You are on page 1of 20

SKEMA JAWAPAN

1. British telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 bagi menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Bincangkan

Pengenalan (3 m) 1. Pada akhir abad ke -19, British berusaha untuk campurtangan secara langsung di NNM dengan menggunakan pelbagai alasan antaranya perebutan takhta dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina. 2. Setelah berjaya ,British memperkenalkan pelbagai dasar bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka contohnya pengenalan Sistem Residen

Isi-isi (20 m) 1. Keadaan huru-hara yang disebabkan oleh Perang Saudara di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan . Perkembangan tersebut menyebabkan pemodal Eropah mendesak kerajaan British supaya campurtangan untuk memulihkan keamanan. Hal ini akan membantu kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar.Malahan masalah di negeri-negeri Melayu yang lain menyebabkan Kerajaan British di London mengarahkan Andrew Clarke terlibat secara langsung bagi menyelesaikan konflik raja-raja Melayu.

2. Di samping itu masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dan Ghee Hin turut menyumbang ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak seringkali terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan banyak peralatan di lombong bijih timah.

3. British ingin menguasai sumber mineral yang bernilai untuk pasaran antarabangsa tyang terdapat di Tanah Melayu. Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan- bahan mentah begitu tinggi bagi menampung kadar permintaan yang semakin meningkat . Britain amat memerlukan bahan mentah khasnya bijih timah dan getah. Olehitu British di Tanah melayu bertindak menguasai sumber-sumber bahan mentah tersebut.

4. Campurtangan British secara langsung di Tanah melayu juga didorong oleh perubahan dalam politik antarabangsa iaitu persaingan antara negara-negara barat untuk meluaskan wilayahnya khasnya di Tanah Melayu. Oleh itu, British bimbang dengan usaha-usaha pihak Eropah yang lain untuk menguasai Tanah Melayu. Pada ketika itu, kuasa-kuasa Eropah yang lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara.

5. Perubahan politik di Britain mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan. 1874 Parti Konservatif menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan dasar luarnya. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar yang lebih agresif terhadap Tanah Melayu .

6. Di samping itu pihak British membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan anatara timur dengan barat semakin cepat dan singkat. Contohnya pembukaan Terusan Suez yang mampu memendekkan jarak perjalanan. Barangan dagangan dari Tanah Melayu akan mudah diangkut ke Negara Barat.

Kesimpulan (2 m) 1. Campurtangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara.Tujuan utama British campurtangan di Tanah Melayu ialah untuk menguasai sumber ekonomi .

2. Walaubagaimanapun campurtangan Barat menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di Tanah Melayu.

2. Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri
masing-masing kepada British pada tahun 1946.

Pengenalan: 1. Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke, manakala Sabah di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Selepas Perang Dunia Kedua Vyner Brooke, dan SBBU ingin menyerahkan pentabdiran kedua-dua buah negeri kepada kerajaan British.

2.

Penyerahan Sabah tidak menerima sebarang tentangan daripada masyarakat tempatan, tetapi penyerahan Sarawak ditentang dengan hebatnya.

Isi-isi: (20 m) 1. Di Sabah penyerahan berlaku secara aman. Tiada sebarang tentangan berlaku kerana masalah tahap pendidikan masyarakat tempatan yang rendah. Ramai penduduk buta huruf dan perhubungan adalah sukar. Sebahagian besar penduduk tidak digalakkan terlibat dalam pentadbiran atau politik.

2.

Politik Sabah hanya jelas apabila cadangan gagasan Malaysia dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada awal 1960-an. Perkembangan politik Sabah adalah lembab.

3.

Walau bagaimanapun berbeza halnya dengan Sarawak, yang menyaksikan reaksi yang bertentangan ditunjukkan oleh penduduknya terhadap kedatangan Barat terutamnya selepas kekalahan Jepun.

4.

Semasa pendudukan Jepun Vyner Brooke meninggalkan Sarawak dan kembali semula selepas Jepun berundur pada 1945.Brooke mahu menyerahkan Sarawak kepada British kerana beliau tidak mempunyai pengganti yang berkebolehan, sering uzur, dan tidak percaya kepada anak saudaranya Anthony Brooke.

5.

Selain itu, berlaku kemerosotan ekonomi Sarawak selepas Perang Dunia Kedua.

6.

Januari 1946, Brooke menghantar Gerald Mac Bryan untuk berunding dengan pemimpinpemimpin tempatan.

7.

1 Julai 1946, Sarawak diserahkan secara rasmi kepada British.

8.

Persatuan Melayu Sarawak menentang penyerahan tersebut kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada masyarakat tempatan. PMS menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan.

9.

Persatuan Dayak Sarawak diketuai oleh Dato Patinggi Abang Haji Abdillah, Pergerakan Pemuda Melayu, Angkatan Semangat Anak Sarawak, dan Barisan Sarawak turut menentang penyerahan tersebut.

10.

Gerakan antipenyerahan pimpinan PMS mengadakan Persidangan Kebangsaan pada November 1946 yang meluluskan dua usul iaitu tunjuk perasaan secara besar-besaran pada tahun pertama penyerahan Sarawak dan telegram bantahan kepada Perdana Menteri Britain.

11.

Tunjuk perasaan diadakan 1 Julai 1947 melibatkan kakitangan kerajaan, kesannya British bertindak mengeluarkan Pekeliling Nombor 9 yang melarang kakitangan kerajaan terlibat dalam tunjuk perasaan. Sebagai protes, 338 orang kakitangan kerajaan meletak jawatan dan 22buah sekolah Melayu ditutup.

