You are on page 1of 19

Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurangkurangnya

terdapatdua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiranatau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasaini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadirankuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjianperjanjian yangditandatangani.Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawananini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu disamping pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak telah meresap ke dalam budaya orang Melayu.Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan terhadap Tanah Melayu. Kuasa inimenggantikan kuasa Portugis di Melaka tetapi tidak seperti Portugis, mereka hanyamenumpukan perhatian dalam hal-hal ekonomi.British merupakan kuasa asing yang memberi pengaruh yang paling kuat dalam hal pentadbiran dan segala aspek yang lain. Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi, namun atas dasar keutamaan dengan China, maka mereka pun mula menukar dasar mereka daripada tidak campur tangan kepada campur tangan. 2. Sarawak Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih merujuk kepada pihak British di mana seorang bekastentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh PangeranMuda Hashim sebagai Raja Sarawak. Kedudukannya ini kemudian diperturunkan kepadaanaknya. Apabila sampai ke tangan Vyner Brooke, baginda telah menyerahkan kuasanyakepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dengan pengisytiharaanPerlembagaan Sarawak pada tahun 1941. Kemudian, Sarawak manjadi tanah jajahan British pada tahun 1946. 3. Sabah Pada mulanya, Amerika berdagang dengan Sabah melalui perjanjian yang dibuat pada tahun1850. Melalui perjanjian, C. Lee Moses mendapat tanah pajakan daripada Sultan Brunei.Moses telah memberikan tanah tersebut kepada William Torrey. Beliau mengusahakantanaman kopi tetapi tidak berjaya dan kawasan itu dijual kepada Baron Von Overbeck danAlfred Dent. Kompeni Overbeck and Dent kemudian membentuk kompeni British untuk menarik palabur British. Overbeck tidak dapat menyertai kompeni ini kerana dia bukanrakyat British. Dent mendapat piagam daripada British dan sebuah kompeni yang bernamaKompeni Berpiagam Borneo

Utara ditubuhkan pada tahun 1881. Kompeni memerintahSabah sehingga tahun 1946 kemudian diserahkan kepada Kerajaan British. Mekantilisme All The Best

Mekantilisme merupakan satu dasar di mana kekayaan diukur dengan wang emas dan perak danobjektif utamanya adalah untuk meningkatkan kuantiti wang dan galian berharga dalam sesebuahnegara. Mengikut pengertian Thomas, mekantilisme ialah konsep di mana hendak menjadikansesebuah negara itu kaya dan kuat; menjadi semakin kaya setiap tahun disebabkan oleh negaralain.Kemakmuran yang dimaksudkan oleh golongen mekantilisme ialah berdasar kepada penduduk yang ramai, pekerjaan yang menguntungkan bagi seluruh penduduk semata-mata.Secara ringkas, mekantilisme merupakan dasar yang mementingkan 3K iaitu kekuasaan,kekayaan dan kebajikan. Kekayaan diperolehi dengan mengusai koloni dan mengadakanimbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula diperolehi denganmembesarkan angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan rakyatdalam negara induk pula diperolehi dengan meluluskan akta-akta yang dapat meningkatkan produktiviti negara antaranya Apprentice Act 1563 dan Poor Law 1600 di England. Imperialisme Imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Seperti dasar mekantilisme, imperialisme jugamerupakan satu bentuk penjajahan malah ia lebih jelas kerana ia melibatkan kuasa politik dan pemerintahan yang secara langsung meragut kedaulatan sesebuah negara atau kerajaan. Dalamerti kata yang lain, hak untuk mentadbir dan menguasai sesuatu kumpulan masyarakat telahdiambil alih oleh satu lagi kuasa baru iaitu kuasa imperialis. Kita juga boleh mengatakan bahawadasar imperialis itu bermula atau berasaskan kepada konsep mekantilisme. Kolonialisme Kolonialisme merupakan satu dasar menguatkuasakan atau mengekalkan kekuasaan atau pemerintahan atas negeri jajahannya. Dengan kata lain, kolonialisme bermaksud tindakanmenjajah negara lain. Kalau imperialis hanyalah meletakkan kekuasaannya terhadap sesebuahnegara atau kerajaan itu, kolonialisme pula adalah tindakan yang mencampuri hal-hal dalamannegara atau kerajaan yang telah dijajah itu. Maknanya konsep kolonialisme itu merupakanlanjutan kepada usaha imperialisme dalam erti kata pengukuhan kepada usaha penjajahan. Kemunculan Kuasa Asing Pengenalan Kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kuasa-kuasa barat seperti Belanda,Portugis dan British. Kemunculan kuasa asing di Tanah Melayu merupakan hasil daripada penjelajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di dunia oleh negara-negara itu sejak kurunke-15 dan ke-16. Faktor yang mendorong mereka ke

