P. 1
Kosmologi-Melayu

Kosmologi-Melayu

|Views: 289|Likes:
Published by Elvon Luttor
Kosmologi-Melayu
Kosmologi-Melayu

More info:

Published by: Elvon Luttor on Aug 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/25/2015

pdf

text

original

Menganalisis Tasawur Dan Kosmologi Masyarakat Melayu

Kajian tentang etnosains atau etnomatematik mempunyai kaitan dengan budaya pemikiran sesuatu kaum yang melibatkan agama, bahasa, pandangan kosmologi, sosiobudaya, adat resam serta perkara yang berkaitan.Tidak ada tamadun yang tidak mempersoalkan tentang kosmologi.Alam yang terbentang luas ini menjadi bahan renungan setiap tamadun atau masyarakat.Setiap masyarakat mempunyai aksiom tertentu tentang kejadian alam.Setiap masyarakat mempunyai tafsiran berkaitan hubungan Tuhan dengan alam semesta.Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam perkara ini.

Mereka mempunyai pandangan sejak zaman berzaman mengikut pengaruh pandangan alam sepanjang generasi.Ilavrita.Alam semesta dijadikan dalam pusingan tertentu yang dimulakan dengan penciptaan dan berakhir dengan kemusnahan besar. Bermula segala sesuatu menurut kosmologi ini, asalnya daripada air yang digelar matritamah.Ketika itu, tiada langit dan tiada bumi. Dalam penciptaan, telur semesta akan terapung di atas air, lalu pecah dan bermulalah penciptaan.Dvipa dan dikelilingi oleh laut. Pusat kosmos itu terletak pada sebuah gunung agung yang digelar Mahameru.Gunung ini digambarkan sebagai gunung yang tinggi hingga kemuncaknya sampai ke langit.

Orang Melayu di bawah pengaruh Hindu menerima konsep ini dan berakar umbi dalam masyarakat sebelum Namun demikian, masyarakat Melayu kuno yang dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan Hindu turut merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan kebudayaan Hindu turut merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan menganggap alam langit sebagai alam kayangan, alam mahameru, alam Brahma, catur mukha dan seumpamanya yang menunjukkan pengaruh Hindu yang ketara dalam teori itu.

maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam.Bahkan mereka pun mempercayai kewujudan malaikat yang mencabut nyawa insan yang dinamakan Sabit dan Maut. mereka menggunakan istilah-istilah seperti buana. Setiap bangsa dalam dunia.Kejadian alam seperti gerhana matahari dan bulan dilihat mereka sebagai kemurkaan semangat tertentu. angkasa. . gunung.Ada suku kaum Melayu Asli yang mempercayai bahawa dunia ini dijadikan dalam tiga lapisan iaitu Tanah Julang (atas langit). bukit. semangat. dan nenek moyang menurut mereka.Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam. paya. namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam. Setiap bangsa. Tanah Kelam (bumi) dan Tanah Lirang (bawah bumi).Mereka mempercayai alam ruh dan alam akhirat.Selain itu. pokok dan yang seumpamanya.Mereka percaya bahawa ada semangat yang baik dan ada pula semangat yang jahat. menyebut gunung Siguntang-guntang di Palembang. mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya. Suku Semai menamakan alam ini sebagai Surgaak atau Mengkah Sagar. Mereka mempercayai bahawa alam ini dijadikan dalam bentuk yang berlapislapis.Manusia. tasik. mempunyai kosmologi tersendiri.Sejarah Melayu. sarwa. Sumatera mewakili konsep gunung Mahameru yang menurunkan anak raja kayangan yang kemudiannya menjadi raja di Minangkabau. mitos. walaupun primitif. atau falsafah pemikiran warisan turun temurun. Orang Melayu Asli di negara ini ada yang menganut kepercayaan animisme yang mempercayai kuasa ghaib atau semangat yang mengawasi tempat-tempat tertentu seperti sungai.Kisah ini kemudiannya diungkapkan dalam mentera oleh pawang Melayu untuk dibacakan bagi tujuan tertentu. jagat dan sarwajagat untuk maksud tertentu yang dipengaruhi oleh sistem nilai masyarakat tersebut. sama ada berdasarkan kitab wahyu. mendiami Kelam manakala Lirang pula didiami oleh roh orang yang telah mati.

Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam (Weltanschauung) dan budaya alam bangsa Melayu. Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam perubatan dan sihir. Seseorang pengkaji akan dapat memerhatikan bahawa dalam falsafah kosmologi antara kaum dan masyarakat di dunia ini terdapat banyak persamaan konsep khususnya tentang kewujudan kuasa mutlak yang menciptakan alam semesta. mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadain alam dan makhluknya. Bagi orang Melayu tradisional.Generasi ini pula mewarisinya daripada generasi yang lebih awal.Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya animisme. Penghayatan pandangan ini.Mereka memuja semangat. Walau apa pun nama yang diberikan kepada kuasa itu. Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama. Raja Muda Laksmana. Pandangan masyarakat tentang penciptaan alam bukanlah timbul tanpa asal usul yang tersendiri. Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan itu. Hindu dan Buddha. misalnya. Siti Dewi. kesemua falsaha itu bersetuju bahawa kuasa itu berbentuk ghaib dan maha berkuasa. .Mereka kebanyakannya menerima perkhabaran tentang alam dan manusia menerusi generasi terdahulu. dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka. gurindam dan syair. Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang persembahannya. simbolisme. Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa.Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok dan gua. dan penunggu. mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna. bahkan bagi mereka dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha seni. Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam.

pawang. Oleh itu dalam "alam Melayu. Hindu. antara lain. tumbuh-tumbuhan. tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular. ialah mengenai kepercayaan bahawa alam fizikal ini hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik. Keharmonian ini dihayati melalui ritual dan manisfestasi kebudayaan.Pada asasnya intipati semiotik Melayu ada hubungannya dengan pelbagai dimensi pandangan alam Melayu. bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dogeng.Intipati ini. Dalam dunia Melayu. alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik. bomor. Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman. bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga manusia. Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan kosmologi mereka. dan bahkan batu-batan dilihat lebih daripada sudut simbolisme transendentalnya berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan duniawinya.Ritual dan manifestasi kebudayaan tersebut biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi generasi. sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan. Bagi kebanyakan manusia moden. Namun demikian. khususnya dari barat. Buddhis. Islam dan Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu. intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara.Ciri keunggulan lain ialah orang Melayu tradisional juga boleh dikatakan sebagai hidup berteraskan prinsip harmoni dengan alam.Haiwan.Dalam kosmologi Melayu." haiwan.Unsur-unsur luar tersebut datang daripada timur dan barat. . tumbuh-tumbuhan dan batu-batan mampu bercakap. hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen. Walaupun kepercayaan dan pandangan alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains. Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli.

Kedua-duanya pula bukanlah statik dan juga bukan sejenis.m. Fillipina dan kepulauan polinesia sehingga ke pulauan Hawaii.Hal ini kerana sumber semiotik dan kosmologi sebenarnya datang daripada senubari manusia Melayu dan masyarakatnya.Sifat kosmologi adalah pada asasnya seni dan ghaib. kepulauan Borneo. Minang dan sebagainya) Patani. Kambodia. Indonesia.Hubungan semiotik dan kosmologi boleh diibaratkan sebagai hubungan antara pasak dengan bangunan atau semiotik ialah intipati kosmologi.Disebelah timur cabang bahasa tersebut ialah manifestasi bahasabahasa yang kini dikenali sebagai bahasa Samoa.Gagasan bahasa itu merupakan bahasa ibuda rantau Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik. "Bahasa Melayu" tersebut tergolong dalam rumpun bahasa-bahasa MalayoPolinesia.Oleh demikian sekiranya kita ingin menyingkap doktrin semiotik dan kosmologi Melayu kita harus menoleh seketika kepada profil manusia Melayu dan asal usul kaumnya. . Menjelang abad ke sebelas sebelum masehi "Melayu baru" atau "Melayu" yang bertutur "bahasa Melayu kuno" mula menduduki semenanjung Tanah Melayu. Orang Melayu yang pertama menghuni kawasan nusantara Melayu ini dipercayai kira-kira 50 000 s. dan Tagalog. Tahiti dan Tongan. begitu juga sifat semiotik.Pelbagai suku kaum Melayu telah memupuk semiotik dan kosmologi yang pelbagai sesuai dengan ragam puak itu. Fillipina. Para pengkaji barat mempercayai orang Melayu tergolong dalam gagasan puak Malayo-Polinesia. Dicabang sebelah barat pula yang juga dikenali sebagai "cabang Malaysia" ialah bahasa Melayu. Ditengah-tengah pula ialah bahasa orang-orang asli semenanjung dan juga kepulauan Borneo.Orang Melayu dan Dunia Melayu Semiotik Melayu tidak dapat dipisahkan daripada doktrin kosmologi Melayu.Gagasan ini termasuk mereka yang menghuni kawasan geografis yang dikenali kini sebagai Burma. dan Indonesia. bahasa-bahasa Indonesia (misalnya Java.

