You are on page 1of 7

LAPORAN BINA INSAN GURU 2009 (part 1)

KHAS UNTUK KEKAWAN, saja masukkan laporan BIG dalam blog ni. sebagai perkongsian ilmu bersama kekawan mahasitua yang sedang bergelut untuk mendapatkan segulung kertas yang bernama ijazah. Laporan Kursus Bina Insan Guru 1/2009 Taklimat 1 Tarikh : 07.12.2009 Tempat : Dewan Kuliah C Hari : Isnin Masa : 12.00 petang 1. Pegawai HEP IPBA Encik Mohd Arus bin Abdul Kudus 1.1 Menerangkan tujuan dan matlamat BIG. 1.2 Pemendekan BIG dari 4 hari 3 malam ke 3 hari 2 malam. 1.3 Memaklumkan jadual BIG 1.4 Memaklumkan 13.12.2009 (Ahad)- BIG akan dijalankan di Blue Lagoon, Port Dickson. 1.5 Pengangkuatan bas ke Port Dickson akan disediakan. 1.6 Memaklumkan ada peserta yang akan menaiki kendaan sendiri. 1.7 Menyanyikan lagu Negaraku dan KBA dalam BIG. Refleksi...... Perkara pertama yang terdetik di dalam benak fikiran saya, mengapa program seumpama ini diterapkan kepada pelajar PGSR? Apakah setelah lebih 20 tahun berkhidmat membina dan melahirkan insan yang boleh dijadikan modal insan untuk Negara dan bangsa, khidmat kami sebenarnya dipandang sebelah mata oleh pihak berkenaan? Apakah pihak pihak yang menetapkan pra-syarat untuk pelajar PGSR menyertai Bina Insan Guru ini, menidakkan pengalaman saya yang telah acapkali terlibat dengan program seumpama ini di sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru? Pertanyaan pertanyaan itulah yang muncul apabila mendapat tahu Bina Insan Guru adalah wajib bagi setiap pelajar PGSR. Sesi perjumpaan dan penerangan pertama oleh En.Mohd. Arus bin Abdul Kudus merungkai segala persoalan. Bermula dengan penerangan berkaitan tujuan dan matlamat BIG diadakan hinggalah kepada jadual aktiviti BIG, memberi sedikit jawapan kepada keraguan saya selama ini. Setiap dari kita perlu akur bahawa kita tidak semestinya betul dan sentiasa betul. Apa yang betul pada kita mungkin salah pada orang lain dan apa yang salah pada kita adalah benar bagi orang lain. Ikhlas mencari ilmu akan membuatkan kita sentiasa gembira menerima apa yang ditetapkan oleh orang lain. Taklimat 2 Tarikh : 11.12.2009 Tempat : Dewan Kuliah C Hari : Jumaat Masa : 8.00 9.00 pagi 1. Ketua Jabatan HEP Mohd Tahir bin Kamaruzaman 1.1 Menceritakan pengalaman guru yang pernah menyertai BIG. 1.2 Berharap semua peserta memberi kerjasama semasa menjalankan aktiviti BIG. 1.3 BIG dapat membina kecergasan diri guru. 1.4 Pakaian yang sesuai pada setiap aktiviti. 1.5 Memaklumkan semua pelajar PGSR wajib mengikuti BIG. 1.6 Berharap semua peserta dapat menyelesaikan aktiviti BIG.

REFLEKSI Ini adalah perjumpaan dan taklimat kali kedua untuk Program BIG dan kali ini disampaikan oleh Ketua Jabatan HEP sendiri iaitu En. Mohd Tahir bin Kamaruzaman.

Penerangan serba ringkas berkaitan perjalanan dan pengalaman lepas berkaitan Program BIG ini telah member input yang berguna sebagai persediaan mental dan fizikal bagi saya dalam menjayakan Program BIG ini. Jadual BIG 11 Disember 2009 ( Jumaat ) 08000900 Taklimat bersama Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan semua jurulatih 12001430 Makan tengah hari dan Solat Jumaat 14301630 Ice Breaking dan LDK 1 16301730 Minum petang dan Solat Asar 17301900 Persiapan diri dan Makan Malam 19002100 Solat dengan Kuliah Maghrib dan Isyak / Kuliah Moral 12 Disember 2009 ( Sabtu ) 07300930 Malaysia Cergas dan senaman 09301000 Minum pagi 10001300 LDK 2 13001430 Makan tengah hari 14301630 Persembahan kumpulan bertema Citra Guru 16301700 Minum petang 13 Disember 2009 ( Ahad ) 07300930 Pergerakan dari IPGM KBA ke Port Dickson 09301000 Minum pagi 10001300 Aktiviti air atau kembara 13001400 Makan tengah hari 14001630 Aktiviti air atau kembara 16301700 Minum petang 17001730 Refleksi dan Penutup

