Pengertian Matematik

Pada asasnya, matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeling dan cakerawala. Sehubungan ini, matematik menjadi suatu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri seperti simbolsimbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya. Berlandaskan daripada huraian ini, metematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada konkrit atau abstrak. Dengan perkataan lain, matematik ialah suatu cara berfikir yang digunakan untuk mengembangkan hujah dan mencapai kesimpulan daripada kejadian-kejadian di bumi dan cakerawala. Di samping itu, matematik diertikan sebagai kajian pola. Banyak teorem geometri dan pola nombor adalah hasil kajian daripada bentuk-bentuk dengan menggunakan operasi-operasi matematik. Kadangkala, matematik merupakan suatu kajian perhubungan angkubah-angkubah yang dinyatakan dengan menggunakan rumus atau persamaannya atau dalam bentuk graf. Dari segi kehidupan, matematik menjadi satu alat yang berguna dalam kehidupan harian. Sebenarnya, matematik adalah dilahirkan daripada

.kehendak dan keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. kajian perhubungan. satu seni dan bahasa yang tersendiri. kajian pola. satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Ringkas kata. matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful