You are on page 1of 31

KONSEP PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Situasi: Ketika keputusan SPM diumumkan, ada Calon menangis walaupun dapat 9A, ada yang berasa begitu gembira walaupun mendapat 3A. Cuba bincangkan .

Maka, sebelum kita dapat memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami tingkah laku serta tindak balasnya dalam satu-satu situasi. Psikologi ialah sains yang mengkaji

tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata atau selindung.

Kajian secara nyata atau overt merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contoh: cara kanak-kanak belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung atau covert adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya.

Tujuan mengkaji psikologi:


a. b. c. d.
e. f. g.

h. i. j.

Memahami tingkah laku manusia Membentuk tingkah laku yang diingini Mengawal tingkah laku yang tidak diingini. Meramal tingkah laku yang mungkin timbul dalam satu-satu situasi. Menilai tingkah laku manusia Memahami perbezaan individu Memahami keperluan fisiologi dan psikologi manusia Memahami gangguan tingkah laku Memahami faktor pembentukan sahsiah Memahami faktor pembentukan konsep kendiri

KONSEP-KONSEP ASAS PSIKOLOGI: Naluri Keperluan Desakan motivasi

NALURI ialah kuasa semula jadi biologi


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Jenis-jenis naluri Naluri ingin tahu Naluri melarikan diri Naluri ingin berkumpul Naluri ingin meniru Naluri ingin berlawan Naluri mencari makan Naluri keibubapaan Naluri kejantinaan Naluri meminta pertolongan Naluri memperagakan diri Naluri merendahkan diri Naluri ingin meruntuh dan membina

yang mendorong sesuatu organisma untuk bertindak mengikut satu-satu cara.

CIRI-CIRI NALURI
1. Ia wujud secara semula jadi dan bukan dipelajari. 2. Ia adalah hasil baka atau pun diwarisi. 3. Ia adalah kompleks dan agak kekal. 4. Tingkah laku yang wujud hasil daripada naluri adalah sama bagi semua ahli sesuatu kumpulan atau spesies. 5. Kewujudannya bukan disebabkan oleh sebarang rangsangan.

Desakan ialah keadaan kekurangan

keperluan atau ketegangan yang akan bertambah kurang atau terhapus sebaik sahaja keperluan itu dipenuhi.

Ciri-ciri desakan: 1. Ia wujud akibat kekurangan keperluan fisiologi, iaitu makanan, minuman dan oksigen. 2. Ia tidak kekal dan akan hilang sebaik sahaja keperluan fisiologi dipenuhi. 3. Kadar desakan meningkat jika keperluan fisiologi tidak dipenuhi. Sebaliknya ia akan terhapus sebaik sahaja keperluan fisiologi dipenuhi. 4. Desakan biasanya akan mendorong seseorang itu bertindak.

Keperluan ialah suatu kekurangan (sama

ada dari segi fisiologi atau psikologi) yang dihendaki seseorang individu agar dia dapat berfungsi dengan berkesan. Keperluan fisiologi adalah keperluan makanan atau minuman. Keperluan psikologi adalah keperluan keselamatan, kasih sayang, penerimaan dan Penghargaan.

Jenis-jenis keperluan: - keperluan asas, iaitu keperluan makanan, minuman, oksigen, berehat, tidur dan sebagainya. - keperluan sekunder seperti keperluan keselamatan, kasih sayang, penerimaan, penghargaan dan kebenaran diri.

Ciri-ciri keperluan: 1.Ia bukannya keadaan semula jadi. 2.Ia merupakan satu keadaan yang wujud disebabkan satu-satu kekurangan tidak dipenuhi. 3.Ia boleh disebabkan kekurangan fisiologi ataupun kekurangan psikologi. 4.Ia tidak kekal.

Urutan Motivasi keperluan desakan insentif ganjaran

Motivasi atau penggerakan ialah kecenderungan organisma untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh suatu insentif. Tingkah laku yang wujud menuju ke arah pencapaian matlamat.

CIRI-CIRI MOTIVASI:
1. Motivasi tidak wujud secara semula jadi. 2. Motivasi tidak diwarisi. 3. Motivasi boleh diwujudkan oleh keperluan fisiologi atau keperluan psikologi. 4. Motivasi mendorong ke arah pencapaian matlamat. 5. Aras motivasi berbeza daripada seorang individu kepada individu yang lain. Semakin kuat keinginan seseorang untuk mencapai sesuatu, semakin tinggilah motivasinya.