11/12/2009 ( Jumaat ) 14301500 : Taklimat BIG Seramai 99 orang menghadiri. Juru acara En Mazlan Tunjuk ajar oleh Encik Mohd Arus (Kem Komandan) Semua peserta PGSR mesti bersemangat. REFLEKSI Petang yang memberi pengalaman yang tidak menarik bagi saya. Kelemahan yang ditunjukkan oleh saya dan rakan rakan membawa kepada ketidakpuashatian Kem Komandan, En. Mohd Arus. Teguran oleh En.Mohd Arus membuatkan saya lemah semangat untuk meneruskan Program BIG ini. Bagi saya seharusnya pendekatan diplomasi perlu digunakan dalam menangani pelajar yang berusia dan telah berkhidmat lama dalam bidang pendidikan. 15001640 : Slot 1-- Ice Breaking dan LDK 1 Semua markah diberi oleh Mentor. Peserta perlu bersyukur dengan BIG. Semua peserta berkumpul kepada 10 orang sekumpulan. Aktiviti suai kenal. Buat sorakan kumpulan. Buat misi dan visi kumpulam.

Tayangan Video-- Pengalaman Guru. Pembacaan cerpen. Perkongsian Pengalaman daripada En Ruslan, En Kalam, Pn Azizzah REFLEKSI Permulaan sesuatu Program pastinya didahulukan dengan Ice Breaking. Biasanya inilah tugas saya sewaktu mengendalikan Seminar Motivasi atau Perkhemahan. Kali ini saya menjadi peserta yang menjalankan aktiviti ini. Seronok juga sekali sekala kita menjadi peserta dan orang lain yang melaksanakan tugasan fasilitator. Tahniah kepada En. Thahir Nuruddin kerana Berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai fasilitator untuk slot Ice Breaking ini. 19302100 : Slot 2 Sembahyang Maghrib Ceramah Pergi Tak Kembali oleh Ustaz Asri bin Abdul Rahman. Pesanan Jibril kepada Nabi s.a.w kepada umatnya Kasih Ibu Pentingkan Qiamullail REFLEKSI Slot 2 merupakan slot muhasabah diri. Tahniah kepada Ustaz Asri kerana berjaya menjentik naluri seorang tua untuk menginsafi segala yang pernah dilakukan. Intonasi suara dan gerak laku penceramah amat menarik hingga masa 2 jam yang diperuntukkan seperti terlalu sekejap sahaja. 19302100 : Slot 2 Kursus Moral oleh Encik Mohd Azhar B Abdul Wahab Perkongsian sajak Jasamu dikenang 12/12/2009 ( Sabtu ) 07300930 : Malaysia Cergas /Senaman Pagi Bertempat di gelanggang tenis Diketuai oleh Syed Abdellah bin Syed Omar Aktiviti Kawad Senam robik Latihan persembahan Refleksi Aktiviti senamrobik yang dijalankan dapat diikuti dengan sempurna. Hebat juga Tuan Syed senamrobik. Begitu juga dengan Pn. Ana Taksiah yang berjaya mengendalikan aktiviti ini dengan sempurna dan cemerlang. 10301230 : LDK 2 Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar Taklimat Ustaz Zarasdi i. Memaklumkan terdapat 6 kali BIG. ii. Semua pelajar PGSR diwajibkan. iii. Berharap semua peserta dapat menjalankan setiap aktiviti nanti Majlis diserahkan kepada Pn Nooriah Che Leh untuk meneruskan aktiviti Tayangan video tentang pengajar di kawasan pedalaman Pembentangan setiap kumpulan berkenaan tajuk -tajuk berikut: i. Elemen-eleman Jati Diri Guru ii. Tanggungjawab Profesional Guru iii. Peranan dan Pengorbanan Guru iv. Persediaan Guru Untuk Mencapai Aspirasi Pendidikan Negara. Refleksi Untuk aktiviti kumpulan, setiap kumpulan telah diberikan tajuk untuk dibincang dan dibentangkan. Kumpulan saya yang terdiri daripada En. Normazlan Mad Raja sebagai ketua, Azni, Zalina, CHoo Ying Far, Won Lee Fong, Norazah, Norhayati , Mariamah dan saya sendiri, telah diberi tajuk Tanggungjawab

