You are on page 1of 59

JAWAPAN KERJA KURSUS LANGKAH-LANGKAH PENGIRAAN KADAR FAEDAH MUDAH YANG DIKENAKAN KE ATAS KETIGA-TIGA JENIS KENDERAAN.

JENIS KERETA HARGA DEPOSIT : KERETA A : RM 45, 000.00 : RM 10, 000.00

KADAR FAEDAH MUDAH SETAHUN : 6.5% TEMPOH PINJAMAN : 15 TAHUN

RM 45, 000.00 HARGA SELEPAS DEPOSIT (RM) RM 10, 000.00 RM 35, 000.00

JUMLAH FAEDAH YANG DIKENAKAN ( RM )


Formula :

(Kadar Faedah Mudah Setahun) x (Tempoh Maksimum Bayaran Balik) x (Harga Kereta Selepas Deposit)

6.5 % x 15 x RM 35, 000.00 = RM 34, 125.00

JUMLAH PINJAMAN ( RM )
Formula : RM 35, 000.00 + RM 34, 125.00 = RM 69, 125.00

(Harga Kereta Selepas Deposit) + (Jumlah Faedah Yang Dikenakan)

JUMLAH PINJAMAN SETAHUN ( RM )


2

Formula : (Jumlah Pinjaman) (Tempoh Maksimum Bayaran Balik)

RM 69, 125.00 15 = RM 4, 608.33

ANSURAN BULANAN ( RM ) Formula : (Jumlah Pinjaman Setahun) (12) JUMLAH ANSURAN BULANAN RM 4, 608.33 12 = RM 384.03

RM 384.03

JENIS KERETA

: KERETA B
3

HARGA DEPOSIT

: RM 65, 000.00 : RM 10, 000.00

KADAR FAEDAH MUDAH SETAHUN : 6.5% TEMPOH PINJAMAN : 20 TAHUN

RM 65, 000.00 HARGA SELEPAS DEPOSIT (RM) RM 10, 000.00 RM 55, 000.00 JUMLAH FAEDAH YANG DIKENAKAN ( RM )
Formula :

(Kadar Faedah Mudah Setahun) x (Tempoh Maksimum Bayaran Balik) x (Harga Kereta Selepas Deposit)

6.5 % x 15 x RM 55, 000.00 = RM 71, 500.00

JUMLAH PINJAMAN ( RM )
Formula : RM 55, 000.00 + RM 71, 500.00 = RM 126, 500.00

(Harga Kereta Selepas Deposit) + (Jumlah Faedah Yang Dikenakan)

JUMLAH PINJAMAN SETAHUN ( RM )


Formula : (Jumlah Pinjaman) (Tempoh Maksimum Bayaran Balik) RM 126, 500.00 20 = RM 6, 325.00

ANSURAN BULANAN ( RM )

RM 6, 325.00 12 = RM 527.08

Formula : (Jumlah Pinjaman Setahun) (12)

JUMLAH ANSURAN BULANAN

RM 527.08

JENIS KERETA HARGA DEPOSIT

: KERETA C : RM 94, 000.00 : RM 10, 000.00


5

KADAR FAEDAH MUDAH SETAHUN : 6.5% TEMPOH PINJAMAN : 20 TAHUN

RM 94, 000.00 HARGA SELEPAS DEPOSIT (RM) RM 10, 000.00 RM 84, 000.00 JUMLAH FAEDAH YANG DIKENAKAN ( RM )
Formula :

(Kadar Faedah Mudah Setahun) x (Tempoh Maksimum Bayaran Balik) x (Harga Kereta Selepas Deposit)

6.5 % x 20 x RM 84, 000.00 = RM 109, 200.00

JUMLAH PINJAMAN ( RM )
Formula : RM 84, 000.00 + RM 109, 200.00 = RM 193, 200.00

(Harga Kereta Selepas Deposit) + (Jumlah Faedah Yang Dikenakan)

JUMLAH PINJAMAN SETAHUN ( RM )


Formula : (Jumlah Pinjaman) (Tempoh Maksimum Bayaran Balik) ANSURAN BULANAN ( RM ) Formula : (Jumlah Pinjaman Setahun) (12) RM 9, 660.00 12 = RM 805.00 RM 193, 200.00 20 = RM 9, 660.00

JUMLAH ANSURAN BULANAN

RM 805.00 6

1.1

JUSTIFIKASI

NYATAKAN KERETA PILIHAN ANDA DAN BERIKAN JUSTIFIKASI TERHADAP PILIHAN ANDA TERSEBUT.

KERETA PILIHAN : JUSTIFIKASI :

KERETA

Saya memilih kereta jenis Kereta A kerana : Harga yang ditawarkan amat bersesuaian dengan bajet dan jumlah faedah yang dikenakan tidak melebihi harga kenderaan jika dibandingkan dengan jenis kereta yang lain. Tempoh maksimum bayaran balik yang rendah iaitu 15 tahun yang mana tempoh kursus saya 5 tahun dan saya perlu membayar ansuran lain saya perlu membayar ansuran 14 tahun. Juga tidak perlu bergantung kepada ahli keluarga untuk membayar ansuran bulanan dan menanggung perbelanjaan sepanjang saya mengikuti kursus. Selain itu, saya perlu menampung perbelanjaan yang lain seperti bayaran bulanan sewa rumah, bil elektrik dan air, makanan, minyak kenderaan, insuran peribadi dan sebagainya. 9 tahun lagi selepas saya menamatkan kursus jika dibandingkan dengan jenis kereta yang

Saya juga boleh merancang perbelanjaan saya untuk perkara-perkara lain seperti menyimpan wang untuk hal-hal kecemasan, untuk masa depan, dan sebagainya.

1.2

GOLDEN RATIO

Golden ratio atau dalam bahasa melayu bermaksud nisbah emas. Nisbah emas ini bersamaan dengan nilai iaitu 1.618. Nisbah emas ini dikenali sejak

zaman Pythagoras. Disebutkan bahawa alam sebenarnya telah teratur mengikut nisbah emas. Nisbah ini juga merupakan nilai atau nisbah yang sangat menarik, cantik, indah, serta mempunyai kerahsiaan dan keajaibannya yang tersendiri. Nisbah ini telah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk kerana rekabentuk yang menggunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. Itulah sebabnya nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas. Kesaktian nisbah ini mendasari arsitektur bangunan zaman dahulu, khususnya di Yunani. Sebelum berkembangnya tamadun islam, orang Kristian menolak angka kosong, namun pedagang dalam melakukan transaksi memerlukankan angka kosong. Alasan yang dipakai oleh Fibonacci adalah kosong sebagai batas. Apabila diperoleh hasil negatif bererti kerugian. Orang yang mengenalkan angka kosong ini ke dunia Barat adalah Leonardo dari Pisa. Meskipun ayahnya seorang Konsul sekaligus pedagang, profesi Fibonacci tidak mau menjadi konsul, adalah seorang pedagang. Anak muda yang lebih dikenal dengan nama Fibonacci belajar matematika dari orang-orang Islam dan menjadi matematikawan piawai dengan cara belajar sendiri. Menemukan deretan bilangan yang diberi nama seperti namanya. Deretan Fibbonacci yaitu: 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987 Nombor Fibonacci sangat menarik kerana apabila dibahagikan satu nombor di dalam turutan tersebut dengan nombor sebelumnya, hasilnya akan memperolehi nombor yang hamper diantara satu sama lain. Hakikatnya, nombor ini akan kekal sama selepas siri ketiga belas dalam turutan ini. Nombor ini dikenali sebagai Nisbah Emas atau The Golden Ratio iaitu 1.618. 2/1 = 2.0 3/2 = 1.5 5/3 = 1.67 8/5 = 1.6
9

13/8 = 1.625 21/13 = 1.615 34/21 = 1.619 55/34 = 1.618 89/55 = 1.618 144/89 = 1.618 233 / 144 = 1.618 377 / 233 = 1.618 610 / 377 = 1.618 987 / 610 = 1.618 1597 / 987 = 1.618 2584 / 1597 = 1.618 Nisbah ini terdapat pada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sesetengah binaan, lukisan serta rekaan seperti piramid, potret Monalisa dan Parthen di Athens, Greece. Misalnya pada manusia, Nisbah Emas ini dapat dilihat dengan jelas pada tangan, gigi dan muka. Pencipta tidak menjadikan dua tangan pada manusia, lima jari pada setiap tangan, tiga ruas pada setiap jari dan hanya terdapat lapan jari yang mempunyai tiga ruas manakala dua lagi iaitu ibu jari mempunyai dua ruas secara kebetulan atau sesuka hati. Nisbah emas ini juga terdapat pada kedudukan Kaabah di muka bumi. Kedudukan Kaabah ini terletak pada kedudukan yang sangat menarik. Jika diamati betul-betul angka-angka ini merupakan sebahagian daripada nombor Fibonacci dan kesimpulannya akan memberikan kepada nilai Nisbah Emas.

BUKTI KEINDAHAN DAN KEAJAIBAN GOLDEN RATIO (NISBAH EMAS) Rahsia Kaabah

10

Sekarang saksikan disini keajaiban Kaabah, Fibonacci Theory, nsbah emas 1.618. Perhubungan menarik antara Fibonacci Theory (1.618 Golden Ratio #) & Mecca (Kaabah). 1) Jarak Kaabah ke Kutub Utara = 7,631.68km Jarak Kaabah ke Kutub Selatan = 12,348.32km Nisbah = 12,348.32/7,631.68 = 1.6180 2) Jarak Kaabah ke Kutub Selatan = 12,348.32km Jarak antara Kutub Utara dan Kutub Selatan = 19,980.00km Nisbah = 19,980.00/12,348.32 = 1.6180 Kota Mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah. Ayat 96 surah Al-Imran, ada terselit perkataan Mekah di tengah-tengah ayat tu. Firman Allah surah Al-Imran, ayat 96 : Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Ayat ini relevan kerana menyebut tentang Mekah sebagai petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan Mekah, ternyatalah perkataan Mekah dalam ayat tu pun terletak dalam Nisbah Emas 1.618.

11

Rajah 1 : Kedudukan Kaabah. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, para angkasawan NASA telah menemui bahawa Bumi seperti mengeluarkan seakan radiasi, dan radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, secara tepatnya berasal dari Kaabah.

TUBUH BADAN MANUSIA Nisbah yang juga berada pada setiap unsur dalam tubuh kita sendiri, Ia adalah angka unik yang berada pada setiap jasad manusia. Setiap ukuran tubuh kita jika dihitung dengan rumus matematik itu, ia akan memberi satu jawapan iaitu 1.618 dan ia adalah kiraan ukuran yang ada dalam setiap kejadian makhluk, tidak hanya kepada kejadian manusia sahaja.