sini adalah disebabkan oleh keperluan darisegi bahan mentah, kemjuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan sebagainya. Belanda Negara Belanda menjadi sebuah negara yang maju dan mekmur akibat kegiatan perdagangan diEropah. Orang Portugis yang telah berdagang dengan Timur membenarkan Belandamenyebarkan barang-barang Timur di Eropah. Dengan cara ini, Belanda menjadi orang tengah bagi barang-barang Timur di Eropah dan mendapat keuntungan yang amat besar. PerananBelanda dalam penyebaran barang-barang Timur di Eropah membolehkannya muncul sebagaisebuah negara mekantile yang mekmur.Disebabkan persengketaan politik dan agama yang tercetus di antara Sepanyol danBelanda, Portugis menjadi musuh ketat orang Belanda di Eropah dan di Timur. Maka, orangBelanda berniat mencari jalan laut yang baru ke Timur dan berazam merebut monopoli perdagangan di situ. Tujuan ini telah membawa kepada persaingan di antara pedagang-pedagangBelanda dan Portugis di Asia Tenggara.Pada tahun 1595, ekspedisi pertama yang diketuai oleh Cornelius de Houtman belayar keTimur melalui Lautan Hindi dan melalui Selat Sunda ke Bantam. Antara tahun 1595 dan tahun1601, banyak ekspedisi dibiayai oleh syarikat-syarikat Belanda ke Asia Tenggara. Banyak lojiBelanda didirikan di Asia Tenggara terutamanya di Bantam, Banda, Pulau Ambon, Acheh,Ternate, Grisek, Johor dan Patani.Pada 20 Mac 1602, semua syarikat di Belanda disatukan menjadi sebuah Syarikat HindiaTimur Bersatu atau Vereenidge Oostandische Compagnie (VOC). VOC ini menjalankan perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di jalan perairan penting untuk menguasai perdagangan di pelabuhanpelabuhan tempatan. Malah VOC juga bertujuan melancarkan peperangan ke atas raja-raja tempatan atau kuasa-kuasa asing untuk memperoleh hakhak perdagangan.Menjelang tahun 1660-an, Belanda dapat memonopoli perdagangan di Hindia Timur.Hakikat ini terbukti apabila Belanda menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641 danmemaksa orang Inggeris menutup semua loji mereka di Kepulauan Melayu kecuali Bangkahuluselepas peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Ambon pada tahun 1623. British British muncul sebagai sebuah negara mekantile pada permulaan abad ke-17. Hakikat ini jelaskelihatan apabila kerajaan Inggeris menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur pada akhir abad ke-16 dan pada awal abad ke-17.Pada tahun 1600, SHTI ditubuhkan untuk berniaga di Timur. Syarikat ini telahmenghantar ekspedisiekspedisi ke Timur di bawah pimpinan James Lancaster (1602), HenryMiddleton (1605) dan David Middleton (1610) dan mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam,Maluku, Sulawesi, Borneo, Siam, Kepulauan Banda, Sumatera dan Jawa. Penubuhan-penubuhanloji ini menimbulkan persaingan antara British dengan Belanda. Persaingan ini bertambah buruk dan memuncak apabila berlakunya peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon pada 23 Februsri 1623 dimana orang Belanda menyerang pangkalan Ambon secara mengejut danmembunuh beberapa orang Inggeris di situ. Peristiwa ini menyebabkan SHTI menutup loji-lojimereka di Hindia Timur dna berundur ke India. Hanya Bangkahulu dikekalkan sebagai ibu pejabat SHTI. Namun, menjelang pertengahan abad ke-18, SHTI kembali semula ke Hindia Timur kerana ia memerlukan sebuah pelabuhan serta pusat perdagangan terutamanya di sepanjang SelatMelaka untuk menjalankan perdagangan dengan negara China.Pada tahun 1751, kerajaan China membenarkan SHTI berdagang di pelabuhan Canton.Akibat tindakan ini,