Profesional Guru untuk dibincangkan. Banyak elemen telah berjaya dikupas oleh setiap kumpulan. Ini semua mungkin disebabkan pengalaman yang panjang dalam bidang perguruan yang dialami oleh rakan rakan. Selesai aktiviti kumpulan, klip video guru pedalaman ditayangkan. Saya sudah biasa dengan klip video yang ditayangkan. Malah saya juga telah membuat suntingan dengan memotong dan mencantum ke semua klip yang terdapat di dalam cd itu serta menambah sedikit sebanyak dengan klip suasana di sekolah saya. Tayangan klip video ini akan sentiasa dipertontonkan kepada semua ibu bapa penjaga sewaktu majlis rasmi di sekolah seperti Hari Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari klip video yang dihasilkan oleh BTP ini. 14001640 : Persembahan Kumpulan Bertema Citra Guru Hakim : Encik Ramlan Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar dan Asifah Semua persembahan mendapat pujian daripada Encik Ramlan Refleksi Persembahan kumpulan merupakan aktiviti yang dinanti oleh semua kumpulan. Di sinilah dapat dilihat kehebatan dan bakat yang ada pada setiap guru. Saya dan ahli kumpulan memilih untuk membuat persembahan spontan dengan tema citra guru. Komitmen dan persefahaman di antara rakan rakan di dalam kumpulan telah menghasilkan satu persembahan yang di luar jangka. Alhamdulillah, persembahan kumpulan kami berjaya menarik perhatian dan mendapat pujian dari rakan rakan dan para pensyarah. 13/12/2009 ( Ahad ) 07300800 Berkumpul di KBA Taklimat pengangkutan Pengundian aktiviti Bacaan doa 0800 Bertolak ke Port Dickson 0930--1000 Tiba di Port Dickson Taklimat daripada Kem Komandan tentang keselamatan, makanan dan persiapan diri. Minum pagi. Pecah kepada 2 kumpulan untuk aktiviti air dan kembara. 10001230 : Sesi 1 Aktiviti Air ( berkayak ) En Mohd Arus memberi taklimat tentang cara-cara mengendali kayak dan keselamatan. Pembahagian pasangan. Berkayak menuju ke destinasi yang ditetapkan. Membuat rafting 2 kali Taklimat mengenai bakat surut dan bakat pasang. Diarah berkayak balik ke pantai. Menyusun kayak di pantai. 12301430 Balik ke khemah dan persiapan diri. Sembahyang. Makan tengah hari. 14301700 : Sesi 2 Kembara Berkumpul dan membuat persediaan untuk mengembara ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan Taklimat daripada Encik Mohd Arus tentang keselamatan. Melawati rumah api. Encik Jeffrey memberi taklimat tentang sejarah dan kegunaan rumah api. Melihat puaran yang berlaku di kawasan pertembungan air. Terdapat banyak batu karang.

Taklimat daripada Encik Mohd Arus mengenai cara membaca kompas. Menuju ke perigi orang kampung. Air Perigi Keramat banyak dan sihat diminum. Terdapat tapak Hang Tuah di atas batu berhampiran dengan telaga. Balik ke khemah menyusuri pantai. Melalui hutan paya bakau. 17001800 Minum petang. Mengemaskan tapak perkhemahan. Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Mohd Tahir bin Kamaruzaman 1800 Bertolak dari Port Dickson ke KBA 1900 Berhenti di Hentian Seremban untuk makan malam dan sembahyang. 1945 Meneruskan perjalanan balik. 2030 Tiba di KBA.

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 Siri 3/2010. Isnin, 29 Mac 2010 Pada 29 Mac 1 April 2010, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kegiatan Kokurikulum IPG Kampus Darulaman. Para peserta program ini terdiri daripada tiga kelas, iaitu PISMP Pengajian Agama Islam Semester 1, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1, dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina Semester 1. Program BIG ini disertai seramai 57 orang, iaitu seramai 21 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan. Program ini diketuai oleh Encik Nasrul bin Samsuar selaku Kem Komandan Program BIG Siri 3 2010. Saudara Mohamad Syafik bin Yakop telah dilantik sebagai pengerusi program BIG... Tulis laporan anda pada hari... Selasa Rabu Khamis
Keempat... Wajib ada REFLEKSI INDIVIDU. CONTOH:

Refleksi Individu Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya, NAMA PENUH ANDA peserta Bina Insan Guru Siri 3/2010 dari kursus PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru Siri 3/2010 yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April 2010 telah dijalankan di tapak perkhemahan IPG Kampus Darulaman iaitu Kem Seri Banai. Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama

sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru... Penutup~ Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role modelkepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) . Okey rakan-rakan, semoga maju jaya :)

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 Siri 3/2010. Isnin, 29 Mac 2010 Pada 29 Mac 1 April 2010, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Pusat Kegiatan Kokurikulum IPG Kampus Darulaman. Para peserta program ini terdiri daripada tiga kelas, iaitu PISMP Pengajian Agama Islam Semester 1, PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1, dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina Semester 1. Program BIG ini disertai seramai 57 orang, iaitu seramai 21 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan. Program ini diketuai oleh Encik Nasrul bin Samsuar selaku Kem Komandan Program BIG Siri 3 2010. Saudara Mohamad Syafik bin Yakop telah dilantik sebagai pengerusi program BIG... Tulis laporan anda pada hari... Selasa Rabu Khamis
Keempat... Wajib ada REFLEKSI INDIVIDU. CONTOH:

Refleksi Individu Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya, NAMA PENUH ANDA peserta Bina Insan Guru Siri 3/2010 dari kursus PISMP Pendidikan Jasmani Semester 1 telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru Siri 3/2010 yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April 2010 telah dijalankan di tapak perkhemahan IPG Kampus Darulaman iaitu Kem Seri Banai. Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru... Penutup~ Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role modelkepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) . Okey rakan-rakan, semoga maju jaya :)

You might also like