12.

British terus menekan golongan antipenyerahan dan pada 1948 tunjuk perasaan reda.

13.

Pergerakan Pemuda Melayu Sibu telah ditubuhkan. Kumpulan sulit ( Rukun 13 ) telah bertindak keras terhadap golongan pegawai awam yang menyokong penyerahan, hingga membawa kepada pembunuhan Duncan Steward, Gabenor Sarawak Kedua oleh Rosli Dobi di Sibu.

14.

British menjatuhkan hukuman bunuh dan mengharamkan PPM. Kesannya PMS mula berjuang secara terhad dan sah seperti dengan cara mengirim surat bantahan kepada Gabenor Sarawak dan memujuk Anthony Brooke menyokong perjuangan mereka.

Setelah menemui jalan buntu, akhirnya semua pihak patuh kepada kehendak British dan memberhentikan penentangan perjuangan pada tahun 1951. Kesimpulan: 1. Reaksi masyarakat setempat terhadap penyerahan Sabah dan Sarawak berbeza-beza. Di Sabah tidak berlaku penentangan sehebat di Sarawak.

15.

2. Namun begitu usaha dan kegigihan Sarawak dalam perjuangannya menemui kegagalan atas sebab-sebab tertentu seperti yang telah dijelaskan.

3. Terangkan perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu dari tahun 1945 hingga
1947.

Pengenalan: 1. Selepas tamat Perang Dunia Keda kegiatan berpolitik di Tanah Melayu semakin berkembang pesat dengan pembentukan banyak parti politik baharu 2. Kewujudan parti-parti politik berhaluan kiri telah menyemarakkan lagi perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu 3. Parti-parti politik berhaluan kiri berideologikan sosialis dan komunis. Isi: 1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Perak dengan nama asalnya Parti Sosialis 2. PKMM dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso 3. PKMM berusaha menyatupadukan bangsa Melyu dan mencapai kemerdekaan melalui gabungan dengan Indonesia 4. PKMM memajukan ekonomi dan memberi peluang pendidikan kepada orang melayu 5. PKMM mewujudkan hubungan baik diantara semua kaum di Tanah Melayu 6. Memberi sokongan terhadap perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaan 7. Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada tahun 1946 menggunakan slogan Merdeka dengan darah.Menggunakan cara radikal untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu 8. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan di Perak pada tahun1946 dipimpin oleh Sawiyah bt. Ali.AWAS berfahaman sosialis dan berjuang bersama dengan pertubuhan berhaluan kiri yang lain untuk menentang British di Tanah Melayu. 9. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada bulan Februari 1947, menjalin pakatan dengan AMCJA untuk menentang pentadbiran British di Tanah Melayu 10. Pakatan ini juga menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 11. PUTERA telah mengemukakan perlembagaan rakyat yang mengandungi 10 perkara utama untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu dan Bangsa Melayu Kesimpulan: 1. perjuangan parti-parti politik berhaluan kiri di Tanah Melayu bertujuan untuk mencapai kemerdekaaan 2. mengamalkan dasar-dasar tidak bekerjasama dengan British 3. perjuangan parti politik berhaluan kiri kurang mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu kerana corak perjuangan berbentuk radikal

4. Terangkan perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia dan jelaskan ciri-ciri kerajaan tersebut

Pendahuluan 1. pemerintahan di Malaysia adalah berteraskan prinsip demokrasi berparlimen 2. pemerintahan kerajaan Malaysia adalah ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya selaras dengan konsep demokrasi yang bermakna kebebasan bersuara atau suara rakyat Isi

1. Perkembangan pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia (8M) a. amalan demokrasi telah lama wujud dalam masyarakat Melayu tradisional

b. prinsip demokrasi dapat dilihat dalam Adat Perpatih yang mengamalkan prinsip muafakat keluarga,masyarakat, daerah dan juga negeri c. sistem demokrasi berparlimen juga diamalkan dalam pemerintahan raja berkuasa mutlak d. semasa penjajahan British pula,Dewan Undangan Negeri yang ditubuhkan adalah adalah berkonsepkan perwakilan rakyat e. pembentukan parlimen bermula di Malaysia dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri di Perak pada tahun 1877 f. sistem demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini adalah berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 g. pada 16 September 1963,Kerajaan Persekutuan Malaysia ditubuhkan dan mengandungi Tanah Melayu,Singapura,Sarawak dan Sabah

2. Ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen (12M) a) Raja Berperlembagaan 3. ketua Negara Malaysia ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agung 4. baginda ialah raja berpelembagaan yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia 5. baginda merupakan lambang perpaduan, keutuhan negara dan tumpuan taat setia rakyat

b) Ketua Negeri 6. setiap negeri mempunyai ketua dengan gelaran pelbagai; ketua negeri Perlis digelar raja ketua negeri Kedah,Perak,Selangor,Kelantan,Terengganu dan Johor digelar sultan Ketua Negeri Sembilan digelar, Yang Dipertuan Ketua Negeri Pulau Pinang,Melaka, Sabah dan Sarawak digelar Yang Dipertua Negeri

c)

Perlembagaan 7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 8. perlembagaan ialah rang undang-undang dasar tertinggi yang 9. menentukan corak pemerintahan sesebuah negara 10. tujuan perlembagaan untuk menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa,menstabilkan undang-undang, memelihara kepentingan rakyat dan menentukan tanggungjawab rakyat terhadap Negara 11. setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri

d)

Parlimen kuasa tertinggi dan lambang demokrasi Negara badan perundangan yang menggubal rang undang-undang Persekutuan Malaysia terdiri daripada Yang Di Pertuan Agung, Dewan rakyat dan Dewan Negara berfungsi membuat undang-undang pertahanan,hal-ehwal luar negeri,keselamatan Negara, pendidikan, kesihatan dan kewangan

Kesimpulan

sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Negara kita menunjukkan corak kerajaan yang dipilih mengikut kehendak rakyat. demokrasi berparlimen dapat menjamin hak dan kepentingan rakyat.

5. Galurkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk menyusun semula
sistem pendidikan sejak merdeka sehingga tahun 1970an Pengenalan 1. Semasa penjajahan British, sistem pendidikan bercorak vernakular telah diwujudkan 2. Selepas Perang Dunia Ke 2, kerajaan British telah berusaha untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah Melayu dan beberapa j/kuasa telah dibentuk. 3. Sistem pendidikan yang digubal selepas merdeka bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Isi (20M)

1. Penyata Razak 1956

Cadangan: sekolah rendah dibahagikan kpd 2 jenis iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sbg. bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsan menggunakan bahasa Cina dan Tamil sbg. bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa yang wajib dipelajari di kedua-dua sekolah itu. Murid-murid keturunan Cina dan India dibenarkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar Satu jenis sekolah menengah kebangsaan diwujudkan dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib dipelajari. Penyata Razak diluluskan pada April 1957 sebagai Ordinan Pelajaran 1957

2. Penyata Rahman Talib 1960 Penyata Razak disemak semula pada 1957 dan dipengerusikan oleh Abd.Rahman Hj.Talib (Menteri Pelajaran) J/kuasa berpuas hati Penyata Razak dan membuat beberapa syor/cadangan

Cadangan: Pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun Kenaikan darjah secara automtik, iaitu dari darjah 1 sehingga tingkatan 3 Peperiksaan penilaian sekolah rendah Peluasan pelajaran teknik dan vokasional Peralihan bahasa pengantar

3. Akta Pelajaran 1961 Syor Rahman Talib digubal menjadi Akta Pelajaran 1961

Cadangan: Satu kurikulum yang sama untuk semua sekolah Bahasa melayu digunakan sepenuhnya di semua peringkat pengajian Kanak-kanak perlu mendapat pendidikan wajib di sekolah sehingga berumur 15 tahun

4. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Cadangan: Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Menyediakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun di samping meluaskan pendidikan teknik dan vokasional Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut KBSR yang berasaskan 3M Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti serta menggalakkkan kegiatan ko kurikulum

Kesimpulan. Usaha awal kerajaan selepas merdeka merupakan satu cabaran yang besar untuk menyusun semula sistem pendidikan agar bercorak Tanah Melayu. Sistem pendidikan kebangsaan kini berasaskan pelbagai cadangan dan laporan beberapa jawatankuasa pendidikan yang ditubuhkan khas untuk mengkaji sistem persekolahan di Tanah Melayu

6. Jelaskan perbezaan di antara Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Perlembagaan


Malayan Union 1946

Pendahuluan 1. Selepas pendudukan Jepun, British memperkenalkan satu perlembagaan baru untuk Tanah Melayu iaitu perlembagaan Malayan Union 2. Pengenalan Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang tidak puas hati berkenaan pemberian kerakyatan yang terlalu longgar 3. British membentuk jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru untuk memenuhi tuntutan orang melayu

Isi Perlembagaaan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai perbezaan dalam beberapa aspek penting berbanding Perlembagaan Malayan union iaitu:-

1.

Jawatankuasa penggubal a. Malayan Union Perlembagaan Malayan Union digubal oleh kerajaan British di Jajahan London, digubal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pejabat Tanah

b. PTM

AJK The Malayan Planning Unit (MPU) dipertanggungjawabkan merangka perlembagaan Malayan Union terdiri daripada orang-orang British MPU tidak mendapatkan pandangan penduduk Tanah melayu semasa merangka asas dan melengkapkan perlembagaan Malayan Union Dirangka berdasarkan kecaman dan kritikan orang Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946 Ahli Jawatankuasa kerja terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British

2. Konsep Union dan Persekutuan

a. Malayan Union Malayan Union merupakan sebuah kerajaan yang bercorak gabungan atau Union Ciri utama ialah memansuhkan kewujudan kerajaan-kerajaan negeri di bawah kuasa sultan Melayu Negeri-negeri disatukan sebagai sebuah Union di bawah kuasa seorang Gabenor British b. PTM Persekutuan Tanah Melayu mengarah kepada pembentukan kerajaan Persekutuan Kerajaan pusat berkuasa ke atas semua negeri dalam Persekutuan Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa dalam bidang tertentu yang diiktiraf Kedudukan sultan terpelihara

3. Kedudukan Raja-raja Melayu

Malayan Union PTM kedudukan sultan dalam Persekutuan Tanah Melayu dipulihkan seperti sebelum perang Sultan berkuasa memerintah dengan dibantu Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Perundangan Negeri Sultan akan mengesahkan dan meluluskan mana-mana undang-undang yang gagal diluluskan Dewan Perundangan Negeri Kuasa sultan tidak dihapuskan tetapi sultan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam kerajaan Malayan Union kerana Gabenor British berkuasa penuh Kuasa sultan terhad dalam bidang agama tetapi pengerusi majlis agama masih gabenor

4. Majlis-majlis mesyuarat

Malayan Union Gabenor akan memerintah dengan bantuan MMK dan Majlis Perundangan

gabenor mempunyai kuasa pembatal,negeri-negeri mengekalkan MMN masing-masing yang berfungsi untuk menguruskan kerajaan tempatan majlis ini diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat

PTM kuasa pemerintahan di bawah pesuruhjaya Tinggi yang dibantu majlis Perundangan Persekutuan Kerajaan Persekutuan menguruskan hal berkaitan pertahanan, kehakiman,perdagangan,perhubungan awam Sultan berkuasa memerintah dengan bantuan MMk dan MPN di peringkat negeri Kerajaan negeri berkuasa ke atas kerajaan tempatan,agama, pertaniandan tanah Malayan Union menafikan tuntutan pengagihan kuasa yang diperjuangkan semenjak tahun 1920-an, sebaliknya kerajaan persekutuan menjelaskan dan menyempurnakan beberapa aspek pengagihan kuasa.