perdagangan the di antara British dengan China semakin bertambah.Langkah British (1784) untuk mengurangkan cukai import ke atas teh dari kadar 100% ke 12%telah meningkatkan lagi kepentingan perdagangan teh dengan Canton.Walau bagaimanapun, SHTI tidak mempunyai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai si antara India dengan China yang boleh memberi kemudahan berlabuhsemasa penukaran angin-angin monsun, untuk memperlengkapkan dan mengisi bekalan serta All The Best

membaiki kapal dalam pelayaran mereka ke India atau China apabila tibanya angin monsun yangsesuai. Kehendak ini akhirnya menyebabkan SHTI membuka satu petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786. Penubuhan Pusat-pusat Perdagangan oleh Inggeris diTanah Melayu Pengenalan Hasil daripada kegiatan perdagangan teh di antara China dengan British yangsemakin maju, British ingin mencari sebuah pusat perdagangan dan pelabuhanpersinggahan yang sesuai di Alam Melayu untuk membolehkannya berlabuhsemasa angin monsun dan memperlengkapkan dan mengisi bekalan mereka sertamembaiki kapal sementara menunggu masa yang sesuai untuk berlayar ke Chinalagi. Pembukaan Pulau Pinang, 1786 Pada tahun 1780-an, sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1798)telah meminta bantuan SHTI untuk menentang serangan Siam. Baginda telahmenawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk dijadikan pangkalan perdagangandan pelabuhan persinggahan. SHTI bersetuju menerima Pulau Pinang tetapi berasakeberatan untuk memberikan jaminan perlindungan tentara bagi menentang musuhKedah. Namun, Francis Light, seorang pegawai SHTI telah menyakinkan SultanAbdullah bahawa permintaan baginda sedang dipertimbangkan walaupun beliausedar bahawa SHTI tidak akan memberi naungan kepada Kedah. Bagi mencapaimatlamatnya, Francis Light telah menipu Sultan Abdullah dengan memberikan janji- janji kosong. Atas janji-janji ini, Sultan Abdullah membenarkan Light mendudukiPulau Pinang tetapi dengan syarat Light akan berundur jika naungan tidak diberioleh SHTI.All The Best

Pada 11 Ogos 1786, British telah menduduki Pulau Pinang dengan rasminya.Hubungan antara Sultan Abdullah dan SHTI mula tegang apabila Francis Light tidakmenghiraukan syarat yang dikemukakan oleh baginda pada bulan Ogos 1785.Antara syarat-syarat utama baginda ialah:1. SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang dengan syarat ia mengawalkawasan perairan Kedah daripada musuh.2.

Segala perbelanjaan perang hendaklah ditanggung oleh SHTI.3. SHTI akan membantu Kedah sekiranya Kedah diserang dari darat olehmusuhnya dan segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Kedah.Baginda tidak puas hati apabila SHTI enggan membayar ganti rugi dan bantuantentera untuk melindungi Kedah daripada musuhnya iaitu Bugis dan Siam.Hubungan antara Francis Light dan Sultan Abdullah bertambah buruk apabila Lighttidak mengambil sebarang langkah untuk memastikan SHTI mematuhi syarat-syarattersebut.Sultan Abdullah berasa kecewa atas sikap Light dan membuat rancanganuntuk mengambil semula Pulau Pinang. Rancangan itu dapat diketahui oleh Light.Beliau telah bertindak dahulu dengan menyerang dan memusnahkan angkatantentara Kedah yang berhimpun di Seberang Perai pada bulan April 1791. SultanAbdullah mengalami kekalahan yang teruk dan terpaksa menandatangani perjanjiandamai dengan SHTI pada bulan Mei 1791. Syarat-syarat perjanjian 1791 ialah:1. Kedah mengakui kedudukan SHTI di Pulau Pinang.2. Kedah akan menerima elaun tahunan sebanyak Sp$6000 selagi SHTImenduduki Pulau Pinang.3. British akan membeli bekalan makanan di Kedah tanpa sebarang sekatan atascukai.Walau bagaimanapun, perjanjian damai ini tidak menjanjikan sebarangbantuan kepada Kedah untuk menentang musuhnya. Pengambilan Seberang Perai, 1800 Di bawah pentadbiran Francis Light dan penggantinya, Pulau Pinang telahmengalami kemajuan yang pesat dan membawa kepada pertambahan penduduk.All The Best

