You are on page 1of 6

KEPENTINGAN KALKULUS

Penyelidikan tentang topik kalkulus telah dijalankan pada awal kurun ke-17. Sir isaac newton dan gottfried wilhelm leibniz telah menjalankan penyelidikan secara berasingan dan telah memberi sumbangan terbesar dalam kajian tersebut. Sejak kurun ke-17, penyelidikan tentang kalkulus telah mula berkembang dan mencapai tahap seperti yang sedia ada sekarang. Kalkulus adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, terbitan,kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus ilmu adalah ilmu mengenai dan algebra perubahan, adalah ilmu

sebagaimana geometri adalah

mengenai

bentuk

mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, dan teknikal; serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas. Kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran yang saling berhubungan melalui teorem asas kalkulus. Pelajaran kalkulus adalah pintu gerbang menuju pelajaran matematik lain yang lebih tinggi, yang khusus mempelajari fungsi dan limit, yang secara umum dinamakan analisis matematik. Sumbangan kalkulus dalam bidang sains memang tidak dapat disangkal lagi. Pelbagai kajian dan penemuan baru dapat dicipta apabila ilmu sains digabungkan dengan ilmu kalkulus sekaligus memantapkan dan mengukuhkan lagi penemuan tersebut. Contohnya, kalkulus pembezaan digunakan dalam kajian mengenai

pertumbuhan terhad populasi. Lebih khusus lagi, untuk melihat bahawa kita boleh

membangunkan model grafik daripada andaian tentang kadar perubahan. Pertumbuhan natural dalam populasi biologikal bermula dengan andaian kadar pertumbuhan adalah berkadaran terus dengan populasi dan tiada sekatan ke atas pertumbuhan. Anggapan ini membawa kepada formula model yang eksponen. Dalam modul ini, kita modelkan populasi dan hadkan saiz populasi berkenaan. Bermula daripada andaian teori tentang kadar pertumbuhan, kita mengkaji apakah andaian ini meramalkan tentang populasi. Selain daripada itu, ahli biologi turut menggunakan kalkulus pembezaan untuk menentukan dengan tepat kadar pertumbuhan bakteria apabila pelbagai pembolehubah seperti suhu dan sumber makanan berubah. Kajian ini membantu dalam meningkatkan kadar pertumbuhan bakteria tertentu yang elok dan membantutkan kadar pertumbuhan bakteria yang berbahaya. Dalam kehidupan seharian kita, kadang-kadang kita akan berdepan dengan masalah yang jarang-jarang berlaku. Contohnya, kita perlu menolak kotak yang berat dari satu kawasan yang rendah ke kawasan yang lebih tinggi. Jika jalan ke kawasan yang lebih tinggi itu lurus, kita perlu menyelesaikan masalah berkenaan menggunakan algebra dan trigonometri. Namun, sekiranya jalan berkenaan tidak rata maka kita perlu mengaplikasikan kalkulus dalam permasalahan ini. Ini adalah kerana dengan jalan yang lurus, kita akan menolak dengan satu kuasa yang tidak berubah. Begitu juga dengan penggunaan tenaga yang tidak berubah. Hal ini berbeza untuk jalan yang tidak lurus. Kuasa dan tenaga yang digunakan akan berubah-ubah. Inilah yang dikatakan sebagai pengaplikasian kalkulus yang bermaksud perubahan.

Gambar kiri mengaplikasikan teknik algebra dan trigonometri. Gambar kanan mengaplikasikan kalkulus.