Psikologi Pendidikan merupakan kajian


saintifik tentang tingkah laku manusia yang berkaitan dengan pendidikan serta prinsip yang membolehkan pembelajaran meningkat.

Pengetahuan tentang psikologi pendidikan akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. - memahami pelajar-pelajarnya di bilik darjah - memahami kebolehan pelajar-pelajarnya - memahami peringkat-peringkat perkembangan yang mereka lalui dan caracara alam sekitar membentuk sahsiah serta memupuk minat mereka

- memahami proses-proses yang digunakan oleh pelajarnya dalam pemikiran serta penyelesaian masalah - memahami cara pelajar-pelajar belajar - memahami cara membantu pelajar-pelajar memperoleh pembelajaran yang maksimum

Perkara-perkara yang dikaji oleh ahli psikologi pendidikan:


- proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak - perkembangan manusia - perbezaan individu - pembelajaran di bilik darjah - cara-cara menilai pencapaian pengajaran dan pembelajaran

KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

1.Psikologi pendidikan dapat membekalkan guru dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berguna dalam pendidikan. Dengan ini dapatlah dia meningkatkan pengajarannya serta pembelajaran pelajar. 2.Psikologi pendidikan membekalkan pengetahuan tentang perkembangan manusia. Ketika pelajar-pelajar meningkat umurnya, proses pembelajaran berubah. Keupayaan mereka untuk memahami sesuatu yang abstrak dan rumit juga meningkat. Dengan itu, psikologi pendidikan dapat membantu guru menentukan kesesuaian strategi pengajaran. 3.Psikologi pendidikan dapat menyediakan pengetahuan tentang keperluan pelajar. Dengan pemahaman seperti ini guru dan pentadbir sekolah dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajajr-pelajar.

4. Melalui psikologi pendidikan, minat dan bakat pelajar dapat dikesan. Guru dapat membantu pelajar membuat perancangan kerjaya masing-masing. 5. Pendidikan dalam psikologi pendidikan akan menghasilkan maklumat serta data baru yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 6. Pengetahuan dalam bidang psikologi pendidikan membolehkan guru bertindak secara saintifik. Ini bermakna tindakan diambil berdasarkan maklumat, data serta pemerhatian yang objektif.

7. Psikologi pendidikan membolehkan seseorang individu meramal serta mengawal tingkah laku pelajar-pelajar. 8 Psikologi pendidikan membantu guru bimbingan memahami masalah peribadi serta masalah pembelajaran para pelajar.

9. Psikologi pendidikan mendedahkan kepada guru betapa kuatnya pengaruh baka dan persekitaran ke atas perkembangan pelajar dari segi mental, jasmani, emosi dan rohani.

10. Psikologi pendidikan membekalkan pengetahuan tentang perbezaan setiap kanak-kanak sama ada dari segi mental, sikap, minat dan motivasi. 11. Psikologi pendidikan membantu guru memahami strategi penyelesaian masalah, gaya pembelajaran serta cara memproses bahan pembelajaran. 12. Melalui psikologi pendidikan, cara-cara yang berkesan untuk menilai pencapaian pengajaran dan pembelajaran dapat dikenal pasti.

FAEDAH PSIKOLOGI PENDIDIKAN


1. Setelah mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, guru dapat merancang strategi pengajaran yang berbeza untuk pelajar=pelajar yang berlainan. 2. Setelah memahami proses perkembangan manusia, guru dapat menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sejajar dengan peringkat kognitif pelajar-pelajar. Semakin meningkat umur pelajar, semakin tinggi keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah yang lebih abstrak dan rumit. 3. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan pelajar setelah dia memahami kebolehan, minat serta bakat pelajar yang berlainan.

4. Ia dapat melatih dan memahirkan guru membuat rumusan dan hipotesis serta berfikiran luas semasa menyelesaikan masalah pelajar. 5. Pengetahuan psikologi pendidikan dapat membantu guru meramal serta mengawal tingkah laku pelajar-pelajar. Ini bermakna usaha pencegahan boleh dilakukan sebelum satu-satu masalah itu timbul. 6. Pengetahuan psikologi pndidikan dapat membantu guru mengubah tingkah laku pelajar yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diharapkan oleh masyarakat.

