You are on page 1of 22

BUKIT TADUN AGRO RESORT

Proposal

Cadangan mewujudkan
Bukit Tadun Agro Resort
sebagai destinasi pelancongantani
dengan sokongan
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
negeri Selangor Darul Ehsan

Disediakan oleh:
Dr Mohamad Hussaini bin Razali

Dibantu:
En Sekarman
KERTAS KERJA
________________________________
Cadangan mewujudkan
‘Bukit Tadun Agro Resort’
sebagai destinasi pelancongantani
dengan sokongan
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
negeri Selangor Darul Ehsan

PEMAJU / PENGUSAHA
________________________________
‘HNI Universal Creative’

OBJEKTIF
________________________________
Untuk mendapatkan kelulusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
dan persetujuan tuan punya ladang kelapa sawit,
bagi menyewa sekeping tanah seluas 4 ekar
di kawasan Simpanan Sakai Bukit Tadun
untuk projek ‘Bukit Tadun Agro Resort’

KERTAS KERJA DISEDIAKAN OLEH


________________________________
Dr Mohamad Hussaini bin Razali
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

PENGENALAN - TARIKAN PELANCONGANTANI

Potensi yang ada dalam industri pelancongan di Malaysia masih belum


diterokai sepenuhnya. Masih tidak mencukupi untuk hanya menjual
destinasi pelancongan usang yang sama untuk menarik para pelancong
sedangkan negara kini mempunyai banyak pilihan destinasi pelancongan
yang setaraf dengan negara-negara maju di dunia. Walaupun negara
menumpukan usaha ke arah perindustrian, namun pelancongan juga
boleh diberikan perhatian serius kerana dengan terbinanya kemudahan
infrastruktur untuk industri, pelancongan boleh mengguna-sama
kemudahan ini untuk meningkatkan aktivitinya.

Tahun lepas, negara berjaya menarik lebih dari 5.5 juta orang pelancong
yang berbelanja hampir RM 9.3 bilion. Adalah dijangkakan menjelang
tahun hadapan, kedatangan pelancong meningkat kepada 7.6 juta orang
dengan nilai perbelanjaan mereka dijangka mencecah RM 12 bilion.
Dengan peningkatan kemudahan infrastruktur yang sedia ada, ditambah
pula dengan promosi agresif Kementerian Pelancongan di luar negara
adalah dijangkakan kedatangan pelancong luar dijangka terus
meningkat di tahun-tahun akan datang.

Pelancongan boleh membantu industri pertanian mencapai


keseimbangan dengan sektor ekonomi lain. Berbagai aktiviti boleh
dirancang untuk mempromosikan pelancongantani (agrotourism) seperti
homestay, farmstay, di mana pelawat boleh berinteraksi dengan aktiviti
pertanian dan alam sekeliling. Aktiviti kebudayaan juga boleh menjadi
tarikan kepada pelancong dan pelawat yang datangn ke negara ini.

Kegagalan beberapa projek mega pelancongantani tidak seharusnya


menjadi penghalang kepada kejayaan projek-projek pelancongantani
yang lain. Kegagalan tersebut boleh dijadikan iktibar dan pengajaran
bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pelancongantani yang lebih
berjaya.

Semoga dengan usaha gigih semua pihak, swasta dan kerajaan akan
membantu meningkatkan aktiviti pertanian dan pelancongan di negara
ini dan sekaligus meningkatkan imej dan populariti negara di mata
dunia.

1
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

LATAR BELAKANG

Cadangan mewujudkan Bukit Tadun Agro Resort (BTAR) ini merupakan


langkah paling sesuai untuk menyahut seruan kerajaan bagi memajukan
sektor pelancongan berasaskan pertanian. Potensi besar yang ada di
bidang pelancongantani ini wajar dikembangkan untuk memberikan
manfaat bukan sahaja kepada tuan punya tanah/kolam malahan boleh
membantu menambahkan pendapatan penduduk-penduduk Kampung
Bukit Tadun sendiri.

Aktiviti-aktiviti pertanian dan kebudayaan yang bakal dilaksanakan oleh


BTAR dengan kerjasama masyarakat Orang Asli setempat akan
diperkenalkan sebagai salah satu produk pelancongan di sini. Secara
tidak lansung, Kampung Bukit Tadun akan dapat diperkenalkan di
peringkat kebangsaan malahan mungkin juga di peringkat
antarabangsa.

Dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Daerah Kuala Langat
dan kepakaran BTAR dalam menguruskan aktiviti pelancongantani ini,
adalah dijangkakan projek ini mampu memberikan pulangan kepada
semua pihak.