Bidang kejuruteraan turut tidak dapat lari dari pengaplikasian kalkulus. Pengaplikasian kalkulus pecahan (Fractional Calculus, FC) hanya bermula dua dekad yang lepas. Dalam bidang sistem teori dinamik, sesetengah perkara telah dijalankan tetapi model dan algoritma yang dicadangkan itu masih dalam peringkat awal penubuhan. Baru-baru ini FC telah membuahkan hasil dalam bidang penyelidikan dan kejuruteraan sekaligus menjadikan banyak bidang-bidang saintifik yang lain

memberikan perhatian yang lebih luas kepada konsep FC ini. Kalkulus dan astronomi juga tidak dapat dipisahkan. Perkembangan matematik dan pengiraan astronomi digabungkan dan digunakan. Kebanyakan ahli astronomi yang terkenal juga merupakan pakar dalam bidang matematik dan begitulah sebaliknya. Kalkulus telah digunakan dalam bidang astronomi sejak abad ke-17 untuk mengira orbit planet-planet di sekitar bintang. Kalkulus juga diperlukan untuk mengira dengan tepat kelajuan objek-objek yang berubah dan bergerak di angkasa seperti asteroid, komet dan lain-lain.

Selain daripada itu, kalkulus juga berguna dalam bidang ekonomi. Sebagai contoh, ahli ekonomi menggunakan kalkulus untuk menentukan masa yang sesuai untuk membeli atau menjual sesuatu, berapa harga barang mempengaruhi berapa banyak orang yang membelinya atau contoh-contoh lain yang memerlukan perubahan diukur dari semasa ke semasa dalam dua atau lebih pembolehubah yang berkaitan. Syarikat kad kredit juga menggunakan kalkulus untuk menetapkan kadar bayaran minimumnya yang perlu dibayar pada masa yang tepat dengan mengambil kira pembolehubah tertentu seperti perubahan kadar faedah dan baki yang berubah-ubah. Elemen seni bagi sesebuah bangunan juga tidak lari dari mengaplikasikan nilai kalkulus bagi pembinaannya. Arkitek akan menggunakan kalkulus kamiran untuk menentukan jumlah bahan yang diperlukan untuk membina sebuah kubah yang melengkung untuk stadium sukan yang baru sekaligus mengira berat kubah dan menentukan jenis struktur sokongan yang diperlukan. Seorang pelukis grafik akan menggunakan kalkulus untuk menentukan bagaimana model tiga dimensi yang berbeza akan bertindak mengikut syarat-syarat perubahan yang dikenakan. Kesan grafik yang realistik akan dapat dihasilkan menggunakan prinsip kalkulus. Jurutera penerbangan angkasa lepas kerap menggunakan kalkulus apabila merancang misi yang panjang. Untuk memulakan siasatan penerokaan, mereka mesti mengambil kira halaju yang berbeza ketika mengelilingi bumi dan planet yang disasarkan serta pengaruh graviti yang lain seperti matahari dan bulan. Kalkulus membolehkan setiap pembolehubah-pembolehubah dikira dengan tepat.

Jelas sekali, pelbagai bidang telah mengaplikasikan prinsip perubahan dalam kalkulus dari universiti, syarikat penerbangan, studio hiburan dan syarikat pembinaan adalah antara beberapa contoh yang mendapat manfaat dari prinsip perubahan kalkulus. Malah doktor dan peguam menggunakan kalkulus untuk membantu membina dispilin yang diperluklan bagi menyelesaikan masalah yang kompleks seperti mendiagnos pesakit atau merancang kes pendakwaan. Walaupun kalkulus merupakan salah satu cabang matematik yang kompleks, namun ia berjaya memberikan kesan yang baik dalam hidup kita.

RUJUKAN

Aplikasi Kalkulus dalam Bidang Ekonomi, http://kartikasyaftiana.wordpress.com/2011/03/21/aplikasi-kalkulus-dalambidang-ekonomi/ Applications of Calculus, http://www.wyzant.com/Help/Math/Calculus/Introduction/Applications_of_Calculu s.aspx Mathematical Techniques in Astronomy, http://www.hps.cam.ac.uk/starry/mathematics.html Some Application of Fractional Calculus in Engineering, http://www.hindawi.com/journals/mpe/2010/639801/ The Connected Curriculum Project, https://www.math.duke.edu/education/ccp/index.html Uses of Calculus in Real Life, http://www.ehow.com/info_8524020_uses-calculus-reallife.html

You might also like