You are on page 1of 2

Nama Tingkatan

: :

Prathip Kumar A/L Ravee 2 Rancangan Khas

KES/LAPORAN KESAN PEMBANDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAWASAN PEKAN PARIT, PERAK.

Pembandaran ialah satu proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya. Parit ialah sebuah pekan yang terletak dalam pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang beribu pejabat di Seri Iskandar, Bota Kanan,Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan oleh saya ialah kaedah pemerhatian.Melalui kaedah ini saya dapat memerhati kesan pembandaran terhadap alam sekitar yang berubah dari masa ke semasa. Objektif bagi kajian saya ialah mengenalpasti kesan-kesan pembandaran terhadap alam sekitar dan langkah-langkah mengatasi kesan pembandaran di kawasan kajian saya iaitu, pekan Parit. Terdapat pelbagai kesan yang positif dan negatif pembandaran terhadap alam sekitar.Kesan positif apabila pekan parit berkembang menjadi bandar ialah wujud pertempatan baru.Perkara ini membawa kepada perkembangan sektor perindustrian dan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan.Selain itu, kemudahan asas dan taraf hidup penduduk juga akan bertambah baik seperti di bandar. Kesan negatif pula, apabila pembandaran semakin berluas ia membawa kepada pembinaan-pembinaan baru seperti bangunan dan jalan raya.Perkara ini membawa kepada

penghapusan kawasan tanah dan hutan yang mengelilingi kawasan pekan parit untuk tujuan pembinaan bangunan. Langkah-langkah yang berkesan perlulah diambil untuk mengatasi kesan

pembandaran di parit.Antaranya ialah pembinaan bangunan bertingkat dan rumah pangsa perlulah diwujudkan.Ia dapat mengurangkan penghapusan tanah dan hutan.Selain itu, Majlis Pembandaran Parit juga perlu mewujudkan program seperti menanam pokok dan mewujudkan lanskap di halaman seluruh kawasan Parit.Langkah ini membantu mengurangkan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan dan mendapat udara yang segar. Kesimpulannya, Unsur-unsur patriotisme seperti semangat cinta akan alam sekitar dan sayangi alam sekitar perlulah disemai dalam jiwa setiap individu agar dapat mewujudkan satu pertempatan pembandaran yang baik tanpa ancaman di pecan Parit.

You might also like