P. 1
Pengangkutan Bahan Dalam Tumbuhan

Pengangkutan Bahan Dalam Tumbuhan

|Views: 285|Likes:
Published by Chai Chin Lim

More info:

Published by: Chai Chin Lim on Aug 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/26/2014

pdf

text

original

Pengangkutan Bahan- bahan dalam tumbuhan Keperluan Pengangkutan Bahan- bahan di dalam tumbuhan 1.

Sistem pengangkutan adalah perlu bagi tumbuhan. Air dan garam mineral yang diserap oleh akar perlu diangkut ke semua bahagian tumbuhan. 2. Air ialah komponen penting bagi sel. Air adalah pelarut bagi tindak balas biokimia di dalam sel. Air ialah bahan tindak balas di dalam metabolisme sel, contohnya tindak balas cahaya dalam fotosintesis. 3. Ion mineral diperlukan dalam sintesis klorofil, pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan yang sihat. 4. Bahan makanan organik yang disintesis oleh daun semasa fotosintesis perlu diangkut ke bahagian yang sedang mengalami pertumbuhan, organ simpanan dan bahagian lain tumbuhan. 5. Tumbuhan multisel yang kecil dan ringkas seperti lumut hati mempunyai struktur yang pipih dan nipis untuk menyediakan luas permukaan per isi padu yang besar dan jarak resapan bahan- bahan yang pendek. 6. Tumbuhan multisel ringkas seperti ini memerlukan sistem pengangkutan dalaman dan strukturnya tidak dibezakan kepada sistem akar dan pucuk. 7. Tumbuhan berbunga ( angiosperma), konifer dan paku pakis mempunyai nisbah JLP/ I yang kecil dan bahan- bahan perlu bergerak pada jarak yang besar. 8. Terdapat perkembangan siitem saluran dalaman untuk mengangkut bahan- bahan dari persekitaran dan dari satu bahagian ke bahagian lain tumbuhan. 9. Tumbuhan juga kurang aktif daripada haiwan. Keperluan tenaga bagi sel tumbuhan secara umumnya lebih rendah berbanding sel haiwan. 10. Tumbuhan secara umumnya mempunyai sistem pengangkutan yang kurang terperinci dan perlahan berbanding sistem peredaran darah di dalam haiwan seperti mamalia.

Tisu Vaskular dalam Batang, Akar, dan daun

1. Tisu vascular di dalam tumbuhan terdiri dari tisu xilem dan floem. Tisu ini berfungsi sebagai dua sistem pengangkutan yang berasingan. 2. a. Tisu xilem mengangkut air dan ion mineral dari akar ke bahagian atas tumbuhan, melawan tarikan gravity. b. Tisu xilem memberi sokongan mekanikal kepada tumbuhan. 3. Tisu floem mengangkut bahan organik yang telah disintesis di dalam daun ke bahagian lain tumbuhan di mana bahan organik ini digunakan di dalam metabolism sel atau disimpan di dalam organ simpanan. 4. Sistem vascular tidak terlibat di dalam pengangkutan oksigen dan karbon dioksida. Pergerakan gas antara sel- sel dan persekitarannya adalah secara resapan.

Struktur Xilem Berhubung dengan pengangkutan 1. Xilem mempunyai dua fungsi penting seperti berikut: a. Mengangkut air dan ion mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan. b. Juga menyediakan sokongan mekanikal kepada tumbuhan. 2. Dalam tumbuhan berbunga, xilem terdiri dari salur xilem, trakeid, parenkima dan fiber. 3. Salur xilem diadaptasikan dengan fungsinya seperti berikut: a. Hujung dinding salur xilem adalah terbuka dan mempunyai liang yang besar. Salur xilem membentuk satu tiub berongga yang panjang dan berterusan untuk mengangkut air. b. Salur xilem adalah sempit dan berfungsi seperti tiub kapilari. c. Dinding xilem adalah berlignin dengan ketebalan yang berbeza untuk sokongan yang kuat dan menghalangnya dari runtuh.