12

Untuk mengira salah satu daripadanya, kita ambil ukuran ketinggian dari dagu hingga bibir bawah dan kita letakkan ia sebagai pemboleh-ubah (variable) R. Manakala ukuran dari bibir atas hingga bawah hidung pula sebagai variable r. Kemudian, mulakan pengiraan mudah dengan R dibahagikan dengan r untuk mendapatkan nilai G yang tidak pernah berubah iaitu 1.618. Begitu juga jika diambil ukuran dari sendi ke sendi tubuh yang lain dan dikira menggunakan rumus ini, jawapannya akan tetap sama iaitu 1.618. Sama juga jika diambil kiraan dari ketinggian pinggang ke bawah dan ditanda sebagai R, manakala ukuran pinggang ke atas pula ditanda r. Jawapan tetap sama. Tiada perbezaan walaupun satu nombor. Ia tetap 1.618. Kiraan yang sama turut wujud dalam DNA, kuantiti seimbang (standard mengikut tahap kesihatan terbaik) antara sel darah merah dengan putih, kuantiti isipadu darah dengan jumlah pembuluh darah, kadar beza masa degupan jantung sihat antara bunyi degup pertama dengan degup kedua dalam satu set degupan (jantung berbunyi dua kali dalam satu degupan penuh dup-dup sekali degup, dup-dup, dup-dup dua kali degup), SEMUA kiraan akan menemui satu jawapan tunggal iaitu 1.618, tidak kira walau sebesar mana angka R dan r, apabila dibahagi antara kedua-duanya, jawapan akan tetap 1.618

POTRET MONALISA Satu kajian dilakukan ke atas lukisan Monalisa dan dari teori Berjaya menunjukkan ada sisi yang dipandang sangat indah. Leonardo da Vinci merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia seni lukisan. Leonardo da Vinci membuatkan semua orang mengingati keindahan lukisan beliau semata-mata, atau lebih spesifik lagi, potret monalisa, namun di sebalik itu beliau adalah seorang yang amat tertarik dan terpesona dengan matematik. Senibina merupakan salah satu kepakaran beliau dan
13

mempelajari teori-teori dan prinsip-prinsip di sebaliknya. Beliau telah melakar potret Monalisa berdasarkan teori golden ratio. Beliau mempunyai pelbagai kebolehan dan minat. Beliau merupakan penasihat kepada The Duke of Milan dalam bidang senibina. Kemudiannya, beliau telah dinobatkan sebagai pelukis, arkitek dan mekanik pertama raja oleh Raja Francis I ( French).

Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai harta yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap rupa dan badan manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap cantik oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi nisbah emas rekabentuk sempurna.
14

Ia adalah rumus matematik seperti di bawah:

Dalam rumus mudah, ukuran yang lebih panjang ditanda sebagai variable R (huruf besar), manakala ukuran yang lebih pendek ditanda sebagai variable r (huruf kecil). Manakala G adalah jawapan tetap yang tidak bersandar . R/r:G = 1.618 KESIMPULANNYA

15

i.

Separuh bilangan para pengkaji mengakui bahawa Nisbah Emas wujud pada jasad manusia iaitu pada tangan dan gigi manusia. Selebihnya masih kurang pasti akan kewujudan ini kerana idea ini diperkenalkan secara tiba-tiba tanpa mereka pernah mengetahuinya sebelum ini.

ii.

Tahap

kesedaran

responden

terhadap

kebesaran

Tuhan

melalui

penciptaan-Nya amat tinggi dengan kesemua bilangan responden bersependapat untuk menyetujuinya. iii. Terdapat segelintir responden yang kurang pasti dan bersetuju bahawa idea ini sesuai diperkenalkan di sekolah. Namun, peratusan yang bersetuju bahawa idea ini sesuai diperkenalkan di sekolah masih tinggi iaitu rata-ratanya 60% dan ke atas. Maka secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan bahawa jasad manusia memenuhi Nisbah Emas terutamanya pada tangan dan gigi manusia. Selain itu, kajian ini mendapati responden menyedari dan seterusnya mengagumi akan ciptaan Tuhan yang unik ini. Di samping itu, idea ini juga masih sesuai untuk diperkenalkan di sekolah terutamanya dalam sesi P&P Sains. Semua bukti-bukti ini menunjukkan kita kepada kekuasaan Maha Pencipta sekelian alam. Melalui rumus ini, kita akan melihat kebesaran Allah yang memiliki segala ilmu dalam mencipta setiap kejadian dengan sempurna. Ia adalah rumus matematik yang menentukan setiap ciptaan berada pada nisbah paling sempurna seperti kehendak-Nya (selebihnya, hanya Allah Maha Pencipta yang lebih mengetahui). Nisbah yang juga berada pada setiap unsur dalam tubuh kita sendiri, juga berada pada titik tengah bumi iaitu Kaabah, juga berada di segenap galaksi raya, juga berada pada setiap kedudukan bintangbintang dan planet-planet.

16

2.0

PENGERTIAN MATEMATIK

Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh Raphael di dalam karyanya, Sekolah Athens.
17

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola[1][2], memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik. Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya"[4]. Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti"[5]. Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.

18

Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui Etimologi. Perkataan "matematik" dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris iaitu "mathematics" sebenarnya berasal dari Yunani (mthma), yang bermaksud mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Kata adjektifnya adalah (mathmatiks), berhubung dengan pembelajaran , atau dipelajari, yang maksudnya lebih bermaksud mathematikal. Dalam perkara tertentu, (mathmatik tkhn), dalam bahasa Latin ars mathematica, bermaksud seni matematik. Bentuk jamak yang jelas di dalam bahasa Inggeris, seperti juga bahasa Perancis bentuk jamak les mathmatiques (dan bentuk ambilan singular yang kurang digunakan la mathmatique), berpatah balik kepada kata jamak neuter Latin mathematica (Cicero), berdasarkan kepada perkataan jamak Yunani (ta mathmatik), yang telah digunakan oleh Aristotle, dan ia bermaksud secara kasar sebagai "semua benda adalah matematik". Dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun, kata noun mathematics mengambil bentuk perkataan singular. Ianya biasa dipendekkan kepada math dalam kawasan America Utara yang berbahasa Inggeris dan maths di tempat lain.

19

Proses evolusi matematik boleh dilihat sebagai satu penambahan berterusan siri-siri pengabstrakan, atau satu pengembangan isi. Pengabstrakan pertama yang dikongsi oleh banyak haiwan, berkemungkinan adalah nombor; contohnya kesedaran yang dua epal dan dua oren mempunyai satu persamaan. Selain pengetahuan membilang objek fizikal, manusia prasejarah juga mengetahui bagaimana untuk membilang kuantiti abstrak seperti masa - hari, musim, tahun. dan diikuti dengan kebolehan aritmetik permulaan seperti (penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian). Angka direkodkan dalam pelbagai sistem seperti kayu pengira ataupun untaian bersimpul yang dikenali sebagai quipu yang digunakan oleh orang Inca. Terdapat banyak jenis sistem angka terawal, dan angka bertulis pertama yang diketahui, dicatatkan oleh orang Mesir purba. Tamadun Lembah Indus telah membangunkan sistem perpuluhan moden yang pertama, termasuk konsep kosong. Matematik pada mulanya digunakan dalam perdagangan, pengukuran tanah, corak tenunan dan lukisan dan untuk merekodkan masa. Ilmu ini menjadi semakin maju selepas 3000SM apabila orang Babylon dan Mesir Purba mula menggunakan aritmetik, algebra asas dan geometri untuk cukai dan lain-lain pengiraan kewangan, pembinaan dan astronomi.[11] Pengkajian matematik secara sistematik telah dimulakan oleh orang Yunani Purba antara tahun 600 dan 300SM.

Semenjak itu, ilmu matematik berkembang dengan pesat dan terdapat juga interaksi yang bermanfaat antara matematik dan sains yang memberikan faedah kepada keduanya. Penemuan-penemuan terbaru dalam matematik berlaku sepanjang sejarah manusia dan proses in berterusan sehingga hari ini. Menurut Mikhail B. Sevryuk, dalam Bulletin of the American Mathematical Society isu Januari 2006, '"Jumlah kertas kerja dan buku yang ada dalam
20

pangkalan data Mathematical Reviews sejak 1940 (tahun pertama operasi MR) adalah melebihi 1.9 juta, dan lebih 75 ribu item ditambah ke dalam pangkalan data setiap tahun. Majoriti besar hasil kerja dalam pangkalan data ini mengandungi teorem matematik yang baru dan bukti-buktinya.

2.1

ILHAM, MATEMATIK TULEN DAN GUNAAN DAN ESTETIK

Matematik muncul daripada pelbagai jenis masalah yang melibatkan pengiraan. Pada mulanya masalah ini ditemui dalam perdagangan, pengukuran tanah dan kemudiannya astronomi; hari ini, semua jenis sains menghadapi masalah yang dikaji oleh para ahli matematik, dan banyak juga masalah yang muncul di dalam ilmu matematik itu sendiri. Contohnya, ahli fizik Richard Feynman telah mencipta formulasi integral laluan mekanik kuantum menggunakan kombinasi penaakulan matematik dan pemahaman fizikal, dan teori rentetan, satu teori saintifik yang masih dalam pembangunan yang cuba untuk menggabungkan kuasa semulajadi yang asas, terus memberi ilham kepada matematik yang baru. Ada matematik yang cuma relevan dalam bidang
21

yang ia diilhamkan, dan digunakan untuk menyelesaikan masalah lanjutan dalam bidang tersebut. Tetapi seringkali matematik juga berguna dalam bidang selain dari yang ia diilhamkan, dan menggabungkan stok umum konsep-konsep matematik yang lain. Perbezaan sering dibuat antara matematik tulen dan matematik gunaan tetapi terdapat juga topik-topik matematik tulen yang mempunyai penggunaan contohnya teori nombor dalam kriptografi. Fakta yang menakjubkan bahawa matematik "paling tulen" juga sering mempunyai kegunaan praktikal adalah apa yang dipanggil Eugene Wigner sebagai "Keberkesanan Matematik yang tidak munasabah dalam sains tabii". Seperti yang terjadi kepada kebanyakan bidang pengajian yang lain, perkembangan ilmu pengetahuan dalam zaman saintifik telah membawa kepada pengkhususan dalam Matematik; hari ini terdapat ratusan bidang pengkhususan dalam matematik dan Mathematics Subject Classification yang terbaru telah mencecah 46 muka surat.[15] Beberapa bidang matematik gunaan telah bergabung dengan tradisi berkaitan di luar bidang matematik dan telah menjadi satu disiplin yang tersendiri, antaranya statistik, kajian operasi dan sains komputer. Kepada mereka yang cenderung dalam matematik, akan sentiasa terdapat bagi mereka aspek estetika dalam matematik. Ramai ahli matematik membicarakan tentang "keanggunan" matematik, estetika intrinsiknya dan kecantikan dalamannya. Terdapat kecantikan dalam bukti matematik yang ringkas dan anggun. Contohnya, pembuktian Euclid terhadap bilangan tidak terhingga nombor perdana dan kaedah berangka yang anggun yang mepercepatkan pengiraan, seperti transformasi Fourier cepat. G. H. Hardy dalam A Mathematician's Apology menyatakan yang dia percaya pertimbangan estetik sahaja cukup untuk mewajarkan pengkajian matematik tulen. Ahli matematik sentiasa berusaha untuk mencari bukti teorem yang khususnya anggun, satu pencarian yang sering digambarkan oleh Paul Erds seperti mencari bukti dari
22

Alkitab di mana Tuhan telah menulis bukti-bukti yang disukaiNya. Populariti matematik rekreasi merupakan satu lagi petanda keseronokan yang dialami ramai orang dalam menyelesaikan soalan-soalan matematik.

2.2

TATATANDA, BAHASA, DAN KETELITIAN

Kebanyakan tatatanda matematik tidak diperkenalkan sehingga kurun ke16. Sebelum itu, rumus-rumus matematik ditulis menggunakan perkataan, satu kaedah yang menyusahkan yang menghadkan penemuan matematik. Pada kurun ke-18, Euler telah bertanggungjawab memperkenalkan banyak tatatanda seperti yang digunakan hari ini. Tatatanda moden menjadikan matematik lebih mudah untuk golongan profesional, tetapi mengelirukan golongan yang baru mempelajarinya. Tatatanda telah meringkaskan banyak keterangan, dengan beberapa simbol mengandungi maklumat yang banyak. Seperti juga notasi muzik, tatatanda matematik moden memiliki sintaks yang ketat dan mengekod maklumat yang mungkin sukar ditulis dalam cara yang lain. Bahasa matematik boleh menjadi sukar bagi mereka yang baru mempelajarinya. Perkataan seperti "atau" dan "sahaja" mempunyai maksud yang lebih terperinci dari apa yang digunakan dalam perbualan harian. Selain itu, perkataan seperti "buka dan lapangan" telah diberikan maksud matematik yang khusus. Jargon matematik termasuklah istilah teknikal seperti homeomorfisma dan kamiran. Oleh kerana matematik memerlukan perincian yang lebih dari perbualan harian, tatatanda khusus dan jargon teknikal diperlukan. Ahli matematik menggelar perincian bahasa dan logik ini sebagai "ketelitian". Ketelitian pada dasarnya adalah satu bukti matematik. Ahli matematik mahukan teorem-teorem mereka mengikut aksiom-aksiom hasil dari penaakulan sistematik. Ini untuk mengelakkan kesilapan teorem-teorem akibat dari intuisi yang salah, yang pernah terjadi dalam sejarah bidang ini. Tahap ketelitian dalam matematik sering berubah sepanjang zaman: orang Yunani cenderung kepada
23

hujah yang terperinci (ketelitian tinggi), tetapi pada zaman Isaac Newton kaedah yang digunakan adalah kurang teliti. Masalah yang timbul dari kaedah yang digunakan Newton telah membawa kepada kebangkitan semula analisis terperinci dan bukti formal pada kurun ke-19. Hari ini, ahli matematik terus berhujah antara mereka tentang bukti bantuan komputer, kerana pengiraan yang besar sangat sukar disahkan dan bukti-buktinya mungkin tidak cukup teliti. Aksiom dalam pemikiran tradisional adalah "kebenaran terbukti dengan sendiri", tetapi konsepsi ini ternyata bermasalah. Pada tahap formal, satu aksiom hanyalah satu rentetan simbol yang memiliki makna intrinsik hanya dalam konteks rumus-rumus terbitan satu sistem aksiom. Adalah menjadi matlamat program Hilbert untuk meletakkan semua matematik di atas asas aksiom yang kukuh, tetapi menurut teorem ketaklengkapan Gdel, setiap sistem aksiom (yang cukup kuat) mempunyai rumus yang tidak dapat ditentukan; jadi satu pengaksioman yang akhir untuk matematik adalah mustahil. Walau bagaimanapun, matematik sering digambarkan (sehingga kandungan formalnya) cuma teori set dalam beberapa pengaksioman, dalam erti kata yang setiap pernyataan matematik atau buktinya boleh dirangkumkan ke dalam rumus-rumus di dalam teori set.

2.3

MATEMATIK SEBAGAI AHLI SAINS

24

Carl Friedrich Gauss, yang dikenali sebagai "putera ahli matematik", merujuk matematik sebagai "ratu kepada sains". Carl Friedrich Gauss merujuk matematik sebagai "ratu kepada sains (ilmu pengetahuan)". Dalam bahasa Latin, Regina Scientiarum dan juga bahasa Jerman Knigin der Wissenschaften, perkataan "sains" bermaksud (bidang) ilmu pengetahuan, yang juga merupakan maksud asalnya dalam bahasa Inggeris, dan tidak syak lagi yang matematik dalam erti kata lain adalah sejenis sains. Pengkhususan yang menghadkan takrifannya kepada sains "semula jadi" telah dibuat kemudiannya. Jika seseorang menganggap sains cuma terhad kepada perkara tentang alam fizikal, maka matematik atau sekurang-kurangnya matematik tulen, bukanlah sejenis sains. Albert Einstein menyatakan "sejauh mana hukum-hukum matematik merujuk kepada realiti, maka tiada kepastian baginya; dan sejauh mana kepastian wujud bagi hukum-hukum tersebut; ia tidak merujuk kepada realiti."

Ramai ahli falsafah percaya yang matematik tidak boleh ditentukan kebolehpalsuannya melalui eksperimen, jadi ia bukanlah sejenis sains berdasarkan pengertian Karl Popper. Bagaimanapun pada tahun 1930-an, kajian penting dalam logik matematik telah menunjukkan yang matematik tidak boleh diturunkan ke tahap logik, dan Karl Popper membuat kesimpulan yang "kebanyakan teori matematik adalah sama seperti teori fizik dan biologi yang diterbitkan dari hipotesis: jadi matematik tulen sebenarnya lebih dekat dengan sains semula jadi di mana hipotesisnya dibuat dengan rambang, berbanding dengan apa yang diperhatikan sekarang." Pemikir lain yang terkenal seperti Imre Lakatos, telah mengaplikasikan satu versi pemalsuan kepada matematik itu sendiri.

25

Satu pandangan alternatif menyatakan yang beberapa bidang sains (seperti ilmu fizik teori) adalah matematik dengan aksiom yang bertujuan untuk dipadankan dengan realiti. Seorang ahli fizik teori, J. M. Ziman, menyarankan sains menjadi "ilmu pengetahuan umum" dan memasukkan matematik ke dalamnya. Matematik berkongsi banyak perkara yang sama dengan bidang dalam sains fizikal, terutamanya dalam penerokaan tentang akibat logikal andaian-andaian. Intuisi dan eksperimen juga memainkan peranan penting dalam perumusan konjektur dalam matematik dan sains-sains yang lain. Matematik eksperimen terus berkembang menjadi satu entiti utama dalam matematik selain pengiraan dan simulasi yang terus berperanan penting dalam kedua-dua sains dan matematik, sekaligus menyanggah pendapat sesetengah pihak yang menuduh matematik tidak menggunakan kaedah saintifik. Dalam bukunya A New Kind of Science terbitan tahun 2002, Stephen Wolfram berhujah yang matematik pengiraan layak diterokai secara empirikal sebagai satu bidang saintifik yang tersendiri. Pendapat ahli matematik tentang perkara ini adalah pelbagai. Ramai antara mereka yang berasakan pengelasan matematik sebagai satu sains telah merendahkan kepentingan sisi estetikanya, dan sejarahnya dalam tujuh seni liberal tradisional; ada pula yag berasakan dengan menidakkan hubungannya dengan sains, akan mengabaikan fakta yang interaksi antara matematik dan gunaannya dalam sains dan kejuruteraan telah banyak membantu perkembangan matematik. Perbezaan pendapat ini telah membuka ruang perdebatan tentang falsafah samada matematik "dicipta" (seperti dalam seni) atau "ditemui" (seperti dalam sains). Sudah menjadi kebiasaan di universiti di mana ada bahagian atau jabatan yang dinamakan "Sains dan Matematik", menunjukkan yang kedua-dua bidang sentiasa saling bergandingan tetapi tidak sama. Dalam amalan, ahli matematik biasanya bekerjasama dengan para saintis pada peringkat kasar tetapi akan bekerja berasingan pada peringkat lebih
26

terperinci. Ini merupakan antara isu yang dipertimbangkan dalam falsafah matematik. Anugerah matematik biasanya diasingkan dari anugerah sains. Anugerah paling berprestij dalam matematik ialah Fields Medal, diasaskan pada tahun tahun 1936 dan dianugerahkan setiap empat tahun. Ia sering dianggap setara dengan anugerah untuk pencapaian sains, iaitu anugerah Nobel. Anugerah Wolf dalam matematik yang dimulakan pada tahun 1978, mengiktiraf pencapaian seumur hidup, dan satu lagi anugerah antarabangsa utama, anugerah Abel , diperkenalkan pada tahun 2003. Ia dianugerahkan untuk pencapaian seperti penciptaan, atau penyelesaian untuk masalah utama dalam bidang yang mantap. Satu senarai terkenal 23 masalah terbuka, yang digelar "masalah Hilbert", telah disusun pada tahun 1900 oleh ahli matematik Jerman David Hilbert. Senarai ini sangat terkenal di kalangan ahli matematik, dan sekurangkurangnya enam daripada masalah tersebut telah diselesaikan. Satu senarai baru tujuh masalah penting, bertajuk "Masalah anugerah milenium" (Millennium Prize Problems) telah diterbitkan pada tahun 2000. Penyelesaian untuk setiap masalah ini akan diberi ganjaran sebanyak $1 juta, dan cuma satu masalah iaitu Hipotesis Riemann telah diambil dari "masalah Hilbert".

2.4

BIDANG-BIDANG MATEMATIK

Secara umumnya, matematik boleh dibahagikan kepada kajian kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan (i.e. aritmetik, algebra, geometri, and analisis). Terdapat juga subbahagian yang dikhususkan untuk penerokaan hubungan dari dasar matematik kepada bidang-bidang yang lain; contohnya logik matematik, teori set (asas), matematik empirikal untuk pelbagai sains (matematik gunaan), dan yang terbaru untuk kajian teliti tentang ketidakpastian.