OBJEKTIF PROJEK

a. Mewujudkan resort / chalet dengan prasarana yang sesuai bagi


penginapan pelancong

b. Mewujudkan kawasan pertanian/akuakultur untuk sumber


ekonomi berasaskan pertanian di samping menjadi tarikan
penginap resort / chalet

c. Mewujudkan kawasan riadah bagi pengunjung dan pelancong


yang menyewa di resort

d. Resort bagi aktiviti-aktiviti sosial dan kekeluargaan

e. Melaksanakan aktiviti kebudayaan Orang Asli sebagai tarikan


kepada pengunjung.

2
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

PEMILIHAN TAPAK

a. Lokasi

Dicadangkan supaya tapak projek BTAR ini dilaksanakan di atas


sekeping tanah seluas 4 ekar di kawasan Simpanan Sakai Bukit Tadun,
Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

Kawasan yang dicadangkan adalah seperti di bawah:

Lokasi tapak
Projek BTAR

Kawasan yang kini ditanam dengan kelapa sawit ini bersebelahan


dengan jalan utama Salak Tinggi - Banting di bahagian utara dan di
bahagian selatannya bersebelahan dengan sebuah kolam air tawar.

Kawasan ini dikelilingi oleh kampung-kampung Labohan Dagang, Bukit


Changgang dan Olak Lempit. Kesemua kampung-kampung ini terletak di
dalam Mukim Tanjung Dua Belas, salah satu mukim di Daerah Kuala
Langat.

Daerah Kuala Langat ini terletak kira-kira 44 km dari Shah Alam, ibu
negeri Selangor Darul Ehsan. Daerah yang seluas 857.75 km persegi ini
disempadani oleh Daerah Klang di timur, Daerah Sepang di selatannya
dan Selat Melaka di bahagian barat. Oleh kerana daerah Kuala Langat
bersebelahan dengan kawasan-kawasan yang pesat membangun seperti
Lembah Klang, Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ini memberikan kesan kepada
rancaknya pembangunan di daerah ini.

3
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

Lokasi tapak
Projek BTAR
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

Lokasi tapak
Projek BTAR

Di kelilingi oleh kampung-kampung di mukim Tanjung Dua Belas

Lokasi tapak
Projek BTAR

Lokasi sebenar tapak projek

5
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

b. Populasi daerah Kuala Langat

Di antara tahun 1991 - 2000, populasi Daerah Kuala Langat telah


meningkat dengan ketara, walau bagaimanapun kepadatan penduduk
daerah ini masih sekitar 218 orang setiap km persegi. 61% dari
penduduk daerah ini berumur di antara 15 hingga 64 tahun.

Penduduk Melayu merupakan penduduk majoriti dengan sebanyak 49%


dan selebihnya Cina 31%, India 15% dan yang lain-lainnya sebanyak
5%. Adalah dianggarkan penduduk Orang Asli di daerah ini adalah
seramai 3,500 orang dari suku Mahmeri dan Temuan. Kebanyakan
mereka terlibat dalam aktiviti perladangan getah dan kelapa sawit.

Sektor perkilangan membekalkan majoriti peluang pekerjaan diikuti oleh


sektor pertanian dan sektor awam. Tenaga kerja di sini adalah seramai
lebih 122,500 orang dengan 83,500 daripadanya adalah lelaki dan
39,000 lagi wanita.

Faktor populasi penting dalam perancangan BTAR kerana kebanyakan


aktiviti yang akan dijalankan nanti memerlukan sokongan dan
penglibatan semua lapisan masyarakat.

6
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYOKONG PEMILIHAN TAPAK BTAR

a. Lokasi yang begitu strategik

i. Terletak 5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA,


memudahkan pelancong-pelancong dan pengembara
singgah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi
pilihan mereka. Kedudukan resort yang bersebelahan jalan
Banting - Salak Tinggi, memudahkan kedatangan
pengunjung yang menggunakan pengangkutan awam.

Stesen ERL Salak Tinggi juga tidak sampai 5 km dari tapak


lokasi BTAR. Kesemua pusat pengangkutan utama di atas
membantu memudahkan kedatangan pengunjung ke
BTAR.

Tapak lokasi yang dicadangkan ini juga hanya mengambil


masa 20 minit perjalanan dari Putrajaya dan Cyberjaya
yang sedang pesat membangun. Di sini letaknya ibu
pejabat syarikat-syarikat gergasi dunia dan tempatan.
BTAR akan menyediakan prasarana pelancongan dan
penginapan yang sesuai untuk menampung kedatangan
pekerja-pekerja dari dua kawasan yang penting ini.

ii. Kedudukan BTAR hanya 5 km dari Hotel-hotel penting di


KLIA dan Salak Tinggi.

