You are on page 1of 30

PPPY1272 FIQH SIRAH

(Bab 3)

Wahyu, Dakwah
Nabi Muhammad
(s.a.w.) di Makkah
dan Cabarannya
OBJEKTIF Bab 3
 Memahami konsep al-tahannuth dan
kaitannya dengan penurunan wahyu.
 Mendalami maksud ayat-ayat al-Qur’an yang
diturunkan di peringkat awal.
 Membezakan strategi dakwah Nabi
Muhammad (s.a.w.) di peringkat awal.
 Memahami bentuk cabaran yang dialami
Baginda ketika berdakwah di Makkah.
 Mendalami reaksi Nabi Muhammad (s.a.w.)
terhadap cabaran dakwah di Makkah.
 Membezakan strategi dakwah Nabi
Muhammad (s.a.w.) di peringkat awal.
Bab 3 / 2
DAKWAH NABI MUHAMMAD
 Nabi Muhammad (s.a.w.) gemar
bertahannuth di gua Hira’.
 Bertahannuth ialah satu kebiasaan bagi
orang Arab; mengasingkan diri.
 Proses tahannuth (menurut Ibn ‘Abbas):
 Dilakukan sekali dalam setahun.
 Tinggal selama sebulan di gua Hira’.
 Memberi makan kepada orang miskin.
 Tawaf di Ka’bah sebanyak 7 kali.
 Pulang ke rumah.