5. Taraf Tanah Melayu

Malayan Union - Perlembagaan MU menukarkan status negeri-negeri Melayu daripada tanah naungan kepada Tanah Jajahan Sultan-sultan kehilangan kedaulatan kepada mahkota British yang diwakili oleh gabenor yang mentadbir dan memerintah MU

PTM negeri-negeri Melayu adalah dianggap negeri naungan kerajaan negeri dan sultan diberi kembali kuasa dalam bidang tersebutseperti agama dan tanah percubaan British dalam usaha desentralisasi dahulu kini berjaya dan menamatkan pentadbiran yang berbeza-beza antara negeri-negeri di Tanah Melayu

6. Kewarganegaraan

Malayan Union mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orang bukan Melayu prinsip jus soli ( hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau keturunan) hak dan kedudukan orang melayu akan berakhir mendapat tentangan hebat orang melayu. Malayan Union berjalan hanya daripada 1 April 19461 Januari 1948 sahaja

Persekutuan Tanah Melayu

soal kewarganegaraan diberi perhatian mendalam, syarat-syarat telah diperketatkan mereka yang ingin memohon kerakyatan juga mesti memenuhi syarat yang ditentukan hak dan kedudukan orang melayu terpelihara

Kesimpulan

penghapusan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah melayu 1948 merupakan kejayaan perjuangan UMNO yang unggul

BAHAGIAN B
1. Huraikan adat yang diamalkan di China dan India sebelum kedatangan barat.

A. Pengenalan 1. Adat ialah satu sistem nilai yang telah sebagai peraturan bagi mengawal perlakuan sesuatu masyarakat. Adat bertujuan mengekalkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan anggota masyarakat. 2. Melanggar adat bermakna melanggar nilai dan peraturan yang telah menjadi amalan sesuatu masyarakat. Institusi yang bertanggungjawab tentang adat ialah Majlis Orang Tua atau Ketua kampung. 3. Di China dan India, adat yang diamalkan mempunyai persamaan dan perbezaan. Adat yang diamalkan mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

ISI B. Hukum adat masyarakat Negara China tradisional

1. Masyarakat Cina tradisional mengamalkan adat secara meluas, bermula sejak dilahirkan hingga hari kematiannya. 2. Adat wanita hamil - tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengebumian dari mula hamil sehingga seratus hari selepas bersalin. - wanita yang hamil / selepas bersalin perlu banyak rehat dan mengabil makanan yang baik. Mereka dilarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mentah untuk mengelakkan jatuh sakit. 3. Adat mengenai bayi / anak kecil

- semasa seorang bayi dilahirkan, anak tersebut telah berumur satu tahun dan semasa anak tersebut satu tahun, dia dikira berusia dua tahun. -sejak kanak-kanak lagi mereka menerima ajaran Confucius yang menekankan aspekaspek moral. 10

4. (i) Adat masyarakat Cina tradisional mementingkan anak lelaki kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga tersebut. (ii) anak perempuan yang berkahwin, secara langsung memutuskan hubungan dengan keluarganya dan menggunakan nama keluarga suaminya. 5. Mengikut adat pihak pengantin perempuan tidak mengadakan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan hanya diadakan oleh pihak lelaki sahaja. 6. Wanita sentiasa dikawal dan tinggal di rumah. Kaki anak gadis dibebat antara 3 hingga 8 tahun ini menyebabkan pertumbuhan kaki tidak seimbang dan mengakibatkan mereka hanya mampu melangkah kecil semasa berjalan. 7. Ahli yang tertua dalam keluarga dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baik keluarganya harus sentiasa dijaga. C. Hukum adat masyarakat India.

1. Adat ibu mengandung Adat ini dipraktikkan di India Selatan. Ibu yang mengandung dilarang mengumpat, dengki atau bergaduh dengan sesiapa kerana ini akan mempengaruhi bayi belum lahir itu. 2. Adat Suttee Adat ini merupakan upacara penegorbanan balu yang kematian suami. Semasa upacara pembakaran mayat dijalankan si balu akan turut sama dikorbankan. 3. Adat Thuggee Amalan Thuggee merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan jalanan yang dilakukan oleh kumpulan kumpulan agama yang bersenjata. Mereka ini menyamar dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewa Kali. 4. Adat membunuh bayi perempuan Bagi orang India membunuh bayi perempuan adalah satu amalan turun temurun. Ini adalah untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowry apabila anak perempuan berkahwin. 5. Adat perkahwinan semula balu Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu turut diamalkan oleh masyarakat India. Balubalu yang kematian suami dilarang berkahwin semula dan tidak digalakkan menghias diri. Balu-balu ini juga tidak dibenarkan pulang ke rumah sendiri dan menghadiri perayaan keluarga. D. Kesimpulan 1. Adat dan hukum adat mempunyai peranan dan sebagai panduan yang harus diikuti oleh setiap ahli masyarakat. 2. Dalam masyarakat Cina dan India adat menjadi peraturan penting dalam seluruh perlakuan masyarakat termasuk dalam soal pengebumian, perkahwinan dan kelahiran.