27

KUANTITI Kajian kuantiti bermula dengan nombor, pertamanya nombor asli dan integer ("nombor bulat"), dan operasi aritmetik atas keduanya, yang digambarkan dalam aritmetik. Sifat integer yang lebih mendalam dikaji dalam teori nombor yang memberi hasil yang popular seperti teorem terakhir Fermat. Teori nombor juga memiliki dua masalah terkenal yang tidak boleh diselesaikan; konjektur perdana kembar dan konjektur Goldbach. Semakin sistem nombor dikembangkan, integer dikenal pasti sebagai satu subset kepada nombor nisbah ("Pecahan"). Nombor nisbah pula adalah satu unsur dalam nombor nyata, yang digunakan untuk menunjukkan kuantiti yang selanjar. Nombor nyata pula adalah sebahagian dari nombor kompleks. Ini merupakan langkah-langkah pertama kepada hierarki nombor yang termasuk juga lipatan empat dan oktonion. Kajian terhadap nombor asli juga membawa kepada nombor melampaui terhingga, yang menjadi konsep rasmi untuk pengiraan ketakterhinggaan. Bidang kajian yang lain ialah saiz, yang merintis kepada nombor kardinal dan kemudiannya kepada konsepsi ketakterhinggaan yang lain; nombor aleph yang membenarkan Ruang perbandingan bermakna untuk saiz set-set yang sangat besar.

RUANG Kajian tentang ruang berasal dari geometri - khususnya, geometri Euclid. Trigonometri adalah cabang matematik yang menerangkan hubungan antara sisi-sisi dan sudut-sudut pada segitiga dan juga fungsi-fungsi trigonometri; yang menggabungkan ruang dan nombor, dan termasuk teorem Pythagoras yang terkenal itu. Kajian moden tentang ruang mengitlak idea-idea ini dengan memasukkan geometri berdimensi tinggi, geometri bukan Euclid (yang juga memainkan peranan penting dalam kerelatifan am) dan topologi. Kedua-dua kuantiti dan ruang, memainkan peranan penting dalam geometri analisis, geometri kebezaan, dan geometri Algebra. Di dalam geometri kebezaan terdapat
28

konsep-konsep berkas gentian dan kalkulus pada manifold khususnya kalkulus vektor dan kalkulus tensor. Geometri algebra mengandungi penerangan tentang objek geometri sebagai satu set penyelesaian kepada persamaan polinomial, yang menggabungkan konsep-konsep kuantiti dan ruang, dan juga kajian kumpulan topologi yang merangkumi struktur dan ruang. Kumpulan Lie digunakan untuk mengkaji ruang, struktur, dan perubahan. Topologi dalam semua ramifikasinya yang banyak, mungkin merupakan satu bidang yang berkembang paling pesat dalam matematik kurun ke-20, termasuklah konjektur Poincar yang lama dan teorem empat warna yang kontrovesi, yang cuma dibuktikan dengan komputer dan tidak pernah disahkan oleh manusia.

PERUBAHAN Memahami dan menerangkan perubahan merupakan tema biasa dalam sains semula jadi, dan kalkulus dibangunkan sebagai satu alat yang berkuasa untuk menyiasatnya. Fungsi merupakan konsep utama untuk menerangkan perubahan kuantiti. Kajian terperinci nombor nyata dan fungsi-fungsi pemboleh ubah nyata dikenali sebagai analisis nyata, dan analisis kompleks adalah bidang yang serupa untuk nombor kompleks. Analisis fungsian memberikan perhatian kepada (dimensi tak terhingga tipikal) ruang untuk fungsi-fungsi. Banyak masalah secara semula jadinya membawa kepada hubungan antara kuantiti dan kadar perubahannya, dan ini semua dikaji sebagai persamaan pembezaan. Kebanyakan fenomena semula jadi boleh diterangkan dengan sistem-sistem dinamik; teori kekacauan memberi jalan yang tepat di mana kebanyakan sistem ini menunjukkan perlakuan yang tak dijangka tetapi masih boleh ditentukan.

29

STRUKTUR Banyak objek matematik seperti set nombor dan fungsi, menunjukkan struktur dalaman. Sifat struktur objek-objek ini diselidiki dalam kajian kumpulan, gelanggang, medan dan sistem abstrak yang lain. Satu konsep penting di sini ialah vektor yang diamkan kepada ruang vektor, dan dikaji dalam algebra linear. Kajian tentang vektor menggabungkan tiga lapangan asas matematik; kuantiti, struktur dan ruang. Beberapa masalah lama berkenaan kompas dan pembinaan tepi lurus akhirnya dapat diselesaikan oleh teori Galois. 2.5 DASAR DAN FALSAFAH Untuk menjelaskan dasar matematik, bidang logik matematik dan teori set telah dibangunkan. Logik matematik merujuk kepada kajian matematik ke atas logik dan gunaan logik rasmi ke atas lapangan lain dalam matematik; teori set pula ialah cabang matematik yang mengkaji set atau himpunan objek-objek. Teori kategori yang memberi penyelesaian secara abstrak dengan struktur matematik dan hubungan antaranya, masih dalam pembangunan. Frasa "krisis dasar" menerangkan pencarian dasar yang terperinci untuk matematik yang berlaku antara 1900 dan 1930. Beberapa percanggahan pendapat tentang dasar matematik masih berlaku sehingga hari ini. Krisis dasar telah diselubungi beberapa kontrovesi pada masa itu, antaranya kontrovesi teori set Cantor dan kontrovesi Brouwer-Hilbert. Logik matematik mengambil berat tentang meletakkan matematik di atas rangka kerja aksiom yang terperinci, dan mengkaji keputusan rangka kerja itu. Di dalam logik matematik, terdapat teorem ketaklengkapan Gdelteorem ketaklengkapan Gdel kedua, yang merupakan keputusan paling terkenal dalam logik, yang (secara tidak rasmi) menyatakan dalam setiap sistem rasmi yang mengandungi aritmetik asas, jika "bunyi" (bermaksud setiap teorem yang dapat dibuktikan adalah benar) adalah "tidak lengkap" (maka terdapat teorem benar
30

yang tidak dapat dibuktikan "di dalam sistem tersebut"). Gdel menunjukkan bagaimana membina sebarang kumpulan aksiom teori-nombor yang diberi, satu pernyataan rasmi di dalam logik tersebut yang merupakan fakta nombor-teori yang sebenar, tetapi tidak mengikuti dari aksiom tersebut. Jadi tiada sistem rasmi yang menjadi pengaksioman teori nombor penuh yang sebenar. Logik moden boleh dibahagikan kepada teori rekursi, teori model, dan teori bukti, yang berkait rapat dengan sains komputer teori.

MATEMATIK DISKRET Matematik diskret adalah nama biasa untuk bidang-bidang yang berguna dalam sains komputer teori. Ini termasuk teori kebolehkomputan, teori kekompleksan perkomputan dan teori maklumat. Teori kebolehkomputan mengkaji had-had kepada berbagai model teori model untuk komputer, termasuk antara model yang paling berkuasa - mesin Turing. Teori kekompleksan ialah satu kajian tentang kebolehkesanan dengan komputer; beberapa masalah, walaupun secara teorinya boleh diselesaikan dengan komputer, adalah sangat memakan masa dan ruang sehingga menyelesaikannya tidak boleh dilaksanakan secara praktikal, walaupun dengan penggunaan perkakasan komputer yang sangat maju. Akhir sekali, teori maklumat ialah teori yang mengkaji jumlah data yang boleh dimuat di dalam medium-medium, dan ia berurusan dengan konsep-konsep seperti pemampatan dan entropi. Sebagai satu bidang yang boleh dikatakan baru, matematik diskret mempunyai beberapa masalah terbuka asas, yang paling terkenal ialah masalah "P=NP?", iaitu satu daripada Masalah anugerah milenium.

31

MATEMATIK GUNAAN Matematik gunaan menggunakan kaedah matematik untuk

menyelesaikan masalah dalam sains, perniagaan dan lain-lain bidang. Matematik gunaan berkait rapat dengan disiplin statistik, di mana teoriteorinya dirumuskan secara matematik terutamanya teori kebarangkalian. Perangkawan (ahli statistik) mencipta "data yang wajar" dengan pensampelan rawak dan eksperimen yang dirawakkan; pembentukan sampel statistik atau eksperimen menentukan cara analisis data (sebelum data itu ada). Apabila mempertimbangkan data dari eksperimen dan sampel atau apabila menganalisis data dari pemerhatian, perangkawan "mewajarkan data" dengan menggunakan seni pemodelan dan teori pentaabiran - dalam pemilihan model dan jangkaan; model-model yang dijangka dan ramalan-ramalan penting perlu diuji datanya terlebih dahulu. Matematik pengiraan mencadang dan mengkaji kaedah-kaedah

penyelesaian masalah matematik yang terlalu besar untuk kapasiti manusia. Analisis berangka mengkaji kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah dalam analisis menggunakan idea-idea analisis fungsi dan teknik-teknik teori penghampiran; analisis berangka termasuk kajian meluaspenghampiran dan pendiskretan dengan tumpuan khas diberikan kepada ralat pembundaran. Bidang lain di dalam matematik pengiraan termasuklah algebra komputer dan pengiraan simbolik.

32

3.0

SEJARAH MATEMATIK

Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, (mthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran" (mathematiks) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran. Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum zaman moden dan peluasan ilmu di merata-rata dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut memberikan perhatian pada kononnya dipanggil Teorem Pythagoras, yang nampaknya pengembangan matematik terawal dan tersebar selepas aritmetik dan geometri asas. Bukti pertama yang benar aktiviti matematik di China dapat ditemui pada simbol berangka pada tulang keramat, yang bertarikh kira-kira 1300 SM, sementara Dinasti Han di China Kuno menyumbangkan Buku Panduan Pulau Laut dan Sembilan Bab mengenai Seni Matematik dari abad ke33

2 SM sehingga abad ke-2 M. Yunani dan kebudayaan

keyunanian Mesir,

Mesopotamia dan bandar Syracuse menambahkan ilmu matematik. Matematik Jainisme menyumbang dari abad ke-4 SM sehingga abad ke-2 Masihi, sementara ahli matematik Hindu dari abad ke-5 dan ahli matematik Islam dari abad ke-9 membuat penyumbangan banyak pada matematik. Satu ciri menarik perhatian mengenai sejarah matematik kuno dan Zaman Pertengahan adalah pengembangan lanjut matematik mengikut dengan berapa abad stagnasi. Mulanya di Zaman Pertengahan Itali di abad ke-16, pengembangan matematik baru, berinteraksi dengan penemuan saintifik baru, telah dilakukan pada tahap yang sentiasa bertambahan, dan bersambungan ke hari ini.