Bab 3 / 3
DAKWAH NABI MUHAMMAD
 Terdapat perbezaan antara tahannuth
yang dilakukan oleh Nabi Muhammad
dengan Quraysh lain.
 Nabi lakukan dengan tujuan untuk
mencari ketenangan, bertafakur dan
memikirkan keagungan Allah (s.w.t.).
 Baginda amat membenci kekufuran dan
kemusyrikan yang dilakukan kaumnya.
 Baginda lakukannya mengikut syariat
Nabi Ibrahim (a.s.).
Bab 3 / 4
DAKWAH NABI MUHAMMAD
 Al-Tahannuth merupakan satu jalan
untuk mencintai Allah (s.w.t.).
 Ia menjadi ketentuan Ilahi bagi diri
Baginda untuk melaksanakannya.
 Proses selama 3 tahun ini adalah semata
–mata untuk Baginda mempersiapkan
diri bagi menjalankan usaha dakwah.
 Setelah bertahannuth, Allah muliakan
Baginda dengan menurunkan Jibril
membawa wahyu Ilahi.
Bab 3 / 5
WAHYU AWAL
 Dari ‘A’ishah: Jibril datang pada malam
Sabtu & malam Ahad. Jibril datang
sekali lagi pada malam Isnin, iaitu 17
Ramadan, membawa risalah nubuwwah.
 Nabi Muhammad berusia 40 tahun.
 Jibril mendekati Nabi Muhammad dan
menyuruh Baginda membaca (Iqra’).
 Surah al-‘Alaq, ayat 1-5, ayat pertama.
 Ia memaparkan keagungan Allah sebagai
Pencipta manusia.
Bab 3 / 6
WAHYU AWAL
 Ayat ini turut membuktikan bahawa
Nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai utusan
Allah, walaupun Baginda ialah ummi.
 Setelah menerima ayat-ayat ini, Nabi
berhadapan dengan fatrat al-wahy
(penurunan wahyu terhenti seketika).
 Jibril tidak datang membawa wahyu
selepas surah al-‘Alaq dan al-Muddathir.
 Tika ini, Nabi Muhammad berada dalam
keadaan yang amat dukacita.
Bab 3 / 7
AJARAN AWAL ISLAM
 Pada peringkat awal, penekanan
diberikan kepada aspek tauhid
(mengesakan Allah, beriman dengan
hari Akhirat dan pengadilan Ilahi serta
bersyukur).
 Aspek tauhid (mengesakan Allah) amat
penting kerana ia menentukan akidah
hamba-Nya.
 Ia menjadi tonggak kekuatan Islam.
 Ia memaparkan hubungan hamba
dengan Penciptanya.
Bab 3 / 8
AJARAN AWAL ISLAM
 Kalimah La ilah illa Allah,
mengarahkan kepada pengesaan Allah
dan membebaskan diri daripada
perhambaan sesama manusia.
 Keyakinan ini perlu kepada susulan
dengan amalan tidak menyekutukan
Allah.
 Tidak seperti Quraysh, mereka yakin
akan Allah sebagai pencipta, tetapi
pada masa yang sama mereka sembah
berhala.
Bab 3 / 9
AJARAN AWAL ISLAM
 Ini kerana mereka sebenarnya tidak
yakin dengan keesaan Allah (s.w.t.).
 Malah mereka sifat jalan penyekutuan
itu sebagai jalan mendekatkan diri
kepada Allah (s.w.t.).
 Mereka menjadikan berhala sebagai
perantaraan antara mereka dengan
Tuhan Pencipta Alam.
 Tugas Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah
untuk mengembalikan umat manusia
agar mengesakan Allah (s.w.t.).
Bab 3 / 10
AJARAN AWAL ISLAM
 Ajaran kedua ialah beriman dengan
hari Akhirat dan pengadilan Ilahi.
 Amalan yang baik akan dibalas baik
dan begitu juga sebaliknya.
 Pengadilan Ilahi amat penting kerana
ia boleh memberi kesedaran bahawa
apa sahaja yang dilakukan di dunia,
ada ganjarannya.
 Ini menjadikan manusia berhati-hati
dalam bertindak.
 Manusia sama sekali tidak akan leka.
Bab 3 / 11
AJARAN AWAL ISLAM
 Akan tetapi, Quraysh menganggap
balasan ini hanya untuk orang Islam
sahaja.
 Jika mereka menolak Islam, mereka
akan terlepas daripada seksaan ini.
 Ini tidak benar kerana ia meliputi
seluruh generasi manusia dari Adam
hingga akhir zaman kelak.
 Ajaran ketiga ialah agar manusia
menjadi hamba yang sentiasa
bersyukur.
Bab 3 / 12
AJARAN AWAL ISLAM
 Manusia perlu banyak bersyukur atas
segala nikmat yang diterima.
 Ini menggambarkan satu bentuk
pengiktirafan bahawa manusia amat
bergantung kepada yang lebih
berkuasa.
 Orang yang tidak bersyukur akan
dicela Allah dan menerima balasannya.
 Cara bersyukur ialah menerusi ibadat.
 Ibadat yang boleh dilakukan ialah
seperti solat dan tahannuth.
Bab 3 / 13
BENTUK DAKWAH RASULULLAH
 Berdakwah secara rahsia dan
disebarkan secara bersendirian.
 Kalangan keluarga Baginda dahulu.
 Quraysh tidak rasa terancam dengan
agama baru ini.
 Mereka samakan dengan agama lain di
kalangan mereka seperti Hanif.
 Selepas 3 tahun, dakwah secara
terbuka.
 Menyerang pelbagai bentuk khurafat
dan kekufuran.
Bab 3 / 14
BENTUK DAKWAH RASULULLAH
 Quraysh mula rasa terhina dan
terancam dengan usaha dakwah
Muhammad.
 Penentangan mereka bermula
terhadap Nabi dan umat Islam.
 Penyiksaan, penghinaan dan
pemulauan dilaksanakan secara giat.
 Baginda berdakwah kepada Banu
Hashim, ada yang sokong, ada juga
yang protes.
 Nabi berhadapan pelbagai kesukaran.
Bab 3 / 15
AL-SABIQUN AL-AWWALUN
 Khadijah bt. Khuwaylid (r.a.).
 ‘Ali b. Abi Talib (r.a.).
 ‘Abd Allah b. ‘Uthman (Abu Bakr r.a.).
 Zayd b. Harithah (r.a.).
 Anak-anak perempuan Nabi (r.a.).
 Abu Bakr juga berdakwah, ramai yang
peluk Islam (‘Uthman, al-Zubayr, ‘Abd al-
Rahman, Sa’d dan Talhah).
 Abu ‘Ubaydah, Abu Salamah, al-Arqam
dan ramai lagi.
 Mewakili pelbagai lalpisan masyarakat.
Bab 3 / 16
METODE PENYEBARAN
DAKWAH DI MAKKAH
 Dakwah secara sulit.
 Dakwah secara terbuka kepada kaum
kerabat.
 Dakwah secara terbuka kepada seluruh
penduduh Makkah.
 Dakwah sebagai tanggungjawab
bersama.
 Dakwah kepada pemerintah yang
dihormati dalam sesebuah masyarakat
seperti di Ta’if.
Bab 3 / 17
CABARAN AWAL DAKWAH
NABI MUHAMMAD DI MAKKAH
 Peringkat awal, orang Quraysh tidak
mengendahkan usaha dakwah Nabi
Muhammad di Makkah.
 Mereka anggap: seorang yang suka
bicara tentang agama dan ketuhanan.
 Mereka tidak terfikir Islam akan
berkembang dengan pesat.
 Sikap ini mula berubah bila Nabi mula
sebar dakwah secara terbuka.
Bab 3 / 18
CABARAN AWAL (REAKSI)
DAKWAH DI MAKKAH
 Laporan al-Baladhuri: Baginda
berdakwah kepada kaum kerabat di
Bukit Safa.
 Usaha Baginda diprotes oleh pakciknya,
Abu Lahab.
 Protes Abu Lahab ini menandakan
kemunculan babak baru dalam usaha
penyebaran Islam di Makkah.
 Penentangan hebat puak Quraysh.
Bab 3 / 19
TAHAP PENENTANGAN
 MempengaruhiAbu Talib untuk
memujuk Nabi berhenti berdakwah.
 Mempunyai unsur diplomasi pihak Quraysh.
 9 pembesar Quraysh mengadap Abu Talib.
 Usaha ini gagal pada kali pertama.
 Usaha ini dilanjutkan kali kedua, gagal.
 Mereka maklum pada Abu Talib: mereka
tidak boleh bersabar dgn tindakan Nabi.
 Isu matahari dan bulan.
 Usaha ketiga dibuat, membawa ‘Umarah b.
al-Walid sebagai ganti dengan Nabi, gagal.
Bab 3 / 20
TAHAP PENENTANGAN
Melemparkan tohmahan palsu
terhadap Nabi Muhammad.
Baginda disifatkan sebagai
seorang ahli sihir dan banyak
berdusta.
Dilakukan oleh al-Walid b. al-
Mughirah, pada musim haji.
Baginda dituduh gila.