7. Psikologi pendidikan dapat melengkapi guru dengan cara cara untuk memotivasikan pelajar dalam pembelajaran. 8. Dengan mengkaji keperluan fisiologi dan psikologi pelajar-pelajar, guru dapat berusaha ke arah memenuhinya. Ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk bergiat serta mengalami keadaan emosi yang lebih stabil. 9. Pengetahuan psikologi pendidikan dapat membantu guru memahami pelajar-pelajar secara mendalam. Pemahaman seperti ini membolehkan guru menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling yang lebih berkesan.

10. Penyelidikan dalam bidang psikologi pendidikan membekalkan data serta maklumat baru yang boleh digunakan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar. 11. Ia membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan itu, guru dapat membantu pelajar membentuk konsep kendiri yang positif. 12. Setelah memahami perbezaan pelajar individu dari segi kebolehan, minat, bakat dan keperluan, guru dapat menyesuaikan kaedah, teknik serta sumber pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

KONSEP PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

Psikologi perkembangan merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari masa pralahir hingga dewasa.

ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN YANG BIASANYA DIKAJI: 1. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal. 2. Perkembangan motor yang membolehkan seseorang kanak-kanak berjalan dengan betul atau memegang gunting atau krayon. 3. Perkembangan mental yang akan menentukan bila masanya seseorang kanak-kanak boleh membaca atau mengira. 4. Perkembangan emosi yang akan menentukan bila seseorang itu boleh mengawal perasaannya agar tidak cepat hilang akal.

TUJUAN MENGKAJI PSIKOLOGI PERKEMBANGAAN 1.Menyediakan pelajaran yang mencabar, menarik serta menyeronokkan. 2.Mengelolakan aktiviti fizikal yang secocok dengan kematangan atau kesediaan psikomotor murid-murid. 3.Mengelolakan jenis aktiviti kumpulan yang membolehkan murid-murid berinteraksi antara satu sama lain. 4.Menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik agar pelajar-pelajar ingin menyertainya.

5.Menyediakan bahan pelajaran yang berbeza serta secocok dengan kebolehan dan minat pelajar. 6.Memeringkatkan kandungan pelajaran agar sejajar dengan kematangan dan kesediaan mental pelajar-pelajar yang berbeza. 7.Menyediakan sumber pembelajaran yang berbeza dengan tujuan untuk memenuhi kesediaan mental dan psikomotor pelajar yang berbeza. 8.Memberi layanan individu mengikut kematangan atau kesediaan belajar muridmurid.

KONSEP PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

- Psikologi pembelajaran merupakan kajian


tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. ASPEK-ASPEK PMBELAJARAN YANG DIKAJI: 1. Ciri pembelajaran 2. Prinsip pembelajaran 3. Proses pembelajaran 4. Jenis pembelajaran 5. Teori pembelajaran

TUJUAN MENGKAJI PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 1.Ia membantu guru menyediakan bahan pelajaran yang boleh mendatangkan pembelajaran yang berkesan. 2.Dengan berlandaskan prinsip pembelajaran, guru dapat menjamin pengajarannya akan dapat mencapai objektif yang ditetapkan. 3.Konsep proses pembelajaran menarik perhatian tentang motivasi pelajar. Dengan ini, guru akan berusaha untuk memotivasi pelajarnya sebelum memulakan satu-satu pelajaran.

4. Guru dapat menyediakan sumber atau alat bantu mengajar yang menarik serta berguna bagi murid-muridnya. 5. Guru dapat menyusun pelajaran mengikut tahap kesediaan murid-murid. 6. Guru dapat memeringkatkan pelajarannya agar mudah difahami serta diingati muridmurid. 7. Guru dapat menyediakan jenis-jenis aktiviti susulan yang dapat meneguhkan satu-satu aspek pelajaran yang telah disampaikan.

8. Guru akan berusaha untuk menggunakan pujian dan peneguhan dalam pengajarannya. 9. Guru menyedari yang pembelajaran arah kendiri adalah penting untuk kanak-kanak. 10.Guru akan menyedari peri pentingnya penggunaan set induksi untuk merangsangkan murid-murid sebelum pelajaran bermula. 11.Guru menyedari bahawa hasil yang baik hendaklah dipamerkan agar dapat dicontohi murid-murid lain.

You might also like