34

3.1

MATEMATIK PADA AWALNYA

Lama sebelum rekod tertulis yang terawal, terdapat lukisan-lukisan yang menunjukkan pengetahuan tentang matematik dan pengukuran masa berasaskan bintang. Umpamanya, para ahli paleontologi telah menemui batuanbatuan oker di sebuah gua di Afrika Selatan yang dihiasi dengan corak-corak geometri tercakar yang wujud sejak dari kira-kira 70 milenium SM lagi. Tambahan pula, artifak prasejarah yang ditemui di Afrika dan Perancis yang wujud sejak dari antara 35000 SM dan 20,000 SM menunjukkan percubaanpercubaan awal untuk mengukur masa. Bukti juga wujud bahawa penghitungan awal melibatkan kaum wanita yang menyimpan rekod-rekod kitaran haid mereka; umpamanya 28, 29, 30 cakar pada tulang atau batu, diikuti oleh garis mendatar. Tambahan pula, para pemburu memiliki konsep "satu", "dua", dan "banyak", serta juga gagasan "tiada" atau "sifar" apabila mempertimbangkan kawanan haiwan. Tulang Ishango yang ditemukan di kawasan hulu air Sungai Nile (Congo) telah wujud seawal 20,000 SM. Salah satu tafsiran yang biasa adalah bahawa tulang itu merupakan bukti jujukan-jujukan nombor perdana dan pendaraban Mesir kuno terawal yang diketahui. Orang Mesir Pradinasti pada milenium ke-5 SM juga menggambarkan reka-reka bentuk ruang geometri. Telah didakwa juga bahawa monumen-monumen megalit dari seawal milenium ke-5 SM di Mesir dan kemudiannya monumen-monumen di England dan Scotland dari milenium ke-3 SM, menggabungkan gagasan-gagasan geometri seperti bulatan, elips, dan tigaan Pythagorus ke dalam reka bentuk mereka, serta juga mungkin memahami pengukuran masa berdasarkan pergerakan bintang-bintang. Sejak dari kira-kira tahun 3100 SM, orang Mesir memperkenalkan sistem perpuluhan terawal yang
35

diketahui yang membenarkan pengiraan tak tentu melalui simbol-simbol yang baru. Pada kira-kira tahun 2600 SM, teknik-teknik pembinaan besar-besaran Mesir melambangkan bukan sahaja pengukuran (survei) tetapi juga membayangkan pengetahuan nisbah keemasan.

Matematik terawal India kuno yang diketahui wujud sejak dari kira-kira 30002600 SM di Tamadun Lembah Indus (Tamadun Harappan) di India Utara dan Pakistan. India kuno mengembangkan: sebuah sistem timbang dan ukur seragam yang mempergunakan sistem perpuluhan;

suatu teknologi bata yang maju yang menggunakan nisbah; jalan-jalan raya yang diletakkan pada sudut tegak yang sempurna; dan sebilangan bentuk dan reka bentuk geometri, termasuk bentuk-bentuk tempayan, kuboid, kon, silinder, serta lukisan-lukisan bulatan dan segi tiga sepusat dan bersilang. Alat-alat matematik yang ditemukan termasuk sebatang pembaris

perpuluhan yang tepat, dengan pembahagian-pembahagian kecil dan persis, sebuah alat kulit yang bertindak sebagai kompas untuk mengukur sudut-sudut pada permukaan satah atau pada ufuk dalam gandaan 40-360 darjah, sebuah alat kulit yang digunakan untuk mengukur 812 bahagian penuh ufuk dan langit, serta sebuah alat untuk mengukur kedudukan bintang bagi tujuan-tujuan pengemudian. Skrip Indus masih tidak dapat ditafsirkan dan oleh itu, tidak banyak yang diketahui tentang bentuk tertulis matematik Harappan. Bukti arkeologi telah menyebabkan sesetengah ahli sejarah mempercayai bahawa tamadun ini menggunakan sistem berangka asas 8 dan memiliki pengetahuan tentang nisbah lilitan bulatan dengan diameternya , iaitu nilai.

36

MATEMATIK ZAMAN PEMBAHARUAN EROPAH (k.k. 1200 1600) Di Eropah pada bermulanya Zaman Pembaharuan Eropah, kebanyakan yang kini dipanggil matematik sekolah kira-kira campur, kira-kira tolak, pendaraban, pembahagian, dan geometri dikenali oleh orang-orang yang berpendidikan, walaupun notasi mereka adalah besar dan memakan ruang: angka-angka rumi serta perkataan-perkataan digunakan, bukannya simbol: tidak adanya tanda plus, tanda persamaan, serta penggunaan x sebagai simbol untuk kuantiti yang tak diketahui. Kebanyakan matematik yang kini diajar di universiti diketahui hanya oleh komuniti matematik di India atau masih belum diselidik dan dikembangkan di Eropah. Melalui penterjemahan teks Arab dalam bahasa Latin, pengetahuan tentang angka Hindu-Arab serta perkembangan penting Islam dan India yang lain dibawa ke Eropah. Terjemahan karya Al-Khwarizmi, Al-Jabr wa-alMuqabilah, oleh Robert of Chester dalam bahasa Latin pada abad ke-12 adalah mustahak khususnya. Karya-karya terawal Aristotle dikembangkan semula di Eropah, mula-mulanya dalam bahasa Arab dan kemudian dalam bahasa Greek. Yang amat penting ialah penemuan semula Organon, himpunan tulisan logik Aristotle yang disusun pada abad ke-1. Keinginan yang dibangkitkan semula tentang perolehan pengetahuan baru mencetuskan pembaharuan minat terhadap matematik. Pada awal abad ke13, Fibonacci menghasilkan matematik penting yang pertama di Eropah sejak masa Eratosthenes, satu lompang yang melebihi seribu tahun. Tetapi sejauh yang kini diketahui, hanya sejak akhir abad ke-16 bahawa ahli-ahli matematik mula membuat kemajuan tanpa sebarang prajadian di mana-mana tempat di dunia. Yang pertama daripada ini ialah penyelesaian am bagi persamaan kuasa tiga yang secara umumnya dikatakan dicipta oleh Scipione del Ferro pada kirakira tahun 1510, tetapi diterbitkan buat pertama kali oleh Gerolamo Cardano
37

dalam karyanya, Ars magna. Ini diikuti dengan cepat oleh penyelesaian persamaan kuartik am oleh Lodovico Ferrari. Sejak masa itu, perkembangan-perkembangan matematik muncul dengan pantas dan bergabung dengan kemajuan dalam bidang sains untuk menghasilkan faedah bersama. Pada tahun 1543 yang penting, Copernicus menerbitkan karyanya, De revolutionibus, yang menegaskan bahawa Bumi mengelilingi Matahari, dan Vesalius menerbitkan De humani corporis fabrica yang mengolahkan tubuh manusia sebagai suatu himpunan organ. Didorong oleh desakan pelayaran serta keperluan yang semakin bertambah untuk peta-peta kawasan besar yang tepat, trigonometri bertumbuh menjadi satu cabang matematik yang utama. Bartholomaeus Pitiscus merupakan orang pertama yang menggunakan perkataan ini ketika beliau menerbitkan karyanya, Trigonometria, pada tahun 1595. Jadual sinus dan kosinus Regiomontanus diterbitkan pada tahun 1533. Disebabkan oleh Regiomontanus (14361476) dan Franois Vieta (1540 1603), antara lain, pada akhir abad, matematik ditulis menggunakan angka Hindu-Arab dalam bentuk yang tidak amat berbeza dengan notasi-notasi yang anggun yang kini digunakan.

ABAD KE-17
Abad ke-17 memperlihatkan ledakan yang tidak pernah berlaku dahulu tentang idea-idea matematik dan sains di seluruh Eropah. Galileo Galilei, seorang Itali, mencerap bulan-bulan yang mengelilingi Musytari dengan menggunakan sebuah teleskop yang berdasarkan mainan yang diimport dari Holland. Tycho Brahe, seorang Denmark, mengumpulkan sejumlah data matematik yang amat besar untuk memerihalkan kedudukan-kedudukan planet di langit. Muridnya, Johannes Kepler, seorang Jerman, memulakan kerjanya
38

dengan data ini. Disebabkan sebahagian oleh keinginannya untuk membantu Kepler dalam penghitungan, Lord Napier di Scotland merupakan orang pertama untuk menyelidik logaritma tabii. Kepler berjaya dalam perumusan hukum-hukum matematik mengenai gerakan planet. Geometri analisis yang dikembangkan oleh Descartes, seorang Perancis, membenarkan orbit-orbit ini diplot pada suatu graf. Dan Isaac Newton, seorang Inggeris, menemui hukum-hukum fizik yang menerangkan orbit-orbit planet serta juga matematik kalkulus yang dapat digunakan untuk menyimpulkan hukum-hukum Kepler daripada prinsip kegravitaan semesta Newton. Secara berasingan, Gottfried Wilhelm Leibniz di negara Jerman mengembangkan kalkulus dan banyak notasi kalkulus yang masih digunakan pada hari ini. Sains dan matematik telah menjadi sebuah usaha antarabangsa yang kemudian tersebar ke seluruh dunia. Selain daripada penggunaan matematik untuk mengkaji langit, matematik gunaan mula berkembang ke bidang-bidang yang baru, dengan surat-menyurat antara Pierre de Fermat dengan Blaise Pascal. Pascal dan Fermat menyediakan persediaan asas untuk penyelidikan teori kebarangkalian dan hukum-hukum kombinatorik yang sepadan dalam perbincangan-perbincangan mereka tentang permainan pertaruhan. Pascal, dengan pertaruhan, mencuba menggunakan teori kebarangkalian yang baru dikembangkan ini untuk memperdebatkan pengabdian hidup pada agama, berdasarkan alasan bahawa walaupun jika kebarangkalian kejayaan adalah kecil, ganjarannya tidak terbatas. Dari satu segi, ini membayangkan perkembangan yang kemudian terhadap teori utiliti pada abad ke-18 dan ke-19.