Bab 3 / 21
TAHAP PENENTANGAN
 Al-Qur’anitu satu pembohongan yang
diada-adakan Nabi Muhammad.
 Al-Qur’an dicipta Baginda dengan bantuan
beberapa individu lain.
 Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya
kagum dengan ayat al-Qur’an.
 Mereka telah lakukan intipan pada waktu
malam, semata-mata untuk mendengar
bacaan ayat-ayat al-Qur’an.
 Pada waktu ini, Nabi Muhammad sedang
tunaikan solat di rumah Badginda.
Bab 3 / 22
TAHAP PENENTANGAN
 Menganiaya umat Islam.
 Pelbagai penganiayaan dilakukan terhadap
mereka yang memeluk Islam.
 Khususnya, perancangan Abu Jahl.
 Umat Islam dimalukan di khalayak ramai.
 Mereka dipukul dan dipulau oleh
masyarakat sekeliling.
 Penganiayaan fizikal turut dilakukan.
 Misalnya, isu Bilal b. Rabah, ‘Amir b.
Fuhayrah dan ‘Ammar b. Yasir.
 Baginda turut disiksa: dicekik, dibaling najis
Bab 3 / 23
TAHAP PENENTANGAN
 Memberi tekanan pada Banu Hashim dan
Banu al-Muttalib.
 Hal ini dilakukan kerana kedua-dua Banu ini
memberi perlindungan kepada Nabi.
 Padahal, pada masa yang sama puak
Quraysh Makkah sedang menentang hebat
usaha dakwah Baginda ini.
 Justeru, kedua-dua Banu ini perlu diboikot.
 Ia merangkumi larangan perniagaan, hal
perkahwinan.
 Larangan ini tidak dipatuhi oleh sebahagian.