Pertambahan penduduk ini telah menyebabkan Pulau Pinang terpaksa bergantungkepada Kedah untuk mendapatkan bekalan makanan. Akan tetapi, permusuhanmasih berterusan di antara SHTI dengan Kedah walaupun selepas Perjanjian Damai1791. Ini telah menyebabkan Kedah menghalang bekalan makanan ke Pulau Pinang.Oleh itu, SHTI berasa perlu untuk mengambil Seberang Perai, sebuahwilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang untuk dijadikan kawasanpertanian. Pihak syarikat telah berunding dengan sultan Kedah dan berjayamenandatangani satu perjanjian pada tahun 1800. Syarat-syarat perjanjian 1800ialah: 1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI. 2. SHTI bersetuju menambahkan ganti rugi daripada Sp$6000 kepada Sp$10000setahun selagi syarikat menduduki Pulau Pinang. Perjanjian ini tidak menjanjikan perlindungan kepada sultan Kedah tetapi berjanjiakan melindungi pantai Kedah daripada serangan musuh.

Imperialisme Britishdi Sabah dan Sarawak Pengenalan Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah danSarawak juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaansesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telahmenduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanyamemainkan peranannya dalam sector ekonomi di Sabah. Sarawak Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brookeadalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan olehPangeran Indera Mahkota.Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak oleh PangeranMuda Hashim. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Bruneisupaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangandaripada pribumi Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap,seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatantentera laut British.James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu.Selepas mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya,James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ.Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasaJames Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dankawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong.Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada RajaCharles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut. Sabah Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernamaAlexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu,Sultan Muizuddin pada tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaranuntuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis.Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di PulauBalambangan tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun1775.Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan,terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan PulauLabuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah denganarahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan MahkotaBritish.Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni BerpiagamBorneo Utara (KBBU) pada tahun 1881.Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakilAmerika Syarikat bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah

mendapatkonsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500daripada Sultan Brunei Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniatmemajukan konsesi ini lalu dijual kepada The American Trading Company yang diketuai olehWilliam Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya denganmenanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, WilliamTorrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron VonOverbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British).Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat.Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan SultanBrunei pada tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah:a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent. b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran

Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian denganOverneck dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada SyarikatOverbeck dan Dent.Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuahsyarikat British supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksamenjual segala bahagian konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk ituialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British.Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagamdaripada kerajaan British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapatmeluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabahdari tahun 1881 hingga tahun 1946

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Pengenalan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian iniditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungankeduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingankepentingan merekasendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarahTanah Melayu dan juga Indonesia. Faktor-faktor membawa kepada perjanjian 1. Persaingan perdagangan di Timur

Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara padaawal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan.Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTIsedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara. All The Best

Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikapBelanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara;manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini. Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawaiBelanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van derCapellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pulayang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coenmenyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluardari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kotayang baru dan diberi nama Betawi. Keadaan menjadi semakin serius apabilaberlaku peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon pada tahun1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukumbunuh kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintahBelanda di Ambon.Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang danpihak British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu diselatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur.Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di India. 2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segipertahanan/keselamatan. Ini disebabkan kedudukan antara Negeri Belanda dengan Britishadalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi padatahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusatgerakan tenteranya untuk menyerang British. Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh itu,pihak British benar-benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh.Malahan, British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapatmempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadibarisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan. British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Inidisebabkan perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telahpudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakansekutunya yang pada satu ketika dahulu sama-sama menentang Napoleon.Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England keranaperbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu,British mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah.Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatandalam

Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon.Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan MelakaAll The Best pada tahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795.Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebatdaripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhanperdagangan yang berpotensi. 3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan PulauJawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategiBritish sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinangyang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI dirantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selainitu, Bengkahulu juga kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai baratSumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka. Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaingdengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjayamembuka Singapura pada tahun 1819. Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapuratelah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawahnaungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakankekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkanperang dingin antara British dan Belanda.Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati peperangan kertas di antara mereka antaratahun 1819 hingga 1824. Kemajuan Singapura Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapuramerupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk diSingapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagarsaudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan. Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdaganganpelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untukmengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda. 5. Masalah kewangan Belanda Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yangdiambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British. Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak 144 juta. Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belandabertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untukmenyelesaikan masalah hutang

piutang ini, Belanda telah mengambil langkahuntuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melaluiperjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.

Syarat-syarat Perjanjian Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London.Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili olehCharles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah: 1. Syarat-syarat kewilayahan a. Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang,Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut. b. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda diPulau Belitong dan lain-lain kawasan.c. Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepadaBritish. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian ataupelabuhan di kawasan tersebut.d. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetujutidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.e. Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yangada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak 100000kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya.f. Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkankepada kuasa yang satu lagi.g. Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempohselama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendakberpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih.h. Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1Mac 1825. 2. Syarat-syarat perdagangan a.

Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan diKepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan. b. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripadabayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyaipelabuhan.c. Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan. d. Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelahtimur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barangdagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka.e. Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan diKepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaanmereka di Eropah.f. British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah diKepulauan Maluku. Kesan-kesan Perjanjian 1. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya 2 kawasanpengaruh. Belanda ingin menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa,Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu keselatan Selat Singapura; manakala British menguasai kawasan-kawasan yangmeliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Perjanjianini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di KepulauanMelayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan danpolitik mereka di kawasan masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain. 2. Perpecahan Empayar Johor Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepadaruntuhnya Empayar Johor. Kini Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British danRiau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali diPahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor.Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat ini. 3. Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur

Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakandalam laporan-laporan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbarakhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belandamelanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terusmemberi bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadisekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah. 4. Pertelingkahan mengenai Borneo Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tersetus akibat salahfaham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat sebarang pulau lainke selatan Singapura tercetus apabila Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat All The Best

Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapatdiselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yangsebenarnya. 5. Pelanunan Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan denganpenghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanyamengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan dibawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksamengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan inimemakan masa serta menelan banyak perbelanjaan

Negeri-negeri Selat Pengenalan Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinangyang telah ditubuhkan pada 1786; Singapura yang diperolehi daripada TemenggungAbdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas PerjanjianInggeris-Belanda 1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudian disatukan dan dipanggilsebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Penubuhan Negeri-negeri Selat, 1826-1890 Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, PulauPinang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan Indiatelah mengangkat Pulau Pinang menjadi Presidency ke-4 selepas Madras, Bombaydan Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketuanegara. Kedua,

Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residenyang bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823, semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu danbukan dari Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapuraterus diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melaluipertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkanPerjanjian InggerisBelanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiranKerajaan India.Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untukmenyatupadukan ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengantujuan untuk mengurangkan bilangan pegawaipegawai. Pernyataan ini kemudiandipanggil Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi Presidency ke-4dan Pulau Pinang dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianyaAll The Best

tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusatpentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke Singapura.Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ketaraf Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2orang Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi selepastahun 1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat. Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkandi bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:a. 1831-1851 ditadbir oleh Kerajaan Benggalab. 1851-1858 diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor Jeneralc. 1858-1867 diserahkan kepada Pejabat India Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke PejabatTanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata Wang dan cukai pelabuhan. Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada masa itu terlibat dalamsatu pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana sepoi-sepoi India bangkitmenentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelas memperlihatkan kelemahan PejabatIndia untuk memerintah India sendiri dan membuktikan ketidakmampuan untukmentadbir Negeri-negeri Selat yang jauh.Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah memintaPejabat Tanah Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-negeri Selat daripada Pejabat India.Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI telah dibubarkan dankuasa pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di London. Pada 10Ogos 1866, Parlimen meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selatdari India ke Pejabat Tanah Jajahan.Pada 1 April 1867, Akta tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negerinegeri Selat dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri Selat mencapai taraf Tanah Jajahan Mahkota. Sebab-sebab perpindahan 1.

Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapamasalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar yangmerupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan, Kerajaan India cuaimenjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Kerajaan India danmungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu jauh daripada Negerinegeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting yang hendak disampaikanke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadisemakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India yang mengetahui benar-benar akankedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting, antara India dan Negeri-negeri Selatmempunyai perbezaan yang besar sama ada dari segi politik mahupun dari segi sosial. Olehitu, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India sering-kali bertentangan dengankehendakkehendak atau tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat. 2. Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat a. Masalah lanun Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanunyang dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlakuberleluasa di Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukanoleh beberapa puak seperti Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain.Kadang-kala, mereka tidak sahaja merompak malah membakar kapal-kapalperdagangan serta membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikanhamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskanperdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang Cinaturut terlibat dalam peristiwa lanun.b. Mengawal kegiatan kongsi gelap Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanyamengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina,Kerajaan India menggunakan sistem indirect rule iaitu memberi kebebasan kepadakongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-negeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan.Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar. Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yanglebih giat hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnyamonopoli perdagangan Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengankehilangan monopoli perdagangan itu sudah tentu tumpuan hendaklahdibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan lanun dan kongsi gelaptidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan Negeri-negeriSelat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian timurtidak akan tercapai. 3. Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negerinegeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah kerana Negeri-

negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi untuk menguruskankerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatihdalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda dan tidak faham tentang All The Best bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini juga diberi gaji yang rendah dankenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak berminat dalam tugas mereka. Justeruitu, mereka mengamalkan rasuah. Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di NegerinegeriSelat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga ketenteraman, misalnya pada tahun 1831,hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan diNegeri-negeri Selat juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dankekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan awam. Hanya terdapatseorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini menyebabkan banyak kes tertangguh. 4. Ketiadaan perwakilan tempatan Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih wakilwakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan pentadbiran Negerinegeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis perundangan di Calcuttaatau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok dengan keadaan di NegerinegeriSelat kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India danBritain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawaipegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak puas hati dengan tindakan KerajaanIndia dan menuntut supaya sebuah majlis perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakiltempatan. 5. Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negeri-negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah dihantar ke Negerinegeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar yang diketuai olehW.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej Negeri-negeriSelat dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selatakan merosot kerana saudagar asing akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu dan seterusnya menambahkan beban kewangan dansosial mereka. 6. Dasar tidak campur tangan Kerajaan India Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan perdagangan danmengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India untuk campur tangan danmenamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu yang semakin berleluasa. Merekamengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun, Kerajaan India enggan berbuat demikian.

Disebaliknya, mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah merugikankegiatan perdagangan saudagar British. 7. Akta Mata Wang, 1855 Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata wangrupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi menggantikan matawang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah timbul disebabkansaudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilaiwang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang ringgit. Masalah ini menjadi All The Best kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan saudagar terhadap pentadbiranIndia. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik pelaksanaan mata wang rupee. 8. Pengenaan cukai pelabuhan, 1856 Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi. Untuk mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan cukai pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan Indiauntuk mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut akan digunakanuntuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung dan beberapa pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana mereka merasakemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah bergantung kepada taraf pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka bimbang jika cukai pelabuhandilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan berkurangan. Jika keadaan ini berlaku,sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di Negeri-negeri Selat akan terjejas. Pentadbiran Negeri-negeri Selat, 1867 Kerajaan Negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor. Gabenor yang pertama ialah Sir Harry Ord. Gabenor dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis Perundangan. Majlis KerjaKerajaan terdiri daripada ahli-ahli rasmi. Majlis Perundangan terdiri daripada 9 orang ahli rasmidan 5 orang ahli tidak rasmi. Majlis Perundangan ini membuat undang-undang bagi Negeri-negeri Selat tetapi mesti mendapat persetujuan daripada Parlimen Brirish terlebih dahulu.Gabenor Negeri-negeri Selat diberi kuasa penuh untuk memerintah Negeri-negeri Selat