11

3. Dengan kedatangan barat, beberapa adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan India turut mengalami pengubahsuaian dengan nilai-nilai barat.

2.Bincangkan peranan Thai dan Burma dalam menangani kemaraan Barat ?

Pengenalan 1. Thailand di bawah Mongkut dan Burma di bawah Raja Mindon telah mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu. 2. Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti China. 3. Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867 merupakan titik permulaan pembaratan dan permodenan di Thailand dan Burma. 4. Kebijaksanaan raja-raja Thai dan Raja Mindon Burma menyebabkan Thailand dan Burma berada dalam keadaan aman dan tidak memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah Thailand dan Burma.

ISI-ISI PENTING: a. Thailand: ( 10 m) i). Pembaharuan luar negeri Rama IV mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu. Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar Thailand tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma. Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris (1855),ekoran daripada itu perjanjian yang sama ditandatangani di antara Siam dengan Amerika dan Perancis(1856),Denmark(1858),Portugal(1859) dan sebagainya. Mongkut juga telah memberikan hak wilayah asingan kepada Barat. ii).Pembaharuan dalam negeri Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh, Rolin Jaequemins sebagai penasihat umum dan Ann Leonowens sebagai pendidikan. Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui pendididkan, pentadbiran,perundangan,dan sebagainya. Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang ekonomi,sosial,serta agama dan pentadbiran dapat membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan. Memansuhkan sistem mengadap dengan menyembah raja kepada orang asing,mereka dibenarkan menunjukkan hormat dengan cara mereka sendiri. Raja Mongkut juga cuba menghapuskan sistem perhambaan. Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di Thailand. Layanan yang sama diberikan kepada semua kuasa Eropah. Raja Chulalongkorn meneruskan dasar pembaratan, persahabatan, dan perdagagangan ayahandanya.

iii).Penyerahan wilayah naungan Thai kepada Inggeris dan Perancis: Raja Mongkut menyerahkan wilayan naungan (Kemboja) kepada Perancis pada tahun 1867. Raja Chulalongkorn juga melepaskan wilayah naungan, 1888 daerah Tongking Utara, 1893 seluruh daerah di Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, 1904 daerah di sempadan Laos-Thailand dan 1907 wilayah Angkor, Battambang dan Siemreap.

12

Raja Chulalongkorn juga melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris pada tahun1909 demi mengekalkan kemerdekaan Thailand.

b. Burma: i).Pembaharuan dalam negeri: Mengukuhkan kerajaan kerajaan pusat dan menghapuskan unsur-unsur feudal, seperti pada tahun 1861 menghapuskan sistem Myosa. Mengambil beberapa pegawai Eropah, Perancis, dan Itali untuk berkhidmat di Burma. Memperkenalkan cukai pendapatan Thathameda ke atas tiap-tiap keluarga. Mewujudkan sepuluh jawatan Kayaigwun yang baru bagi menyelaraskan Myowun. ii).Ekonomi: Memperkenalkan mata wang syiling, 1861. Menubuhkan kira-kira 50 buah kilang kecil yang diselenggarakan oleh orang Barat, membangunkan perusahaan perlombongan arang batu dan besi. Menggalakkan perdagangan dengan Burma Hilir yang berada di bawah pemerintahan British. iii).Hubungan Luar: Raja Mindon Minh benci peperangan, baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Baginda menandatangani dua perjanjian perdagangan Inggeris-Burma pada 1862 dan 1867. Antara isi perjanjian ialah pedagang British dan Burma diberi kebebasan berdagang di Burma Hulu dan Burma Hilir, membenarkan seorang ejen british menetap di Mandalay. Baginda bersetuju memansuhkan hak-hak monopolinya kecuali ke atas kayu jati, petroleum, dan batu permata; mengurangkan duti kastam kepada 5% daripada jumlah nilai setiap konsignasi barang-barang; bersetuju membenarkan seorang lagi ejen British menetap di Bhamo dan sebagainya. Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min, hubungan diplomatic Burma-Inggeris mulai merosot kerana Inggeris enggan memulangkan wilayah-wilayah Burma yang telah ditawan terutamanya Pegu. Layanan buruk terhadap perwakilan Burma yang dihantar ke London. Mengarahkan wakil Inggeris dan orang asing menanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam istana. Kesimpulan: Usaha-usaha pembaharuan dan pemodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thailand dan Raja Mindon terkenal dalam sejarah Burma telah berjaya menahan atau mengekang kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas Thailand dan Burma pada abad ke 19.

3. JELASKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA REVOLUSI CHINA 1911 DAN REVOLUSI SIAM


1932. Pendahuluan Revolusi bermaksud menentang kerajaan dengan kekerasan, selalunya dengan bersenjata. Revolusi China 1911 dapat menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi Siam 1932 hanya menumbangkan kuasa mutlak raja dan raja diletakkan di bawah perlembagaan. Kedua-dua revolusi adalah berkaitan dengan rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah. Mereka mahu satu perubahan baru dalam pemerintahan yang boleh membaiki nasib mereka.

