dan


kasih sayang yang seimbang. Keselarasan dalam fikrah dan prinsip merupakan sebuah
keadaan yang perlu dititik beratkan agar kestabilan rumahtangga dapat diujudkan. Para
suami haruslah menyingkap kembali lipatan sejarah Rasulullah seorang suami yang amat
menghargai isteri-isteri baginda. Jika diteliti dan dicontohi serta diamalkan, insyaAllah
persoalan nusyuz tidak akan timbul.

Ini adalah kerana masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing. Maka akan


tersimpullah ikatan kasih sayang yang diredhai Allah di atas rumahtangga. Semoga
dengan itu akan lahirlah pula pula generasi yang soleh dan solehah. tetapi jika sebuah

4
rumahtangga itu dikemudikan oleh seorang juragan (suami) yang tidak beriman,
bagaimana pula awak-awaknya (anak isteri) boleh terdiri di atas kebenaran.

Perlu ditegaskan lagi bahawa suami adalah tunggak rumahtangga. Sekaligus ianya adalah
penentu arah dan haluan hidup keluarganya samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Nusyuz ialah isteri yang derhaka atau ingkar kepada suami tanpa alasan yang munasabah
mengikut hukum syarak. Sebab-sebab terjadinya nusyuz ialah:

• Isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan atau tanpa izin daripada suaminya.
• Isteri menolak ajakan suami ke tempat tidur.
• Isteri bersikap kasar terhadap suaminya.
• Isteri tidak mengikut perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Akibat daripada perbuatan nusyuz ialah:

• Isteri hilang haknya sebagai isteri.


• Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepadanya.
• Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suaminya.
• Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.

Sabda Rasulullah S.A.W

( Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim )


Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda : “ Apabila
seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia menolak, sehingga suami
marah, maka para malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh. “
Cara-cara mengatasi perbuatan nusyuz ialah:

• Suami hendaklah memberi nasihat kepada isterinya dengan cara yang bijaksana
dan menerangkan terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh isterinya.
• Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan diri
daripada isterinya tidak lebih daripada tiga hari.
• Jika cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa perubahan kepada isteri,
suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar tetapi bukan untuk
mencederakannya.

Cara memukul yang diharuskan ialah:

• Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.


• Tidak memukul di bahagian-bahagian yang sensitif.

5
• Memukul dengan tujuan untuk mengajar dan menginsafkannya.
• Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.

Firman Allah S.W.T

( Surah an-Nisak: Ayat 34 )


Maksudnya :…Dan wanita-wanita yang khuatir melakukan nusyuz, hendaklah kamu
menasihati mereka. ( Jika degil ) kamu pulaukan tidur dengan mereka di tempat
perbaringan dan ( jika degil ) kau pukullah mereka ( dengan pukulan yang tidak
menyakiti badannya )…..

SISTERS
. Tuduhan nusyuz
Pihak mahkamah menyebelahi lelaki -- mahkamah sepatutnya lebih teliti dalam sesuatu
kes dan tidak menerima pernyataan suami secara menyeluruh, contohnya, dalam soal
nusyuz, hakim tidak patut menerima apa sahaja tuduhan yang lemparkan oleh pihak
suami -- berkemungkinan isteri bertindak sedemikian atas alasan yang kukuh. Sikap
prasangka terhadap wanita dalam soal nusyuz di mana nusyuz diberatkan ke atas wanita
dan tidak pula kepada lelaki patutlah dihapuskan. Pendekatan tersebut perlulah diubah.
Al-Qur’an ada menyebut nusyuz di dalam konteks suami dan isteri tetapi di dalam
undang-undang keluarga Islam di Negeri Selangor, nusyuz hanya wujud untuk pihak
isteri sahaja.

You might also like