You are on page 1of 9

1 SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN JALAN

Pada zaman sebelum wujudnya pembinaan jalan yang teratur, manusia

menggunakan alur-alur kecil dan sempit untuk berhubung. Alur ini kemudian

diperbesarkan dan ditambak dengan tanah yang lebih kuat daya

tanggungnya untuk memberikan satu permukaan yang lebih selesa dan kuat.

Sejarah pembinaan jalanraya boleh dibahagikan kepada tiga zaman iaitu :-

a) Zaman Dahulukala

b) Zaman Rom Purba

c) Zaman selepas Rom

2 ZAMAN DAHULUKALA

Jalan raya mula dibina kira – kira 5000 tahun dahulu sejak bermulanya

rekaan roda untuk kereta kuda dan lembu. Ianya terdapat di Mesopotamia,

China, Persia, Mesir, India dan Yunani. Jalanraya ringkas dengan hanya

mempunyai permukaan keras untuk menahan beban kenderaan, batu dan

mortar yang digunakan pada jalan – jalan di Mesir dan India. Jalan – jalan

yang berturapkan bata dan asfat telah dijumpai di Babylon, Mesopotamia.


3. ZAMAN ROM PURBA

Zaman Roman Purba merupakan era pembinaan jalan yang lebih sistematik

dan merupakan asas kepada pembinaan jalanraya. Jalannya lebih tinggi dari

permukaan tanah dan struktur pembinaan terdiri dari tiga kelas iaitu jenis

permukaan tanah yang diratakan, jenis permukaan berkelilikir (gravelled

surfaced) dan jenis berturap (paved). Lebar jalannya tidak melebihi 4.25

meter dan tujuan utama jalan – jalan ini adalah untuk ketenteraan.
4. ZAMAN SELEPAS ROM

Setelah jatuh zaman Roman, pembinaan jalanraya turut mengalami

kemerosotan. Jalan – jalan Roman yang ada walaubagaimanapun masih kekal

digunakan terutama sekali sebagai laluan perdagangan di darat.

Tiada pembangunan baru terhadap pembinaan jalan sehinggalah pada kurun

ke 18 di mana pembinaan jalan moden mula berkembang. Diantara cara

pembinaan jalan baru pada masa itu ialah

1. Jalan Telford

2. Jalan Macadam

A) Jalan Telford
Aras formasi adalah mendatar. Kemudian kamber disediakan dengan

mengubahkan ketebalan lapisan bawah dari 3” atau4” dibahagian tepi

kepada 7” atau 8” di bahagian tengah.

a. Lapisan permukaan ialah 1.5” batu kelikir yang

dibasahkan dan dibiarkan mampat oleh trafik.

b. 2” tebal batu pecah yang dimampat oleh trafik

c. 4” tebal batu pecah yang dimampat oleh trafik

d. lapisan bawah yang dibina dengan menyusun batu

bersaiz 3” – 8” dengan tangan seperti yang telah

dinyatakan. Ruang kosong diantaranya diisikan dengan

serpihan batu (fine chipping).

B) Jalan Macadam
Aras formasi jalan Macadam dikamberkan terlebih dahulu dengan kecerunan

1 : 60 hingga 1 : 80. Tiga lapisan batu kemudian dihamparkan hingga tebal

yang seragam menjadikan bentuk jalan mengikut bentuk kamber.

a. Lapisan permukaan 2” tebal terdiri daripada batu saiz

1” yang dimampatkan oleh ‘rammer’ dan kemudian oleh

trafik yang akan menggunakannya.

b. Lapisan tapak yang berukuran 4” tebal terdiri daripada

batu yang bersaiz 3”.

c. Lapisan tapak yang berukuran 4” tebal terdiri daripada

batu yang bersaiz 3”.

5. PEMBINAAN JALAN DI MALAYSIA

Sejarah asal usul pembinaan jalanraya di Malaysia adalah tidak jelas.

Walaubagaimanapun perkembangan system jalan raya moden di Negara ini

di katakanbermula semasa dalam penjajahan British di akhir kurun ke 18.

keperluan perdagangan dan kehendak untuk memusatkan pentadbiran

penjajahan telah memesatkan lagi pembinaan jalan di Semenanjung

Malaysia supaya dapat menghubungkan pusat pentadbiran, kawasan

perdagangan, kawasan perusahaan, kawasan perladangan dan perlabuhan.

Sebelum merdeka, kesemua jalanraya di Negara ini telah dibina oleh


penjajah British. Jalanraya – jalanraya inilah yang menjadi asas kepada

rangkaian sistem jalnraya moden masa kini.

Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang berusaha untuk

melaksanakan kajian untuk menentukan arah pengangkutan negara ini

selepas tahun 2000. Kajian ini akan dijadikan sebagai dasar kepada Polisi

Pengangkutan Kebangsaan. Polisi ini akan merupakan asas kepada

pendekatan yang lebih sistematik terhadap permodenan infrastruktur dalam

industri pengangkutan di Negara ini.

Pada tahun 1986 terdapat 4 juta kenderaan untuk 24 000 km panjang

jalanraya dan bilangan ini akan bertambah dengan kadar pesat pada setiap

tahun.

Pembangunan jalanraya telah diberikan keutamaan dengan

peruntukan lebih kurang 6 billion ringgit untuk pembinaan Lebuhraya Utara

Selatan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lain – lain projek jalanraya ialah

Ringroad Melaka, Temerloh – Mentakab Bypass dan jalan – jalan cabang

kepada Lebuhraya Timut – Barat.


Jalan Persekutuan

Jalan ini merupakan jalan yang menghubungkan Bandar Kuantan ke Kuala

Terengganu.

Jalan Negeri
Jalan ini menghubungkan Bandar Kuantan dengan Sungai Lembing dan kws pelancongan Gua
Charas.

Jalan Bandar

Jalan ini adalah Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan.

Jalan Kampung
Jalan ini terletak di Kg. Baru Pandan 2,berhampiran kws Permatang Badak.

You might also like