13

Isi-isi Penting Revolusi China 1911 Pegawai-pegawai Cina melakukan penipuan di peringkat wilayah. Pungutan cukai di wilayah sebahagian kecil diserahkan kepada kerajan pusat Rasuah bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan. Tentera Manchu memalukan. Kalah dalam Perang Candu 1 dan 2. Kalah dengan Perancis pada tahun 1884, Perang China-Jepun 1894 1895 dan Boxer 1900. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China. Akhirnya China ditawan. Oleh Itu Manchu patut digulingkan. Ganti rugi peperangan menyebabkan China terpaksa memikul beban hutang. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas perang China Jepun. Selepas Pemberontakan Boxer, China terpaksa membayar 450 juta tael kepada kuasa asing. Ini tidak termasuk perang Candu 1 dan 2. Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta orang kepada 430 juta orang antara tahun 1885 1911. Petambahan rakyat tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat Chna bertambah miskin. Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi kesengsaraan hidup rakyat China. Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi peperangan dan membiayai jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat kemasukan barang-barang asing. Petani yang tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang kaya. Sentimen anti-Manchu dalam kalangan orang China. Orang Manchu bukan Cina asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1664. Orang Cina tidak mahu tunduk kepada DinastiManchu Cogankata mereka Hapuskan Manchu, Kembalikan Dinasti Ming. Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang China di dalam pentadbiran. Mereka curiga dengan kesetiaan orang Cina. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu. Pada pertengahan abad ke 19, Manchu menghantar pelajar-pelajar ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan ideologi-idealogi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan dan hak-hak asasi manusia. Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah menjadi ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi. Dr. Sun Yat Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu. Kemudian digantikan dengan kerajaan republik. Dr. Sun Yat Sen dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi iaitu nasionalisme, demokrasi, dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara tahun 1895 1911, Dr. SunYat Sen dan pengikut-pengikutnya melancarkan sepuluh pemberontakan. Walau bagaimanapun pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot. Kekacauan bermula apabila Kerajaan Manchu cuba memiliknegarakan perkhidmatan kereta api dan pinjaman daripada kuasa asing. Lantaran itu kereta api yang menghubungkan Canton Hankow dan Hankaw Chengtu memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan kedaulatan wilayah Negara China.

Revolusi Siam 1932

14

Raja Vajiravudh (1910 1925) tidak berminat dalam politik Mesyuarat kabinet tidak berfungsi. Raja asyik berpoya-poya dan berhibur. Raja pilih kasih. Kebanyakan menteri semasa Raja Chulalongkorn disingkirkan dan diganti dengan golongan berpendidikan luar negeri yang sealiran dengannya. Pasukan Harimau Liar diberi layanan istimewa yang berlebihan hingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan tentera. Raja Prajadhipok (1925 - 1934) menguatkan lagi kuasa mutlak raja. Golongan bangsawan menguasai pentadbiran. Kelas menengah yang menguasai pentadbiran pada zaman Raja Vajiravudh disingkirkan. Membuang pegawai-pegawa-pegawai istana daripada 3,000 kepada 300 orang. Rakyat bertambah marah. Raja Vajiravudh membazirkan wang negara hingga kerajaan hampir muflis/lumpuh. Membiarkan orang Cina mendominasikan negeri Thai dan menguruskan perdagangan monopoli raja-raja Thai. Zaman Raja Prajadhipok cuba memperbaiki keadaan dengan membuang pekerjapekerja kerana mengamalkan langkah berjmat-cermat. Pasukan Harimau Liar dihapuskan. Zaman Raja Vajiravudh rakyat tidak suka melihat kelakuan rajanya yang buruk. Mereka mula mengkritik raja. Keadaan bertambah buruk pada zaman Raja Prajadhipok kerana kemelesetan ekonomi menyebabkan ramai rakyat tidak bekerja. Kesan rakyat menggulingkan raja dengan cara aman dan raja diletakkan di bawah perlembagaan Kuasa mutlak raja hilang.

Kesimpulan Revolusi China 1911 membawa perubahan dari monarki kepada republik.

4. Bandingkan usaha-usaha untuk membangunkan sosio ekonomi Thailand dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan Dasar ekonomi kapitalisme Barat bukan sahaja telah mewujudkan system ekonomi dual di Negara Thailand dan Filipina malah turut mewujudkan pembangunan social dalam bidang pendidikan, pengangkutan dan sebagainya. - Namun Perang Dunia Kedua telah meranapkan pembangunan sosio ekonomi. Setelah tamat perang Negara Thailand dan Filipina berusaha memulihkan pembangunan social yang telah musnah. Thailand Sistem perhubungan telah dimodenkan seperti membina jalan-jalan baru, memperbaiki dan memanjangkan landasan keretapi serta pembangunan infrastruktur yang lain. Pada awal 1960-an tumpuan pembinaan diberikan kepada pembinaan jalanraya moden bagi memudahkan hasil-hasil pertanian seperti padi dan bahan pukal yang lain dibawa dari kawasan pedalaman ke pelabuhan utama dan juga dipasarkan ke bandar-bandar utama. Dalam aspek pendidikan pula kanak-kanak perempuan turut mendapat peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lelaki. Mereka berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. -

