You are on page 1of 51

PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG

Sumber Pengajaran Pendidikan Islam

Kategori Bahan

Keberkesanan Bahan

Bahan Teknoligi Maklumat

Bahan Bercetak

Bahan Maujud

KATEGORI BAHAN SUMBER


Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum.

Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru.

Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan : menyampaikan isi pelajaran . merangsang deria rangsangan murid-murid, memberi kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, mengekalkan minat dan tumpuan murid melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal kemahiran psikomotor

KATEGORI BAHAN SUMBER


Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud

Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciriciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan muridmurid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut kreativiti sendiri guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan dalam proses pembelajaran.

Terdapat banyak sumber- sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan- bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen.

BAHAN BERCETAK
bahan yangmempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.
Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulispenulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing

Kelebihan
murah dan senang didapati di mana-mana. bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. ia mudah alih dan mudah diakses

Kelemahan
bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini.

BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. penggunaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P.

Kelebihan
Dapat memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat.

BAHAN MAUJUD
merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang bahan nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan

Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahanbahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Jenis Bahan Maujud


3 jenis iaitu : realia asli, realia awet spesimen

1. Realia asli
Realia asli terbahagi kepada dua iaitu: bahan yang hidup ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah

bahan bukan hidup ialah seperti jentera ataupun bangunan

2. Realia awet
Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia

3. Spesimen
Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciriciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan.

Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid

BAHAN MEDIA
Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber

Bil

Jenis Media/ Bahan

Contoh

1.

Media/ bahan tayang kaku

Transparensi, slaid,
mikrofilem

2. 3.

Media / bahantayang bergerak Bahan grafik

Pita video, CD dan filem Lukisan, poster, kartun, carta dan graf

4.

Gambar Kaku

Gambar foto, kad imbasan dan poskad

Bahan pameran 3 dimensi

Model, boneka, diorama dan pupet

6.

Papan pameran

Papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin

7.

Media audio

Pita kaset, CD dan komputer

8.

Media cetak

Modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah.

PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER


Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan.

PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN

1. Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. menitikberatkan objektif pembelajaran bahan-bahan diolah dan dipilih Tujuan pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

2. Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan.


memperkembangkan potensi mereka mengandungi unsur-unsur intelek (pengetahuan) dan nilai-nilai murni mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

3. Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar

keperluan-keperluan intelek dan emosi. galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu

4. Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka

keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. mengaitkan sesuatu perkara itu dengan perkara-perkara yang diminati

KEBERKESANAN BAHAN
Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi penggunaannya terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut :

1. KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER


- selaras dengan falsafah pendidikan negara - tidak bercanggah dengan nilai masyarakat - releven dengan kurikulum - selaras dengan prinsip pedagogi - memberi maklumat terkini - cost effective

mudah diperolehi - mudah digunakan - mudah alih - mudah senggara - pelbagai rangsangan - dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan - fleksibel

2. PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN


a) Ketahanan Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

b) Kos Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

c) Aspek-aspek Teknikal Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya

d) Ketepatan Maklumat
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e) Mudah Alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)

Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar.

Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, ataupun pengajaran individu

g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan


Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar dapat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

3. CIRI-CIRI BAHAN SUMBER


a) Menjelaskan idea yang kabur Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan sumber juga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi pelajaran.

b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahami Dalam setiap pelajaran, terdapat bahagian yang senang dan sukar difahami oleh pelajar Pengunaan bahan sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya penggunaan grafik banding beza.

c) Besar dan jelas Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan jelas mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar bahan sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada dalam pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber.

d) Warna yang menarik dan saiz yang tepat Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna. warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses pembelajaran. Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengahtengah.

e) Tahan lama Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke manamana saja sama ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan sebagainya Contohnya slaid.

f)

Paling memberi kesan

Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih bahan sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut. Contohnya permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan sebagainya.

g) Murah
Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendiri supaya tidak membebankan guru dan juga pihak sekolah

4. KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER


Besesuaian dengan tajuk Bersesuaian dengan latar belakang pelajar Bersesuaian dengan tempat digunakan. Berteknologi rendah dan sederhana Tidak berbahaya Bersesuaian dengan jumlah pelajar Sesuai dengan tahap IQ

You might also like