• Pan Pacific KLIA


• Concorde Inn KLIA
• Empress Hotel Salak Tinggi
• Allson Klana Hotel Nilai
• De Palma In, Salak Tinggi

7
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

Hotel-hotel di atas boleh menjadi pusat pemasaran


(marketing point) bagi pelancong-pelancong dalam dan
luar negara yang menginap di sana tetapi memilih untuk
melibatkan diri dalam aktiviti perlancongantani.

iii. Tapak lokasi BTAR juga terletak di dalam kawasan


persekitaran lembah Sungai Langat (Langat River Basin).
Malah tapak BTAR yang terletak bersebelahan dengan
Sungai Langat memungkinkan pengunjung BTAR
mengadakan aktiviti di sungai seperti boat ride, sukan air,
memancing, berkayak, jet ski dll.

8
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

Pembangunan Lembah Sungai Langat telah dimasukkan


ke dalam perancangan jangkamasa panjang kerajaan
negeri Selangor yang menitikberatkan pembangunan
infrastruktur yang terancang. Ini dilakukan dengan menitik
beratkan keseimbangan di antara alam sekitar dan
pembangunan fizikal. Walaupun pembangunan pesat
kawasan seperti Putrajaya, Cyberjaya, Nilai dan Bangi
namun sebahagian besar kawasan Lembah Sungai Langat
akan dikekalkan sebagai kawasan hijau.

Kewujudan BTAR bukan sahaja akan membantu


mengekalkan keseimbangan alam sekitar malahan
mendekatkan pengunjung dan pelancong kepada
persekitaran hijau yang bersih dan sihat.

iv. Tapak cadangan BTAR hanya kira-kira 5 km dari tapak


Projek Taman Agroteknologi Kuala Langat. Di taman
seluas 65 hektar (bekas lombong) ini terdapat beberapa
projek yang boleh dijadikan tarikan atau dimasukkan
sebagai salah satu aktiviti lawatan bagi pengunjung dan
penginap BTAR.

Di antara projek yang terdapat di sini:

• Tanaman Orkid
• Tanaman Hidroponik
• Akuakultur
• Ternakan kambing

9
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

v. Terdapat tapak Projek IKS kira-kira 3km dari BTAR. Projek


IKS ini dikendalikan oleh JITU NINE MESRA KUBANG
BERAS ENT yang mengusahakan perniagaan di bawah:
• Kerepek pisang, ubi, keladi dll
• Kuih2 tradisional

Projek IKS

Lawatan ke Projek IKS akan membantu pelancong


memehami proses pembuatan keluaran industri pertanian
di samping mereka dapat membeli produk sebagai tanda
ingatan.

Ini secara tidak lansung akan meningkatkan jualan serta


membantu mempromosikan industri IKS tersebut.

10
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

CADANGAN PROJEK

Branding: BUKIT TADUN AGRO RESORT

Setelah mempertimbangkan segala latar belakang dan faktor-faktor di atas,


maka satu perancangan yang kemas dan teratur perlu bagi perlaksanaan
projek Bukit Tadun Agro Resort ini.

SYARIKAT PENGURUSAN

Nama: HNI UNVIERSAL CREATIVE

Aktiviti: Syarikat milik tunggal ini telah diasaskan untuk


melaksanakan aktiviti pengurusan dan perniagaan resort.

MODAL DIPERUNTUKKAN

Sebanyak RM 500,000.00 diperuntukkan untuk melaksanakan projek BTAR ini.

PAJAKAN TAPAK PROJEK

Dicadangkan syarikat memajak kawasan tapak projek dari pemillik tanah


dengan kadar yang dipersetujui bersama. Cadangan sebanyak RM 50.00
sebulan bagi setiap ekar diberikan kepada pemilik tanah. Dengan cadangan
untuk memohon seluas 4 ekar maka jangkaan sewaan adalah sebanyak RM
200.00 sebulan (RM 2,400.00 setahun).

Adalah dicadangkan supaya pajakan dipohon selama 25 tahun dengan bayaran


dibuat setiap dua tahun (RM 4,800.00).

11
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

OBJEKTIF UMUM SYARIKAT:

1. Berusaha untuk memaksimakan keuntungan setiap tahun dengan


penjimatan kos dan meningkatkan produktiviti.