39

ABAD KE-18

LEONHARD EULER OLEH EMANUEL HANDMANN Seperti yang telah dilihat, pengetahuan nombor tabii, 1, 2, 3,..., sebagaimana yang dikekalkan pada struktur-struktur monolitik, adalah lebih tua daripada mana-mana teks tertulis yang masih wujud. Peradaban-peradaban terawal di Mesopotamia, Mesir, India dan China tahu akan matematik. Salah satu cara untuk melihat perkembangan berbagai-bagai sistem nombor matematik moden adalah untuk melihat nombor-nombor baru yang dikaji dan diselidikkan bagi menjawab soalan-soalan aritmetik yang dilakukan pada nombor-nombor yang lebih tua. Pada zaman prasejarah, pecahan dapat menjawab soalan: apakah nombor yang, apabila dikalikan dengan 3, memberi jawapan 1. Di India dan China, dan lama kemudian di Jerman, nombor-nombor
40

negatif dikembangkan untuk menjawab soalan: apakah hasilnya apabila anda menolak nombor yang lebih besar dengan nombor yang lebih kecil. Rekaan sifar mungkin menyusul daripada soalan yang sama: apakah hasilnya apabila anda menolak sesuatu nombor dengan nombor yang sama. Lagi satu soalan yang lazim adalah: apakah jenis nombornya untuk punca kuasa dua? Orang-orang Yunani tahu bahawa hasilnya bukan sesuatu pecahan, dan soalan ini mungkin memainkan peranan dalam perkembangan pecahan lanjar. Tetapi jawapan yang lebih baik muncul dengan rekaan perpuluhan yang dikembangkan oleh John Napier (1550 - 1617) dan kemudian dijadi sangat baik oleh Simon Stevin. Menggunakan perpuluhan dan idea yang menjangka konsep had, Napier juga mengkaji pemalar baru yang Leonhard Euler (1707 - 1783) menamakan e. Euler amat terpengaruh dalam pemiawaian istilah dan notasi matematik yang lain. Beliau menamakan punca kuasa dua bagi minus 1 dengan simbol i. Beliau juga mempopularkan penggunaan huruf Greek biasa dalam seluruh matematik: untuk nisbah lilitan dengan diameternya. Euler kemudian memperoleh salah satu identiti yang luar

ABAD KE-19

Pada sepanjang abad ke-19, matematik menjadi semakin abstrak. Dalam abad ini, hidup salah satu ahli matematik yang terunggul, Carl Friedrich Gauss (1777 - 1855). Mengetepikan banyak sumbangannya kepada sains, beliau membuat kerja revolusioner tentang fungsi pemboleh ubah kompleks dalam bidang matematik tulen, dalam bidang geometri, serta mengenai penumpuan siri. Beliau mengemukakan buat pertama kali bukti-bukti yang memuaskan mengenai
41

teorem asas algebra dan hukum kesalingan kuadratik. Nikolai Ivanovich Lobachevsky mengembangkan dan menyelidiki geometri bukan Euclid; William Rowan Hamilton mengembangkan algebra bukan kalis tukar tertib. Selain daripada haluan-haluan baru dalam bidang matematik, matematik yang lebih lama memberikan asas logik yang lebih kukuh, khususnya dalam kes kalkulus, melalui karya-karya Augustin-Louis Cauchy dan Karl Weierstrass. Juga buat pertama kali, had-had matematik diperiksa dengan teliti. Niels Henrik Abel, seorang Norway, dan variste Galois, seorang Perancis, membuktikan bahawa tidak terdapat sebarang kaedah algebra am untuk menyelesaikan persamaan polinomial yang melebihi empat darjah, dan ahli-ahli matematik abad ke-19 yang lain mempergunakan ini untuk membuktikan bahawa tepi lurus dan kompas pada dirinya tidaklah mencukupi untuk membahagikan tiga sama sudut sembarangan, untuk membina tepi kubus yang isi padunya dua kali lebih besar daripada sesuatu kubus yang tertentu, atau untuk membina segi empat sama yang sama keluasannya dengan sesuatu bulatan yang tertentu. Ahli-ahli matematik telah gagal dalam percubaan mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sejak masa Yunani kuno. Penyelidikan Abel dan Galois tentang penyelesaian pelbagai persamaan polinomial menyediakan persediaan asas untuk mengembangkan dengan lebih lanjut teori kumpulan dan bidang-bidang algebra abstrak yang berkaitan. Pada abad ke-20, para ahli fizik dan ahli sains yang lain telah memperlihatkan teori kumpulan sebagai cara yang ideal untuk mengkaji simetri. Abad ke-19 juga memperlihatkan pengasasan persatuan-persatuan matematik yang pertama: Persatuan Matematik London pada tahun 1865, Socit Mathmatique de France pada tahun 1872, Circolo Mathematico di Palermo pada tahun 1884, Persatuan Matematik Edinburg pada tahun 1864, dan Persatuan Matematik Amerika pada tahun 1888.

42

Sebelum abad-20, bilangan ahli matematik yang kreatif di dunia pada mana-mana satu masa adalah terhad. Kebanyakan kalinya, ahli-ahli matematik dilahirkan dalam kekayaan, umpamanya Napier, atau disokong oleh penaungpenaung kaya, umpamanya Gauss. Tidak terdapat banyak punca pendapatan selain daripada mengajar di universiti, umpamanya Fourier, atau di sekolah tinggi seperti dalam kes Lobachevsky. Niels Henrik Abel yang tidak dapat pekerjaan, maut akibat batuk kering.

ABAD KE-20

PETA YANG MENUNJUKKAN TEOREM EMPAT Pekerjaan ahli matematik benar-benar bermula pada abad ke-20. Setiap tahun, beratus-ratus Ph.D. dalam matematik dianugerahkan, dan pekerjaanpekerjaan boleh didapati untuk kedua-dua pengajaran dan industri. Perkembangan matematik bertumbuh dengan pesat, dengan terdapat terlalu banyak kemajuan untuk membincangkan, kecuali beberapa yang amat penting. Pada dekad 1910-an, Srinivasa Aaiyangar Ramanujan (1887-1920) mengembangkan melebih 3,000 teorem, termasuk sifat-sifat nombor gubahan
43

sangat tinggi, fungsi sekatan serta asimptotnya, dan fungsi teta maya. Beliau juga membuat kejayaan cemerlang serta penemuan yang utama dalam bidang fungsi gama, bentuk modular, siri mencapah, siri hipergeometri, dan teori nombor perdana. Teorem-teorem termasyhur dari masa dahulu memberikan tempat kepada teknik-teknik yang baru dan lebih berkesan. Wolfgang Haken dan Kenneth Appel menggunakan sebuah komputer untuk membuktikan teorem empat warna. Andrew Wiles yang bekerja bersendirian di dalam pejabatnya selama bertahuntahun membuktikan teorem terakhir Fermat. Seluruh bidang-bidang baru matematik seperti logik matematik,

matematik komputer, statistik, dan teori permainan mengubahkan jenis-jenis soalan yang dapat dijawab dengan kaedah-kaedah matematik. Bourbaki, ahli matematik Perancis, mencuba menggabungkan semua bidang matematik menjadi satu keseluruhan yang koheren. Terdapat juga penyelidikan-penyelidikan baru tentang had matematik. Kurt Gdel membuktikan bahawa di mana-mana sistem matematik yang merangkumi integer, terdapat kenyataan benar yang tidak dapat dibuktikan. Paul Cohen membuktikan ketakbersandaran hipotesis kontinum berdasarkan aksiom piawai teori set. Menjelang akhir abad, matematik juga mempengaruhi seni apabila geometri fraktal menghasilkan bentuk-bentuk indah yang tidak pernah dilihat dahulu.

ABAD KE-21
Pada bermulanya abad ke-21, banyak pendidik menyatakan

kebimbangan mengenai sebuah kelas rendah yang baru, iaitu buta huruf
44

matematik dan sains. dan teknologi

[10]

Pada waktu yang sama, matematik, sains, kejuruteraan, mencipta pengetahuan, komunikasi, dan

bersama-sama

kemakmuran yang tidak termimpi oleh ahli-ahli falsafah kuno.

4.0

AHLI MATEMATIK

AHLI MATEMATIK BABYLON KUNO (K.K 1800-550 SM) Matematik Babylonia merujuk kepada mana-mana matematik orang Mesopotamia (Iraq kini) dari masa awal Sumer sehingga permulaan Zaman Keyunanian. Ia dinamai sebagai matematik Babylonia kerana peranan utama Babylon sebagai sebuah tempat pengajian. Bagaimanapun, tempat ini kemudian hilang sama sekali pada zaman Keyunanian dan sejak dari masa itu, matematik Babylon bergabung dengan matematik Yunani dan Mesir untuk menghasilkan matematik Keyunanian. Berbeza dengan kekurangan sumber matematik Mesir, pengetahuan kita tentang matematik Babylonia berasal daripada melebihi 400 buah tablet lempung yang diekskavasi sejak dari dekad 1850-an. Dituliskan dalam skrip tulisan pepaku, tablet-tablet itu ditulis semasa tanah liatnya masih lembap dan dibakar di dalam ketuhar atau melalui haba matahari. Sesetengah tablet tersebut kelihatan merupakan kerja sekolah yang disemak. Kebanyakannya yang diekskavasi antara tahun 1800 SM hingga tahun 1600 SM merangkumi topiktopik yang termasuk pecahan, algebra, persamaan kuadratik dan persamaan kuasa tiga, serta juga penghitungan tigaan Pythagorus (sila lihat Plimpton 322).
[7]

Tablet-tablet itu juga merangkumi jadual-jadual pendaraban dan trigonometri,

serta kaedah-kaedah untuk menyelesaikan persamaan-persamaan linear dan kuadratik. Tablet Babylonia YBC 7289 memberikan anggaran 2 yang tepat sehingga lima tempat perpuluhan.

45

Matematik

Babylonia

ditulis

dengan

menggunakan

sistem

angka

perenampuluhan (asas-60). Berdasarkan ini, kita menerbitkan kegunaan 60 saat seminit, 60 minit sejam, dan 360 (60 x 6) darjah sebulatan. Kemajuan-kemajuan matematik Babylonia dipermudah oleh fakta bahawa nombor 60 mempunyai banyak pembahagi. Berbeza dengan orang Mesir, Yunani, dan Rom, orang Babylonia mempunyai sistem nilai tempat yang benar, dengan angka-angka yang ditulis pada lajur kiri mewakil nilai yang lebih besar, iaitu serupa dengan sistem perpuluhan. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai titik perpuluhan dan oleh itu, nilai tempat sesuatu simbol harus disimpul berdasarkan konteksnya.