d. Salur xilem yang matang terdiri dari sel mati. Tiada protoplasma dalam salur xilem yang menghalang pengaliran air. e. Terdapat satu siri liang yang disebut sebagai pit bagi air untuk keluar secara lateral ke sel- sel sekeliling. 4. Konifer dan paku- pakis tidak mempunyai salur xilem dan hanya mempunyai trakeid yang kurang cekap di dalam pengangkutan air. 5. Trankeid tidak mempunyai hujung yang terbuka bagi membentuk tiub berongga yang berterusan. Air lalu menerusi pit dari sel ke sel.

Struktur Floem Berhubung dengan pengangkutan 1. Floem mengangkut bahan makanan organik, contohnya sukrosa dan asid amino dari daun ke pelbagai bahagian lain tumbuhan, terus ke bahagian yang sedang membesar dan organ simpanan. 2. Tisu floem terdiri terutamanya dari tiub tapis dan sel rakan. 3. Tiub tapis ialah tiub berbentuk silinder yang dieprbuat daripada sel tiub tapis yan gpanjang dan hidup. 4. Dinding yang memisahkan sel- sel tiub tapis adalah berliang kecil. Dinding pemisah dengan liang ini kelihatan seperti tapis dan disebut sebagai plat tapis. 5. Terdapat hubungan sitoplasma antara sel- sel tiub tapis menerusi liang tapis. Ini membenarkan pengaliran bahan makanan terlarut. 6. Dalam tiub tapis yang matang, banyak organel sel termasuk nukleus yang merosot. Selapis sitoplasma yang nipis dan beberapa mitochondrion yang kecil terdapat pada lapisan dalam dinding sel selulosa yang nipis.Terdapat kurang rintangan dalam pengaliran larutan nutrien menerusi tiub tapis. 7. Sel rakan terdapat hanya dalam tumbuhan berbunga dan tidak di dalam konifer atau paku pakis. Sel rakan terletak bersebelahan dan berkait dengan sel tiub tapis.

8. Setiap sel rakan mempunyai nukleus , sitoplasma yang padat dan banyak mitochondrion. 9. Sel rakan membantu dalam pengangkutan makanan, contohnya sukrosa dan asid amino dari sel- sel daun ke tiub tapis. 10. Terdapat banyak mitochondrion hadir untuk menjana ATP yang diperlukan untuk pengangkutan aktif sukrosa dari sel rakan ke tiub tapis. 11. Apabila batang tumbuhan berkayu digelang, kulit kayu yang mengandungi tisu luar dari xilem( termasuk floem) dibuang. 12. Larutan nutrien mengandungi bahan- bahan organik dihalang dari diangkut ke akar, Bahan makanan akan terkumpul di lapisan luar batang, di atas bahagian tumbuhan yang dgelang. 13. Pada peringkat awal, tumbuhan tidak layu kerana salur xilem masih boleh mengangkut air dan mineral dari akar ke bahagian atas tumbuhan. 14. Tumbuhan akhirnya layu dan mati, ini adalah kerana makanan yang disintesis di dalam daun tidak boleh diangkut ke sel- sel akar. Sel akar mati tidak lagi boleh menyerap air dan garam mineral dari larutan tanah.

1.8 Pengangkutan Bahan – bahan Organik dan Air di dalam tumbuhan Translokasi Translokasi ialah pengangkutan bahan makanan organik terlarut melalui floem. Kepentingan Translokasi 1. Pengangkutan bahan- bahan organik memastikan kemandirian tumbuhan. 2. Molekul makanan organik seperti gula( terutamanya sukrosa) dan asid amino boleh diangkut ke: a. Kawasan pertumbuhan di dalam tumbuhan bagi pertumbuhan dan perkembangan. b. Sel- sel tumbuhan bagi metabolisme. c. Bawah dari daun iaitu ke organ simpanan seperti akar.