2. Memperkembangkan perniagaan dan meluaskan pasaran dengan


melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti perniagaan tani

3. Melibatkan diri dalam aktiviti pelancongantani (agrotourism)


dengan lebih agresif dengan strategik pasaran yang mantap dan
berkesan.

4. Menggunakan segala kemudahan yang ada untuk meningkatkan


perniagaan perlancongan tani.

5. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi


kesan kepada pelawat dan pengunjung yang datang ke BTAR.

6. Menjadi contoh dan mampu memberi panduan kepada penduduk


kampung yang ingin menceburkan diri dalam aktiviti pertanian
dan penternakan

7. Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta


yang terlibat dalam aktiviti pelancongantani dan pertanian

12
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

CADANGAN PEMBANGUNAN TAPAK DAN KAWASAN SEKITAR

Pembangunan tapak dari keadaan sedia ada boleh dilakukan secara


berperingkat mengikut kemampuan kewangan dan potensi pasaran.

Sebanyak mungkin ladang kelapa sawit yang sedia ada perlu dikekalkan. Kolam
yang ada boleh dibangunkan sebagai pusat aktiviti akuakultur.

FASA I:

Fasa I melibatkan pembangunan awal kawasan BTAR dengan infrastruktur


penting agar ianya dapat beroperasi dengan serta merta. Dengan bantuan
promosi yang berkesan, BTAR sudah boleh menawarkan beberapa
program/pakej yang boleh memenuhi kehendak pelanggan.

• Membina pagar mengelilingi kawasan BTAR dan melakukan kerja-kerja


landscaping

• Membaikpulih kolam dan kawasan sekitarnya dan menggiatkan aktiviti


ternakan ikan kolam dengan memilih spesis ikan tertentu untuk diternak
secara komersial di kolam sedia ada. Seterusnya aktiviti memancing di
kolam ikan air tawar dapat dilakukan.

Terdapat lebih kurang 15 spesis ikan air tawar yang boleh dibiakkan di
kolam-kolam ini di antaranya:

• Ikan tilapia merah, tilapia bunga, tilapia hitam


• Ikan Sepat siam
• Ikan Keli Afrika

13
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

• Ikan Puyu
• Ikan Patin
• Ikan baung
• Ikan Pacu
• Ikan Haruan
• Ikan Rohu
• Ikan Belida
• Ikan Tongsan
• Ikan Betutu

Contoh ternakan ikan dalam sangkar

• Mengusahakan penanaman pokok-pokok buah-buahan seperti:

• Pokok limau bali


• Pokok Pisang
• Pokok Mangga
• Pokok Limau Kasturi
• Pokok Rambutan/Pulasan
• Pokok Buah Longan

14
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

• Membina tapak perkhemahan. Untuk penggemar aktiviti-aktiviti out-


door, mereka akan lebih suka menyewa tapak khemah.

• Menaiktaraf jalan masuk ke BTAR

• Membina kemudahan meletak kereta di bawah rimbunan pohon kelapa


sawit.

• Menyediakan sumber air dan bekalan elektrik terus ke BTAR

• Menyediakan mountain bike untuk di sewa

• Membina papan tanda / sign board

15
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

FASA II:

Fasa II boleh dilaksanakan selepas tamat Fasa I atau boleh juga dilaksanakan
di pertengahan perlaksanaan Fasa I. Ini akan memberikan sedikit masa untuk
BTAR bertapak dan membina identitinya. Jangkamasa yang agak panjang
mungkin diperlukan bagi menentukan siap sepenuhnya Projek BTAR dengan
kemudahan yang serba lengkap.

• Pembinaan chalet - cadangan sebanyak 20 buah dengan kos yang


paling rendah. Dilengkapi dengan segala kelengkapan dan kemudahan
yang sempurna untuk penginapan. Persekitaran chalet akan dipenuhi
dengan aktiviti pertanian dan kebudayaan masyarakat Orang Asli.
Perbincangan dengan Ahli J/Kuasa Pelancongan negeri Selangor
mencadangkan supaya kolam mandi/renang disediakan juga untuk
pengunjung sebagai daya tarikan untuk kanak-kanak dan remaja.

Di samping itu, satu bangunan perlu didirikan sebagai pusat aktiviti dan
pentadbiran di tengah-tengah BTAR.