Perjanjian Burney 1826 Pengenalan Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utara membimbangkan British kerana perkembangan inimenjejaskan pendudukan British di Pulau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu.Akibatnya pada Disember 1825, Kapten Burney dihantar oleh Robert Fullerton bagi mengadakanrundingan dan menandatangani perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah diarah berbincangmengenai hubungan perdagangan dan persahabatan antara

Siam dengan British, kepentinganBritish di Tanah Melayu mengenai perdagangan, masalah pembahagian takhta, Sultan AhmadTajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam selama 6 bulan,Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian pada 20 Jun 1826. Syarat-syarat perjanjian 1. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Bangkok dan dikenakan cukai yang berpatutan.2. Mengenai Kedah:a. Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam. b. Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak,Selangor atau Burma.c. British bertanggungjawab untuk menghalang Sultan Kedah dan pengikutpengikutnyamenyerang Siam dan wilayah-wilayahnya.d. British dibenarkan berdagang di Kedah tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal pentadbiran Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.3. Mengenai Perak:a. Siam mengiktiraf kemerdekaan Perak dan Selangor. b. British dibenarkan berdagang di Perak tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal pentadbiran.c. Siam dibenarkan menghantar perwakilan antara 40-50 orang ke Perak tetapi tidak dibenarkan menyerang, mengancam dan mencabul Perak.d. British bertanggungjawab menghalang Selangor menyerang Perak.e. Mengenai penghantaran bunga emas dan lain-lain hantaran ke Siam, negeri Perak diberi kebebasan sama ada menghantar atau tidak. Sekiranya Perak bersetujumenghantar ke Siam, maka British tidak berhak untuk menghalang.4. Mengenai Kelantan dan Terengganu:a. Siam berjanji tidak akan mengganggu perdagangan British di Kelantan atauTerengganu. b. British dibenarkan berdagang di Terengganu tetapi tidak boleh campur tangan dalamhal pentadbiran.c. Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar ufti yang berupa bunga emas kepadaSiam tiap-tiap 3 tahun sekali Kesan-kesan perjanjian

1. Kedah Perjanjian Burney yang telah ditandatangani mengecewakan Sultan Ahmad dan bagindatidak dapat menerimanya. Baginda kecewa kerana dengan terang British telahmemperdayakannya. Oleh itu, Sultan Ahmad yang masih menetap di Pulau Pinangmengambil keputusan melancarkan serangan ke atas Siam. Dengan bantuan orang MelayuKedah, Kelantan dan Terenngganu, Sultan ahmad menyerang Kedah pada tahun 1831, 1836dan 1838 tetapi kesemua serangan ini gagal kerana British telah mengepung dan melindungiKedah daripada serangan Sultan Ahmad. Malah, Sultan Ahmad telah dipindahkan dari PulauPinang untuk menetap di Melaka. Baginda terpaksa menetap di Melaka sehingga 1842 bagimematuhi syarat-syarat Perjanjian Burney. Menjelang tahun 1840, sikap Sultan Kedah, RajaSiam dan British mulai berubah. Sultan Ahmad yang telah lanjut usianya merasai penentangan terhadap Siam tidak berfaedah kerana pihak British tetap menyebelahi mereka.Pihak Siam pula merasa penglibatannya dalam hal ehwal negeri Kedah tidak lagi pentingkepada mereka. Pertempuran-pertempuran yang berterusan hanya akan membebankannegeri Siam. Melalui kesedaran itu, Sultan Ahmad mengambil jalan yang lebih berkesaniaitu melalui rundingan. Dengan kerjasama British, satu perwakilan yang diketuai olehPutera Sultan Ahmad, iaitu Tengku Daik telah dihantar ke Bangkok pada tahun 1841 bagimembincangkan soal pembahagian takhta Sultan Ahmad Tajuddin. Pada tahun 1842, SultanAhmad Tajuddin diserahkan kembali takhtanya dan Kedah mestilah kekal sebagai jajahantakluk Siam dan menghantar bunga emas tiap-tiap 3 tahun sekali. Kedah juga diperkecilkankawasannya iaitu Setul dan Kubang Pasu diletakkan di bawah pemerintahan Siam dan Perlisdipisahkan dan diperintah oleh Syed Sapee dengan gelaran Raja Perlis. 2. Perak Siam tidak mematuhi Perjanjian Burney berkaitan dengan Perak. Pada bulan Ogos 1826, pihak berkuasa di Selatan Siam, iaitu Raja Ligor telah menghantar satu angkatan tentera kePerak dengan alasan untuk membantu Perak dalam hal ehwal pentadbiran. Muslihat RajaLigor yang sebenarnya ialah untuk memaksa Raja Perak menghantar bunga emas ke Siam.Pada September 1826, Sultan Perak telah memohon bantuan British bagi menghapuskan All The Best