Transpirasi Transpiration ialah kehilangan air sebagai wap air dari tumbuhan hidup ke atmosfera disebabkan penyejatan. Hampir semua air yang hilang melalui stoma daun. Sedikit air hilang melalui kutikel atau lentisel pada batang tumbuhan berkayu.’

Kepentingan transpirasi 1. Transpirasi menyebabkan wujudnya tarikan transpirasi yang menarik air dan ion mineral terlarut dari akar ke daun- daun. 2. Air yang dibekalkan ke tumbuhan digunakan untuk fotosintesis dan metabolisme sel. Ion mineral digunakan untuk aktiviti sel dan

pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan. 3. Air diangkut ke sel- sel untuk mengekalkan kesegahan sel. Sel segah memberikan sokongan kepada daun-daun dan batang muda, terutamaya di dalam tumbuhan herba. 4. Penyejatan air dari daun- daun memerlukan haba pendam pengewapan. Ini menyejukkan tumbuhan di dalam cuaca panas. 5. Apabila air tersejat dari tumbuhan ke atmosfera lebih cepat dari yang diserap dari tanah,maka air keluar dari sel tumbuhan. Sel menjadi flasid menyebabkan tumbuhan layu.

Laluan Air dari Tanah ke Daun 1. Air dan ion mineral biasanya diserap oleh akar muda yang berepidermis nipis. Tekanan akar rumbut meningkatkan luas permukaan penyerapan. 2. Sap sel di dalam sel akar rambut mengandungi gula, asid amino dan mineral. Sap sel lebih pekat dari larutan tanah di sekeliling. 3. Air meresap ke dalam sel akar melalui osmosis. 4. Kemasukan air ke dalam sel akar melarutkan sap sel. Sap sel korteks bersebelahan menjadi lebih pekat. Maka, molekul air meresap ke dalam sel akar bersebelahan. 5. Proses berterusan dan air diangkut dari satu sel akar ke sel yang lain secara osmosis. 6. Di dalam sel endodermis, ion mineral dipam, secara aktif dari sel-sel ini ke dalam larutan di dalam salur xilem di dalam akar. 7. Larutan di dalam salur xilem menjadi lebih pekat. Air masuk ke dalam salur xilem dari sel akar melalui osmosis. 8. Proses ini mewujudkan daya ke atas yang disebut sebagai tekanan akar yang membantu menolak air di dalam xilem ke ketinggian tertentu di dalam tumbuhan. 9. Walau bagaimanapun, tekanan akar sahaja tidak mencukupi untuk memaksa air naik ke bahagian atas tumbuhan. Faktor lain yang terlibat adalah tindakan kapilari dan tarikan transpirasi. 10. Dalam tumbuhan, tindakan kapilari disebabkan gabungan daya lekitan dan lekatan. 11. Molekul air melekat antara satu sama lain untuk membentuk turus air yang berterusan di dalam salur xilem. Fenomena ini disebut sebagai daya lekitan. 12. Daya lekatan antara molekul air dan dinding xilem membantu

menggerakkan turus air ke atas sepanjang salur xilum yang sempit. 13. Di waktu siang, air meresap dari sel mesofil ke dalam ruang udara intersel di dalam daun. Kemudian air meresap melalui stoma yang terbuka ke udara di sekeliling.

14. Kehilangan air dari sel mesofil diganti oleh air yang mengalir masuk dari bahagian atas salur xilem di dalam daun. 15. Ini menwujudkan daya sedut atau daya tarikan yang disebut sebagai tarikan transpirasi yang menarik turus air ke atas, melalui salur xilem dari akar ke daun. 16. Pengaliran air yang berterusan di dalam tubuhan dikenali sebagai aliran transpirasi.