• Membina jalan menuju ke Sungai Langat dari tapak lokasi BTAR. Ini
akan memudahkan pengunjung melibatkan diri dalam aktiviti sungai

16
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

• Menaiktaraf kawasan BTAR untuk aktiviti riadah dan istirehat. Denai atau
laluan pejalan kai dan jogging perlu di bina. Tempat-tempat duduk

• Membina jeti berhampiran Sungai Langat untuk aktiviti jet ski atau
‘boat-ride’ dan aktiviti sungai

• Membina restoran ikan air tawar

• Membina mini zoo

• Membina padang permainan untuk aktiviti sukan seperti bola tampar,


takraw dll

17
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

CADANGAN PRODUK-PRODUK DAN AKTIVITI

Aktiviti-aktiviti di bawah boleh dijadikan produk atau pakej bagi


pelancongantani seperti yang dirancangkan mengikut kemudahan / prasarana
yang dibangunkan

1. Aktiviti Memancing

Terbuka setiap masa (24 jam) dengan bayaran misalnya RM 5.00


sejam bagi satu joran.

Perlu memastikan wujudnya faktor-faktor yang akan menarik


lebih ramai kaki pancing ke kolam

Pakej memancing boleh disebarkan di hotel-hotel sekitar BTAR

2. Pertandingan Memancing

Boleh dianjurkan secara berkala oleh syarikat sendiri atau atas


permintaan organisasi dan badan korporat yang berminat.
Pertandingan liga antara kumpulan pemancing juga boleh
diadakan.

Keuntungan boleh diperolehi dari yuran penyertaan dan hasil


jualan produk pertanian.

Caj penganjuran dan sewa kolam boleh dikenakan kepada


syarikat/organisasi yang berminat

18
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

3. Penginapan di Chalet

Cadangan supaya di bina 20 buah chalet penginapan untuk


pengunjung. Kadar penginapan seharusnya kompetitif
berbanding dengan hotel-hotel yang berhampiran. Kemudahan
yang disediakan juga perlu memenuhi citarasa pengunjung

Pengunjung boleh menyertai aktiviti2 menarik yang disediakan


oleh BTAR. Aktiviti2 boleh dipakejkan.

4. Kem/khemah Motivasi, Kepimpinan, Kursus dll

BTAR boleh menyediakan tapak bagi aktiviti kem motivasi,


kepimpinan, team building, kursus atau seminar-seminar biasa
yang sering diadakan oleh jabatan-jabatan kerajaan, sekolah2,
universiti2, syarikat swasta dll.

BTAR boleh menyediakan pakej dengan menyediakan khidmat


tenaga pakar atau hanya menyediakan tempat tinggal dan makan
minum sahaja.

Organisasi yang berminat mungkin hanya memerlukan khemah


selain makanan untuk aktiviti mereka.

5. Homestay/Farmstay

Pelancong boleh juga ditawarkan untuk menginap di rumah-


rumah kampung terpilih dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti
penduduk kampung serta melawat tempat tumpuan aktiviti
pertanian.

Tempat tumpuan seperti Taman Agrotek Kuala Langat, IKS, Paya


Indah Wetland, Putrajaya boleh dimasukkan sebagai sebahagian
daripada itinerary lawatan.

Pelancong juga boleh melibatkan diri terus dalam aktiviti


pertanian seperti memetik buah kelapa sawit dan buah-buahan
lain, menoreh getah, mountain biking, boat ride dll

6. Restoran Ikan Air Tawar Segar

Dibuka untuk kaki pancing juga untuk pelawat-pelawat dan


pelancong yang singgah di BTAR.

19
BUKIT TADUN AGRO RESORT
Proposal

Mengambil tempahan catering bagi program-program yang


diadakan di BTAR.

Pengurusan restoran boleh diserahkan kepada penduduk


kampung atau individu yang berminat untuk menyewa restoran
tersebut.

7. Traditional Massage

Pengunjung boleh juga mendapatkan khidmat urut tradisional


dari tukang urut terlatih yang disediakan di sini.

8. Mountain biking

Pengunjung boleh menyewa basikal untuk menyusuri jalan-jalan


kampung dan tepian Sungai Langat. 10 buah basikal mountain
bike perlu disediakan

9. ‘Boat ride’

Bagi mereka yang menggemari rekreasi dengan meneroka alam


sekitar, perkhidmatan boat ride boleh disedia menyusuri Sungai
Langat.

10. Sukan Air

Menganjurkan aktiviti sukan air di kolam atau sungai


berhampiran. Dengan kerjasama penduduk kampung, aktiviti
seperti ini dapat mempromosikan JHEOA / perkampungan Orang
Asli sendiri sendiri.

Aktiviti berkayak, jet ski, menangkap ikan, memancing dll boleh


diadakan ketika ini.

20

You might also like