Kaum orang asli di semenanjung. Melayudeutero.D dalam bidang sosiologi dan anthropologi dari kalangan anak watan mereka. Sebab itulah mereka telah memberi nama kepada kaum-kaum asli dengan gelaran seperti Melayu-proto. Kebanyakan mereka bercucuk tanam sementara waktu didalam kawasan hutan dan berpindah selepas kawasan tersebut dianggap tidak lagi subur atau kurang binatang buruan. Tetapi dalam banyak hal. . Walaupun begitu kebanyakan perkampungan moden ini mempunyai kemudahan moden asas seperti air paip.Tetapi mengapa pula orang asli tersebut dianggap rapat dengan orang Melayu? Antara sebabnya ialah dipercayai bahawa orang asli ialah kaum asal Melayu atau salah satu puak primitif bangsa Melayu yang tertinggal daripada menjalani proses evolusi sosial seperti saudara maju mereka yang lain. dijangkakan menjelang tahun 1998 kaum Senoi dianggap sebagai yang paling tradisional berbanding dengan kaun-kaun asli yang lain akan mempunyai seorang graduan Ph. kaum-kaum orang asli tersebut hidup di pendalaman dengan cara hidup yang mereka warisi turun-menurun. terlalu banyak untuk disenaraikan kesemuanya. Semasa pemerintahan kolonial. Kebanyakan mereka masih mengamal cara hidup lama mereka sehingga tahun-tahun 1970an. termasuk British. masih ada lagi kalangan orang asli yang menjalankan cara hidup lama mereka. Perkahwinan mereka dnegan orang Melayu bandar dan penglibatan anak-anak mereka dalam pendidikan formal juga telah sedikit sebanyak merubah kehidupan orang-orang asli. Bahkan. Namun demikian. Senoi dan pelbagai lagi. klinik dan juga tenaga elektrik. cara hidup baru tersebut tidak merubah pandangan alam dan kosmologi asli mereka. Pandangan tersebut sebenarnya adalah popular dikalangan para anthropologis kolonial dan barat. Bahkan setakat ini pun hampir sukar untuk mendapati orang-rang asli yang tingal di kawasan perbandaran. sekolah. Kebanyakan mereka yang hidup secara moden tinggal dipersekitaran perkampungan khas yang masih lagi jauh daripada kotakota raya yang besar. apabila program-program pembangunan kerajaan membawa pembaharuan kepada kebanyakan daripada mereka. merupakan yang paling rapat dengan orang Melayu.

dan (ii) Melayu Moden. terutamanya di Borneo. Namun. terutamanya mereka yang berada di semenanjung.Antara pengaruh yang meninggalkan kesan yang mendalam dan menyeluruh ialah agama.Oleh itu. dan kepulauan besar Indonesia (Sumatra. pada satu-satu masa.Pada asalnya orang Melayu kuno dipercayai rata-rata bepegang kepada kepercayaan animisme. semiotik agama . Mulai tahun 1100 pula. Menjelang tahun 100 sebelum masehi dan 200 masehi. Agama-agama tersebut merupakan unsur aktif yang mempengaruhi sepanjang pembentukan Weltanschauung Melayu. atau syamanisme. Pengaruh Luar Seperti yang kita katakan tadi. orang "Melayu sufi atau mistik. Islam menggantikan agama benua India sebagai agama dan kepercayaan unggul kalangan orang Melayu. orang Melayu (yang patuh kepada cara hidup) adat. kepelbagaian semiotik kosmologi Melayu adalah disebabkan oleh pertembungan dengan unsur dan budaya fikir asing. Mereka ini juga kalang kala digelar sebagai "Melayu rasional" atau "Melayu sekular. Berdasarkan premis tersebut kita akan dapati dua kumpulan besar iaitu: (I) Melayu Tradisional."Hal ini kerana mereka biasanya banyak dipengaruhi oleh falsafah rasiona atau sekular barat. memeluk agama nasrani dan sebahagian kecil pula memilih Islam. orang Bali masih teguh hingga ke hari ini dengan agama hindu yang mereka warisi dari pertembungan kuno dengan elemen hindi. sebahagian daripada mereka. Walau bagaimana pun orang asli semenanjung masih teguh berpegang kepada agama kuno mereka. Mereka ini ialah orang menghayati semiotik dan kosmologi tradisional sepereti yang telah dijelaskan. mengkategorikan orang-orang Melayu berdasarkan kosmologi mereka adalah lebih bermakna berbanding dengan kriteria yang lain. Melayu moden pula tergolong daripada kalangan mereka yang menghayati semiotik dan kosmologi yang dipengaruhi oleh pemikiran sekular dan sains barat. termasuk kaum orang asli. Java dan Kalimantan). agama hindu dan buddha bertapak dikalangan orang Melayu. Oleh itu. Melayu tradisional.