15

Kementerian pendidikan ditubuhkan di Bangkok bagi mengendalikan sekolah-sekolah di Bandar dan juga di daerah lain. Sistem pelajaran diselaraskan di semua peringkat dengan sukatan pelajaran dan penggunaan buku teks yang sama. Lima buah universiti, institusi teknikal dan vokasional serta maktab perguruan telah dibina bagi meningkatkan taraf pendidikan di kalangan rakyat Thailand. Dari sudut kesihatan dan perubatan pula telah menunjukkan peningkatan menjelang tahun 1950an. Misalnya kadar kematian berkurangan disebabkan rakyat mendapat makanan yang sempurna, kawalan terhadap penyakit berjangkit seperti malaria dan penyakit lain juga ditingkatkan serta berlakunya kelahiran yang tinggi. Thailand menerima bantuan ekonomi dari Amerika Syarikat sejumlah AS$88 juta untuk jangka masa dari tahun 1945-1957. Tanaman padi banyak diusahakan. Sebanyak 75% kawasan penanaman padi. Beberapa bahagian di Menam Chao Phraya telah diempangkan untuk projek hidro elektrik bagi kilang-kilang beras dan perindustrian . Ini disokong dengan penggunaan alat jentera di ladang untuk memajukan ekonomi. Pada tahun 1959, kilang penapis minyak dibuka dengan kemampuan mengeluarkan sebanyak 280 000 sehari. Pada tahun 1960, industri ringan dan berat telah dijalankan seperti memproses padi, penghasilan gula dari tebu, penghasilan besi keluli dan gelas.

Filipina Sistem perhubungan juga ditingkatkan dan diperbaiki. Bidang pendidikan mengalami kemajuan, pada tahun 1946, berlaku peningkatan sebanyak 60% bilangan sekolah berbanding 20% peningkatan pula pada tahun 1900 iaitu sewaktu pendudukan Amerika di Filipina Filipina juga bergantung dengan hasil pertanian. Dua pertiga tanah digunakan untuk pertanian dan tumpuan diberikan kepada pengeluaran kelapa kering, tanaman gula, abaka, tembakau dan nanas di Mindanao. Industri ringan seperti pembungkusan, pemasangan dan pemprosesan diusahakan juga. Industri berat seperti industri besi dan keluli dijalankan di Ilagan City. Pada tahun 1946, Filipina menggunakan akta Perdagangan bebas. Dalam tempoh ini, barangbarang dikecualikan cukai tetapi mengikut kuota. Sektor pertanian dan perhutanan memainkan peranan penting dalam ekonomi Filipina. Revolusi Hijau dilaksanakan untuk sector perikanan dengan memajukan perikanan di laut dan laut dalam serta akuakultur.

Kesimpulan Pembangunan sosio ekonomi Thailand selepas Perang Dunia Kedua bertujuan memajukan Negara dan menjaga kesejahteraan rakyat. Perkembangan pesat berlaku di Thailand dari semua sudut social dan jelas menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat Thailand. Berbeza di Filipina pertumbuhan ekonomi lebih cepat berbanding pertumbuhan social kerana sewaktu Negara ini dijajah, penjajah telah memperkenalkan pembangunan untuk rakyat tempatan.

5. Mengapakah usaha pemodenan di Jepun lebih berjaya berbanding dengan negeri China pada
abad ke-19?

16

Pendahuluan (3markah) China dan Jepun memulakan rancangan pemodenan di dalam negara masing-masing selepas membuka pintu negara kepada kuasa asing. Rancangan pemodenan ini bertujuan mengukuh dan mengelakkan negara mereka daripada pencerobohan selanjutnya oleh kuasa-kuasa Barat. Rancangan Pemodenan Jepun berjaya mencapai matlamatnya tetapi usaha pemodenan China pula menemui kegagalan.

Isi Sebab-sebab kejayaan Jepun dan kegagalan China (20 markah) 1. Perubahan Sosial

Perubahan Sosial di Jepun Zaman pemerintahan Shogun Tokugawa berakhir di Jepun dan kuasa pemerintahan diambil alih oleh Maharaja Meiji. Golongan pembesar Daimyo telah menyerahkan keistimewaan feudal mereka seperti wilayah dan kewibawaan politik kepada maharaja. Golongan Samurai juga menyerahkan keistimewaan feudal kepada kerajaan pusat. Sistem feudal telah terhapus. Ini membolehkan maharaja menjalankan perubahan tanpa rintangan.

Perubahan Sosial tidak berlaku di China Kerajaan Manchu berkuasa mutlak di Negara China dan masih wujud masyarakat feudal di sana. Golongan pembesar dan pegawai wilayah istana masih berpengaruh. Golongan menentang dengan kuatnya segala rancangan pemodenan. Mereka bimbang kedaulatan mereka akan terjejas. Golongan intelektual berpendidikan Confucius juga bimbang akan pemodenan yang dilaksanakan. Golongan ini menghina segala pengaruh dan pengetahuan Barat. Mereka menganggap segala perubahan ala Barat adalah pencerobohan.

2. Kerajaan Pusat

Kerajaan Pusat yang kukuh di Jepun Kerajaan Jepun ialah kerajaan Oligarki. Masyarakat Jepun taat setia dan mempercayai kerajaan pusat yang ditubuhkan. Kerajaan pusat di Jepun ditadbir oleh Maharja Meiji yang bersikap pro pemodenan dan sekumpulan pegawai yang berkebolehan dan mempunyai idea progresif. Pemimpin seperti Ito Hirobumi, Saigo Takamori , Okuiba Toshimichi, Kido koim dan Okuno Shigunnubo Berjaya menjalankan pemodenan dengan sokongan penuh maharaja. Kerajaan Oligarki di Jepun yang mempunyai kuasa penuh berupaya melancarkan pemodenan tanpa halangan. Dewan Rakyat tiada kawalan ke atas Perdana Menteri dan Kabinetnya.