Pembukaan dan Penutupan Stoma 1. Daun dikotiledon mempunyai stoma di permukaan bawah daun. Daun monokotiledon mempunyai stoma di permukaan bawah dan atas daun. 2. Setiap stoma terdiri dari sepasang sel pengawal berbentuk ginjal yang mengelilingi liang stoma. 3. Sel pengawal mempunyai dinding sel luar yang kenyal yang nipis dan dinding sel dalam yang tebal. Setiap sel mengawal mempunyai nucleus, sitoplasma dan kloroplas. 4. Pembukaan dan penutupan stoma di dalam daun mengawal resapan karbon dioksida dan oksigen ke dalam dan keluar dari duan dan juga kadar transpirasi. Pembukaan Stoma 1. Pada waktu siang, fotosintesis berlaku dan paras karbon dioksida rendah di dalam daun. 2. Ion kalium( ) meresap dari sel epidermis subsidiari di sekeliling ke

dalam sel pengawal. 3. Dalam banyak spesies tumbuhan, kanji yang disimpan di dalam sel pengawal ditukar kepada malat. 4. Pengumpulan ion kalium dan ion malar meningkatkan tekanan osmosis di dalam sel pengawal.

5. Air masuk ke dalam sel pengawal dari sel epidermis di sekeliling melalui osmosis. 6. Dua sel pengawal menjadi segah dan melengkung keluar dan stoma terbuka.

Penutupan stoma 1. Pada waktu malam, fotosintesis tidak berlaku dan paras karbon dioksida adalah tinggi. Ion kalium bergerak keluar dari sel pengawal ke dalam sel epidermis. 2. Ion malat ditukar kepada kanji. Tekanan osmosis di dalam sel pengawal berkurangan. 3. Air meresap keluar dari sel epidermis di sekeliling secara osmosis. Sel pengawal menjadi flasid dan stoma tertutup. 4. Stoma juga tertutup apabila bekalan air tidak mencukupi dan kadar transpirasi adalah tinggi.

Faktor Mempengaruhi Kadar Transpirsi Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi ialah: (a) Pergerakan udara (b) Suhu (c) Keamatan cahaya (d) Kelembapan relative

Pergerakan Udara ( Kelajuan angin) 1. Air yang bergerak membawa wap air di luar stoma menjauhi stoma supaya molekul air boleh meresap dari daun menerusi stoma ke persekitaran.

2. Kadar transpirasi bertambah di dalam keadaan berangin. 3. Apabila terdapat sedikit pergerakan angin atau udara tenang, wap air meresap keluar dari daun dan berkumpul di sekitar stoma. Ini mengurangkan kecerunan kepekatan air dan mengurangkan kadar transpirasi. Suhu 1. Peningkatan suhu meningkatkan tenaga kinetic molekul air. Ini

menyebabkan molekul air bergerak keluar lebih cepat melalui stoma. 2. Suhu tinggi juga mengurangkan kelembapan relative udara di sekeliling. Kesan ini meningkatkan kadar transpirasi. 3. Apabila suhu sekeliliang adalah rendah, tenaga kinetic molekul air berkurangan. 4. Pada suhu rendah, kelembapan relative udara adalah tinggi. Kesan ini mengurangkan kadar transpirasi. Keamatan Cahaya 1. Pada waktu siang, keamatan cahaya yang tinggi merangsang pembukaan stoma dan meningkatkan kadar transpirasi. 2. Cahaya matahari juga membekalkan tenaga haba kepada daun dan meningkatkan penyejatan air. 3. Pada waktu malam atai keadaan gelap, stoma tertutup dan kadar transpirasi mengurang. Kelembapan Relatif 1. Apabila kelembapan relatif atmosfera adalah tinggi, udara adalah tepu dengan wap air, dan kurang air tersejat dari stoma. Maka, kadar transpirasi adalah rendah apabila kelembapan relative adalah tinggi. 2. Udara kering(kelembapan relatif rendah) meningkatkan kecerunan

kepekatan air antara daun dan udara di sekeliling, dan kadar transpirasi meningkat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->