peredaran masa telah menjadikan pengaruh-pengaruh tersebut menjurus ke dalam satu ruang kewujudan spatial dan temporal. pengaruh hindu dan buddha pula mewarnai semiotik dan kosmologi Melayu. Dalam perkembangan selanjutnya. masih meninggalkan kesan yang mendalam hatta di kalangan Melayu moden.Manifestasi kewujudan ini ialah dalam semiotik dan kosmologi semasa yang dapat diperhatikan dalam budaya Melayu kini.Bahkan biasanya unsur-unsur sebelumnya timbul untuk mewarnai bentuk semiotik semasa. Islam kemudiannya menggantikan hindu dan budhha sebagai pengaruh dominan.tertentu mungkin meninggalkan acuan tertentu yang menyerlah sebagai ciri utama kosmologi berbanding dengan yang lain.Hal tersebut mungkin dapat diperhatikan sebagai ciri sekunder yang wujud samping ciri utama semiotik semasa. Oleh itu boleh dikatakan pada awal sejarah Melayu bahawa semiotik tabii dan bentuk kosmologi Melayu adalah pada asasnya syamanistik. misalnya. namun ciri sekunder tersebut masih dapat dikesan dengan jelas. Namun ciri utama tersebut hanyalah satu lapisan semasa yang menutup lapisan-lapisan pengaruh sebelumnya. Mahu tidak mahu. Doktrin sufi. Tasawwur Kebudayaan Melayu Secara ringkas . kosmologi saintifik barat juga memainkan peranan dengan menambah lapisan kompleks kosmologi dan semiotik Melayu. Pada zaman moden. sebahagiannya akibat pertembungan dengan para pendatang kolonial barat. Di lain masa acuan agama lain pula yang terserlah. atau animistik.

Jika ini mahu dijayakan tentunya ia memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. kelakuan dan interaksi sosial. Dalam hal ini proses pembangunan sesebuah Negara itu sangat bergantung kepada sejauh mana ia mampu memupuk kualiti keperibadian rakyatnya. Dalam ertikata lain bagaimana budaya bangsa dan warganya dizahirkan dalam usahanya untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik rakyatnya. proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. yang sepatutnya menjadi jiwa dan pembentuk keperibadian sesebuah negara itu sendiri.Sebagai suatu pernyataan adalah dikatakan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. tulisan dan karya-karya sastera. Sudah tentu juga dalam realiti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. kebudayaan adalah lambang zahir yang dapat ditonjolkan dalam kehidupan bangsa yang terjelma dalam pelbagai aspek kehidupan. makanan. pakaian. kelakuan kesenian. Dari soal bahasa. mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. corak dan cara pengurusan sumber alam sehinggalah dalam soal urusan membangun keluarga. acara kemasyarakatan (perkahwinan. cara berhibur.Ini bermaksud. Dengan yang demikian kebudayaan menjadi simbol jati diri sesuatu bangsa. kelahiran dan sambutan hari kebesaran) cara berekonomi. Ertinya ia seharusnya difaham sebagai suatu penjelmaan corak dan gayahidup yang dapat dilihat secara zahir dalam keseluruhan kehidupan sesebuah bangsa .Jelas sekali peranannya yang amat penting dalam proses pembangunan negara. . Lantaran itu perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik.

.Peranan Negara ini sebagai sebuah pusat pertemuan. Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia. Singapura. sebagai satu proses yang berterusan. Filipina. Rantau ini merupakan pusat pemancaran. pernyataan dan penegasan kedaulatan budaya sendiri ditengah-tengah landskap kebudayaan yang sedang ujud diperingkat antarabangsa.Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dengan tujuan untuk membentuk identiti negara sebagai suatu pengenalan diri. Dalam konteks ini. penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia dikatakan akan terus berlandaskan tiga prinsip dan unsur yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia. Indonesia. penyerapan dan penerimaan pelbagai unsurunsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dengan yang demikian. Dasar ini diharap akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk. pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). penggubalan dasar ini dirangka awalnya dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. mewujud dan mengekalkan identiti negara di tengah-tengah arus globalisasi yang kini sedang menghanyutkan segala budaya yang lain selain dari yang telah didominasi oleh kuasa Barat. pengenalan. telah melahirkan prosesinteraksi.Kebudayaan serantau ini . Brunei.

Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima. Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. India Arab.digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu . Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara. kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. . sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup. di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Dengan yang demikian. kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. kekayaan alam. pengalaman sejarah. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.Dengan itu unsur-unsur budaya Cina. kedudukan geografi.Austronesia. Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->