AHLI MATEMATIK CINA KUNO (k.k 1300 SM- 200 Masihi)


Mulanya dari zaman Shang (15001027 SM), extant terawal matematik Cina mengandungi nombor-nombor yang dituliskan pada kerang kura-kura. Nombo-nombor ini menggunakan sistem perpuluhan, supaya nombor 123 dituliskan (dari atas ke bawah) sebagai lambang untuk 1 diikuti oleh angkanya untuk seratus, kemudian angkanya untuk 2 diikuti oleh angka untuk sepuluh, akhirnya angka untuk 3. Ini adalah sistem bilangan yang termaju di dunia dan membenarkan pengiraan diangkutkan pada suan pan atau sempoa Cina. Tarikh penciptaan suan pan tidak tentu, tetapi rujukan terawal adalah pada AD 190 pada Supplementary Notes on the Art of Figures yang ditulis oleh Xu Yue. Suan pan sudah tentu digunakan lebih awal dari tarikh ini. Di China, pada 212 SM, Maharaja Qin Shi Huang (Shi Huang-ti) mengarahkan bahawa semua buku tersebut dibakarkan. Sedangkan arahan ini tidak dituruti dengan secara besar, sebagai akibatnya sedikit yang diketahui dengan tentu mengenai matematik Cina kuno. Dari Dinasti Zhou, karya matematik yang terlama yang telah diselamatkan dari pembakaran buku adalah I Ching, yang menggunakan 64 pilih atur sebuah garis pejal atau putus-putus untuk tujuan berfalsafah atau mistik.
46

Selepas tempoh pembakaran buku tersebut, Dinasti Han (206 BCAD 221) menghasilkan karya matematik yang dianggapkan berkembang pada karyakarya yang hilang sekarang. Yang terpenting dari kesemuanya adalah Sembilan Bab pada Kesenian Matematik. ia mengandungi masalah 246 perkataan, termasuk pertanian, perniagaan dan kejuruteraan dan termasuk bahan pada segi tiga kanan dan TT.

AHLI MATEMATIK INDIA KUNO ( k.k 900SM -200 Masihi) Shatapatha Brahmana (kk. kurun ke-9 SM) menganggarkan nilai hingga dua tempat perpuluhan. Sutra Sulba (kk. 800-500 SM) adalah teks geometri yang menggunakan nombor bukan nisbah, nombor perdana, dan petua tigaan dan punca kuasa tiga; mengira punca kuasa dua bagi 2 hingga lima tempat perpuluhan; memberikan kaedah bagi mengkuasa duakan bulatan; menyelesaikan persamaan linear dan persamaan kuadratik; mengembangkan trirangkap Pythagoras secara algebra dan memberikan bukti pernyataan dan perangkaan bagi teorem Pythagoras. KK. abad ke-5 SM, merumuskan peraturan tatabahasa untuk Bahasa Sanskrit. Catatannya mirip dengan catatan matematik moden, dan menggunakan peraturan meta, transformasi, dan rekursi dengan canggihnya yang tatabahasanya mengadakan kuasa pengiraan bersamaan dengan mesin Turing. Karya Panini juga digunakan pada perintis teori moden bagi tatabahasa formal (penting dalam pengiraan), manakala bentuk Panini-Backus menggunakan oleh kebanyakan bahasa pengaturcaraan moden yang juga membawa maksud serupa dengan petua tatabahasa Panini. Pingala (kira-kira abad ke-3 SM-abad pertama dalam SM)

47

karangan prosodi yang menggunakan peranti yang sepadan berangka deduaan.

dengan sistem

MATEMATIK YUNANI DAN KEYUNANIAN (k.k. 550 SM 300 Masihi) Matematik Greek yang dikaji sebelum zaman keyunanian hanya merujuk kepada matematik Greece. Sebaliknya, matematik Greek yang dikaji sejak zaman keyunanian (sejak 323 SM) merujuk kepada semua matematik yang ditulis dalam bahasa Greek. Ini disebabkan matematik Greek sejak masa itu bukan hanya ditulis oleh orang-orang Greek tetapi juga oleh para cendekiawan bukan Greek di seluruh dunia keyunanian sehingga hujung timur Mediterranean. Matematik Greek dari saat itu bergabung dengan matematik Mesir dan Babylon untuk membentuk matematik keyunanian. Kebanyakan teks matematik yang ditulis dalam bahasa Greek telah ditemui di Greece, Mesir, Mesopotamia, Asia Minor, Sicily dan Itali Selatan. Walaupun teks matematik terawal dalam bahasa Greek yang telah ditemui ditulis selepas zaman keyunanian, banyak teks ini dianggap sebagai salinan karya-karya yang ditulis semasa dan sebelum zaman keyunanian. Bagaimanapun, tarikh-tarikh penulisan matematik Greek adalah lebih pasti berbanding dengan tarikh-tarikh penulisan matematik yang lebih awal, kerana terdapat sebilangan besar kronologi yang mencatat peristiwa dari setahun ke
48

setahun sehingga hari ini. Walaupun demikian, banyak tarikh masih tidak pasti, tetapi keraguan adalah pada tahap beberapa dekad dan bukannya berabadabad. Matematik Greek dianggap dimulakan oleh Thales (k.k.. 624 k.k. 546 SM) dan Pythagoras (k.k. 582 k.k. 507 BC) walapun pengaruh mereka masih dipertikaikan. Mereka mungkin dipengaruhi oleh idea-idea Mesir, Mesopotamia, dan India. Thales menggunakan geometri untuk menyelesaikan masalahmasalah seperti mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai. Menurut ulasan Proclus tentang Euclid, Pythagoras mengemukakan teorem Pythagorus dan membina tigaan Pythagorus melalui algebra. Adalah diaku secara umum bahawa matematik Greek berbeza dengan matematik jiran-jirannya dari segi desakannya terhadap bukti-bukti aksioman. Ahli-ahli matematik Greek dan keyunanian merupakan orang-orang pertama bukan sahaja untuk memberi bukti kepada nisbah (hasil usaha para penyokong Pythagorus), tetapi juga untuk mengembangkan kaedah menerusi habisan, serta saringan Eratosthenes untuk menentukan nombor perdana. Mereka menggunakan kaedah ad hoc untuk membina sebuah bulatan atau elips dan mengembangkan sebuah teori kon yang menyeluruh; mereka mengambil banyak formula yang berbagai untuk keluasan dan isi padu, dan menyimpulkan kaedah-kaedah untuk mengasingkan formula yang betul daripada yang salah, serta menghasilkan formula-formula am. Bukti-bukti abstrak tercatat yang pertama adalah dalam bahasa Greek, dan semua kajian logik yang masih wujud berasal daripada kaedah-kaedah yang disediakan oleh Aristotle. Dalam karyanya, Unsur-unsur, Euclid menulis sebuah buku yang telah dipergunakan sebagai buku teks matematiks di seluruh Eropah, Timur Dekat, dan Afrika Utara selama hampir dua ribu tahun. Selain daripada teorem-teorem geometri yang biasa seperti teorem Pythagorus, Unsur-unsur merangkumi suatu bukti yang menunjukkan bahawa punca kuasa dua adalah suatu nisbah, dan bilangan nombor perdana adalah tidak terhingga.

49

Sesetengah cendekiawan mengatakan bahawa Archimedes (287 212 SM) dari Syracuse ialah ahli matematik Greek yang terunggul, jika bukan ahli matematik yang terunggul di seluruh dunia sehingga masa ini. Menurut Plutarch, Archimedes dilembing oleh seorang askar Rom semasa menulis formula-formula matematik pada debu ketika berumur 75 tahun. Masyarakat Rom tidak meninggalkan banyak bukti tentang minat mereka terhadap matematik tulen.

MATEMATIK KLASIK CINA (k.k. 400 1300)

Zu Chongzhi (abad ke-5) dari Dinasti Selatan dan Utara menghitung nilai hingga tujuh tempat perpuluhan yang merupakan nilai yang paling tepat selama hampir 1,000 tahun. Selama seribu tahun yang menyusul dinasti Han, mulai dari dinasti Tang sehingga dinasti Song, matematik Cina berkembang maju ketika zaman matematik Eropah masih belum wujud. Perkembangan-perkembangan yang mula-mulanya dibuat di China dan hanya kemudian diketahui di dunia Barat, termasuk nombor negatif, teorem bionomial, kaedah-kaedah matriks untuk menyelesaikan sistem persamaan linear dan teorem baki Cina. Orang Cina juga mengembangkan segi tiga Pascal dan peraturan tiga lama sebelum ia dikenali di Eropah. Walaupun selepas matematik Eropah mula berkembang maju semasa Zaman Perbaharuan Eropah, matematik Eropah dan Cina merupakan dua tradisi yang berlainan, dengan keluaran matematik Cina yang penting mengalami kemerosotan sehingga para mubaligh Jesuit membawa idea-idea matematik ulang-alik antara kedua-dua budaya itu dari abad ke-16 hingga abad ke-18.

50

MATEMATIK KLASIK INDIA (k.k. 400 1600)

ARYABHATA

Surya Siddhanta (k.k. 400) memperkenalkan fungsi trigonometri bagi sinus, kosinus, serta sinus songsang, dan menyediakan peraturan untuk menentukan pergerakan cakerawala kilau yang mengikut posisi-posisinya yang sebenar di langit. Kitaran waktu kosmologi yang dijelaskan dalam teksnya yang disalin daripada karya yang lebih awal adalah 365.2563627 hari bagi setiap tahun purata mengikut bintang, iaitu hanya 1.4 saat lebih lama daripada nilai moden sebanyak 365.25636305 hari. Karya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Latin sewaktu Zaman Pertengahan. Pada tahun 499, Aryabhata memperkenalkan fungsi versinus dan menghasilkan jadual sinus trigonometri yang pertama, mengembangkan teknik dan algoritma algebra, infinitesimal, persamaan pembezaan, dan memperolehi penyelesaian nombor bulat untuk persamaan linear dengan suatu cara yang
51