naungan Siam ke atas Perak. Akibatnya, Gabenor Fullerton telah menghantar satu angkatanke Perak yang terdiri daripada 40 orang askar yang diketuai oelh Kapten James Low kePerak. James Low telah diarahkan untuk menasihati Sultan Perak mengenai haknya untuk memilih sama ada hendak menghantar bunga emas ke Siam atau tidak. Selain itu, Low jugamemberi jaminan bantuan kepada Sultan Perak jika Perak diserang oleh Siam. Setelah diPerak, Low berjaya menggulingkan golongan pro-Siam. Askar-askar Siam juga berundur dari Perak. Pada 18 Oktober 1826, Low telah melampaui arahan dan menandatangani persetiaan dengan Sultan Abdullah. Syarat-syaratnya ialah:a. Perak berjanji tidak akan mengadakan hubungan politik dengan Siam atau negeri-negeri lain. b. Perak bersetuju tidak akan menghantar bunga emas atau lain-lain persembahan kepadaSiam atau negeri-negeri Melayu lain.c.

British beratnggungjawab untuk melindungi Perak daripada sebarang serangan luar.d. Pedagang-pedagang dari mana-mana negeri dibenarkan berdagang di Perak asalkanmereka tidak campur tangan dalam hal ehwal Perak.e. Sultan Perak tidak akan membenarkan wakil-wakil yang lebih daripada 30 orang lelakidaripada negara-negara lain masuk ke Perak dengan tujuan untuk campur tangan dalamhal ehwal politik.f. Dinding dan Pulau Pangkor diserahkan kepada British.James Low juga berjaya menghancurkan kegiatan lanun di Sungai Kurau selepastertangkapnya ketua lanun, iaitu Nakhoda Udin yang pro-Siam. Tindakan British ini telah berjaya menyelamatkan Perak daripada menerima nasib seperti Kedah dan menghentikankemaraan Siam. 3. Kelantan/Terangganu Perjanjian Burney tidak menentukan dengan jelas hubungan Kelantan dan Terengganudengan Siam. Akibatnya, Kelantan menerima pertuanan Siam tetapi Terengganumenolaknya. Terengganu menganggap negerinya tidak pernah dijajah oleh Siam.Penghantaran bunga emas hanya menjadi tradisi dan mengekalkan persahabatan denganSiam. Oleh itu, Siam berusaha untuk mengukuhkan pengaruhnya di Terengganu danmengekalkan pengaruhnya ke Pahang. Usaha ini dijalankan dengan melibatkan diri dalam perang saudara di Pahang (18571863) antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir. Pada Oktober 1862, satu angkatan Siam telah tiba di Kuala Terengganu dalam usaha membantu WanAhmad menyerang Pahang. Selain itu, kehadiran angkatan tersebut juga bertujuanmembantu Sultan Mahmud dari Lingga merampas takhta Terengganu daripada bapasaudaranya, Sultan Omar yang tidak menerima pertuanan Siam. Kekacauan yang berlaku bukan sahaja mengganggu perdagangan di Pahang tetapi juga di Kelantan dan Terengganu.Akibat dari desakan pedagang-pedagang, gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Cavenagh telahmenghantar sebuah kapal perang ke Kuala Terengganu pada November 1862 dengan tujuanhendak mendesak Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga berundur dari Terengganu dantidak melibatkan diri dalam perang saudara Pahang. Keengganan Siam telah menyebabkankapal perang British membedil Kuala Terengganu pada 4 November 1862. Akibatnya,angkatan tentera Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga mengundurkan diri. TindakanBritish ini berjaya menghalang pengaruh Siam dan merebak ke Pahang

You might also like