17

Ketiadaan Pemimpin berwibawa di China Maharani Tzu Hsi mempunyai kuasa penuh dalam kerajaan pusat di Peking. Malangnya beliau anti pemodenan kerana bimbang kedudukan dinastinya diancam oleh arus pemodenan. Kerajaan Pusat di China lemah kerana dikuasai oleh golongan konsevertif . Kerajaan Pusat bersikap syak wasangka terhadap sebarang Rancangan pemodenan. Tiadanya penyelarasan antara pegawai kerajaan pusat dan kerajaan wilayah menyebabkan rancangan pemodenan gagal. Kerajaan wilayah menganggap rancangan pemodenan sebagai satu peluang membangkitkan kuasa mereka.

3. Keadaan Politik

Zaman Keamanan di Jepun Negara Jepun lebih rela menerima Barat. Perjanjian Kanagawa , Perjajian Harris dan Perjanjian lain yang ditandatangani dengan Negara Barat mendapat sedikit bantahan sahaja. Rakyat Jepun menerima Barat demi maharaja dan Daimyo. Kesan daripada perjanjian dengan Barat, Jepun terlepas daripada ancaman penceroohan Barat dan mewujudkan zaman yang aman di Jepun. Keadaan ini membolehkan maharaja Meiji dan cabinet Jepun menumpukan usaha mereka dalam mengatasi perselisihan dalaman Jepun. Contohnya kerajaan Jepun telah mengharamkan semua parti politik yang bermusuhan antara satu sama lain dan dengan Kerajaan. Kerajaan Jepun juga dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas segala rancangan pemodenan .

Zaman Imperialisme Barat dan Jepun di China China terlibat dalam siri peperangan dengan Barat seperti Perang Candu I dan II dengan Britain dan Perang China Perancis. Peperangan dan Pencerobohan menghapuskan perbendaharaan China. China juga tidak dapat menumpukan perhatian penuh ke atas segala rancangan pembaharuan. China turut mengalami kekurangan sokongan kewangan untuk membiayai projek atau Rancangan pemodenan.

4. Sumber Modal

Sumber Modal yang kukuh di Jepun Jepun memajukan perusahaan yang penting. Kerajaan Jepun mewujudkan industri yang mampu berdikari. Kerajaan Jepun turut memberi subsidi dan pinjaman kewangan kepada industri tempatan seperti Mitsubishi. Keadaan ini menyebabkan syarikat tersebut berkembang menjadi Zaibatsu yang besar seperti Mitsui, Sumitomo dan Yasuda.

Kekurangan Modal di China

18

Kerajaan China tiada sumber kewangan yang kukuh. Sumber kewangan yang ada terpaksa disalurkan kepada pembiayaan gantirugi perang. Kekurangan modal awam dan swasta memaksa China menaikkan cukai yang ada dan memperkenalkan cukai baru. Industri tempatan terpaksa bersaing dengan industri asing . Pegawai-pegawai Manchu menggelapkan wang yang dikutip untuk Rancangan Pemodenan.

Kesimpulan (2 markah) Jepun semakin maju dan moden dengan adanya rancangan pemodenan ini. Jepun muncul sebagai kuasa Imperiallis yang sangat ditakuti . China pula semakin dicerobohi kuasa barat dan kerajaan Manchu menjadi semakin lemah.

6. Huraikan peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam membantu negara-negara Asia Tenggara selepas negara-negara tersebut mencapai kemerdekaan.

Pengenalan 1. PBB ditubuhkan pada Jun 1945 di San Francisco bermatlamat menjaga keamanan dunia dan menjalin kerjasama ekonomi ,politik dan social antara Negara anggota 2. Selepas memperolehi kemerdekaan kebanyakan Negara di Asia Tenggara telah diterima menganggotai PBB

Isi ( 20 markah ) 1. 2. 3. Negara yang baru merdeka di Asia Tenggara mendapat pengiktirafan daripada PBB Pengiktirafan PBB memantapkan lagi kedudukan negara di peringkat antarabangsa PBB memberi bantuan kewangan untuk membangun negara yang baru mencapai kemerdekaan memandangkan mereka memerlukan banyak bantuan dan sokongan dari segi kewangan. Bank Dunia telah membiayai pembangunan secara keseluruhan. PBB memberi bantuan ketenteraan sebagai pemerhati dan pengaman terutama negara yang berkemungkinan mengalami pergolakan politik dalaman PBB melalui agensi pendidikannya memberi bantuan untuk memajukan bidang pendidikan dengan menghantar pakar dan membina pusat pendidikan ( UNESCO ) PBB juga memantau dan membantu perkhidmatan dan penyelidikan mengenai kesihatan dan wabak penyakit tropika akibat kesan peperangan. PBB bukan sahaja menghantar bantuan doktor ( melalui WHO ) tetapi juga ubat-ubatan serta membina pusat kesihatan. PBB juga bertindak menyelia bantuan terhadap pelarian perang melalui UNCHR supaya tidak akan menimbulkan masalah terhadap negara yang didiami. Masalah mengenai kanak-kanak turut mendapat perhatian PBB melalui UNESCO terutamanya Negara yang miskin. Filipina mendapat bantuan teknikal PBB dalam bidang pembangunan industri, koperasi, pengeluaran tanaman dan haiwan , perikanan, kesihatan dsb. Thailand menerima bantuan kewangan dalam projek pertanian , perindustrian dan kesihatan. Burma mendapat bantuan PBB dalam menyelesaikan masalah penempatan tentera kerajaan nasionalis China di kawasan sempadannya.

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

19

Kesimpulan 1. 2. Dengan bantuan PBB kedaulatan dan kemerdekaan Negara Asia Tenggara lebih terjamin Dengan bantuan teknikal dan kepakaran yang disalurkan kepada negara-negara asia Tenggara kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera dan maju.

20

You might also like