serupa dengan cara moden, bersamaan dengan perkiraan astronomi tepat berasaskan sebuah sistem kegravitian heliosentrik. Sebuah terjemahan Aryabhatiya dalam bahasa Arab dari abad ke-8 dapat diperolehi, diikuti dengan terjemahan dalam bahasa Latin dari abad ke-13. Beliau juga mengira nilai hingga empat tempat perpuluhan sebagai 3.1416. Kemudian pada abad ke-14, Madhava menghitung nilai sehingga sebelas tempat perpuluhan sebagai 3.14159265359. Pada abad ke-7, Brahmagupta memperkenalkan teorem Brahmagupta, identiti Brahmagupta, serta rumus Brahmagupta dan dalam karyanya, Brahmasphuta-siddhanta, beliau buat pertama kali menerangkan dengan jelas tentang sistem angka Hindu-Arab serta penggunaan sifar sebagai pemegang tempat dan angka perpuluhan. Adalah daripada terjemahan teks matematik India ini (sekitar 770) bahawa ahli-ahli matematik Islam telah diperkenalkan kepada sistem angka ini yang kemudian disesuaikan oleh mereka menjadi angka Arab. Cendekiawancendekiawan Islam membawa ilmu sistem nombor ini ke Eropah menjelang abad ke-12 dan kini, sistem ini telah menggantikan semua sistem nombor yang lebih lama di seluruh dunia. Pada abad ke-10, ulasan Halayudha bagi karya Pingala mengandungi sebuah kajian jujukan Fibonacci dan segi tiga Pascal, serta menggambarkan pembentukan matriks. Pada abad ke-12, Bhaskara merupakan tokoh pertama untuk memikirkan kalkulus pembezaan, bersamaan dengan konsep-konsep terbitan, pekali pembezaan dan pembezaan. Beliau juga membuktikan teorem Rolle (kes khas untuk teorem nilai min), mengkaji persamaan Pell, dan menyiasat terbitan fungsi sinus. Sejak abad ke-14, Madhava serta ahli-ahli matematik Pusat Pengajian Kerala yang lain mengembangkan ideanya dengan lebih lanjut. Mereka mengembangkan konsep-konsep analisis matematik dan nombor titik apung, serta konsep asas bagi seluruh perkembangan kalkulus, termasuk teorem nilai min, pengamiran sebutan demi sebutan, perhubungan antara keluasan di bawah lengkuk dengan kamirannya, ujian untuk ketumpuan, kaedah lelaran bagi penyelesaian persamaan tak linear, serta sebilangan siri tak terhingga, siri
52

kuasa, siri Taylor dan siri trigonometri. Pada abad ke-16, Jyeshtadeva menggabungkan banyak perkembangan dan teorem Pusat Pengajian Kerala dalam karya Yuktibhasa, sebuah teks kalkulus pembezaan pertama di dunia yang juga merangkumi konsep-konsep kalkulus kamiran. Kemajuan matematik di India menjadi lembap sejak akhir abad ke-16, akibat pergolakan politik.

MATEMATIK ISLAM (k.k. 700 1600)

MUHAMMAD IBN MS AL-KHAWRIZM Kekalifahan Islam (Empayar Islam) yang diasaskan di Timur Tengah, Afrika Utara, Iberia, dan sesetengah bahagian India (di Pakistan) pada abad ke-8 mengekalkan dan menterjemahkan banyak teks matematik keyunanian (daripada bahasa Greek kepada bahasa Arab) yang kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa itu. Penterjemahan berbagai-bagai teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan kesan yang utama kepada matematik Islam, termasuk pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya Brahmagupta diterjemahkan dalam bahasa Arab pada kira-kira tahun 766. Karya-karya India dan keyunanian menyediakan asas untuk penyumbangan Islam yang penting
53

dalam bidang matematik yang menyusul. Serupa dengan ahli-ahli matematik India pada waktu itu, ahli-ahli Islam minat akan astronomi khususnya. Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab, bukan semuanya ditulis oleh orang Arab kerana, serupa dengan status bahasa Greek di dunia keyunanian, bahasa Arab dipergunakan sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-cendekiawan bukan Arab di seluruh dunia Islam pada waktu itu. Sesetengah ahli matematik yang terpenting adalah orang Parsi. Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, ahli astronomi Parsi abad ke-9 dari Kekalifahan Baghdad, menulis banyak buku yang penting mengenai angka Hindu-Arab dan kaedah untuk menyelesaikan persamaan. Perkataan algoritma berasal daripada namanya, manakala perkataan algebra berasal daripada judul Al-Jabr wa-al-Muqabilah, salah satu karyanya. Al-Khwarizmi sering dianggap sebagai bapa algebra moden dan algoritma moden. Perkembangan algebra yang lebih lanjut telah dibuat oleh Abu Bakr alKaraji (9531029) dalam karyanya, al-Fakhri, yang memperluas kaedah algebra untuk merangkumi kuasa kamiran serta punca kuasa bagi kuantiti yang tidak diketahui. Pada abad ke-10, Abul Wafa menterjemahkan karya-karya Diophantus dalam bahasa Arab dan mengembangkan fungsi tangen. Omar Khayyam, pemuisi serta ahli matematik abad ke-12, menulis Perbincangan mengenai Kesukaran dalam Euclid , sebuah buku mengenai kecacatan dalam karya Unsur-unsur Euclid. Beliau memberi penyelesaian geometri untuk persamaan kuasa tiga yang merupakan salah satu perkembangan yang paling asli dalam matematik Islam. Khayyam amat terpengaruh dalam pembaharuan takwim. Sebahagian besar trigonometri sfera dikembangkan oleh Nasir al-Din Tusi (Nasireddin), salah seorang ahli matematik Parsi pada abad ke-13. Beliau juga menulis sebuah karya yang terpengaruh mengenai postulat selari Euclid.

54

Dalam abad ke-15, Ghiyath al-Kashi mengira nilai sehingga tempat perpuluhan ke-16. Kashi juga mencipta algoritma untuk mengira punca kuasa ken yang merupakan kes yang khas untuk kaedah-kaedah yang diberikan berabadabad kemudian oleh Ruffini dan Horner. Ahli-ahli matematik Islam lain yang terkenal termasuk al-Samawal, Abu'l-Hasan al-Uqlidisi, Jamshid al-Kashi, Thabit ibn Qurra, Abu Kamil dan Abu Sahl al-Kuhi. Pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam abad ke 15,

perkembangan matematik Islam menjadi lembap. Ini adalah selari dengan kelembapan perkembangan matematik ketika orang Rom menaklukkan dunia keyunanian.

55

REFLEKSI
Nama Kad Pengenalan : FAZRINA BINTI MOHD TAMIRI : 820418-12-5614

Syukur Alhamdulillah diucapkan kepada Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya mempelajari ilmuNya yang Maha luas ini. Setelah menyiapkan tugasan yang diberikan ini barulah kini dapat diketahui makna serta nilai sebenar Matematik dan kepentingannya di kalangan masyarakat kita sejak dari dulu lagi.

Berdasarkan tugasan ini saya dapat melihat betapa bernilai dan pentingnya untuk seseorang itu mengetahui kiraan bajet dlam kehidupan kita, juga penting kita mengetahui kaitan golden ratio dalam alam semesta serta kehidupan kita bagi melahirkan rasa syukur dan mengagumi kebesaran juga kekuasaan Maha Pencipta. Di mana nisbah emas ini adalah angka yang mempunyai keindahan dan keajaiban yang tersendiri.

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya kurang mengetahui cara yang sesuai digunakan untuk pengiraan dalam mencari penyelesaian masalah matematik iaitu kiraan bajet untuk pembelian kereta. Saya juga pada mulanya tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan golden ratio, juga perkaitannya dengan kehidupan kita, serta kejadian alam semesta.

Bagaimanapun, dalam mencari penyelesaian masalah matematik, saya telah bertanya dan berbincang dengan rakan-rakan, orang luar, dan juga
56

keluarga saya sendiri, bagi mendapatkan cara kiraan atau rumus yang sesuai atau tepat digunakan dalam kiraan pinjaman kereta tersebut. Begitu juga dengan topik golden ratio, selain berbincang dengan rakan, saya juga mendapatkan maklumat mengenainya melalui carian internet. Saya mendapati pengalaman ini adalah amat bernilai kerana ia menerap nilai murni ke arah melahirkan insan yang seimbang, menyeluruh, dinamis dan progresif. Secara keseluruhan, saya rasa bahawa kerja kursus ini membantu guru fahami dan hayati tanggungjawab, kesedaran peranan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran.

57

Nama Kad Pengenalan

: NORAINI BT NORDIN : 821010-06-5464

Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada yang Maha Esa dengan limpah kurnianya memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan pensyarah iaitu En. Md. Razhi Bin Hasan yang banyak membantu.

Tugasan ini memberikan banyak impak positif kepada diri saya, pertama saya dan rakan di dalam sebuah kumpulan banyak berbincang mengenai tajuk tugasan. Tugasn ini juga memerlukan saya berfikir dengan bijak dan rasional untuk memilih pilihan yang ada selain itu, setiap ahli kumpulan juga perlu memikirkan kos yang ada.

Matematik adalah satu subjek yang mempunyai sejarah dan pengertian yang unik. Sebelum membuat tugasan ini, saya dan rakan-rakan menganggap matematik adalah satu subjek yang sukar dan memerlukan kebijaksanaan yang optimum, namun yang demikian sebenarnya banyak lagi faktor yang membolehkan kita menyelesaikan setiap soalan yang ada.

Pengiraan

di

dalam

matematik,

memerlukan

teknik-teknik

yang

bersesuaian, untuk menyelesaikan soalan-soalan yang tertentu, contohnya


58

soalan tugasan yang diberikan, saya dan rakan perlu menggunakan langkahlangkah pengiraan tertentu untuk beberapa pilihan soalan yang ada.

Walaubagaimanapun, ada juga sedikit masalah yang timbul semasa membuat tugasan ini, antaranya ialah saya dan rakan perlu mencuba pelbagai kaedah daripada sumber-sumber buku bacaan, laman sesawang, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah. Tetapi ada kelemahan sekiranya saya menggunakan laman sesawang, kerana keesahan sumber tersebut tidak terjamin.

Masalah tersebut boleh diselesaikan dengan membawa sumber-sumber yang kita dapat itu, kepada pensyarah yang berkaitan. Ini kerana pensyarah mempunyai kepakaran di dalam bidang mereka.

Kesimpulannya, matematik akan menjadi lebih senang sekiranya kita mempunyai langkah-langkah penyelesaian yang betul dan bersesuaian.

59

BIBLIOGRAFI

Tony Crilly (2007). 50 Mathematical ideas You Really Need To Know. London : Quercus Yap Peng Peng, Teh Kok Kiong (2000). Nota Komprehensif Matematik PMR. Selangor : Preston. Seak Keng Kow (1992). PMR Matematik. Selangor : Yakin.

http://akhzaman.blogspot.com/2011/06/keajaiban-rahsia-tersebunyi-kaabah.html http://psikotube.blogspot.com/2011/01/disebalik-1168-nisbah-emas.html http://eprints.utm.my/11511/1/Mengkaji_Nisbah_Emas_Dalam_Pertumbuhan_Jasad_M anusia_Di_Kalangan_Pelajar_Tahun_Akhir_SPN_UTM.pdf http://psikotube.blogspot.com/2011/01/disebalik-1168-nisbah-emas.html http://en.wikipedia.org/wiki/Golden_ratio http://www.youtube.com/watch?v=fmaVqkR0ZXg

60

You might also like