Bab 3 / 24
TAHAP PENENTANGAN
Memberi tawaran menarik kepada
Nabi Muhammad.
Baginda ditawarkan pelbagai
tawaran menarik untuk berhenti
berdakwah.
Antaranya Baginda ditawarkan
kekayaan, kemuliaan dan jawatan
penting.
Semua tawaran ini ditolak.
Bab 3 / 25
FAKTOR PENENTANGAN
 Dakwaan Muhammad sebagai seorang
Nabi memberi kesan politik kepada
pentadbiran Makkah. Kepimpinan
mereka berkurangan.
 Aktiviti ekonomi di Makkah yang
memberi keuntungan akan terjejas.
Jualan berhala memberi keuntungan.
Sumber ekonomi terganggu.
 Pemikiran kolot/kuno/konservatif.
Mereka amat kuat dengan fahaman
Jahiliah, tidak akan ditinggalkan.
Bab 3 / 26
FAKTOR PENENTANGAN
 Faktor dorongan Quraysh menentang Islam:
 Isu perhambaan
 Gemar bertelagah
 Persaingan dan perebutan kuasa
 Hak persamaan (tuan-hamba)
 Takut pada Hari Kebangkitan
 Tradisi nenek moyang
 Faktor ekonomi
 Antara penentang: Abu Lahb, Abu Jahl, al-Nadr,
‘Uqbah, al-Walid, ‘Utbah, al-Aswad, al-Harith,
Umayyah, Ubayy, al-‘As, Nubayh, Tu‘aymah,
Rukanah dan Arwa.
Bab 3 / 27
REAKSI NABI MUHAMMAD
TERHADAP PENENTANGAN
 Merdekakan hamba. Baginda bebaskan
mereka daripada siksaan Quraysh.
 Hijrah ke Habashah. Hijrah pertama dalam
Islam: 10 lelaki dan 4 wanita. Hijrah kedua
ke Habashah: 83 lelaki dan 18 wanita.
 Haqq al-jiwar. Tradisi yang sudah wujud
dalam masyarakat Jahiliah. Al-Mustajir:
orang yang disiksa. Al-Mujir: pemberi
perlindungan (suaka politik).
 Dakwah di Ta’if, ditolak dengan kasar.
 Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj, mukjizat Nabi.
Bab 3 / 28
RUMUSAN
 Nabi Muhammad lakukan ibadat tahannuth
di gua Hira’.
 Ayat pertama ialah dari surah al-‘Alaq.
 Ajaran awal Islam ialah mengesakan Allah,
beriman dengan hari Akhirat dan Pengadilan
Ilahi serta bersyukur.
 Bentuk dakwah: rahsia & terbuka.
 Golongan awal yang memeluk Islam terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat.
 Daripada golongan hamba hingga kepada
golongan bangsawan.
Bab 3 / 29
RUMUSAN
 Nabi Muhammad (s.a.w.) berhadapan
dengan pelbagai penentangan Quraysh
ketika berdakwah di Makkah.
 Cabaran ini sama sekali tidak
mematahkan semangat Baginda.
 Baginda telah mengambil beberapa
langkah sebagai reaksi terhadap
penentangan tersebut.
 Setelah berhadapan semua cabaran ini,
akhirnya Baginda digembirakan dengan
peristiwa Isra’ dan Mi‘raj.
Bab 3 / 30

You might also like