You are on page 1of 2

Nota Grafik Definisi Semantik Abdul Rahman Rashid Abdullah Hassan SSemantik ialah satu bidang ilmu mengenai

kajian atau analisis makna yang melibatkan makna secara simkronis. Satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna sama ada pada peringkat perkataan atau aya. Ia juga melibatkan aspek bukan linguistik seperti konteks, perkataan atau ayat itu digunakan dan kebudayaan sesuatu bangsa berkenaan

Zulkifli Hamid Semantik bermaksud satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kajian makna pada peringkat kata, frasa, klausa dan ayat.

Albab Othman

PENDAPAT TOKOH

Mengenai erti dan perubahan erti sesuatu kata dalam struktur kata.

Nik Safiah Karim Bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.

Kamaruddin Hj. Husin Kajian tentang makna linguistik yang membicarakan aspek yang ditonjolkan dalam ayat atau objek.

Kamus Dewan Kajian tentang makna perkataan dan pernambahan makna sesuatu kata.

Semantik Fisafat Istilah umum untuk pendekatan filsofois terhadap makna dalam bahasa , mengenai hakikat, penamaan objek, kebenaran dan kesahihan pernyataan

Semantik Gramatikal Penyelidikan makna bahasa dengan menekankan hubunganhubungan dalam pelbagai tataran gramatikal

Semantik Generatif: Teori semantik dalam aliran transformasi generatif yang menganggap bahawa tidak perlu perbedaan antara tingkat semantik dan tingkat struktur batin, kerana keduanya adalah sama, sehingga sintaksis jauh lebih abstrak

Semantik Historis Bahagian dari linguistik historis yang menyelidiki perubahanperubahan makna

Istilah semantik
Sematik Semesta Unsur dan sistem makna yang tidak terikat pada suatu bahasa apa pun

Semantik Kombinasi Cabang semantik yang menyelidiki hubungan antara maksud kalimat dan makna kata atau makna morfem yang membentuknya

Semantik Leksikal Penyelidikan makna unsur-unsur kosa kata suatu bahasa pada umumnya

Semantik Struktural Istilah umum untuk pendekatan kepada semantik yang menekankan hubungan makna antara kata atau kelompok kata, dan bukan pada aspek konseptual atau referensi dari makna.

You might also like